Share

JDMA-2

(PSYCHO VS PENIPU)

SUASANA di tepi swimming pool yang menyamankan menjadi tempat pilihan Puan Zubaidah untuk meluangkan masa lapangnya. Katanya, swimming pool adalah satu-satunya tempat yang mampu menghilangkan stress pada dirinya.

“Ibu, kat sini rupanya. Penat Zaff cari ibu, ingat pergi mana dah.” Zaffrel mendekati wanita tua itu yang sedang duduk di atas kerusi roda lalu memeluk erat tubuh tua tersebut. Jiwanya seakan tenang apabila dalam pelukan wanita tersebut.

“Kenapa Zaff cari ibu? Ibu ada je kat sini, kat mana lagi ibu nak pergi kalau bukan dekat kolam ni je.” Jawab Puan Zubaidah lalu mengusap rambut Zaffrel yang duduk melutut ditepi kerusi rodanya. Kemalangan yang berlaku dua tahun lepas telah mengambil kedua belah kudratnya untuk berjalan . Kini Puan Zubaidah disahkan lumpuh kedua belah kakinya untuk selama-lamanya.

“Takda apa la ibu. Zaff ni je yang tiba-tiba rindu ibu. Ibu, kenapa ibu suka sangat duduk tepi swimming pool ni? Zaff tengok takda la istimewa sangat swimming pool ni.” Soal Zaffrel lalu duduk dibirai kolam dan menyelamkan kedua belah kakinya.

“ Entah la Zaff, setiap kali ibu duduk kat sini, ibu selalu dapat ketenangan . Kalau ibu dah tiada suatu hari nanti, cuba Izz renung je kolam renang, mana tahu boleh teringatkan ibu.” Jawab Puan Zubaidah lalu menghalakan pandangannya pada kolam renang.

“Ibu, jangan la cakap macam tu. Walaupun ibu hanya ibu angkat Zaff, tapi Zaff sayangkan ibu macam nyawa Zaff. Ibu besarkan Zaff dari kecil lagi sampai la dah besar panjang macam ni.” Ujar Zaffrel lalu mengucup lembut belakang tapak tangan wanita yang membesarkannya itu.

Puan Zubaidah merupakan orang gaji didalam rumah tersebut. Dia telah menjaga Zaffrel sewaktu lahir lagi sehinggalah Zaffrel besar. Apabila Puan Zubaidah disahkan lumpuh kerana kemalangan, Zaffrel mengambil keputusan untuk menjaga Puan Zubaidah. Puan Zubaidah mempunyai seorang anak perempuan, tapi katanya anak perempuan dia sedang sambung belajar. Zaffrel pun tak kenal siapa anak perempuannya itu namun Puan Zubaidah sering memberitahu Zaffrel bahawa dia amat merindui anak perempuannya itu.

“Zaff, ajal maut semua ditangan Allah . Kita tak tahu bila kita akan pergi. “ Jawab Puan Zubaidah ringkas walhal dalam hatinya menyimpan seribu satu perasaan.

“Tak suka la cakap pasal ni. Ibu nak air? Kejap ye Zaff ambilkan.” Ujar Zaffrel yang cuba menukar topik lalu terus bangun memasuki rumahnya bagi mengambil air untuk Puan Zubaidah.

Sewaktu menunggu kedatangan Zaffrel, Puan Zubaidah menolak kerusi rodanya untuk menikmati suasana petang. Namun malang baginya apabila kerusi rodanya tergelincir dan terus terjatuh kedalam kolam renang.

“Lupa pula nak tanya ibu nak air apa.” Zaffrel yang ingin memasuki ruang dapur kembali kearah Puan Zubaidah. Namun dirinya bagai kekejangan apabila melihat ibunya tergapai-gapai lemas didalam kolam. Tanpa menunggu Zaffrel terus terjun kedalam kolam renang.

“Ibu, bangunlah ibu! Jangan tinggalkan Zaff ibu. Ibu bangun!” Zaffrel menangis teresak-esak apabila hanya jasad Puan Zubaidah yang dipeluk erat saat ini.

