Share

BAB 3

ERBACH ARSALAN menghirup cappucino rose dalam ketenangan. Banyak masalah yang berlaku terhadapnya, sejak dua menjak ini. Erbach perlukan ketenangan supaya minda yang kalut menjadi lebih kosong.

“Weyh, Erba! Aku penatlah dengan kau ni. Berapa kali nak tukar PA ni? Dalam sebulan ni kau dah tukar tiga orang personal assistant tau? Abang fade up lah macam ini. Sampai bila kau nak berperangai macam budak bodoh? Kau jangan nak menyusahkan kerja abang je boleh tak?” Baru dia mahu merasa tenang, satu suara sudah menghambur kemarahan kepadanya.

Noah, seorang lelaki berkulit hitam manis itu menengking kuat seolah-olah anak tekak mahu tercabut dari tekak. Bergema segenap ruang dengan suaranya.

Hanya dia yang mampu bertahan dengan sikap manusia spesies pemuda itu. Noah melabuh punggung di sebelah artis jagaannnya seraya dia membebel panjang menghamburkan kemarahan.

Siapa aje yang tak marah kalau kena handle manusia cerewet seperti Erbach?

Noah dah rasa nak pecah kepala melayan kerenah anak muda berusia dua puluh tiga tahun itu.

Dah berapa kali dia nasihat si Erbach agar menjaga adab dengan semua pekerja tetapi dia tetap berdegil. Setiap kali berhadapan dengan pembantu peribadinya, mesti dia tunjuk perangai Rude. Sebab itulah mereka semua cabut lari. Tak tahanlah nak kena tahan maki dengan bos yang berperangai aneh seperti pemuda itu.

Baru jadi artis setahun jagung, dia sudah buat hal yang bukan-bukan.

Poyo kuasa sepuluh!

Dia ingat dia artis dia boleh buat sesuka hati? Tak sempat seminggu bekerja, PA dia dah resign! Alih-alih, Noah juga yang susah kerana terpaksa mencari pengganti buat si perjaka yang menyakitkan jiwa.

“Mereka semua tu tak boleh pakailah abang. Buat kerja pun lembab tergopoh-gapah. Minta buat kopi sedap pun tak boleh,” adu Erbach Arsalan. Ada saja alasan yang ingin diciptakan untuk memastikan Noah tidak tayang wajah menyinga sepanjang masa.

Dalam banyak-banyak manusia yang ada di dalam dunia ini, hanya Noah yang mampu menundukkannya. Erbach tidak mampu melawan Mr Manager jika dia sudah tunjuk sikap dinginnya.

“Banyaklah kau punya kopi tak sedap!” jerkah Noah bengang. Noah memandang lama ke arah pemuda itu. Dia tahu sangat apa yang Erbach lakukan kepada pekerjanya.

“Lepastu bila kau rasa kopi tu tak sedap kau baling air tu dekat baju dia orang. Kau ni tak reti nak hargai orang ke? Apa nak jadi dengan kau ni, Erba. Kau jangan tunjuk perangai diva kau sangat boleh tak? Kau ingat engkau kaya, engkau boleh buat apa-apa saja ke dekat pekerja kau? Jangan nak jadi berlagak sangatlah dalam industri ni. Kalau kau teruskan sikap macam ni, bila-bila masa je kau boleh jatuh!” bentak Noah geram. bibir bawah di basahkan tangan pula sudah mencekak pinggang.

Lelaki berusia tiga puluh lima tahun itu sahaja yang mampu membuatkan Erbach Arsalan terdiam kaku. Dia akan berdiam saja bila suara Noah menyusup masuk ke dalam telinga. Tengok muka ganas si Noah pun dah boleh buatkan dia patuh dan tunduk.

Mana mungkin dia berani membentak setiap apa yang Noah katakan. Lagipun, Noah antara manusia yang membuatkan namanya meningkat naik di dalam persada seni tanah air. Biseps Noah kemain besar gadang, kalau dia melawan memang silap hari bulan kepala dia yang terteleng sebab kena hentam dengan biseps si Noah.

