Share

ENDING

Beberapa bulan kemudian...

Amanda masuk ke dalam rumah yang telah lama dibiar. Lepas kematian sang papa, Amanda kerap pulang ke sini. Untuk pertama kalinya, Amanda beranikan diri masuk ke dalam bilik papa tirinya itu. Sepucuk surat kelihatan di atas meja sisi, lekas surat itu dicapai dan dibuka.

Kepada anakku Amanda,

Terima kasih kerana kau masih layani aku baik persis seorang ayah kandung. Aku minta maaf atas setiap dosa yang aku lakukan. Jujur, aku sudah insaf selepas bertemu Dylan. Dia yang menasihati aku agar menjadi seorang yang lebih baik. Dylan adalah lelaki yang sempurna dan kau beruntung menjadi isteri kepada lelaki sebaik dia. Papa kandung kau sudah meninggal dunia, semuanya berpunca dari aku. Aku yang membunuh papamu.

Amanda tekup mulut, benarkah?

Aku bencikan seluruh keluargamu. Aku tak tahu kenapa perasaan benci ini tumbuh, yang aku tahu....aku nak musnahkan kehidupan seluruh ahli keluarga kau. Maafkan aku, Manda. Maafkan aku....

Yang benar

Jamal

"Babygirl...."

L
Locked Chapter
Continue to read this book on the APP

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status