Share

BAB 7

Penulis: HeyL AryaN
last update Terakhir Diperbarui: 2021-08-27 11:10:22

ZURIANA IMANI berdiri lama di hadapan cermin, air matanya berjuraian mengalir membasahi pipi. "Kau harus kuat Zuriana. Kau sendiri yang pilih untuk mencintai dia... Ye, aku tahu Siti Hawa memang gedik dari zaman sekolah lagi. Pantang nampak lelaki handsome pasti dia akan ganggu orang yang rapat dengan lelaki itu! Aku takkan biarkan Hawa ganggu aku."

Sedang Zuriana Imani leka merenung pantulan dirinya di hadapan cermin itu,  tiba-tiba daun pintu dikuak dari luar. Seorang gadis menapak masuk dan berdiri di sebelahnya. "Si Hawa tu memang macam tu... jangan ambil hati sangatlah dengan dia, kau kena kuat... Kalau kau tunjuk diri kau lemah... semakin menjadi-jadilah dia pijak kepala kau nanti." Gadis itu berkata kepada Zuriana Imani seraya menyeka air mata yang mengalir membasahi pipi pembantu peribadi bosnya itu.

"Emm..." Zuriana Imani hanya menganggukkan kepalanya.

"Aku Suria Natasya, akauntan syarikat ni. Panggil aku Natasya atau Tasya aje," ujar gadis itu memperkenalkan dirinya kepada Zuriana Imani seraya tangannya dihulurkan untuk bersalaman.

"Zuriana... Zuriana Imani."

"Dah. Jangan nangis lagi, okey? Nanti kalau si gedik Hawa nampak kau menangis, semakin menjadi-jadi dia ganggu kau!"

"Okey," jawab Zuriana Imani perlahan.

Suria Natasya diam sejenak. "Tapi kan, Kalau kau nak tahu..." Dia diam sekali lagi seraya membasuh tangannya di sinki.

"Tapi apa?" Zuriana Imani bertanya. Suria Natasya direnungnya lama.

"Tuan Rayyan kita tu ada ramai peminat dia tau!" jawab Suria Natasya dengan nada tegas tapi lembut.

"Ye ke? Siapa? Pekerja-pekerja dalam company ini jugak ke?" soal Zuriana Imani lagi. Dia  ingin sangat nak tahu siapa lagi pesaing-pesaingnya.

"Kalau dalam company ni, setakat ini yang aku tahu... cuma Siti Hawa tu seorang  ajelah. Dia memang gedik dengan Tuan Rayyan! Tapi Tuan Rayyan langsung tak pandang perempuan macam tu..." ujar Suria Natasya  dengan bersungguh-sungguh.

Zuriana Imani hanya diam mendengar dan mengangguk kepalanya.

"Tapi kan, Tuan Rayyan ada seorang kawan perempuan dari masa dia belajar di Oxford University dahulu... Raisya, Raisya Arlina. Alah... model yang selalu menjadi penghias kulit majalah tu..."

"Lah...  ye ke?" Zuriana Imani bertanya saraya mengatur langkah menuju ke arah pintu.

"Ha'ah... kalau kau nak tahu, Raisya tu lagilah gedik daripada Siti Hawa! Sombong dan berlagak nak mampus! Pernah jugak dia mengamuk di dalam office kita ni gara-gara Siti Hawa menggedik dengan Tuan Rayyan di hadapan mata dia!"

"Oh... macam tu..." balas Zuriana Imani ringkas. Dia hanya mampu menganggukkan kepalanya sambil mendengar cerita dari Suria Natasya. Dia bertanya lagi kerana ingin sangat nak tahu. "Habis tu, apa yang terjadi lagi selepas itu?"