Kebijaksanaan Noah menguruskan jadual dan memperkenalkan namanya kepada produser perfileman Malaysia. Sikap tekun dan usaha Noah yang membuahkan hasil dan membawa namanya mudah meningkat naik. Erbach Arsalan sentiasa di panggil oleh Syarikat Produksi untuk memegang watak utama dalam sesebuah drama mahupun filem. Itu semua kerana kebijaksanaan Noah dalam mengatur strategi untuk meningkatkan nama selebriti bawah jagaannya.

“Abang ni asyik nak cari salah saya je. Kalau dah tak boleh bekerjasama buat apa saya nak simpan mereka semua? betul tak? Lagipun bukan saya yang buang mereka semua tu tapi mereka semua yang berhenti dengan sendirinya,” bidas Erbach cuba membela diri. Siapa lagi nak bela dirikan kalau bukan diri sendiri.

Dia sendiri yang bersalah, masih nak menuding jari ke arah orang lain.

Ah, bukan mereka yang tak mampu bekerjasama tetapi Erbach Arsalan yang suka sangat buat hal sendiri. Lepas itu, dia suka sangat ikut cara sendiri sehinggakan orang lain terbeban melayan kerenahnya.

“Kalau kau layan dia orang semua baik-baik tak ada maknanya budak-budak tu nak berhenti kerja. Hurm, mesti kau ada buat salah ni, kan? Aku yakin lah kau ada buat benda bodoh sampai dia orang tak tahan kerja dengan kau,” tengking Noah lagi.

Dia kalau dah sekolahkan Erbach, memang intonasi suara tak pernah nak berlembut.

Bukan dia tidak mencuba untuk berbicara nada lembut, tetapi dia tak boleh. Si Erbach tak habis-habis nak naikkan darahnya saja. Kalau lah hari-hari budak muda itu buat hal mahu kena darah tinggi Noah dibuatnya.

“Benda bodoh apa pula ni bang? Saya tak buat salah apa pun. kalau tak betul saya tegur jelah apa yang salahnya.” Erbach menggigit bibir ketika pandangan mata malar merenung Noah. Dia perasan pandangan Noah lebih tajam berbanding tadi.

“Kalau pembantu kau buat air kopi tak sedap, mesti kau baling air kopi tu dekat badan dia orang. Kau ingat bagus sangat ke buat perangai macam tu? Kau jangan ingat aku tak tahu yang engkau selalu suruh pembantu kau bukakan stoking bila engkau balik daripada shooting. Aku kenal kau bukan baru seminggu Erbach sampai tak tahu sikap kau tu.” Mata dicerlung semakin tajam bagai belati yang mahu menikam.

Pftttt... Dia tahu? Spy ke ni...

Erbach Arsalan mula menggerutu. Kepala dia kejap ke kanan kejap ke kiri.

Tidak tahu bagaimana caranya lagi untuk membela nasib diri yang dirundung malang setiap kali perlu tahan telinga dari ditengking Noah.

“Mesti ada budak yang mengadu. Kecoh betullah!” bentak Erbach perlahan.

Hesy, ada saja si pengadu domba!

Siut betul...

“Engkau ingat engkau anak raja ke sampai stoking pun nak suruh orang bukakan? Anak raja pun tak suruhlah pekerja dia buat benda biadab macamtu. Stoking kau tu dah bercampur bau kaki, kau selamba suruh tangan orang lain yang bukakan. Kau punya tangan tu cacat ke sampai stoking pun tak boleh nak buka sendiri?” soal Noah keras. Suka sangat tanya macam polis. Selagi dia tidak berpuas hati selagi itulah Erbach Arsalan tidak akan berganjak dari kedudukannya.

“Alamak bukakan stoking pun nak dipanggil biadab.  Saya bayar gaji dia orang. So Suka hati sayalah nak buat apa pun.” Selamba jawapan Erba. Mata Noah terus menangkap tajam ke dalam mata Erbach Arsalan.

Melampau betullah budak ni!

“Oh macam itu. Hurm, agak-agak berapa juta sangat ya engkau bayar dekat pekerja kau sampai dia kena bukakan stoking kau yang belum tentu wangi tu?” soal Noah menduga.

Bibir dia tak henti-henti dengan persoalan. Payah betul nak menjawab. Erbach hanya berdiam diri. Terkelu lidahnya mahu memberi kata balasan.

“Ingat mereka hamba abdi kau ke?” Kening bertaut.

Adeih, dia kasi ayat Deep satu kali...

