Share

JDMA-4

(MENGUSIK)

DATIN Mona yang sedang menyiapkan sarapan disapa dari arah belakang oleh Aura. Pinggang Datin Mona dipeluk erat lalu Aura melabuhkan sebuah ciuman di pipi insan yang disayanginya itu.

“Aura tak kerja ke hari ni?” Soal Datin Mona apabila melihat Aura hanya mengenakan pakaian biasanya.

“ Saya yang tak bagi dia kerja. Lagipun Aura dah nak kahwin, biarlah dia nak manja-manjakan badannya dulu. Bagi dia rehat dekat rumah je.” Celah Dato Khalid dari arah belakang. Aura yang memeluk mamanya itu terus kearah Dato Khalid lalu memeluk tubuh papanya itu pula.

“Thanks papa bagi Aura cuti. Nanti penat Aura nak urus majlis lagi nak kerja lagi. Aura sayang papa.” Pipi Dato Khalid dikucup sesaat.

“Aura kerja ke tak memang selalu penat. Penat tidur, penat main phone. Majlis Aura tu mana ada dia kesahnya, semua nak orang yang uruskan. Budak baik katakan.” Perlian halus yang menikam jiwa dari Datin Mona membuatkan Aura tergamam.

“Mama, bagilah Aura senang-senang dulu. Nanti dah kahwin tak boleh nak tidur, makan je. Kang mama sendiri pesan, tanggungjawab dekat suami tak boleh lalai kan. So bagi la peluang dekat Aura bermanja dulu.” Wajah bodek ditayangkan. Banyaklah kau punya tanggungjawab. Tengok muka dia pun dah gaduh, ini nak berlagak jadi isteri solehah. Oh minta maaf la mustahil aku rasa.

“Macam-macam la kamu ni Aura.” Datin Mona menggelengkan kepalanya. Budak ni ada je idea dia nak menang.

Ting Tong! Ting Tong!

“Siapa pula datang pagi-pagi ni?” Soal Dato Khalid.

“Entah. Jap biar Aura pergi tengok.” Pamit Aura lalu terus keluar rumahnya.

Pagar rumah didekatinya. Maklumlah pagar rumah dia ni tinggi sikit kalau duduk dalam rumah memang tak nampak la siapa yang datang. Setelah mendekati pagar tersebut Aura melangkah ingin masuk kedalam rumahnya kembali.

“Woi nak pergi mana?” Laung Zaffrel yang berdiri diluar pagar rumah tersebut.

“Cakap dengan aku ke?” Soal Aura lalu memandang kembali kearah belakang .

“Taklah cakap dengan batu ni.” Jawab Zaffrel. Aku duduk depan dia boleh dia buat tak nampak.

“Ouh cakap la dengan batu tu. Aku masuk dulu.” Ujar Aura lalu kembali menyambung langkahnya.

“Aura aku nak cakap dengan kau ni! Datang la sini.” Laung Zaffrel apabila Aura sudah jauh kehadapan.

“Ish kau nak cakap apa ?” Soal Aura tanpa memusingkan badannya kebelakang.

“Kalau ye pun datang la dekat sini. Takkan la aku nak laung cakap dengan kau. Nak suruh semua jiran kau dengar ke?” Bidas Zaffrel.

Aura menghentakkan kakinya lalu berjalan kearah Zaffrel. Pagar rumahnya dibuka bagi memberi ruang untuk Zaffrel.

“Yang kau datang sini kenapa? Kau sendiri cakap kan taknak jumpa selagi kita tak kahwin. Jadi apa kata kau balik. Nak halau tak tergamak.” Tangan Aura disilangkan kedada.

“Tak payah halau aku , pandai aku datang pandailah aku balik. Aku datang ni pun sebab mummy nak kau makan malam dekat rumah aku malam ni.” Terang Zaffrel.

“Aku taknak pergi.”

“Kau kena pergi!” Zaffrel memandang tajam wajah Aura.

“Aku TAK NAK pergi! Faham tak ? TAK NAK pergi.” Aura mengulangi kata-katanya.

