Share

Bab 18

Suara pelakon-pelakon drama swasta yang jelas kedengaran daripada peti televisyen model lama itu menjadi peneman halwa telinga mereka bertiga sekarang. Julia dan Hannan sudah terlebih dahulu masuk ke bilik tidur. Menghilangkan penat seharian. Hanya Adam, Melina dan Mak Odah sahaja yang masih setia berada di ruang tamu, menunggu kepulangan Toki dan Razif.

Melina yang duduk bersebelahan Mak Odah terlalu asyik bermain telefon bimbit – permainan candy crush. Adam memerhatikan Melina, sekejap-sekejap dia akan memerhatikan keadaan sekeliling ruang tamu itu pula. Keadaan rumah itu langsung mematikan suasana hatinya.

“Mel apa plan untuk esok?” Tanyanya cuba menghilangkan kebisuan mereka di situ.

Melina hanya memasang telinga sahaja masih fokus dengan permainan candy crush-nya, dia semakin hampir untuk ke peringkat seterusnya.

“Bingo! Tak lama lagi naik level 110.”

Telefon bimbitnya diletakkan di atas meja. Barulah dia mengalihkan pandangan ke wajah Adam.

“Esok pagi kita terus pergi kampung G
Locked Chapter
Continue to read this book on the APP

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status