“Alah abang ni. Menangkan dia orang tu sangat dah kenapa? Ergh, tak faham.” Erbach sudah buat ayat pasrah. Mengaku kalah. Penat nak menjawab.

“Aku ni dah masak sangatlah dengan perangai kau Erba. Lepasni aku dah malas nak carikan pembantu untuk kau. Tadi aku dah ceritakan hal ni dekat papa kau. Dia kata dia akan carikan pembantu terbaik untuk kau.” Erbach menggumam buat seketika. Kornea mata memandang wajah Noah yang masih membengis.

Kenapa perlu libatkan papa dalam hal ni? Kalau dia cari pembantu peribadi dari kalangan kawan-kawan dia juga macam mana? Susahlah nak enjoy.

Aduhai ...

“Aduih, tak payah ada pembantu tak boleh ke? Rimaslah saya bang. Semua pembantu tak boleh di harap,” bicara Erbach Arsalan kali ini membuatkan Noah menampar gegendang telinga yang tidak mendengar kata.

Mulalah tu nak ikut kepala dia tu! Hentak kepala dengan batu baru tahu.

Hei budak ni kepala batu betullah...

“Kau tu yang tak boleh harap. Tak reti nak hormat orang lain. Nak semua orang ikut cakap kau je,” laung Noah geram. Kalau Noah sudah bersuara garau, Erbach Arsalan memang tidak mampu melawan.

“Hurm, malaslah nak cakap hal ni lagi. Apa kata kita pergi ke set sekarang. Kalau abang membebel tak bekerja saya harini.” Erbach Arsalan tergesa-gesa mahu ke tempat kerja. Mendengar ujaran Erbach, hujung mata Noah sempat menjeling.

Nak mengelat lah tu!

“HAI Erbach sayang...” Thea Freya menyapa Erbach Arsalan dari arah belakang. Kegedikan Thea Freya sentiasa meloyakan segala rongga mulut Noah. Asalkan bergandingan drama bersama hero pilihannya, Thea Freya mulalah teruskan kegedikannya hingga ke tahap paling tertinggi.

Dia ni punya level gedik tahap kayangan! Tak boleh bawa bincang. Sibuk nak menempel macam belucas. Menyampah. Cari publisiti murahanlah tu. Tahulah mereka berdua sering digandingkan dan menjadi pasangan pujaan ramai. Tapi itu tak bermakna Thea Freya boleh tergedik-gedik bersama Erbach Arsalan setiap kali mereka beradu kening.

Tak kuasa sungguh Noah nak melayan.

“Hi my dear Freya.” Erbach Arsalan menoleh ke arah Thea Freya sambil menguntum senyum. Tangan dia mula ligat mencuit halus pipi halus si gadis jelita.

Noah hanya mengecilkan biji mata. Cara Thea Freya melayan Erbach hanya memalukan wanita bertudung di luar sana.

Jagalah adab sebagai wanita muslimah. Hesy, dia bukan dikategori menutup aurat. Tapi hanya membalut tubuh.

“Sayang dah makan ke belum?”

Erbach memuncung bibir seraya menggeleng kepala. Si Noah dah menjulingkan mata ke atas tangan di bahu.

Cinta bbnu (budak-budak baru nak up) sangat.

Jijik betullah. Ya Allah hindarilah mata aku dari menyaksikan kegedikan budak dua orang ni.

“Kasihannya you ni. Nanti lepas habis scene kita nanti kita pergi makan sama-sama lepas tu kita pergilah manjakan diri dekat mana-mana tempat, asalkan kita luangkan masa bersama.” Mendengar ajakan dari Freya, segera Noah menapak lebih dekat dengannya. Mata Noah dan Freya saling bertatapan.

“Kau ni kenapa sibuk datang sini? Tak nampak ke Erbach tengah baca skrip? Tak payah menggatal nak mengajak dia keluar manja-manja pula. Kalau timbul gosip, aku juga yang kena nanti,” tegur Noah tegas.

Erbach tidak terkejut jika Noah menegur Thea Freya sebegitu rupa, kerana mereka sudah terbiasa melihat sikap Noah yang dingin dan beku.

Erbach kenal Noah orang yang bagaimana.

Si dia memang sejenis manusia yang tak suka jika bekerja dalam keadaan santai-santai, kerana baginya sesebuah pekerjaan perlu dilakukan dengan fokus.