“Habis kau nak cakap apa dekat mummy?” Zaffrel cuba menduga Aura.

“Cakaplah kau tak bagi pergi.” Selamba Aura menjawab.

“Aku pula dipersalahkan.” Perempuan ni sah psycho!

“Ye la, kau sendiri cakap tak nak jumpa aku. So aku tak pergi , kita tak jumpa.” Jawab Aura lagi.

“Aku tarik balik apa yang aku cakap. Nak tak nak kau wajib pergi.” Zaffrel mengeluarkan kata putus.

“Aku tak nak..”

“Kau kena pergi. Petang ni aku ambil kau dekat rumah. Mummy nak kau duduk situ dari petang sampai malam. Kau rehat je dekat rumah aku dulu. Malam nanti aku hantar kau balik. Kalau kau degil juga , pandai-pandailah kau jawab dengan mummy.” Kena guna nama mummy baru nak dengar budak ni.

“Sedap kau je nak..”

Tanpa menunggu jawapan Aura, Zaffrel terus memasuki perut keretanya lalu meninggalkan Aura seorang diri disitu.

“Kurang asam boi punya jantan! Siap kau!” Aura masuk kedalam rumahnya dengan hati yang sebal.

PADA PETANG ITU, Aura menunggu Zaffrel dimeja batu berhampiran dengan pagar rumah. Jam tangan dikerling sekilas.

‘Tadi bukan main paksa aku, sekarang dia pula yang lambat.’ Gumam Aura.

Beberapa minit kemudian, kereta Lamborghini Avendator milik Zaffrel masuk kedalam pekarangan rumah Aura. Zaffrel keluar dari perut kereta lalu menghampiri Dato Khalid dan Datin Mona yang baru sahaja keluar dari rumah mereka.

“Sampai pun Zaff, Aura dari tadi tunggu Zaff. Sanggup tunggu dekat luar demi bakal suami dia ni.” Usik Dato Khalid sewaktu Zaffrel mengucup hormat tangannya.

“Ye la tu papa. Aura ni tunggu dekat luar sebab Aura tak suka orang tunggu Aura. Tapi tu la Aura pun tak suka tunggu orang ni.” Jawab Aura lalu mengerling sekilas kearah Zaffrel.

Datin Mona mencubit lembut bahu Aura lalu menghadiahkan jelingan maut buat anak tunggalnya itu.

“Apa cakap macam tu.” Bisik Datin Mona namun jelas didengari oleh semua yang berada disitu.

“Aura cakap benda betul. Aura pergi dulu ye papa,mama.” Pamit Aura lalu menyalami kedua-dua orang tuanya itu. Zaffrel turut meminta diri lalu memboloskan dirinya kedalam kereta.

Aura masuk kedalam perut kereta lalu menutup kuat pintu kereta milik Zaffrel.

“Tutup la kuat lagi. Biar tercabut pintu tu.” Perli Zaffrel.

“Paksalah aku lagi , biar aku jadi macam lembu kena cucuk hidung.” Jawab Aura lalu menghadiahkan rolling eyes buat Zaffrel.

Zaffrel terus memulakan perjalanannya dengan penuh fokus. Malas dia nak layan Aura. Makin dilayan makin teruk budak ni.

SETIBANYA di pekarangan rumah Zaffrel, Aura disambut meriah daripada ahli keluarga Zaffrel yang lain. Namun Datin Rasyidah dan Dato Malek sahaja yang dikenalinya saat ini. Tangan Datin Rasyidah dikucup hormat.

“Aura kenalkan, ni Ilham sepupu Zaff.” Ilham yang berdiri disebelah Datin Mona menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Aura. Namun Aura hanya menghadiahkan sebuah senyuman buat lelaki tersebut. Ilham yang sedar akan tindakan Aura terus menarik kembali tangannya.

“Aura masuk la rehat dulu. Mummy dah sediakan bilik untuk Aura. Maaflah mummy suruh Aura datang awal, sebab mummy excited nak makan malam dengan bakal menantu mummy ni.” Tangan Aura diambil lalu digengamnya.