"Nak tahu tak? Raisya mengamuk hingga bersepah satu office ni dia buat. Tuan Rayyan hanya menengking si mangkuk dua ekor tu. Yelah kan... Tuan Rayyan tu sebenarnya seorang yang baik hati dan penyabar orangnya. Tapi, semasa kejadian itu, Dato' Azahari berada di dalam bilik dia... bila dia terdengar aje kekecohan yang berlaku pada masa tu, dia terus keluar dan pada masa itu Raisya sedang mengamuk dan memaki hamun Tuan Rayyan dan tak pasal-pasal Dato' Azahari terus menampar tepat ke muka Raisya tanpa rasa belas kasihan. Dato' Azahari tu paling pantang dia kalau ada orang marahkan anak-anaknya, dan buat kecoh di dalam office ni. Dato' Azahari halau Raisya keluar dari office ni... Raisya tu gila! Dia sanggup failkan saman terhadap Dato' Azahari tahun lepas gara-gara kes itu. Tapi dia kalah dalam perbicaraan tu," cerita Natasya panjang lebar, Zuriana Imani pula khusyuk mendengar.

"Zuriana, aku nak tanya ni. Betul ke kau dengan Tuan Rayyan tu ada apa-apa?" Suria Natasya sempat lagi bertanya, dia juga inginkan kepastian.

"Eh, takdelah... aku dengan dia cuma kawan aje. Tiga bulan dah kami berkawan," jawab Zuriana Imani ringkas. Dia juga sudahpun membuat keputusan untuk tidak menaruh harapan kepada Rayyan Zafrul dan juga akan menjauhkan dirinya daripada lelaki itu.

JAM sudah menunjukkan pukul 1:25 tengah hari, majoriti staff RZA Holdings keluar untuk makan tengah hari. Zuriana Imani masih duduk termenung di hadapan skrin komputer di atas meja kerjanya. Tiada selera untuk makan tengah hari, Suria Natasya mengajaknya keluar untuk makan tengah hari tadi juga dia tak nak.

"Jom, Ikut aku lunch." Rayyan Zafrul yang baru sahaja menapak keluar dari bilik pejabatnya itu terus berhenti di sebelah meja Zuriana Imani. Gadis itu hanya diam membisu. Mulutnya bagaikan dizip, dia langsung tiada hati untuk bercakap dengan sesiapa lebih-lebih lagi Rayyan Zafrul. "Zuriana, jomlah..."

Rayyan Zafrul masih berdiri menunggu, namun pembantu peribadinya itu tetap duduk membatu di situ. Dia menggaru belakang kepalanya yang tidak gatal seraya menoleh ke arah Siti Hawa yang sedang bersiap-siap untuk keluar. "Kalau kau tak nak keluar lunch dengan aku, aku nak keluar lunch dengan Siti Hawa ajelah kalau macam ni..." Rayyan Zafrul sengaja memancing Zuriana Imani dengan memetik nama Siti Hawa sebagai umpannya. Namun tetap tiada apa-apa respon dari gadis manis itu.

Rayyan Zafrul masih berdiri di sebelah meja pembantu peribadinya itu, kali ini pandangan matanya agak redup merenung anak mata yang agak berkaca milik gadis manis itu. "Zuriana, kau marahkan aku ke?"

"Tuan Rayyan, kalau tuan nak, tuan pergi ajelah dengan perempuan tu! Saya tak kisah pun tuan nak keluar dengan siapa-siapa saja!" Akhirnya Zuriana Imani bersuara setelah diam membisu dari tadi.

Rayyan Zafrul yang dari tadi menggaru kepalanya yang tidak gatal itu merenung semula tepat ke arah anak mata gadis manis itu. "Kau tak kesian dekat aku ke? Sanggup kau biarkan bos kau yang handsome ni keluar lunch dengan perempuan gedik yang berpakaian tak cukup kain tu? Aku lebih suka keluar dengan kau... kau sorang aje."

Zuriana Imani terus tertempan sebaik sahaja  ayat-ayat yang keluar dari mulut Rayyan Zafrul itu menumbuk gegendang telinganya.

"Kau tak payahlah nak bertuan-tuan dengan aku, aku tak selesalah... Aku lebih suka kau panggil aku dengan panggilan yang biasa kau panggil tu," ujar Rayyan Zafrul perlahan.

Zuriana Imani kembali mendiamkan dirinya. Pandangan matanya juga kini dialihkan ke arah pintu masuk pejabat itu. Awak, saya terpaksa. Untuk kebaikan bersama dan saya tak nak apa-apa berlaku lagi selepas ni hanya disebabkan saya rapat dengan awak. Maafkan saya, awak...

