SELESAI saja program usahawan muda bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Gading, Dato Edmond selaku tetamu jemputan program tersebut terus melangkah keluar dari dewan pelajar untuk menuju ke kantin sekolah. Ada sedikit jamuan telah dihidangkan oleh pihak sekolah untuknya. Dia diiringi dua orang guru lelaki bersama pemandu peribadi ketika mahu memasuki kawasan pekarangan kantin.
Setelah melabuhkan punggung di atas kerusi, sepasang matanya memerhatikan seorang gadis yang sibuk berdiri di hadapan kantin sambil meneguk sebotol air mineral.
Dia berjeda seketika sambil memerhati. Kornea matanya menangkap pandang figura itu. Terpukau melihat anak gadis yang nampak unik.
“Perempuan yang bersandar dekat dinding tu pekerja di sini ke?”
Dato Edmond segera bertanyakan hal gadis berbaju uniform putih. Cikgu lelaki tersebut mengangguk dan tersenyum tanda mengeyakan pertanyaan Dato Edmond.“Dia makguard di sekolah kami,” balas cikgu tersebut. Belum sempat menghirup sehingga habis air kopi yang terhidang, airnya mula tersembur keluar. Buntang biji mata mendengar jawapan itu.
“Makguard? Muka cantik macam itu kerja makguard je? Selalunya orang muda ni nak kerja yang megah je. Mana mahu jadi pengawal keselamatan sekolah.” Sedikit kaget Dato Edmond dibuatnya. Gadis berwajah garang itu di pandang lama. Kagum dia melihat gadis muda tidak malu untuk bekerja sebagai pengawal keselamatan sekolah.
“Dia memang sesuai pun jadi makguard dekat sekolah ni. Nampak je cantik tapi garang dia tu mengalahkan harimau di hutan, anjing di daratan. Semua orang tak berani dekat,” cerita cikgu lelaki tersebut sambil membetulkan tali leher yang sudah tersenget-senget. Semua orang pun tahu sikap Esra Elvina.
“Maksud cikgu?” Dato Edmond membetulkan kedudukan. Mata dia tertumpu mendengar kisah dari Cikgu Fuad yang mula mahu bercerita.
“Dia tu tak takut semua benda. Anjing lalu depan dia pun dia halau biasa-biasa je. Haritu ada ular masuk dalam sekolah, dia yang halau. Kalau ada budak lari sibuk nak panjat tembok sepantas kilat je dia panjat tembok sampai saya pun tak sempat nak panjat. Kadang-kadang, saya merasakan yang dia layak jadi cikgu disiplin. Dia tak kuat membebel tapi wajah dia tu cukup menyeramkan. Fuh, sampai saya kadang-kadang rasakan dia tu makhluk asing sebab berperangai aneh macam tu.”
Tertarik Dato Edmond mendengar jalan cerita tersebut. Ada segaris senyuman terukir tanpa di paksa.
“Wow, amazing. Super woman maybe?” Soal Dato Edmond bergurau.
“Lebih kuranglah. Tanya je budak dekat sekolah ni mereka takut dengan siapa. Sudah tentu mereka sebut makguard cantik. Dia tu tak pernah senyum langsung. Cakap pun macam gaya robot tak ada rima langsung. Tegas sepanjang masa. Setahu saya, dia memang tak suka berkawan.” Dato Edmond hanya fokus memerhati ketika mendengar.
“Kalau dia pandang orang pula memang dia pandang macam pembunuh misteri nak tikam mangsa,” cerita si perjaka di celahan cerita cikgu lelaki itu ada tawanya. Sikap Esra Elvina memang sering menjadi bualan.
“Dia tu macam robot bergerak. Saya tengok dia minum air pun tegak semacam.”
Isu Esra Elvina menjadi topik utama di meja makan. Tak ada cerita lain yang dibualkan sekarang ini.