“Takpa mummy, lagipun Aura tak kerja sekarang, bosan juga duduk rumah.” Jawab Aura. Padahal dalam fikiran nampak bantal dengan selimut je.

“Kalau macam tu Aura pergi rehat dekat bilik dulu ye. Nanti kita minum petang sama-sama” ujar Datin Mona lalu membawa Aura kebilik tetamu yang disediakan.

Setelah Aura ditinggalkan seorang diri disitu, Aura terus memasuki bilik air apabila dia mula berasa tidak selesa.

‘Adui, waktu macam ni la kau nak bocor.’ Aura terus kearah beg tangannya untuk mengambil pad wanita. Namun , dia terlupa untuk membawa benda penting tersebut. Kau memang cuai la Aura.

Nak buat macam mana ni? Takkan nak minta dengan mummy? Tapi tu je cara dia . Arghh cuailah lagi lain kali.

Aura keluar dari bilik tetamu lalu mencari kelibat Datin Rasyidah. Wajahnya yang sudah berona merah dikawal sebaik mungkin.

“Kenapa Aura tak rehat dekat bilik je?” Soal Datin Rasyidah apabila menyedari Aura menghampirinya.

“Erk, mummy Aura sebenarnya segan nak cakap. Tapi Aura kena cakap juga.” Aura cuba mengawal malunya. Kalau nak utamakan malu terima padahlah jawabnya.

“Kenapa ni Aura. Ada yang tak kena ke?” Soal Datih Rasyidah.

“Sebenarnya, Aura bocor la mummy. Aura lupa bawa pad. Boleh Aura nak minta yang mummy satu?” Minta Aura dengan sopan.

“Erkk, Mummy tak guna dah benda tu. Mummy ni dah monopos.” Datin Rasyidah sembunyi senyum. Alahai Aura ni, orang tua macam ni dia pergi minta benda tu.

“Sorry mummy.” Aura menggaru kepalanya yang tidak gatal. Bersalah pula aku tanya dekat mummy. Tapi macam mana sekarang ni.

“Takpa , macam ni Aura tunggu kejap mummy suruh Zaffrel pergi beli ye.” Ujar Datin Rasyidah lalu terus melangkah pergi.

“Mummy takpa, Aura....”

“Takpa, kejap je nanti Zaffrel bagi dekat Aura.” Jawab Datin Rasyidah lalu terus kearah Zaffrel.

Alamak mummy ni. Aku nak tanya mummy pun dah tebal muka ni, boleh dia pergi minta lelaki tu beli. Mana nak sorok muka ni.

Aura menundukkan wajahnya pada lantai, jangan ada yang pandang aku saat ni, tolong faham aku dah malu tahap dewa .

Langkah Aura dilajukan lalu terus memasuki biliknya kembali. Bantal diambil lalu disembamkan wajahnya. Malunya aku. Mana nak letak muka ni.

Hampir 10 minit berlalu, pintu bilik Aura diketuk dari arah luar . Aura menebalkan wajahnya lalu membuka sedikit pintu biliknya.

“Ni ambiklah, maaf aku tak pandai sangat nak beli...”

Tanpa menunggu kata-kata Zaffrel , pad ditangan lelaki itu direbut lalu Aura terus menolak pintu biliknya. Namun sempat ditahan oleh Zaffrel.

“By the way, aku beli yang ada sayap. Maaf aku tak tahu kau pakai yang macam mana.” Usik Zaffrel. Berani cari maut kau Zaff.

“Diamlah kau!” Bentak Aura lalu menolak pintu biliknya dengan kuat lagi. Wajahnya sudah berona merah. Namun pintu biliknya ditahan kuat oleh Zaffrel.

“Taknak cakap terima kasih ke?” Zaffrel makin galak mengusik apabila Aura sudah malu tahap 7 keturunan.

“Lebih baik kau diam sebelum ada yang kena dengan aku.!” Pintu biliknya ditolak lagi namun tetap tidak terkesan kerana tahanan Zaffrel lagi kuat.

