LOGINDylan Lexiano seorang jejaka Itali yang begitu obsess dengan perempuan yang menjadi pertemuan pertamanya. Bertentang mata untuk pertama kali buat perasaan kian mendalam buat perempuan itu. Amanda Mey Diana gadis yang tidak percaya cinta dan jauh sekali untuk mempercayai kaum adam. Tak sangka, hidupnya berantakan selepas bertemu dengan lelaki itu. "I will make you mine this is my promise"
View MoreBeberapa bulan kemudian... Amanda masuk ke dalam rumah yang telah lama dibiar. Lepas kematian sang papa, Amanda kerap pulang ke sini. Untuk pertama kalinya, Amanda beranikan diri masuk ke dalam bilik papa tirinya itu. Sepucuk surat kelihatan di atas meja sisi, lekas surat itu dicapai dan dibuka. Kepada anakku Amanda, Terima kasih kerana kau masih layani aku baik persis seorang ayah kandung. Aku minta maaf atas setiap dosa yang aku lakukan. Jujur, aku sudah insaf selepas bertemu Dylan. Dia yang menasihati aku agar menjadi seorang yang lebih baik. Dylan adalah lelaki yang sempurna dan kau beruntung menjadi isteri kepada lelaki sebaik dia. Papa kandung kau sudah meninggal dunia, semuanya berpunca dari aku. Aku yang membunuh papamu. Amanda tekup mulut, benarkah? Aku bencikan seluruh keluargamu. Aku tak tahu kenapa perasaan benci ini tumbuh, yang aku tahu....aku nak musnahkan kehidupan seluruh ahli keluarga kau. Maafkan aku, Manda. Maafkan aku.... Yang benarJamal "Babygirl...." L
Tok! Tok! Tok!"Ibu! Ibu!Ibu!"Dylan dah naik risau, dah berapa kali dia ketuk pintu dan mengucapkan salam tapi langsung tak ada sahutan. Tak ada tanda untuk pintu dibuka."Ibu macam takde, Ahmad pun takde keluar. Ada apa-apa jadi ke ni?" soal Dylan kerisauan."Jom kita try masuk." Andrea rempuh pintu sehingga pintu terbuka.Masuk saja, terus dicari keberadaan sang ibu. Tak ada langsung batang tubuh tua itu. Malah, Ahmad jugak tiada. Andrea serabutkan kepalanya."Ibu dan Ahmad tak ada, semua bilik abang dah cari." Amanda angguk."Manda pun tak nampak sesiapa dalam rumah ni. Kosong aje." Andrea ketap kuat giginya."Biar Rea call ibu."Namun,Tidak langsung diangkat, voice mail aje yang keluar. Satu mesej whatsapp yang dihantar ibu didengari."Cari ibu...kalau Rea masih sayangkan ibu. Kalau tak...."Mata Andrea berkaca."Biarkan ibu mati."Beberapa titis mutiara jatuh, salahnya tidak mengambil peduli penjelasan ibu ketika itu. Salahnya menilai tanpa menyiasat terlebih dahulu."Ibu dicul
Puan Ana terbaring lemah di bawah lantai. Badan tak kuat dan kini kehilangan arah, fikirannya kusut sekali memikirkan tentang Andrea dan Andra. Dalam diam, hatinya merintih mahukan dua anak lelakinya itu. Namun, mengenangkan Andrea bencikan dia, juga Andra tidak tahu hilang entah ke mana. Mana lagi jalan yang harus dia pilih selain redha. Mungkin dia patut mati kan? "Kau fikirkan apa orang tua?" Diam, Dan itu menyakitkan hati lelaki bertopeng itu. "Aku ingatkan kau dah mati, rupa-rupanya masih hidup. Kuat jugak kau eh? Aku tak bagi makan pun kau boleh hidup macam orang biasa." Terkatup rapat bibir itu menerima kata pedas itu. Tak ada langsung hati nak membalas. Tubuhnya lemah tidak berdaya, nak bangun pun tak boleh. Saat ini Puan Ana berbaring di atas lantai tanpa berlapik apa-apa. "Apa lagi yang kau nak? Mana janji kau temukan aku bersama anak lelaki aku? Mana Andra? Mana anak aku?" "Kau percaya?" Tsk! "Janji tak semestinya ditepati, aku tak rasa kau patut jumpa anak lelaki
Luna menangis hiba, cincin yang indah tersarung pada jari ditatap lama. Tak jangka keputusan lelaji itu adalah mengahwininya sedangkan pilihannya adalah berkahwin bersama Dylan. "Darling...." Sepantas kilat air mata dihapus, senyum manis diukirkan untuk Fabio. Tahu lelaki itu tak suka dia menangis, andai nampak Luna menangis pasti dirinya dipukul. "Darling menangis ke? Hmm? Terpaksa kahwin dengan Dani? Atau masih sayangkan Dylan?" Menggeletar hebat tubuhnya apabila tepi mukanya dicium Fabio. "Luna sayangkan Dani, tak baik Dani buruk sangka tau." pujuk Luna. "You sayangkan I?" Macam buruk belatuk Luna mengangguk. "Betul you sayangkan I." Kedua pipinya diusap lembut. "I betul-betul sayangkan you. Percayalah cakap I, I tak tipu tau." "Macam mana kalau I cakap...." Luna gigit bibir. Tahu apa yang lelaki itu mahukan. "I nak you layan I atas katil macam sebelum ni tapi...." Fabio menggeleng. "I tak nak kalau I yang mulakan secara paksa. I tak nak sakitkan you, I sayangkan you...."
reviews