Kekasih Hati Cik Dingin

Kekasih Hati Cik Dingin

By:  HeyL AryaN  Completed
Language: Bahasa_melayu
goodnovel16goodnovel
10
1 rating
47Chapters
2.6Kviews
Read
Add to library

Share:  

Report
Overview
Catalog
Leave your review on App

Perlanggaran yang tak dijangka telah mempertemukan Rayyan Zafrul dengan Zuriana Imani. "Maaf, saya tak sengaja." _ Zuriana Imani. "Hoi! Berjalan tu mata letak dekat mana? Kat lutut? Kat punggung?" _ Rayyan Zafrul. "Kan saya dah minta maaf..." _ Zuriana Imani. "Senang aje nak minta maaf, ni baju aku dah basah ni, nak buat macam mana?" _ Rayyan Zafrul. Semenjak peristiwa di restoran makanan ringan hari itu, mereka berdua kerap berjumpa dan hubungan mereka semakin rapat. Dalam diam Zuriana Imani jatuh cinta pada Rayyan Zafrul. Namun sebaik sahaja Rayyan Zafrul membaca diari milik Zuriana Imani dan mengetahui gadis itu mencintai dirinya dalam diam, segalanya berubah.

View More
Kekasih Hati Cik Dingin Novels Online Free PDF Download

Latest chapter

Interesting books of the same period

Comments
user avatar
fight night
usaha thor sukses selalu
2021-09-26 23:11:03
0
47 Chapters
PROLOG
PEDAL minyak kereta Toyota Vios berwarna putih itu ditekan dengan sepenuh hati. Ketika hatinya sudahpun memilih untuk memperisterikan Raisya, rakan yang juga merupakan teman wanita untuk menghilangkan rasa bosannya itu, namun hampa. Hancur remuk hatinya bagaikan ditembak dengan peluru berpandu sebaik sahaja melihat dengan mata kepalanya sendiri di mana Raisya sedang khayal dengan nafsu serakah lelaki yang tidak dikenalinya di dalam bilik hotel. "Tak guna kau Raisya! Kau tipu aku, sepatutnya aku yang bersama kau sekarang, bukan jantan tu!"Rayyan menghentak kuat tangannya pada stereng kereta seraya menekan pedal minyak dengan sekuat hati. Kereta yang dipandu laju itu menuju ke arah sebuah kelab malam. Sebaik sahaja kereta Toyota Vios berwarna putih itu berhenti di hadapan kelab malam itu, Rayyan terus menapak keluar dari perut keretanya dan segera masuk ke dalam kelab
Read more
BAB 1
Tujuh bulan sebelumnya... TUBUHNYA direbahkan di atas sofa fabrik berwarna biru di dalam bilik pejabat papanya, Dato' Azahari. Dia mengerling lama ke arah gambar potret keluarga yang tergantung  di dinding pejabat itu. Pandangan matanya ditumpukan kepada gambar dirinya sendiri yang berdiri sambil tersenyum bersebelahan dengan adiknya yang berdiri di belakang papa dan mamanya itu. Hai... rasanya kalau aku dah kahwin, pasti bilangan manusia dalam potret tu akan bertambah. kalau bukan setakat isteri, pasti dah ada budak kecil dalam pangkuan papa. Papa kan suka budak-budak..."Rayyan tak keluar lunch ke?" Satu suara garau menyedarkan Rayyan Zafrul dari lamunannya. Dato' Azahari. Lengan baju kemeja berwarna biru muda itu disingsing ke sik
Read more
BAB 2
ZURIANA Imani bergegas semula ke kaunter untuk meminta tisu dan kembali mendapatkan Rayyan Zafrul semula, kemudian dia terus mengelap baju jejaka yang sudah basah itu. Dengan tidak disengajakan Zuriana Imani mengelap bahagian dada bidang Rayyan Zafrul yang terdedah itu tanpa dia sedar. Cepat-cepat tangannya ditepis kuat oleh Rayyan Zafrul. "Dah! Tak payah nak buat-buat baik! Buat malu aku aje!" marah Rayyan seraya terus berjalan keluar dari restoran itu dan terus meluru ke arah kereta Toyota Vios berwarna putih miliknya yang diparkirkan di hadapan restoran itu. "Argghhh!! Tak guna betullah!" Hilang terus rasa laparnya akibat kejadian yang memalukan sebentar tadi. "Takpe... takpe perempuan... kau tunggu ajelah... ada ubi ada batas," mengomel Rayyan seorang dir
Read more
BAB 3
SYAMIRA duduk menghadap televisyen di ruang tamu, sambil matanya merenung skrin televisyen itu, tangannya ligat memotong buah epal hijau yang dibelinya semalam. Otaknya ligat memikirkan nasib sahabat baiknya, Zuriana Imani tengah hari tadi, waktu petang tadi pula, sahabat baiknya itu menghubunginya dan memaklumkan bahawa dia balik lewat kerana lelaki yang dia langgar dalam restoran Mc'D tengah hari tadi mengajaknya keluar. "Pelik... berlanggar, lepas tu marah kaw-kaw! Si mangsa pulak menangis teresak-esak, tapi... lepas tu bila diajak keluar, dia setuju jugak... Haih! tak faham betul aku." Sepuluh minit selepas itu, kedengaran sepertinya ada sebuah kereta yang berhenti di hadapan rumah, Syamira bingkas bangun dari kerusi dan sepantas cahaya dia menapak ke arah tingkap seraya diselaknya kain langsir tingkap berwarna hijau muda itu dan be
