Share

Bab 6

Adya dan Fatin sedang enak makan bersama. Sejak tadi bicarakan tentang Amanda. Sejak kebelakangan ini, bayang tubuh itu tiada dalam bilik kuliah. Dah ditanya semua orang dalam kuliah, tetap tak ada jawapan.

"Kau rasa dia pergi?" soal Fatin kerisauan.

Kalau Amanda boleh nak bercakap bahasa indonesia. Tapi bukan dia, Fatin jenis tak tengok sinetron indonesia. Entahlah, tak berminat.

"Aku si ngak tahu, Manda ngak pernah hilang sampe kayak gini sekali. Aneh aku." Adya angkat kedua bahunya.

"Itulah, aku pun tak tahu Manda hilang pergi mana. Aku lawat rumah dia, jumpa Encik Jamal. Encik Jamal tak ada. Nampak kosong aje rumah." Fatin teringat kembali sewaktu dia pergi ke rumah Amanda beberapa hari lalu. Langsung tak ada orang. Menakutkan!

Bunyi nada dering telefon miliknya buat dia laju angkat. Nombor tidak dikenali tertera. Mengikut andai, mungkin SCAM ni.

"Assalamualaikum SCAM terhormat. Sila berhenti kerja anda yang tidak membuahkan apa-apa kebaikan ini. Pergilah masuk surau atau masjid. Mana tahu dapat hidayah." Setepek Fatin memberi ayat pedas kepada pemanggil.

"Ewah mulut kau..." Amanda cekak pinggang dengan gelengan kepala.

"Wahai SCAM, cukuplah kau buat-buat suara Amanda. Saya tidak tergoda. Saya jantina perempuan, bagaimana mahu tergoda?" Fatin meneruskan lagi katanya.

"Hey! Aku betul-betul Amandalah! Takkan suara kawan baik kau sorang pun tak kenal? Sakit pulak otak aku dengar kau merepek." Amanda urut kepala sambil melabuh punggung di atas sofa. Pening!

"Sorry, aku mana tahu kau adalah Amanda. Kau pun, asal guna nombor baru? Mana telefon kau?"

"Rosak." jawab Amanda sepatah. Dari helaan nafas kedengaran berat sekali.

"Asal boleh rosak?" Fatin buat isyarat mulut bahawa orang yang bercakap dengannya ketika ini adalah Amanda. Adya mengangguk faham.

"Ada orang lempar telefon aku sampai pecah tapi sekarang dia dah ganti balik dengan telefon baru."

"Telefon yang kau pegang sekarang?"

"Iya."

"Kau dekat mana ni? Kenapa dah lama aku tak nampak kau dekat rumah? Rumah kau pun kosong macam tak ada orang."

Keras kejung tubuh Amanda. Mengigil hebat tangannya sehingga telefonnya hampir jatuh. Nasib sempat dipegang semula.

"Kosong?"

"Iya kosong, tak ada ayah kau bila aku panggil." jelas Fatin lagi.

"Kau ada bersama siapa sekarang? Kekasih kau eh? Yang dekat universiti tu..." tebak Fatin begitu tepat dengan sasaran.

"Erm...m...ma-mana ada. Tak adalah." Amanda garu hidung yang tidak gatal.

"Habistu? Tak nak mengaku ke lelaki itu adalah teman lelaki kau?" sakat Fatin lagi.

"Mana ada, dia bukan teman lelaki akulah!"

"Siapa cakap saya bukan teman lelaki awak? Hmm?" soal Dylan lalu duduk di sebelah Amanda.

Muka cantik Amanda dicium bertalu-talu. Fatin yang masih ada dalam talian terus sua telefonnya pada Adya. Adya menyambut baik sebelum berteriak teruja saat bunyi ciuman dari Dryan kedengaran. Decitan keluar dari bibir Amanda.

"Kau takkan jumpa aku beberapa hari sebab aku telah diculik."

Tut.

Talian dimatikan dengan muka cemberut seribu. Rimas mukanya dengan deruan hangat lelaki itu. Amanda menolak geram muka tampan itu. Senyum manis terkutik pada bibir lelaki itu.

"Mi manchi tanto..." (I miss you so much) rengek Dylan bagai kanak-kanak kecil yang mahu perhatian daripada sang ibu.

Pinggang itu dipeluk erat lalu mukanya disembam pada tepi leher perempuan itu.

"Mi manchi, tesoro...."(I miss you, darling) ulang Dylan sekali lagi. Kali ini dengan suara yang kian meleret.

Amanda tahan nafas. Berdetak hebat jantungnya dengan desiran rasa aneh yang kian mencengkam. Belum pernah dia membenarkan lelaki menyentuh dirinya. Jujur, dia adalah seorang Kristian. Tapi itu bukan tiket untuknya bersama lelaki. Semua perbuatan ayah kandungnya membuatkan dia serik untuk mengenal kaum adam. Mungkin sekarang Dylan tidak memukulnya sekarang. Tapi nanti? Siapa tahu bukan?