Dato Edmond lebih tertarik mahu mendengar cerita tentang si gadis pelik.
“WEYH, cuba tengok tu.” Syida segera menarik tangan rakan-rakannya agar memerhatikan wajah seorang lelaki separuh abad yang duduk makan bersama beberapa orang guru.
“Itukan dato yang bagi ceramah dekat kita tadi. Kenapa kau terpegun sangat? Dengan orang tua pun kau nak syok ke?” bebel Syifa. Kepala tergeleng-geleng melihat Syida yang tidak berkelip memandang figura itu dikejauhan.
“Aku tahulah dia dato yang bagi ceramah dekat kita tadi. Dalam dewan tadi kita duduk jauh-jauh, jadi aku tak sempat nak beritahu siapa dia,” ucap Syida lagi. Butir bicaranya menimbulkan tanda tanya.
“Siapa dia tu? Jiran kau ke?” terletus tawa Syida mendengar soalan polos dari rakannya.
Kalaulah Dato Edmond jirannya, Syida tidak akan tanamkan angan-angan untuk bersua Erbach Arsalan suatu hari nanti.
“Itulah bapa Erbach Arsalan, boyfriend kayangan aku. Anak-beranak kacak,” ujar Syida beria-ia ketika mengintai Dato Edmond di sebalik tiang dinding kantin. Syifa turut memerhatikan Dato Edmond yang duduk bergelak ketawa bersama para guru yang duduk di bahagian meja makan guru. Agak terkejut mendengar jawapan Syida.
Uish, memang muka-muka pak cik kayangan.
“Bapa dia macam orang luar negara lah! Patutlah anak dia kacak tahap dewa. Tapikan muka Hollywood gaya percakapan macam orang Malaysia tak ada langsung pelat mat salleh.” Sempat Syifa memuji.
“Tak macam Erbach tu, bercakap ada pelat-pelat omputih. Poyo je lebih,” kutuk rakan mereka yang turut memandang. Mendengar kata-kata sinis itu, Syida hanya menjeling dari hujung mata.
Nak juga kutuk crush aku tu.
“Ayah dia tu memang asal dari turki, tapi duduk Malaysia sejak kecil. Sebab itulah mereka fasih berbahasa melayu. Mak Erbach Arsalan tu pulak kacukan Filipina. Erbach tu cakap melayu tak lancar sebab waktu kecil dia duduk Australia, tak silap aku kalau dia balik Malaysia pun dia akan balik kejap-kejap je. Sekarang ni barulah dia menetap kat sini untuk lebarkan sayap sebagai seorang selebriti. Kalau tak jadi artis, rasanya dia tak jadi orang Malaysia.”
Panjang melebar Syida memberi penerangan mengenai Erbach Arsalan. Lancar sungguh dia berkata-kata. Masing-masing ternganga mendengar segala penjelasan Syida.
Dia ni memang kamus bergerak Khas Erbach Arsalan. Semua benda dia tahu. Macam Cik g****e.
“Oh, patutlah nama dia pun pelik. Nama macam orang turki. I See...,” seloroh rakannya seorang lagi.
“Kau ni telan kamus sejarah keluarga mamat tu ke weyh? Sampai bapa dia punya kisah pun kau tahu. Siap tahu perjalanan hidup dia dari kecil sampai ke besar lagi.” Tertawa lucu Syifa dibuatnya. Sampai ke tahap itu minat Syida terhadap selebriti pujaannya.
“Jangankan bapa dia, siapa manager dia pun aku tahu. Manager dia pun kacak juga. Tapi rasanya dah tua kut. Umur akhir 30 an. Nama manager dia Noah,” jelas Syida bersahaja.
Dia memang peminat fanatik. Semua tentang Lelaki itu dia tahu. Sebut je drama apa lelaki itu pernah lakonkan, dia akan sebut satu per satu dengan lancar.
