Share

JDMA-3

(MERISIK)

BADAN Aura direbahkan pada katil. Otaknya berserabut dengan apa yang didengarinya tadi. Jelas dan ternyata dia sudah tersilap langkah. Kenapa nasib aku macam ni? 

“Dasar penipu! Lelaki semua sama je . Sampah , sampah, Sampah!. Kalau aku jumpa kau lunyai aku kerjakan. Pengkhianat!” Beg tangan yang berada ditepinya dicampak kuat kearah dinding.

Hatinya cukup sakit dengan apa yang berlaku.

Tok..Tok..Plak..

Pintu yang diketuk terlebih dahulu dibuka dengan lembut oleh Datin Mona lalu menghampiri anak perempuannya itu.

“Aura, Zaffrel datang nak jumpa Aura.” Sopan sahaja tutur kata Datin Mona.

“Zaffrel ? Siapa?” Soal Aura acuh tak acuh. Marahnya pada lelaki semalam belum terubat lagi.

“Zaffrel lelaki yang mengaku bakal suami Aura tu. Dia cakap ada sesuatu nak cakap dengan Aura.” Jawab Datin Mona lembut. Tanggannya naik mengusap kepala Aura.

“What! Lelaki malam tu? Aura tak nak jumpa dengan dia. Dia tu penipu. Aura benci dia!” Dengus Aura lalu menyelimuti sepenuh badannya kedalam selimut.

“Penipu? Dia tipu pasal apa?” Datin Mona menarik selimut yang menutupi badan Aura sambil memujuk anak daranya untuk menceritakan hal sebenar.

“Dia.. takda apa la.” Mulut Aura bagai terkunci. Malas la dia nak cerita semuanya.

“Dah tu pergi la jumpa dia. Tak baik buat orang tertunggu-tunggu.” Pesan Datin Mona.

“Tapi , mama..”

“Pergi Aura, tak baik.” Datin Mona terus memotong kata-kata Aura.

“Baik mama. “ Aura akhirnya mengalah. Tapi mengalah dengan mama dia je dengan lelaki tu jangan harap. Kau tunggu aku datang wahai penipu bersiri.

Aura melilaukan matanya mencari susuk tubuh lelaki yang amat dibencinya. Memang lunyai kau aku kerjakan. Pandai sangat cari masalah dengan aku kan.

“Kau nak apa jumpa aku!” Sergah Aura secara tiba-tiba. Zaffrel yang merenung taman mini segera menoleh apabila disergah begitu.

“Tak reti bagi salam ke?” Perli Zaffrel dengan perangai Aura yang tidak ubah seperti orang kurang pendidikan.

“Kau tak payah ajar aku la. Aku tahu dosa pahala bukan macam kau. Penipu ! Pengkhianat! “ Marah Aura dengan nada yang agak tinggi.

“Yang kau nak marahkan aku ni kenapa? Aku datang sebab nak tolong kau tapi kau nak marah aku pula.” Zaffrel mula naik bengang dengan sikap Aura. Kalau psycho sekali pun janganlah tunjuk sangat perangai buruk tu.

“Tolong aku? Eh setakat nak tolong hancurkan hidup aku nak tolong bagi masalah dekat aku baik kau balik la!” Aura seakan ingin menghalau Zaffrel dari rumahnya. Melihat wajah Zaffrel sahaja mampu menaikkan amarahnya.

“Kau ni memang manusia tak reti nak berterima kasih kan. Aku datang cara baik nak bagitahu kau yang family aku nak datang merisik kau esok. Tapi kau halau aku. Manusia jenis apa kau ni? Orang dah tolong tapi kau balas najis je.!” Wajah Aura dipandang penuh benci. Kesabaran Zaffrel semakin menipis.

“ Kau ingat aku hadap sangat ke nak kahwin dengan kau!? Dasar penipu! Pengkhianat!. Aku menyesal gila kenal lelaki macam kau!” Suara tengkingan Aura menaikkan amarah Zaffrel.

“Eh perempuan aku pun tak hadap nak kahwin dengan kau. Dah la psycho ! Acah anak sultan! Bila kau susah pandai minta tolong dengan orang. Bila kau tak nak kau buat je apa yang kau suka. Perempun semua sama. Hati tak pernah ikhlas!” Wajah bengis ditayangkan. Mungkin aku nampak je baik tapi tak. Manusia kenal aku sebab sikap aku yang garang bukan sikap aku yang lembut.