“Kalau nak yang lain cakaplah, nanti aku beli.” Zaffrel masih lagi galak mengusik Aura. Benda sensitif juga yang kau nak usik.

Pap!

Bahu Zaffrel dipukul kuat oleh Aura. Sewaktu Zaffrel memegang bahunya yang selamat ditampar oleh Aura, Aura mengambil kesempatan untuk menutup pintu biliknya. Zaffrel tersenyum seorang diri apabila puas mengusik Aura. Tahu pun malu dengan aku, bab mengata orang sedap sangat, kena usik sikit dah menggelabah.

“Ehem! Dah kenapa kau senyum sorang-sorang depan bilik anak dara orang ni.” Sapa Ilham dari arah belakang.

“Kau ni terkejut aku. Mana ada aku senyum la.” Bohong Zaffrel.

“Kau buat aku macam buta je. Sabar la Zaff, tak lama korang dah kahwin. Nak senyum 24 jam pun takpa.” Usik Ilham.

“Tak payah nak merepek la.” Jawab Zaffrel lalu meinggalkan Ilham seorang diri disitu.

“Malu tapi mahu. Macam aku tak tahu.” Ilham tersenyum seorang diri melihat gelagat Zaffrel

AURA keluar dari biliknya setelah jam menunjukkan pukul 5 petang. Mummy cakap nak minum petang 5 setengah, so aku kena tolong mummy sediakan juadah. Tapi tula, muka ni malu lagi tau. Tolonglah jangan muncul depan aku sekarang wahai lelaki tak bertauliah.

Sewaktu keluar dari bilik, Aura tertarik akan gambar-gambar yang tersusun rapi diatas meja. Dia menghampiri meja tersebut lalu memerhati satu persatu gambar tersebut. Mata Aura beralih kepada sekeping gambar yang sangat menarik perhatiannya. Gambar Zaffrel bersama seorang perempuan sedang tersenyum bahagia sambil menikmati aiskrim.

‘Siapa perempuan ni? Dia ada adik beradik lain ke selain kembar dia? Atau.. ni tunang dia? ‘ Aura mula berandaian.

“Aura.” Aura menoleh saat disapa dari belakang.

“Ilham.” Aura memberikan sebuah senyuman kepada lelaki tersebut.

“Tengok apa tu.” Ilham cuba beramah dengan Aura.

“Tengok gambar-gambar ni. Cantik.” Puji Aura walhal matanya masih lagi melihat gambar Zaffrel bersama seorang wanita.

“Ilham, saya nak tanya sikit boleh?” Soal Aura.

“Tanyalah”

“Zaffrel ada adik beradik lain tak?” Soal Aura yang cuba mengorek rahsia wanita yang berada dalam gambar tersebut.

“Ada, dia ada kembar. Tapi kembar dia dah meninggal sebab kemalangan.” Jawab Ilham.

Jadi betul la apa penyiasat tu bagitahu. Jadi siapa perempuan ni?

“Ouh, dia tak ada adik beradik perempuan?” Soal Aura lagi.

Ilham hanya menggelengkan kepala. Dia seakan tahu maksud disebalik soalan Aura.

“Ouh takpalah terima kasih. Saya pergi dapur dulu, nak tolong mummy sediakan makanan.” Pinta Aura lalu terus kearah dapur.

Ilham terus kearah gambar-gambar tersebut lalu melabuhkan pandangan pada sekeping gambar.

‘Dah agak dah, mesti dia nak tahu pasal Tasha.’ Gumam Ilham.

“Zaff , sini kejap.” Panggil Ilham setelah melihat kelibat Zaffrel turun dari tangga.

“Ada apa?” Soal Zaffrel.

“Gambar ni. Kenapa kau masih letak dekat sini?” Soal Ilham lalu menghulurkan gambar yang berada didalam frame kearah Zaffrel.

“Aku lupa nak ambil. Thanks” ucap Zaffrel lalu mengambil gambar tersebut.

“Aura tak tengok gambar ni.”