Read more
BAB 4
Tiga bulan berikutnya...MALAM itu Rayyan Zafrul tidak dapat melelapkan matanya, dia bingkas bangun dari katil, kunci kereta yang diletakkan di atas meja kecil di tepi katil itu disambar seraya bergerak menuju ke arah pintu. Telefon bimbit di dalam poket seluarnya dikeluarkan dan nombor telefon sepupunya Aryan Syah didail."Helo... Assalammualaikum Rayyan, ada apa call aku waktu ni?" soal Aryan Syah di hujung talian."Waalaikumsalam Aryan. Hmm... tak ada apa-apa, saja je aku call kau. Tak boleh ke? Buat apa tu?" jawab Rayyan Zafrul seraya bertanya."Kalau dah waktu macam ni... pukul 11.45 malam macam ni apa lagi? Mestilah aku nak masuk tidur. Kenapa kau tanya?" soal Aryan Syah pula.
Read more
BAB 5
USAI mencuci muka dan memberus gigi di bilik air, Zuriana Imani menapak keluar semula dan terus menuju ke bilik tidurnya, punggungnya dilabuhkan di birai katil seraya tangannya bergerak menghala ke arah meja kecil di sebelah katil itu. Diari merah jambu dan pen biru diambil seraya tangannya sibuk dengan aktiviti menconteng halaman muka surat diari merah jambunya itu. Perjalanan sepanjang hari ini seperti biasa...Hari ni, genap tiga bulan aku kenal dengan Rayyan. Ye! Si Rayyan Zafrul yang handsome tu! Bakal CEO RZA
Read more
BAB 6
"SELAMAT pagi tuan." "Selamat pagi Hawa." Siti Hawa, selaku penyambut tetamu agak terkejut sebaik sahaja pandangan matanya menangkap figura seorang gadis yang dia kenal semasa di bangku sekolah menengah dahulu sedang berdiri di sebelah kiri Rayyan Zafrul."Zuriana? Is that you?" Siti Hawa bertanya seraya menghulurkan tangannya untuk bersalaman."Ye, saya Zuriana."Jeda buat seketika. "Eh, Hawa! Apa khabar? Lamanya tak jumpa." Tiba-tiba Zuriana Imani teringat akan Siti Hawa, rakannya sama satu kelas semasa di tingkatan empat dan lima. "Tak sangka kita boleh berjumpa dekat sini..." Rayy
Read more
BAB 7
ZURIANA IMANI berdiri lama di hadapan cermin, air matanya berjuraian mengalir membasahi pipi. "Kau harus kuat Zuriana. Kau sendiri yang pilih untuk mencintai dia... Ye, aku tahu Siti Hawa memang gedik dari zaman sekolah lagi. Pantang nampak lelaki handsome pasti dia akan ganggu orang yang rapat dengan lelaki itu! Aku takkan biarkan Hawa ganggu aku."Sedang Zuriana Imani leka merenung pantulan dirinya di hadapan cermin itu,  tiba-tiba daun pintu dikuak dari luar. Seorang gadis menapak masuk dan berdiri di sebelahnya. "Si Hawa tu memang macam tu... jangan ambil hati sangatlah dengan dia, kau kena kuat... Kalau kau tunjuk diri kau lemah... semakin menjadi-jadilah dia pijak kepala kau nanti." Gadis itu berkata kepada Zuriana Imani seraya menyeka air mata yang mengalir membasahi pipi pembantu peribadi bosnya itu."Emm..." Zuriana Imani hanya menganggukkan kepalanya."Aku
Read more
BAB 8
TUBUHNYA direbahkan di atas sofa di ruang tamu. Otaknya ligat berfikir kenapa dan mengapa Siti Hawa membelasah Zuriana Imani semasa di pejabat dua hari yang lepas? Telefon bimbit yang diselitkan di dalam poket seluar dikeluarkan dan nombor telefon pembantu peribadinya itu didail.Nombor yang anda dail tidak dapat di hubungi buat masa ini, sila cuba sebentar lagi."Zuriana, kau ni dah kenapa tak nak jawab panggilan dari aku?" Rayyan Zafrul mendail semula nombor Zuriana Imani namun tetap tidak dijawab."Zuriana... apa masalah kau sebenarnya? Hantar mesej de
Read more
BAB 9
"HARAP keputusan yang aku buat ni tepat. Baiklah untuk keselamatan aku dan aku tak nak menyusahkan Rayyan, so, Aku terpaksa buat keputusan ini. Walaupun berat rasa hati ni, maaf Rayyan." Zuriana Imani bermonolog seraya melangkahkan kakinya menghampiri pintu pejabat Rayyan Zafrul. EXECUTIVE MANAGERRAYYAN ZAFRUL                Tanda nama Rayyan Zafrul yang tertampal di hadapan pintu itu direnungnya lama seraya tangan kanannya segera memulas tombol pintu sementara di tangan kirinya pula ada satu sampul surat berwarna kuning. Zuriana Imani meneruskan langkahnya untuk meletakkan surat itu di atas meja dan cepat-cepat keluar dari bilik itu. Sema
Read more
DMCA.com Protection Status