"Zuriana, Kasihanilah bos baru awak tu, temankanlah dia lunch... Kalau tak ada selera nak makan, takpe... temankan aje dia." Tiba-tiba  suara garau yang sudah biasa Zuriana Imani dengar menerjah pendengarannya seraya terus  menoleh ke arah datangnya suara itu.

"Eh, Encik Aryan... macam mana Encik Aryan boleh berada di sini?"  Zuriana Imani yang mengerling ke arah Aryan Syah yang muncul bersama-sama dengan Dato' Azahari dan Zarul Amsyar itu terus bingkas bangun dari kerusinya dan senyuman manis terus terukir di bibir.

"Patutlah si Rayyan ni beriya-iya sangat nak ambil Zuriana ni jadi PA baru dia... cantik, manis dan bersopan santun orangnya," puji Dato' Azahari.

"Tak adalah... saya biasa-biasa ajelah Dato'... Dato' janganlah puji saya lebih-lebih. Segan pulak saya," balas Zuriana Imani sambil menundukkan kepalanya di hadapan Dato' Azahari.

"Takpe... panggil uncle saja pun dah cukup," balas Dato' Azahari.

"Zuriana, awak dah lupa ke? Tadi kan saya hadir untuk mesyuarat dekat sini..." Aryan Syah yang menggaru kepalanya yang tidak gatal itu bertanya kepada gadis manis itu.

"Apa kata abang, dan jugak Cik Zuriana... join kami bertiga ni lunch sekali, nak tak?" Zarul Amsyar yang dari tadi berdiam diri kini memberi cadangan.

"Yes! You're right  Zarul," balas Rayyan Zafrul. Wajahnya yang macam orang yang kematian isteri itu terus bertukar ceria.

"Betul tu. Jomlah kita lunch sama-sama," sampuk Dato' Azahari pula.

Zuriana Imani tersenyum seraya bingkas bangun dari kerusinya. Dia mengangguk kepala tanda setuju.

Rayyan Zafrul sangat teruja sebaik sahaja melihat reaksi baik dari Zuriana Imani, terus dicapainya pergelangan tangan gadis manis itu untuk berjalan seiringan dengannya. Mereka berlima terus berjalan menuju ke arah pintu lif untuk keluar makan tengah hari bersama-sama.

Lanjutkan membaca buku ini secara gratis
Pindai kode untuk mengunduh Aplikasi

Bab terbaru

  • Kekasih Hati Cik Dingin   BAB 46 (Finale)

    DATO' Azahari jatuh terduduk di hadapan pintu pagar rumah banglonya itu. Matanya yang berkaca-kaca itu sudahpun mula menitiskan titisan air matanya. Cepat-cepat dia memeluk anaknya, Rayyan Zafrul yang sudahpun seperti tidak keruan memikirkan nasib yang menimpa Damian Mikhael, anak kesayangannya itu."Papa, mereka culik anak Rayyan pa... Damian dah kena culik! Damian anak Rayyan pa..." laung Rayyan Zafrul dalam esakannya."Siapa? Siapa yang culik cucu papa tu Rayyan?!" soal Dato'Azahari sambil menggoncang bahu Rayyan Zafrul."Rayyan tak tahu pa... Tak tahu! Orang tu bertopeng!" jawab Rayyan Zafrul pula. Matanya sudah merah dengan deraian air matanya mengalir tanpa henti.Datin Safura pula sedang berusaha menenangkan menantunya, Zuriana Imani yang meraung seperti terkena serangan histeria sebaik sahaja mendapati anaknya diculik.

  • Kekasih Hati Cik Dingin   BAB 45

    PEDAL minyak ditekan semahu-mahunya. Kereta Toyota C-HR itu menyusur laju membelah jalan. Kerisauan jelas kelihatan di raut wajah Rayyan Zafrul. Apa yang dia fikirkan sekarang hanyalah keselamatan isteri dan anaknya sahaja."Sayang, abang takkan biarkan sayang diapa-apakan oleh Raisya. Abang terlupa nak ceritakan kepada sayang bahawa Raisya adalah orang yang bertanggungjawab dalam kes langgar lari yang telah memisahkan kita dua tahun lepas. Damian, papa akan pastikan anak papa berada dalam keadaan selamat." Rayyan Zafrul bermonolog semasa memandu.Setiba sahaja Rayyan Zafrul di Hospital, langkahnya dilajukan menuju ke bilik wad di mana isterinya ditempatkan. Tombol pintu dipulas dan daun pintu itu ditolak ke dalam. Senyuman terukir di bibirnya sebaik sahaja melihat kelibat si isteri yang sudahpun bersedia untuk di bawa keluar."Abang, awalnya? Katanya tadi l