“Kau tahu tak gosip yang orang kata mamat tu tukar - tukar personal assistant sebab dia tu cerewet? Dia punya cerewet tu mesti tahap annoying.” Syifa menyiku tangan Syida ketika bertanya. Automatik Syida mencebik bibir sambil buat rolling eyes bila mendengar suara Syifa yang berura-ura mahu bergosip.
Asyik dengar gosip je. Benda buruk aje mahu diperkatakan sampai perkara kebaikan dibutakan.
“IKUTKAN hati aku tadi, nak je aku minta sign dekat dato tu. Tak dapat jumpa anak jumpa bapa pun jadilah!” omel Syida ketika berjalan menuju ke kelas bersama Syifa. Bibir diketap kuat tangan pula mengepal penumbuk. Geram dengan diri sendiri kerana tidak berfikir lebih meluas ketika berada di kantin tadi.
Setiap hari, setiap jam dan kalau boleh setiap waktu pasti dia mahu bercerita hal berkaitan Erbach Arsalan. Seolah-olah minda hanya memikirkan lelaki itu sepanjang masa.
Kadang-kadang, Syifa pun naik bosan asyik ceritakan topik yang bersangkut paut dengan lelaki itu. Nasiblah Syida rakannya, kalau tidak memang Syifa malas nak melayan.
“Lain kali mintalah kalau kau dah obses sangat dengan anak dato tu.” Syifa membalas riak bersahaja. Syida masih lagi hampa dengan diri sendiri.
“Jalan nak masuk kelas pun lambat ke?” Esra Elvina yang sedari tadi memerhatikan langkah mereka menuju ke lorong blok A mula mrnjerkah. Dia rimas sebenarnya bila melihat ada pelajar terhegeh-hegeh nak berjalan ke kelas walaupun loceng sudah berbunyi.
Dia ingat dia pergi mall ke nak berjalan melenggang.
“Syida ni haaa kak asyik bercerita pasal si Erbach Arsalan je, sampai jalan pun lambat.” Syifa menjawab jujur. Syida yang mendengar terus membuntangkan biji mata pada wajah si kawan.
Kurang ajar betul dia pergi cerita kat makguard garang pasal aku. Syida mendecit dalam hati.
“Minatkan seseorang tu boleh, tapi jangan taksub. Artis tu tak boleh tolong kau dekat akhirat nanti, yang boleh bantu engkau dekat sana nanti hanyalah syafaat dari Rasulullah saw.” Syida tersentak mendengar kata-kata dari Elvina yang menusuk hingga ke jantung. Terkelu lidah mahu berkata-kata.
“Saya minat je, saya tak taksub pun.” Lambat-lambat Syida menjawab. Mendengar jawapan balasan dari Syida, dia hanya mengendahkan lantas pergi dari situ.
“Dia blah macamtu je? Dah sound orang lepas tu tayang muka robot pula.” Geram pula Syida melihat sikap makguard itu.
Dia tu pengawal keselamatan je, tapi nasihat orang macam dia pula yang guru kaunseling. Ergh …
DATO EDMOND tersenyum sendiri di dalam kereta. Pemandunya bernama Awie bertaut kening melihat gelagat majikannya melalui cermin kereta.
Dah kenapa Dato Edmond senyum sendiri sekarang ini?
Lepas saja mendengar cerita tentang seorang gadis, senyuman Dato Edmond tak lekang dari ulas bibir merahnya.
“Dato okey tak ni dato? Asyik tersenyum dari tadi,” soal Awie bersahaja. Sudah hampir lima tahun Awie berkhidmat bersama Dato Edmond. Setiap riak wajah Dato Edmond pun sudah di hafal dengan teliti.
“Saya suka perempuan tu.” Tertoleh sekilas wajah Awie memusing ke belakang.
Sukakan perempuan tu? Biar betul? Cinta pandang ke dua ke ni?