Zaffrel tergamam seketika. Jadi Aura dah nampak gambar dia dengan Tasha.

“Lain kali hati-hati.” Pesan Ilham lalu meninggalkan Zaffrel terkulat-kulat disitu.

Zaffrel terus kembali mendaki anak tangga untuk kebiliknya bagi menyimpan gambar tersebut.

AURA mendekati Datin Rasyidah sambil hidungnya galak menangkap bau kek yang baru sahaja dibakar oleh Datin Rasyidah.

“Sedapnya bau mummy masak. Mummy masak apa ni?” Soal Aura ramah. Aura memang mudah nak bergaul dengan semua orang kecuali orang yang cari pasal dengannya.

“Mummy buat kek carrot, Aura makan tak?” Soal Datin Rasyidah sambil memotong keke untuk diletakkan kedalam pinggan.

“Suka sangat. Macam tahu-tahu je Aura suka kek carrot ni. Kalau dulu mama mesti buat kek carrot dekat Aura kalau nak pujuk Aura.” Cerita Aura sambil sembunyi senyum. Malu pula bila cakap pasal merajuk ni, macam budak-budak.

“Sama la macam Zaffrel, suka snagat kek carrot. Ni namanya jodoh.” Datin Rasyidah berseloroh. Zaffrel yang melalui kawasab dapur terus ke arah Datin Rasyidah.

“Ada orang mengumpat dekat Zaff ke? Bunyi macam nama Zaff disebut-sebut.” Zaffrel terus melabuhkan punggungnya disebelah Aura lalu memasukkan kek Carrot yang telah dipotong kedalam mulutnya.

Banyak-banyak tempat sini juga kau nak duduk. Tak tahu ke yang aku tak nak jumpa kau pun sekarang.

“Kalau nak mengumpat pun apa salahnya.” Jawab Aura sambil memandang kek carrot dihadapannya. Nak makan ke tak? Kalau makan sekarang macam gelojoh je nampak.

“Eh Aura ada dekat sini. Macam mana dengan....Arghhh!”

Belum sempat Zaffrel menghabiskan ayatnya, kakinya sudah selamat dipijak oleh Aura. Padan muka kau, suka sangat usik aku.

“Kenapa Zaff?” Soal Datin Rasyidah dengan cemas apabila melihat anaknya kesakitan dengan tiba-tiba.

“Tak ada apa la mummy, ada king kong ni haa dekat bawah meja. Tunggu nak ngap je .” Zaffrel mengerling kearah Aura. Siap kau aku balas nanti.

“Macam-macam la korang berdua ni.” Datin Rasyidah menggelengkan kepalanya.

Ting Tong! Ting Tong!

“Jap biar Zaffrel pergi tengok siapa datang.” Pamit Zaffrel lalu terus kepintu utama.

Setelah membuka pintu, Zaffrel mengerutkan dahinya. Sungguh dia tidak mengenali wanita dihadapnnya itu.

“Cik cari siapa?” Soal Zaffrel.

“Ni rumah Dato Malek kan?” Soal wanita itu kembali. Zaffrel hanya mengangguk.

“Saya Linda, anak arwah Puan Zubaidah.” Kenyataan yang keluar dari mulut wanita itu mencetus amarah Zaffrel.

“Pergi kau sekarang! Kenapa hari ni baru kau muncul hah!” Jerkahan Zaffrel mengejutkan ahlu keluarganya yang lain. Semua yang berada disitu termasuk Aura terus berlari kemuka pintu.

“Ya Allah Zaff, kenapa ni?Siapa dia?” Soal Dato Malek.

“Kalau daddy nak tahu, dialah anak ibu. Ibu meninggal dalam keadaan rindukan anak dia, ibu selalu cerita tentang anak dia, nak jumpa anak dia. Tapi perempuan ni lebih pentingkan hidup dia. Lepas 3 tahun ibu kau takda baru kau nak munculkan diri! Anak jenis apa kau ni!” Sekali lagi wanita dihadapannya itu dijerkah. Tanpa sedar setitik demi setitik air mata Zaffrel mula luruh

“Hari-hari aku tengok ibu ditemani air mata sebab rindukan anak dia, hari-hari ibu berdoa nak jumpa anak dia. Tapi semuanya dah terlambat. Dia pergi dalam keadaan rindukan anak dia. Tapi anak dia? Ibu kau sendiri meninggal pun kau tak jenguk. Kau memang anak derhaka!”