“Lelaki pun semua sama je. Buat perempuan macam sampah! Nasib aku tak kahwin lagi dengan kau kalau tak hidup aku musnah. Dan kemusnahan itu punca dari kau and tak payah nak pura-pura tolong aku kalau hati kau ni tak ikhlas.!” Jari telunjuk Aura menujal lembut dada Zaffrel.

Selepas melepaskan marah masing-masing Aura dan Zaffrel mula melangkah meninggalkan medan perang tersebut.

Stop.

Aura dan Zaffrel secara tiba-tiba menghentikan kaki mereka dari terus berjauhan melangkah.

Kalau aku tak kahwin dengan dia, Ian mesti gembira sebab aku derita atas kegembiraan dia. Mesti dia ingat aku still tak move on dari dia.

No, kalau aku tak kahwin dengan Aura, Tasha akan fikir yang aku masih sayangkan dia dan bagi dia peluang untuk ambil hati aku balik.  No aku tak akan buat semua ni terjadi.

Satu,dua....

Mereka berpaling serentak. Kedua-duanya terdiam seribu bahasa.

“Erkk Aura.. aku..aku..”

“Aku..Aku nak kita kahwin!” Mulut Aura terus ditekup oleh empunya tangan. Apa kau ni Aura cover la sikit.

“Esok family aku datang. Just get ready.” Tenang sahaja Zaffrel menjawab walhal dalam hati dah melompat riang . Akhirnya apa yang aku nak tercapai.

Aura cepat-cepat berlari anak masuk kedalam rumahnya. Alahai mulut tolong la pergi buat insurans.

SUASANA riuh-rendah di rumah Aura menambahkan lagi debaran di jiwa Aura. Wajahnya yang disolek nipis dikenakan pula dengan dress simple bewarna putih tapi mewah yang dibuat khas oleh Datin Mona untuk anak tunggalnya itu.

“Datang merisik macam datang perang. Sekampung dia bawa sekali. Ingat rumah aku ni dewan perhimpunan ke apa? “ Aura membebel seorang diri apabila menyedari kehadiran pihak lelaki yang begitu meriah sekali.

“Aura, Datin Rasyidah dah ready nak jumpa Aura. Aura dah ready ke?” Soal Datin Mona dengan lembut.

“Ready untuk apa? Kenapa dia nak jumpa Aura? Siapa dia?” Soalan yang keluar dari mulut Aura terus mengundang jelingan maut dari Datin Mona.

“Ish kamu ni Aura. Datin Rasyidah tu bakal mertua Aura. Dia nak jumpa Aura sebab nak sarung cincin. “ Anak mata Datin Mona tajam menikam anak mata Aura. Budak ni belajar tinggi-tinggi tapi benda macam ni pun tak tahu.

“Aura..Aura dah..dah sedia” Dah kenapa aku takut macam nak ambil result spm ni? Merisik je pun. Tenang Aura, tenang.

“Baguslah kalau macam tu. Mama keluar dulu.” Pamit Datin Mona lalu kembali ke tingkat bawah.

Aura yang terbaring diatas katil terus membetulkan kedudukannya apabila menyedari bunyi tapak kaki yang menuju kearah biliknya. Debaran dijiwannya makin terasa. Tolonglah jiwa behave sikit. Jangan nakal-nakal.

Pintu yang diketuk seketika dibuka perlahan. Aura yang mula merasai gugup hanya mendiamkan diri. Janganlah takut macam ni Aura oi.

“Cantik tuannya. Patutlah si Zaff tak sabar-sabar nak saya pinangkan.” Seloroh Datin Rashiyah yang membuatkan ramai tersenyum.

Tangan Datin Rasyidah dicapai lembut lalu dikucup hormat. Aura menghadiahkan sebuah senyuman kearah bakal mertuanya itu.

“Lembut tangan Aura.” Puji Datin Rasyidah sewaktu menyarungkan cincin ke jari manis Aura.

“Terima kasih Datin.” Jawab Aura yang masih lagi dalam keadaan gugup. Mana keberanian kau selama ni Aura. Tak kan dah terbang melayan ditiup angin kut.

“Apa datinnya, panggil mummy je. Aura pun dah nak jadi menantu mummy tak lama lagi.” Ramah sahaja Datin Rasyidah bersuara. Wajah Aura dipandnag dengan senyuman.

“Maaf, mummy.” Aura simpul senyum. Mana keberanian kau ni Aura. Tolong kembali kesini keberanianku.

“Aura, ni Zaff minta mummy bagi dekat Aura.” Satu sampul berwarna coklat dihulurkan pada Aura.

Aura hanya mengambil sampul itu tanpa mengatakan apa-apa. Agak-agak apa mamat ni nak sampaikan?

