Share

BAB 8

TUBUHNYA direbahkan di atas sofa di ruang tamu. Otaknya ligat berfikir kenapa dan mengapa Siti Hawa membelasah Zuriana Imani semasa di pejabat dua hari yang lepas? Telefon bimbit yang diselitkan di dalam poket seluar dikeluarkan dan nombor telefon pembantu peribadinya itu didail.

Nombor yang anda dail tidak dapat di hubungi buat masa ini, sila cuba sebentar lagi.

"Zuriana, kau ni dah kenapa tak nak jawab panggilan dari aku?" Rayyan Zafrul mendail semula nombor Zuriana Imani namun tetap tidak dijawab.

"Zuriana... apa masalah kau sebenarnya? Hantar mesej dekat W******p ajelah. Kalau dia balas, okeylah tu. Kalau dia tak balas, ah... biarlah! Esok ajelah aku boleh jumpa dia di pejabat. Dia tu kan PA aku." Rayyan Zafrul bermonolog sambil tangannya sibuk menaip mesej.

Assalammualaikum Cik Zuriana Imani Binti Abdul Hadi, aku call banyak kali, kenapa tak nak jawab?

~ Rayyan Zafrul

Kenapa senyap aje ni? 😞

~ Rayyan Zafrul

Hmm... Okeylah, kalau tak nak balas... 😭

Maaf kalau ada terbuat salah atau apa-apa ajelah.

~ Rayyan Zafrul

😭😭

~ Rayyan Zafrul

Okeylah... Maaf sebab mengganggu...

Assalammualaikum... Bye and good night, sweet dreams! 😴😥😢😭

~ Rayyan Zafrul

Telefon bimbit dilempar ke arah dinding biliknya seraya merebahkan tubuhnya di atas katil bersaiz king. Kemudian dia bangun semula seraya duduk menyandar di kepala katil. Kedua-dua tapak tangannya diletakkan di belakang kepalanya. Terasa sakit hatinya bila teringatkan wajah sayu Zuriana Imani dua hari lepas. 

"Zuriana, kau tahu tak? Hati aku ni Sakit. Sakit sangat bila lihat kau menangis. Sekarang kau langsung tak nak jawab panggilan dari aku, dan W******p aku... kau langsung tak balas, dari semalam kau tak nak tegur aku langsung. Apa salah aku? Aku risaukan kau, kau tahu tak?!"  Rayyan Zafrul termenung. pandangan matanya diarahkan tepat ke arah siling biliknya.

"Aku sebenarnya sukakan kau. Cuma aku segan...  ye! Aku segan nak mengaku dan tak nak kau tahu aje." Kelopak matanya sudahpun bersinar dan berkaca mengenang nasib diri. "Kau tak tahu yang hati aku ni sebenarnya dah terpaut pada kau seorang sejak dari masa kita mula-mula kenal dulu lagi. Aku tak sampai hati nak marahkan kau masa kau mengelap baju aku yang basah dan kotor masa tu. Aku tak sampai hati melihat kau menangis masa tu... Aku tak tahu kenapa aku marah kau masa tu sedangkan yang sebenarnya aku yang bersalah. Aku yang langgar kau masa tu... bukan kau yang langgar aku. Awak... maafkan saya. Maafkan saya awak..." Rayyan Zafrul berkata sambil mengesat air matanya seraya melabuhkan tubuhnya berbaring semula seraya mengiring dan cuba untuk memejamkan matanya.

Syamira yang dari tadi mengerling ke arah Zuriana Imani yang sedang merenung telefon bimbit di tangannya. Dia pelik dengan tingkah Zuriana Imani malam ini. Dari tadi telefon bimbitnya  berdering tetapi dibiarkan. Selepas itu, terdengar pula ringtone yang menandakan ada mesej masuk menerusi aplikasi W******p. Namun tetap dibiarkan juga. "Wey, Kau ni dah kenapa? Dari tadi aku tengok kau asyik renung handphone  tu aje... tapi bila handphone tu dah berdering, tak pulak kau nak jawab. Apa kena kau ni? Gaduh dengan Rayyan ke?" 

"Tak... tak ada apa-apa... Kami berdua okey aje," jawab Zuriana Imani ringkas.

