Share

Bab 19

Kampung Bulan Sabit. Sebaiknya sahaja motorsikalnya berhenti di bahu jalan Razif terus memerhati keadaan sekeliling sebelum melangkah turun, Toki juga ikut turun sama. Razif mengeluarkan telefon bimbit daripada poket seluar jeansnya, aplikasi lampu sentuh dibuka dan cahaya lampu tersebut terus dihala ke kawasan belukar bersebelahannya. Lorong kecil di tengah-tengah belukar tersebut jelas kelihatan. Toki hanya memerhatikan sahaja tindakan Razif.

Hujan gerimis mula membasahkan sedikit bahagian atas baju mereka, Toki memandang ke langit. Gelap. Tahulah dia sebentar lagi hujan lebat pasti akan turun.

“Zif kita nak pergi mana ni?”

“Masuk hutan.”

“Masuk hutan! Buat apa?”

Razif menyuluh tepat ke wajah Toki. Pantas juga Toki berpindah posisi mengelak cahaya tersebut daripada terus menyilaukan retina matanya.

“Eh, bukan kau nak cari penyangak dua ekor tu ke? Kita nak pergi port dioranglah ni.” Cahaya telefon bimbitnya kembali menyuluh ke lorong kecil di hadapannya.

“Dekat mana?” Soal Toki lag
Locked Chapter
Continue to read this book on the APP

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status