“Jom la makan dulu. Mesti Aura dah lapar kan?” Ajak Datin Rasyidah.

“Mummy makan la dulu. Kejap lagi Aura turun.” Pinta Aura dengan sopan. Sebuah senyuman manis dihadiahkan buat bakal mertuanya.

Sampul yang diberikan oleh Datin Rasyidah dibuka dengan berhati-hati. Kertas A4 dikeluarkan lalu dibaca isinya.

Syarat sebelum kahwin dengan aku-;

  1. panggil aku dengan panggilan yang sopan depan orang lain.
  2. Jangan menjawab cakap aku , belajar jadi isteri solehah
  3. Jangan tanya benda yang aku tak nak cerita
  4. Call aku tepat pukul 12 malam ni. Number ada dekat belakang.

Aura memusingkan kertas kebelakang. Tentera number Zaffrel disitu. Nak main tulis surat ye okay, aku pun ada surat untuk kau.

Kertas kosong diambil lalu ditulis apa yang terbuku dihatinya.

Syarat sebelum nak kahwin dengan aku-;

  1. Jangan kongkong hidup aku
  2. Aku malas nak call kau malam ni sebab aku dah tidur waktu tu.

Usai menulis surat yang ingin dipesan untuk Zaffrel, Aura turun kebawah untuk menikmati juadah sambil ingin menghulurkan surat tersebut kepada Datin Rasyidah a.k.a bakal mertuanya.

TEPAT jam 12 malam, iphone milik Aura berdering.  Lagu Beautiful nyanyian Bazzi dan Camila Cabello bergema disegenap ruangan bilik tidur Aura. Aura mencapai iphonenya dengan malas. Siapalah yang berani ganggu aku waktu macam ni. Pantang nenek moyang aku ada orang ganggu aku tidur.

“Hello siapa ni?” Soal Aura sambil menguap. Tak senonoh kan , tapi itulah Aura.

“Bantal peluk kau nanti.” Jawab Zaffrel dari talian.

Aura yang kuyup mengantuk terus membulat matanya. Suara ni? Sah lelaki tu lagi. Dah kenapa ganggu aku malam-malam ni. Tak boleh tunggu esok ke apa budak ni.

“Kau nak apa ganggu aku?” Soal Aura acuh tak acuh.

“Save number aku. Aku taknak nanti orang cakap number bakal suami sendiri pun takda.”

“Kalau setakat nak call aku malam-malam nak cakap benda tu , baik...”

  

“And one more thing, kita akan kahwin hujung bulan ini. Aku tak nak kita berjumpa sepanjang bulan ini sehinggalah kita jumpa nanti akad nikah.” Zaffrel terus menyambung kata-katanya sebelum bebelan merapu keluar dari mulut Aura.

“Aku pun tak ingin nak jumpa kau la. Tapi, nak fitting baju macam mana? Takkan la kau pilih baju pink aku ambil baju hitam . Nanti atas pelamin rosak gambar aku. Tak boleh kita kena fitting sama-sama. Kalau kawan-kawan aku tengok apa dia cakap. Ee aku x suka la majlis aku orang pandang serong. Aku...”

“Aura..shuu... Itu bukan urusan aku. Kau pilih je baju mana yang kau nak okay. Tak perlu nak sempurna sangat. Ingat kita kahwin bukan sebab cinta bagai sampai semua nak sempurna.” Pesan Zaffrel.

Haah kan, aku kahwin bukan sebab cinta. Dah kenapa aku nak grand-grand? Tapi betul apa, kalau majlis ni rosak jatuh saham aku.

“Ye la, Tapi kau kena ingat, kau jangan lari macam ex aku buat , kalau tak aku sumbat kau dalam lubang tikus.” Amaran Aura bagai tidak diendahkan . Pandai-pandai je kau nak mengajar aku.

Panggilan terus dimatikan. Tak kuasa nak dengar minah ni membebel. Malam-malam pun nak membebel lagi. Tak penat mulut ke dia ni.

“Kurang asam punya jantan! Dah la ganggu aku , tidur boleh dia putuskan talian macam tu ke. Menyesal aku kenal kau! “ iphonenya terus dicampak dihujung katil. Nasib tak jatuh kelantai. Kalau tidak arwah iphonenya itu.

Tanpa menunggu lagi, Aura terus menyambung tidurnya yang tergendala.

‘Sleep is the cure for all diseases.’

Ada ke istilah macam tu? Ouh mungkin professor Aura Fellisya yang menciptanya.

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status