“Ibuu!!! Bangunlah ibu. Zaff tak kuat ibu. Ibu jangan tinggalkan Zaff! Ibu bangun!” Tubuh puan Zubaidah digoncang oleh Zaffrel. Wajahnya sudah lencun dengan air mata.

“Innalillahiwainnailahirojiun..” ucap Zaffrel setelah tubuh tua dihadapannya itu sudah tidak bernyawa.

“Maafkan Zaff ibu. Zaff sayangkan ibu.” Zaffrel mengucup lembut dahi Puan Zubaidah buat terakhir kalinya.

“Aku dah siap makan. Kau nak duduk sini lagi ke?” Soal Aura sesudah menghabiskan makanannya.

Amboi jauh betul kau termenung. Teringatkan girlfriend la tu.

“Hello pakcik!” Suara Aura dinaikkan beberapa oktaf.

“Ish kau ni ! Kenapa tak guna mic je panggil aku? Nasib tak pecah telinga aku tau.” Marah Zaffrel apabila suara Aura terlalu kuat . Fuhh aku baru je teringatkan arwah ibu aku, tapi perempuan psycho ni dah kacau daun. Sabar je lah Zaff.

“Aku panggil perlahan-lahan bukan kau dengar pun. Aku dah siap makan ni. Kau nak duduk sini lagi ke?” Soal Aura buat kali kedua. Tak dengar lagi memang aku ambil mic masuk dalam telinga kau lepas tu aku buat rancangan meletop baru tahu.

“Bagus la kalau dah siap makan. Aku pun nak balik ni. Makin lama aku duduk tepi kau makin semak otak aku ni.” Bebel Zaffrel lalu bangun dari duduknya dan menepuk seluarnya yang sudah dijamah habuk lantai.

“Woi pakcik, kau tu yang menyemakkan. Kalau muka handsome takpa, ni muka macam tudung saji. Sakit mata aku pandang kau tau.” Rolling eyes Aura dipamerkan.

“Biar muka macam tudung saji dari muka macam lubang singki macam kau.” Balas Zaffrel lalu membalas rolling eyes Aura. Fuhh berani betul perempuan ni kutuk aku. Tak pernah dalam sejarah aku ada perempuan kutuk wajah handsome aku.

“Muka singki ni la yang kau akan hadap nanti bila dah kahwin.” Aura mencerlung memandang Zaffrel. Sah buta! Orang cantik macam aku pun kau cakap macam lubang singki. Dasar muka macam botol kicap! Tak sedar diri betul!

“Entah siapa la nak kahwin dengan kau.” Jawab Zaffrel lalu berjalan menuju kehadapan.

“Kau dah buat masalah, kau tanggung la! Padan muka kau siapa suruh gatal-gatal menyamar jadi bakal suami aku.” Langkah Zaffrel terhenti apabila mendengar ayat dari Aura.

“ Okay fine aku kahwin dengan kau. Tapi nanti hantaran aku bagi tape ye. Kau guna untuk tutup mulut kau tu. Bising je aku dengar suara kau.” Balas Zaffrel lalu terus meninggalkan Aura terkulat-kulat disitu. Mulut mengalahkan burung murai. Aku cili baru tahu.

“ Mulut kau tu yang kena tutup. Mulut longkang! Sedap kau je mengata aku.” Suara amarah Aura tidak diendahkan. Makin dilayan makin psycho perempuan ni. Fuhh! Nasih kau la Zaff, kau yang pilih jalan ni. Tabah jelah wahai hati.

“MORNING mama.” Sapaan ceria Aura jelas didengari di corong telinga Datin Mona.

“Morning. Tak pernah berlaku Aura Felisya bangun awal pagi macam ni kalau cuti.” Bidas Datin Mona sambil menghabiskan bihun goreng didalam pinggannya.

“Mama ni bangun awal pun salah.” Muncung sedepa ditayangkan.

“Salah tu tak, pelik tu ye.” Jawab Datin Mona tanpa rasa bersalah walaupun dia tahu jawapannya mengundang rajuk Aura. Budak manja katakan orang bergurau pun cakap orang marah.