Detik ini, Erbach Arsalan hanya berdiam. Dia baru nak melayan si Freya, tapi Noah boleh pulak membentak.

“Abang ni asyik nak marah je. Saya bercakap je dengan Erba, bukannya buat apa pun.” Freya membalas sebal. Rimas bila setiap kali mahu berjumpa Erbach, pasti dia perlu bertemu Noah si mulut puaka.

“Kalau dengan orang macam kau ni memang mulut aku ni asyik nak melenting je. Orang sibuk nak bermain dengan emosi, orang sibuk nak hafal manuskrip, engkau sibuk pula nak sembang pacak kat sini. Dah pergi sana hafal manuskrip sendiri,” sambung Noah lagi. Kali ini lebih tegas.

Chill lah abang Noah. I tegur cinta hati I pun tak boleh ke?”

Puih, cinta hati konon! Dia ingat orang hairan sangatkah dengan title cinta hati dia tu?

“Tak kisahlah dia cinta hati engkau ataupun tidak. Ada aku kisah ke? Masalah sekarang ni waktu bekerja. Sekarang bukannya waktu kau nak bercinta, tapi sekarang waktu menghafal jadinya engkau boleh berambus duduk tempat kau,” tegas Noah lagi tanpa bertapis.

Dia pun tidak tahu status hubungan Erbach dan Freya yang sebenar-benarnya.

Sejujurnya, Noah langsung tidak peduli jika mereka berdua bercinta sekalipun asalkan gaji masuk setiap bulan. Tapi apa yang dia kisahkan jika mereka berdua menggedik macam kucing mengawan bila di set pengembaraan.

Haih, cannot brain!

“Abang Noah ni garang betullah. Bujang terlajak memang macam ini ya? Kasihan ...” bentak Freya menghentak kaki. Dia menahan geram yang kian menebal dalam hati.

Kalaulah Abang Noah bukan seseorang yang berpengaruh dalam dunia hiburan, pasti dia akan pastikan Noah tertunduk dengan bicaranya.

“Suka hati akulah nak garang ke tidak. Engkau pasal bujang terlajak kau tak payah nak sebut. Hesy, sensitif Betullah aku kalau orang sebut pasal bujang terlajak ni.” Tawa halus terletus di ulas bibir Erbach Arsalan.

Tak pasal-pasal sentap orang tua ni bila si Freya buka topik pasal bujang terlajak.

“Dah, pergi duduk tempat kau baca skrip. Lepas tu makeup apa yang patut jangan sibuk nak berbual je.” Noah membebel lagi. Dia dah mula jadi CD bergerak.

“Abang Noah, biar jelah dia hafal skrip dekat sini.” Erbach Arsalan cuba membela Thea Freya.

Mentang-mentanglah Freya partner dalam drama mula lah dia nak melayan.

“Kalau aku kata tak boleh maknanya tak boleh! Drama ni penting tau? engkau kena bermain dengan emosi engkau. Jadi jangan sibuk nak melayan dia ni sampai nanti bila start scene kau mulalah kau tercari-cari. Nanti bila kau tak fokus kau nampak kayu dalam kamera. Haaa, bila kau berlakon kayu, netizen kecam kau dalam media sosial mulalah kau menggelabah perut,” dengus Noah kasar.

Ada saja jawapan garang yang terbit dari bibir Noah. Ada saja yang tak kena dipandangan mata dia tentang insan bernama Freya.

SELESAI saja dari sesi pengembaraan di Batu Karang dari pagi hingga ke petang, Erbach Arsalan dan Noah terus ke Media Purnama untuk menuju ke Station Radio.

Hari ini, Erbach menjadi tetamu jemputan malam ini. Disebabkan Si Erbach masih dalam proses mencari pembantu peribadi yang baru, Noah lah yang terpaksa ikut dia ke sana ke mari.

Letihlah juga sebenarnya.

“Abang Noah...” Thea Freya menyapa Noah yang baru saja naik ke tingkat dua bangunan. Mendengar suara Freya, Noah terus mencebik bibir.

Alamak... Minah ni buat pula dekat sini? Bisik Noah jengkel.

“Abang buat apa kat sini? I jadi tetamu jemputan dekat station radio Sengat FM.” tanya Freya sambil matanya tercari-cari figura Erbach Arsalan.