"Awak dah kacau masa saya bersama kawan saya banyak kali. Awak memang tak boleh tengok saya gembira kan? Sengaja kan?" soal Amanda dengan mata dikecilkan pada Dylan.

"Non mi piace vederti arrabbiato." (I don't like seeing you angry) Dylan ketawa kecil.

"Huh! Awak tak pernah serius dengan apa yang saya cakap kan?" Amanda berkata geram. Selalu cakap bahasa yang dia tidak faham. Ish!

Berura-ura nak bangun naik ke tingkat atas. Tangannya ditarik lembut lalu diberi isyarat mata agar duduk di sebelahnya. Keluhan berat dilepaskan. Amanda mengalah, punggungnya dihempas kasar di atas sofa.

"Sakit tak punggung kau buat macam tu? Nak aku ubatkan?" soal Dylan gatal.

"Jangan nak ambil tahu pasal my punggung." Amanda tekan suara. Tahan api kemarahan yang penuh di dada.

Automatik Amanda bangun saat tangan itu mahu bertapak pada satu tempat penting baginya. Mahu menyentuh sesuatu yang berharga baginya.

"Jangan awak nak pegang saya punya..." Amanda ketap kuat giginya.

"Awak dah ada, jadi jangan nak ganggu milik orang lain."

"What do i have?" soal Dylan pura-pura tak tahu.

"Awak jangan pura-pura tak tahu eh? Saya jerit nanti, baru awak tahu langit tinggi atau rendah!" garang Amanda memarahi lelaki itu.

Dylan ketawa kecil. Tangan itu ditarik kuat sehingga jatuh di atas pahanya. Dibetulkan tubuh besar itu agar berkedudukan seperti bayi.

"Shhh...Mi dispiace." (I'm sorry) Dylan senyum kecil.

Amanda mendengus geram. Tangan lelaki itu makin erat pada tubuhnya. Memeluknya sehingga tidak memberi ruang untuk keluar dari dakapan lelaki itu.

"Ti sono mancato?" (Did you miss me?) soalan cepumas milik Dylan hentikan rontaan Amanda.

Mata mereka melekat antara satu sama lain. Tangan besar itu mengenggam tangan kecilnya. Saat mahu dilerai, Amanda mengenggam. Bagai membalas kerinduan itu. Berat sekali kata rindu mahu diucapkan.

"Mi manchi ma io non ti manco, o forse ti manco? E se ti manco, perchè non me lo dici che ti manco?" (I miss you but you don't miss me, or maybe you miss me? And if you miss me, why don't you tell me that you miss me?) 

Dryan senyum semanis madu.

"Aku rindu kau." ungkap lelaki itu tulus ikhlas dalam hati.

Mata Amanda berkaca. Tangan besar itu makin erat dalam genggamannya. Sukar untuk dia lampiaskan kata sayang saat semua benda telah berlaku dalam hidupnya. Untuk memilih pasangan hidup pun Amanda masih ada rasa negatif dalam diri Dylan.

"Darling..." sebut Dylan lembut.

Keluhan berat lelaki itu lepaskan. Dahi Amanda dicium lama. Penuh syahdu. Cukup untuk disalurkan rasa cinta dan kasih sayang untuk perempuan ini. Air mata Amanda tanpa dapat ditahan mengalir. Bukannya setitik, tapi lebat bagai air hujan.

"Aku tahu kau takut untuk bercinta. Setiap apa yang terjadi dalam hidup kau terlalu sukar untuk dihilangkan dalam benak fikiran. Bila kau cuba menerima seorang lelaki, kau akan teringat semua kekejaman ayah kau. Kan?" Amanda mengangguk dengan tangisan tanpa suara.

"Saya minta maaf..." pinta Amanda dengan esakan.

"No...kau tak perlu minta maaf, ini semua bukan salah kau. Kau cuma fobia untuk terus bercinta." Dylan senyum manis. Kepala Amanda dicium sayang.

Tubuh itu diangkat agar duduk di atas pahanya. Berdepan betul-betul di dengannya. Diusap tepi wajah itu sekaligus air mata itu diseka.

"Aku akan terima kau seadaanya. Aku tak kesah dengan kekurangan yang kau ada. Kekurangan kau adalah kelebihan aku." ucap Dylan lalu dahi itu sekali lagi menjadi persinggahan bibirnya dan kedua pipi itu menjadi ciuman terakhir.

"Saya sayang awak sangat-sangat..."

Amanda menangis bukan kerana ayahnya tapi, kerana kasihan pada Dylan. Lelaki itu melakukan kebaikan padanya. Tapi apa yang Amanda balas? Hanya tangisan dan kesedihan yang tiada kunjung habis. Semuanya kerana ayah kandungnya.

Mecx

Beautiful words for today are... The past has no power over the present moment and... The past explains how I got here, but the future is up to me and I love to live life at full throttle.

| 1

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status