“Zaff sabar.” Ilham menggosok belakang sepupunya itu untuk menenangkan Zaffrel.

“Saya tahu saya salah. Saya banyak dosa dengan ibu. Saya datang sebab saya nak tebus kesalahan saya dekat ibu.” Linda hanya mampu menekur lantai. Dia sangat takut untuk melihat wajah bengis lelaki dihadapnnya itu.

“Kau yang kau nak tebus? Ibu kau dah tak ada. Baik kau balik sekarang sebelum keadaan jadi lebih teruk.” Zaffrel cuba mengawal amarahnya. Marah lebih-lebih pun tak ada guna. Benda dah jadi.

“Zaff biar dia masuk dulu. Tak elok halau orang macam tu.” Tegur Datin Rasyidah. Aura yang berdiri antara mereka hanya mendiamkan diri. Dia lansung tidak memahami apa yang berlaku.

Zaffrel yang masih lagi dalam keadaan yang marah terus meninggalkan ruang itu ketempat yang lebih menenangkan. Kolam renang. Satu-satunya tempat yang mampu mengubati rindunya terhadap Puan Zubaidah.

SEMUA orang sudah duduk di meja makan mini diluar rumah berhampiran taman mini, namun kelibat Zaffrel masih lagi tidak kelihatan.

“Mana Zaff? Panggil dia minum petang sekali.” Arah Dato Malek kepada isterinya Datin Rasyidah.

“Kejap saya panggilkan.” Belum sempat Datin Rasyidah bangun dari duduknya Aura terus mencelah.

“Takpa biar Aura yang panggilkan.” Datin Rasyidah hanya mengangguk. Aura yang sudah tahu keberadaan Zaffrel terus ke kolam renang.

Aura menghampiri Zaffrel dari arah belakang namun Zaffrel lansung tidak menyedari akan kehadiran Aura. Sewaktu Aura mendekati Zaffrel, kakinya tergelincir lalu tertolak Zaffrel sehingga kedua-dua mereka selamat terjatuh ke dalam kolam renang.

Bup!

“Auraaa!” Jerit Zaffrel apabila seluruh badannya telah berada didalam kolam renang.

“Ish kau la ni! Kalau kau tak halang aku dari jatuh tadi semua ni tak akan jadi. Tengok habis basah baju aku.” Bebel Aura lalu menumbuk kuat air kolam sehingga percikan air terkena pada wajah Zaffrel.

“Aku pula yang salah , kau tu yang cuai.” Zaffrel kembali membalas percikan air yang kena papa wajahnya. Aura sehabis upaya menahan wajahnya dari terkena percikan tersebut.

“Kau tetap salah!”

“Kau yang tolak aku kan!”

“Kau yang tak tahan aku tadi!”

Bunyi bising dari mereka berdua telah menyebabkan yang lain berlari kearah mereka.

“Ya Allah Zaffrel Aura. Apa dah jadi ni?” Soal Datin Rasyidah . Kepalanya digeleng beberala kali. Macam mana sampai boleh terjun dalam kolam ni.

“Mummy Zaff yang salah. Tengok habis basah baju Aura.” Adu Aura sambil menayang wajah sedihnya.

“Mummy Aura yang tolak Zaff.” Zaffrel cuba mempertahankan dirinya. Tak boleh jadi ni, aku pula dipersalahkan. Perempuan selalu nak menang.

“Mummy Zaff yang salah!” Aura tetap dengan jawapannya.

“Awak ni selalu nak menang kan!” Zaffrel cuba mengawal amarahnya. Dia turut menukar panggilan dihadapan keluarganya.

“Awak tu yang tak nak kalah!” Jawab Aura lalu mendaki tangga untuk keatas. Habis beku dah kulit aku duduk dalam kolam ni.