“Dato nak kahwin baru ke ni? Tak akanlah baru pertama kali jumpa, dato dah terjatuh hati dengan dia? Dah berbelas tahun tau dato jadi single Daddy,” bidas Awie laju. Bertalu-talu soalan diajukan seolah-olah hanya waktu itu sahaja dia dibenarkan memberi soalan.
“Asal suka je awak ingat nak kahwin. Saya suka kalau perempuan tu bekerja dengan saya.” Lama mata Awie bertembung dengan mata Dato Edmond sebelum mata dia melencong semula ke jalan raya.
“Bik Cah dengan anak-anak diakan dah kerja dengan dato. Siap duduk satu rumah lagi. Takkanlah dato nak ambil dia jadi pekerja dato? Nak kerja apa pula dia tu nanti? Tak akan nak suruh dia jadi pengawal peribadi kat pondok villa dato pula?” soal Awie lagi diiringi tawa.
“Awak diam jelah, tahulah saya nak buat apa nanti. Dont worry.” Ada kerlingan di hujung mata Awie. Dato Edmond pula hanya tersenyum herot.
Tunggu dan lihat sajalah...
LAMA Dato Edmond memerhatikan wajahnya di hadapan cermin besar. Ada perkara yang difikirkan dalam minda sebelum keluar dari kamar mandi. Wajah gadis garang terlayar diruang mata. Sesekali, bibir mengherot senyum terkenangkan cerita dari seorang diri.
Mindanya tidak mampu didiamkan dari terus memikirkan si gadis. Dia sedang memikirkan cara untuk memastikan si gadis bekerja dengannya nanti. Ada rancangan yang ingin beliau lakukan sebelum tibanya bulan depan.
Jika rancangannya berhasil, Dato Edmond akan pastikan si gadis akan sentiasa hidup tenang jika menjadi pekerjanya. Segala kebajikan akan dia aturkan dengan cara terbaik agar gadis itu hidup selesa di villa nya nanti.
Dia perlu cari jalan keluar dari terus terperap dalam permasalahan yang berlaku. Mahu mencari anak muda seaneh insan bernama Esra Elvina bukanlah mudah, Beliau perlu ambil peluang ini dengan cara memujuk si gadis itu nanti.
Dia yakin strateginya kali ini akan menjadi.
“Aku yakin, ada hikmah aku ditemukan dengan budak tu,” ucapnya perlahan ketika pandangan kosong memandang cermin.
"KAUnak jumpa siapa? Din ke? Kalau dia tu aku tak mahu jumpa..." Esra Elvina sekerasnya tidak mahu temankan Noah bertemu seseorang jika orang itu adalah Din. Dia tak mampu melihat riak wajah lelaki yang pernah merampas seluruh kebahagiaan hidupnya.Noah terus menggelengkan kepalanya lantas matanya merenung ke dalam anak mata Esra Elvina yang masih memandang polos."Awak jangan risau ya? Saya takkan buat benda yang awak tak suka. Kalau boleh saya nak buat awak bahagia je di samping saya. Boleh?"Senyum Noah terukir manis. Elvina seperti biasa tayang riak wajah tidak beriak.Buatlah ayat gula tumpah macam manapun, dia sukar ingin mempamerkan riak wajah dan emosi bahagia melainkan emosi yang orang lain sendiripun sukar ingin tafsirkan."Kau mampu ke jaga a
“HI Erba kesayangan hamba.” Tanpa segan silu Thea Freya mencubit halus pipi Erbach Arsalan setelah dia berdiri tepat di hadapan kawasan parkir kereta.Pak guard ni benarkan pula si Freya ni masuk…Desus Noah meluat.Perasaan menyampahnya tidak akan berubah sampai bila-bila selagi wanita itu menggedik. Perangai palsu!“Hi my darling Freya, kenapa datang malam-malam ni? ada hal yang mustahak untuk dibincangkan ke?” Erbach menyoal. Dia masih terkebil-kebil sendiri memandang wajah Freya. Sebenarnya, dia kurang selesa bila pipi diusap lembut tanpa rasa malu.Perlahan-lahan Erbach Arsalan menolak tangan Thea Freya yang masih
PAGI-PAGI lagi Elvina dan Erbach Arsalan ke Kuala Selangor dan mereka menuju ke set pengembaraan drama Tolong Indahkan Takdir Kita. Walaupun Erbach Arsalan masih tidak berpuas hati dengan pertukaran yang telah dibuat, dia tetap meneruskan lakonannya dalam drama tersebut. Rezeki teLah ditetapkan dan dia tidak boleh menolaknya kerana keegoan sendiri.Dari pagi lagi dia duduk di atas sofa sambil menghafal skrip. Si jejaka langsung tidak menghiraukan Khalaf Ajmal dan Mila Beysha yang akan bergandingan dengannya sebentar nanti. Dia mahu mereka yang menegurnya terlebih dahulu.Noah yang sesekali merenungnya mula merasa hairan bila si jejaka tayang wajah dingin. Orang lain sibuk bermera-mesraan, dia boleh pula silang kaki sambil berdiam diri. Senyuman pun langsung tidak dipamerkan.