“Aku buat bodoh je,” balas Noah, keret.

Freya sudah mengecilkan mata. Asalkan dia cuba tegur dan menyantuni lelaki itu sebaik mungkin, mesti teguran di balas dengan nada yang kasar dan menyakitkan hati. Pembantu peribadi Freya yang berdiri teguh di sebelah hanya tayang wajah meluat melihat gerak-geri Noah.

“Abang ni, kita tanya serius dia bergurau pula.” Freya pura-pura ketawa sekadar ingin menenangkan hati. Dia tahu sangat yang Noah hanya menyinis dan mahu menyakitkan sukmanya.

“Aku tak cakap pun aku bergurau.” Noah menghembus nafas berat. Makin berubah riak wajah Freya menjadi suram.

Seketika kemudian, Giliran Erbach Arsalan pula keluar dari lif setelah selesai membuang hajat di tandas tadi. Melihat kelibat Erbach melangkah keluar dari lif, wajah Freya terus bersinar. Tangan lelaki itu terus digenggam ceria. Ada mata-mata yang memerhati tingkah laku Thea Freya.

“You pun ada dekat sini?” Dia melompat bagaikan anak kecil.

Noah menggumam. Serius dia rasa tindakan Freya menjengkelkan.

Kau nak teruja kau teruja seorang diri sajalah. Sampai nak melompat macam menang kereta dah kenapa? Dengus hati Noah kasar.

“I jadi tetamu jemputan dekat Konti Cool je. You pulak?” Mendengar suara manja dari artisnya, Noah terus menayang wajah meluat.

Sudah... Erbach Arsalan melayan.

“I dekat konti sebelah. Hehehe, lepas habis kerja kita lepak makan dekat restoran bawah nak?” Freya masih berusaha mahu keluar bersama Erbach. Pantas Noah menggeleng kepala.

No... No... Tak boleh! Lepas habis je dia kena balik rumah terus. Kau jangan nak ajak dia pergi makan pula. Kalau timbul gosip lain aku jugak yang susah nak menjawab.” Noah menempelak laju. Tuturannya diperhatikan oleh satu wajah yang tidak berkelip memerhati.

Manager memang kena poyo macam ini ke?” Lelaki yang berdiri teguh sedari tadi di sebelah Freya sudah bersuara. Masing-masing terus menumpukan sepenuh perhatian memandang wajah lelaki berjaket hitam bersebelahan Freya.

“Kau siapa bro tiba-tiba nak cakap macam itu dekat aku? Aku urus dia suka hati aku lah nak cakap gaya macam mana pun!” garau suara Noah membalas. Berang pula dia dengan lelaki yang dia tidak kenali.

Kau tak kenal aku tiba-tiba pula nak tegur kasar.

“Kau tu siapa nak keret sangat dengan budak ni? Dari tadi aku perhatikan je cara layanan kau dekat dia. Adab kat mana?” Tangan lelaki itu menolak kuat Dada Noah.

Wajah Noah mula memerah marah.

“Mulut di balas dengan mulutlah! Apahal nak pakai tangan pula? Siapa yang tak ada adab sekarang?” Noah hilang sabar. Dia mengorak langkah ke hadapan lantas tangannya laju menolak bahu si jejaka.

Freya menelan air liur berkali-kali. Tidak menyangka abang iparnya Din akan menegur Noah dengan cara begitu.

“Abang Din, cool down. Abang Noah memang macam ini. perkenalkan ini pembantu sementara I merangkak abang ipar I. Nama dia Din.” Freya cuba membela Noah. Dia tidak mahu abang iparnya mempunyai masalah dengan insan yang berpengaruh seperti Noah.

Saat Freya menerangkan siapa Din, sepasang mata milik Erbach Arsalan terus merenung tajam ke arah wajah Din.

Ada satu rasa yang membuatkan matanya bagaikan tidak mahu melepaskan pandangan dari memandang lelaki itu.

Mindanya bagaikan dejavu saat memandang wajah si jejaka yang masih tegak berdiri depannya.

“Kenapa aku rasa aku macam pernah nampak dia?” desus hati Erbach perlahan. Jiwa dia bagaikan ditumbuk perasaan ingin tahu. Argh, puzzle!

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status