“Dah-dah Zaff Aura naik. Kesian bakal menantu mummy ni. Aura sejuk tak?” Soal Datin Rasyidah dengan penuh prihatin.

“Mummy, Zaff anak mummy bukan Aura. Sepatutnya mummy tanya la Zaff dulu.” Zaffrel tayang wajah cemberut. Sampai hati mummy kan.

“Zaff kan lelaki kena tunjuk macho.” Bidas Dato Malek.

“Betul. Tunjuk macho. Jangan manja. Kan mummy.” Jawab Aura pula lalu terus mendapat jelingan maut daripada Zaffrel. Dah pandai bersatu dengan mummy eh.

Yang lain terus ketawa melihat aksi Aura dan Zaffrel. Namun Linda yang menjadi pemerhati setiap gerak geri keluarga tersebut.

SETELAH menukar pakaian yang diberikan oleh Datin Rasyidah, Aura kembali ke meja luar rumah untuk minum petang. Zaffrel turut menyertai minum petang tersebut.

Apabila melihat sahaja Zaffrel duduk di meja tersebut, Linda terua menuangkan air kopi lalu menghulurkan kepada Zaffrel. Namun Zaffrel menolak cawan tersebut kearah Aura lalu menuangkan yang baharu untuk dirinya. Linda hanya mempamerkan senyuman palsu terhadap tingkah laku Zaffrel.

“Linda kerja apa sekarang?” Soal Datin Rasyidah sekadar berbasi-basa. Zaffrel hanya mendiamkan diri kerana marahnya terhadal Linda belum pulih. Aura pula hanya fokus pada makanannya begitu juga Dato Malek dan Ilham.

“Linda tak kerja. Selama ni duduk tumpang rumah kawan. Dah banyak tempat Linda minta kerja tapi tak dapat.” Linda tayang wajah sedihnya. Bukan tak dapat kerja , tapi cari pun tak.

“Kesiannya . Nasib ada kawan yang baik hati sudi tolong Linda.” Jawab Datin Rasyidah.

Linda mula menangis . Semua mata terus tertuntu kearah perempuan teraebut namun tidak bagi Aura dan Zaffrel. Aura seperti biasa hanya fokus pada makanannya begitu juga Zaffrel.

“Kawan Linda dah halau Linda dari rumah dia. Linda dah tak ada tempat nak tinggal sekarang.” Aira mata Linda disapu perlahan. Dia berharap agar Datin Rasyidah kesian dengan dirinya.

“Kalau macam tu, Linda tidur dulu dekat sini malam ni. Esok kita carikan rumah sewa untuk Linda.” Cadang Datin Rasyidah.

“Tak boleh . Zaff tak setuju!” Bantak Zaffrel lalu meletakkan sudunya dengan kuat kedalam pinggan.

“Zaff kenapa cakap macam tu? Lagipun Linda anak ibu juga. Tak salah kita tolong kan.” Pujuk Datin Rasyidah.

“Lagipun Aura kan ada, malam ni Aura tidur sini sekali dengan Linda. Boleh tak Aura. Meriah sikit rumah ni.” Cadang Datin Rasyidah lagi. Namun Aura lansung tidak mendengar perbualan mereka kerana terlalu kusyuk menikmati makanannya.

“Aura boleh tak?” Soal Datin Rasyidah lagi.

“Boleh? Boleh apa?” Soal Aura dengan riak terkejut. Boleh apa ni.

“Tidur dekat sini malam ni. Teman Linda. Esok mummy hajat nak carikan rumah sewa untuk Linda.” Terang Datin Rasyidah lagi.

Aura memandang wajah Zaffrel. Namun Zaffrel hanya mendiamkan diri. Nak tak Nak tak kan nak tolak, Aura akhirnya mengangguk.

“Baguslah kalau macam tu.” Jawab Datin Rasyidah. Zaffrel yang menahan perasaan terus meninggalkan meja makan tersebut. Alahai Aura kau silap buat keputusan ke ni?

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status