“Dah la mama asyik perli Aura je. Aura bangun awal ni patut bersyukur la, bukan perli macam ni. Penat la macam ni. Papa mana?” Soal Aura dalam nada rajuknya. Tak suka la perli-perli ni!

“Papa jumpa kawan dia.” Jawab Datin Mona ringkas. Kalau disambung perli dia seminggu Aura berkurung dalam bilik sebab merajuk. Manja mengalah budak tadika.

“Aura pergi dulu ye mama. Marsha dah sampai.” Aura menayang wajah minta pelempang. Tak sunat tak harus tapi wajib kena bidas lagi.

“Dah agak dah. Bangun awal mesti ada sebab. Tak ada maknanya Aura nak bangun sebab nak jadi anak dara pilihan mertua.” Sekali lagi ayat Datin Mona menikam jiwa Aura. Fuhh betul-betul pedih ni. Jiwa ini sudah terluka akibat panahan petir dari mu wahai mama, fuh lebih-lebih kau Aura.

“Alaa mama ni, macam tak kenal Aura. Aura pergi dulu ye.” Tangan tua dihadapannya dicium hormat.

“Jangan balik lambat.” Aura hanya mengangguk setelah mendengar pesanan mamanya itu.

“Aura,Aura tak ubah-ubah perangai. Macam mana la nak kahwin.” Bebel Datin Mona sendirian.

WAJAH Aura ditatap bosan. Senyum-senyum tu ada la nak pujuk aku. Kalau tak muka tu asyik nak tegang je. Aku hempuk baru tahu.

“Kau nak apa ? Dah la pagi-pagi buta call ajak jumpa. Aku pantang orang ganggu tidur aku.” Bebel Marsha setelah Aura selamat memasuki perut keretanya.

“Sorry la Marsha. Aku cuma nak minta tolong dari kau.” Tangan Marsha diambil lalu dibelai lembut. Nak minta tolong kena pandai pujuk. Pujuk tu kasi nampak ikhlas sikit, tak gitu?

“Nak minta tolong apa lagi?” Kang aku dah agak, mesti ada sebab punya.

“Kau dah biasakan upah penyiasat siasat orang? So, boleh carikan sorang untuk aku tak? Aku nak suruh dia siasat siapa lelaki malam tu?” Jelas Aura yang menyimpan harap terhadap sahabatnya itu.

“Dah kenapa kau nak siasat dia?” Soal Marsha lalu menarik tangannya dari dibelai Aura. Geli aku, ingat aku lesbian ke apa nak manja-manja macam ni. Kalau boyfriend aku yang buat tak apa, nampak sweet. Eh jap, sedarlah Marsha kau ni single abadi.

“Dia tu bakal suami aku. Aku taknak la nanti lepas kahwin baru la aku tahu dia tu pembunuh bersiri ke haa, tak pun perogol bersiri. Atau... pengamal ilmu hitam! Eee takutnya aku.” Aura mula membuat andaian sendiri. Tak salah kan? Sediakan payung sebelum hujan.

Pap!

“Aduh sakitlah.” Aura menggosok lengannya yang selamat ditampar oleh Marsha. Ingat lengan aku squishy ke nak tampar tampar ni.

“Kau ni kalau aku cakap otak dah tak berfungsi kau marah. Sah-sah dia cakap dia CEO MR Holdings. Kalau dia tu pembunuh tak pun perogol dah lama syarikat tu kena boikot. Tapi aku tengoh gah sampai sekarang je.” Jawab Marsha lalu menyilangkan tangannya ke dada.

“Kau kenal syarikat tu?”

“Kenal tu tak jugak, tapi selalu dengar orang duk sebut nama syrikat dia.” Jawab Marsha ringkas.

“Tapi at least aku nak tahu dia lebih detail!” Aura menayangkan wajah emoji cute miliknya. Berharap agar Marsha terpukau dengan wajah cute nya itu.

“Dah tu tanya la dia sendiri. Tak pun , kalau tak yakin dengan dia tak payah kahwin cari orang lain. Kan mudah tu.”Cadang Marsha.

“Masalahnya, aku tak nak malukan maruah kelarga aku. Nanti orang pelik malam tu yang lain tapi kahwin dengan orang lagi. Please la Marsha, kau je yang aku boleh harap.” Rayu Aura sambil menggongcang lengan Marsha.