"Dah tu, kalau tak ada apa-apa, kenapa dia call kau tak nak jawab? Mesej pun kau tak balas? Kau jangan nak tipu akulah... aku tengok muka kau tu dah macam isteri kehilangan suami. Muram aje memanjang. Tu mata tu pun dah macam mata panda!" balas Syamira panjang lebar.

"Kau ni... malaslah aku nak layan. Aku masuk bilik dulu, nak tidur. Selamat malam," balas Zuriana Imani seraya bingkas bangun dan terus berlari anak menuju ke bilik tidurnya. Buku diari merah jambunya dibiarkan tertinggal di atas meja ruang tamu. 30 minit seterusnya Syamira bingkas bangun dan terus mengatur langkah berjalan menuju ke bilik tidurnya.

Biasanya setiap malam sebelum tidur, Zuriana Imani pasti akan menulis apa-apa sahaja di dalam diari merah jambunya itu, cuma pada malam ini, dia terus tertidur sambil memeluk baju kemeja biru Rayyan Zafrul yang dicucinya tiga bulan yang lepas. Baju Rayyan Zafrul semasa kejadian perlanggaran mereka berdua di restoran Mc'D tiga bulan yang lepas. Dia nak memulangkan baju itu kepada Rayyan Zafrul semula, namun jejaka itu menolak sebaliknya dia nak Zuriana Imani simpan baju itu buat kenangan.

TEPAT pukul 7.30 pagi Rayyan Zafrul sudah tiba di hadapan rumah sewa Zuriana Imani dan Syamira. Dia bertekad, pagi ini dia mesti datang menjemput Zuriana Imani dari rumah untuk ke pejabat bersama-sama. Hampir 20 minit dia menunggu namun kelibat gadis manis itu tetap tidak kelihatan, nak menelifon gadis itu, telefon bimbitnya pula rosak akibat dilempar dengan kuat ke arah dinding bilik tidurnya semalam. Dia menapak keluar dari perut kereta Toyota Vios berwarna putih miliknya itu dan mengatur langkah berjalan menuju ke arah pintu pagar rumah tersebut dan mendapati pintu pagar itu tidak berkunci. Dia terus melolos masuk ke dalam perkarangan rumah sewa itu.

Beberapa saat selepas itu, pintu rumah itu dikuak dari dalam.

"Allahhuakbar! Terkejut aku! Encik Rayyan, dah lama sampai ke?" Syamira yang kebetulan memulas tombol pintu ketika itu terkejut bukan kepalang sebaik sahaja terpandang figura lelaki kacak tinggi lampai yang sudahpun berdiri tercegat di hadapan pintu rumah sewa itu terkejut.

"Baru aje sampai," bohong Rayyan Zafrul.

"Encik Rayyan nak jemput Zuriana ke?" Syamira bertanya.

"Yap."

"Err... tapi Zuriana dah keluar setengah jam yang lepaslah Encik Rayyan..." sahut Syamira yang berdiri di sebalik pintu itu sambil tersengih macam kerang busuk.

"Pulak dah... kalau macam tu, takpelah. Terima kasih," ujar Rayyan Zafrul seraya mengatur langkahnya kembali menuju ke arah kereta Toyota Vios miliknya.

"Eh, nanti! Tunggu sekejap Encik Rayyan," panggil Syamira dan berlari anak menuju ke arah Rayyan Zafrul sambil tangannya memegang senaskah buku kecil berwarna merah jambu.

"Ye, ada apa?"

"Ini diari, diari ini kepunyaan Zuriana. Tolong bagi kepada dia dekat pejabat nanti ye. Tapi ingat, Encik Rayyan jangan buka! Saya sendiri pun tak pernah buka atau baca diari dia ni. Tak tahulah macam mana dia boleh tertinggalkan diari dia ni. Encik Rayyan janji dengan saya jangan buka dan jangan baca, okey?"

Rayyan Zafrul mengangguk menandakan dia faham dan masuk semula ke dalam perut keretanya dan terus bergerak laju.

Syamira hanya tersenyum mengerling bos sahabat baiknya itu. "Untung kau Zuriana, dapat berkenalan dan rapat dengan orang macam Rayyan tu. Dahlah handsome,  baik hati pulak tu. Kalau akulah... kalau aku dah dapat lelaki macam Rayyan tu, sumpah! Aku takkan cari lelaki lain. Hai... bertuahnya nasib kawan baik aku tu..."

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status