Share

BAB 28

PAGI-PAGI lagi Elvina dan Erbach Arsalan ke Kuala Selangor dan mereka menuju ke set pengembaraan drama Tolong Indahkan Takdir Kita. Walaupun Erbach Arsalan masih tidak berpuas hati dengan pertukaran yang telah dibuat, dia tetap meneruskan lakonannya dalam drama tersebut. Rezeki teLah ditetapkan dan dia tidak boleh menolaknya kerana keegoan sendiri.

Dari pagi lagi dia duduk di atas sofa sambil menghafal skrip. Si jejaka langsung tidak menghiraukan Khalaf Ajmal dan Mila Beysha yang akan bergandingan dengannya sebentar nanti. Dia mahu mereka yang menegurnya terlebih dahulu.

Noah yang sesekali merenungnya mula merasa hairan bila si jejaka tayang wajah dingin. Orang lain sibuk bermera-mesraan, dia boleh pula silang kaki sambil berdiam diri. Senyuman pun langsung tidak dipamerkan.

Locked Chapter
Continue to read this book on the APP

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status