DATO EDMOND tersenyum segaris saat melihat Esra Elvina sibuk duduk bersendirian di atas tangga kolam merendam kaki. Pagi-pagi begini dah basahkan kaki. Tak sejukkah?Perlahan-lahan Dato Edmond menapak ke arah si gadis muda sambil dia menyingsing baju T-shirt berlengan panjang hingga ke paras siku. Pagi ini dia akan ke kelab hoki memandangkan hujung minggu begini tidak ada kerja yang perlu dilakukan. Sementara menunggu Awie pulang dari mencuci kereta di Carwash, tak ada salahnya jika dia beramah mesra dengan penghuni baru di villa. Mereka jarang bertegur sapa."Duduk termenung je? Kalau tak ada kerja hari ini kenapa tak sambung tidur?" soal Dato Edmond bersahaja sambil tangannya menepuk perlahan bahu Esra Elvina. Gadis itu mengerling sekilas ke arah sebelum memusingkan semula tubuhnya memandang kolam.
"EH, cik nak angkat barang-barang ni seorang diri ke?" Khalaf Ajmal yang baru saja keluar dari perut kereta untuk menuju ke bahagian White Studio terus menuju laju ke arah but kereta kepunyaan Erbach Arsalan.Esra Elvina yang baru saja ingin mengangkat bagasi yang terisi baju-baju dan barang milik majikannya terus terpusing saat mendengar sebuah pertanyaan."Aku dah biasa," balas Elvina senada tidak beriak.Perempuan?Tapi biasa angkat berat macam ini...Dia tak tahu bahaya ke?"Badan perempuan nak pakai lamakut mana boleh angkat berat cik." Khalaf Ajmal memberi kata nasihat. Kedengaran suara
ZAFRAN ALIF, komposer dan penaung Syarikat rakaman Star Music menghamburkan kemarahan di hadapan Mila Beysha yang baru saja masuk ke dalam Studio untuk bersua si jejaka. Wajah tegang lelaki itu tampak jelas saat Mila Beysha baru saja mahu menapak masuk ke dalam studio. "Kau tak payah masuklah dalam studio aku ni! Orang yang mulut biadab macam engkau ni tak layak jadi penyanyi bawahan aku!" tengking Zafran melontarkan kemarahan yang tidak bertapis. Sesak dada Mila Beysha bila suara itu bertempik marah ke arahnya. Tengkingan itu membuatkan seluruh jiwanya tertembak perasaan malu dan sedih bila lelaki itu tergamak menjerit depan artis rakaman yang ada di dalam studio. Masing-masing sudah saling berpandangan ke arahnya. "Apa benda ni abang? Tiba-tiba marah saya. Apa salah saya?" terketar-ketar suara Mila Beysha b