“Ish ye la ye la. Jom aku bawa kau jumpa sorang ni. Banyak la kau nak jaga maruah keluarga padahal nak balas dendam. Macam aku tak kenal kawan aku ni.” Akhirnya Marsha kalah dengan pujukan sahabatnya itu.

“Thanks Marsha” ucap Aura dengan riang. Bebelan Marsha diendahkan. Yang penting aku dapat apa yang aku nak.

LELAKI yang lengkap bersut hitam dikenakan sekali dengan cermin mata hitam, setia duduk dihadapan Aura dan Marsha.

“Aku ada tugas untuk kau. Tolong siasat siapa sebenarnya CEO MR Holdings.” Arah Marsha dengan tegas.

Lelaki dihadapannya hanya tersenyum. Kerja mudah macam ni bagi dekat aku. This is not my level la.

“Kau nak bila maklumat tu?” Soal lelaki tersebut.

“Secepat yang mungkin.” Celah Aura yang hanya mendiamkan diri dari tadi.

“Sekarang?” Soal lelaki itu.

“Sekarang!” Terkejut Aura dan Marsha akan pernyataan lelaki itu. Siasat tak lagi dah dapat maklumat . Pelik .

“Ye sekarang. Aku kenal sangat dengan dia.” Jawab lelaki tersebut.

“Okay tell us now!” Arah Aura dengan bersungguh-sungguh. Makin tak sabar nak dengar. Manalah tahu tekaan aku tu semua betul.

“As you two tahu dia CEO MR Holdings, dulu dia ada kembar tapi kembar dia meninggal sebab kemalangan. Jadi syarikat tu sepenuhnya dia lah yang akan ambil alih dari daddynya Dato Malek. So, Dato Malek hantar dia pergi UK selama 5 tahun untuk belajar selok belok tentang perniagaan sebab tu la takda orang tahu pun tentang kewujudan dia sebagai anak Dato Malek.” Jus oren disebut terlebih dahulu sebelum dia menyambung ceritanya.

“Dia ada tunang, tapi..”

“Tunang!?” Soal Aura dengan riak terkejut.

“Ish kau ni dengar la dia cerita sampai habis dulu” Marah Marsha.

“Sorry.” Aura menggaru kepalanya yang tidak gatal. Kan dah kena marah free - free je.

“Tapi, tunangnya hanya kenal dia sebagai lelaki yang sederhana dan hidup dalam serba sederhana. Tunang dia berasal dari keluarga ternama, syarikat mereka sering menambat hati orang ramai untuk melabur dengan mereka. Tunang dia pula model, dah selalu ke luar negara atas urusan modelling dia.” Terang lelaki itu lagi.

“Maknanya lelaki tu menyamar jadi orang sederhana and perempuan tu baik sebab terima dia seadanya even perempuan tu kaya? Macam tu?” Soal Aura.

“Yang tu aku tak pasti. Hal peribadi dia sangat ketat. Setakat ni kalau hal-hal peribadi dia memang susah nak bocor. Yang aku tahu, perempuan tu banyak kali berurusan dengan MR Holdings tapi dia tak pernah tahu yang CEO disana adalah tunang dia sendiri. Sebab, Dato Malek hanya ikut arahan anaknya agar rahsia dia tersimpan rapi. “ jelas lelaki itu lagi.

“Terima kasih atas semua penjelasan. So bayaran kau berapa ?” Soal Aura.

“Tak pa kira aku bantu je kali ni. Kalau ada apa-apa lagi panggil je aku.” Ujar lelaki tersebut lalu meminta diri untuk beredar.

“Marsha, dia dah bertunang. Apa motif dia nak kahwin dengan aku sedangkan dia dah ada tunang. Aku yakin dia bukan orang yang baik. Dengan tunang sendiri pun dia boleh tipu macam tu apatah lagi dengan aku.” Mata Aura mula berkaca. Bukan sedih sebab ditipu tapi sedih sebab tersilap langkah dan tidak berhati-hati.

‘Dasar penipu, tunggulah nasib kau!’

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status