  • Kekasih Hati Cik Dingin   BAB 44

    DAMIAN Mikhael berlari menuju ke arah atoknya Dato' Azahari yang baru sahaja hendak membuka pintu bilik wad di mana Zuriana Imani ditempatkan untuk menerima rawatan. "Atok!!" "Eh, cucu atok... Wah rindunya atok dengan cucu kesayangan atok ni," kata Dato' Azahari sambil merangkul tubuh cucu kesayangannya itu."Damian, lepas ni tak nak jerit-jerit lagi tau! Dalam hospital ni, kita tak boleh buat bising." Rayyan Zafrul yang berjalan di belakang anaknya itu berkata."Baiklah papa.""Dah, takpe... Damian kan masih budak kecil lagi... Damian, jom kita masuk ke dalam. Mama dan nenek sedang menunggu tu," Dato' Azahari pula berkata."Okey jom!""Selamat pagi sayang."Zuriana Imani membuka matanya perlahan. Alangkah gembira dan terujanya

  • Kekasih Hati Cik Dingin   BAB 43

    DUA puluh minit berikutnya, Rayyan Zafrul, Aryan Syah dan Damian Mikhael tiba di resort. Rayyan Zafrul cepat-cepat pergi mendapatkan Encik Aiman yang sedang berbual dengan seorang pegawai polis di hadapan kaunter pendaftaran. "Aiman, apa yang berlaku sebenarnya?" "Ha.. Tuan Rayyan, kenalkan ini Inspektor Radhi. Err... Tuan Rayyan, macam ni... tadi ada pengunjung resort kita terjumpa mayat seorang perempuan di tepi pantai yang tak jauh dari chalet di bahagian barat resort," jawab Encik Aiman seraya menunjukkan sekeping gambar kepada Rayyan Zafrul dan Aryan Syah. Mereka berdua terlopong sebaik sahaja mengerling gambar yang ditunjukkan oleh Encik Aiman itu."Ini... ini Diana PA saya! Macam mana dia boleh berada dekat sini?""Rayyan, kau dah lupa ke? Bukan ke tadi aku

  • Kekasih Hati Cik Dingin   BAB 42

    "WAH, aku rasa macam tak percaya Rayyan boyfriend aku tu ada resort yang sebesar ni, tak sabarnya aku nak kahwin dengan dia," ujar Raisya dengan bangganya. Dia dan Diana baru sahaja tiba di resort milik Rayyan Zafrul yang diwasiatkan oleh mendiang atoknya , Sir Erricson.Raisya... Raisya... kau nak berkahwin dengan dia? Langkah mayat aku dululah! Aku tahu yang kau tu hanya nakkan harta Rayyan aje, semua kepunyaan Rayyan tu aku yang punyalah! Diana bermonolog dalam hatinya sambil memerhatikan sepupunya, Raisya yang sedang berpeluk tubuh sambil tersenyum di hadapannya. Raisya perasan sepupunya itu semenjak balik dari London satu minggu yang lalu kelakuannya agak pelik. Sekarang pula Diana asyik merenung dirinya dengan tajam seperti renungan maut! "

  • Kekasih Hati Cik Dingin   BAB 41

    NOMBOR telefon suaminya didail banyak kali, enam belas kali dia cuba menghubungi suaminya, namun tetap tidak dapat dihubungi. Matanya agak sembam akibat menangis dari tengah hari tadi. Dia rindukan belaian si suami dan juga celoteh anak comelnya. "Abang, maafkan saya... abang pergi mana?"Zuriana Imani tidak hiraukan mama mertuanya yang turut berada di dalam bilik wad itu. Dia seolah-olah seperti seorang yang kehilangan arah tujuan. Puas Datin Safura memujuknya, namun esakannya semakin menjadi-jadi."Zuriana, mama mohon kepada menantu mama ni, lepas ni tolonglah jangan percaya pada siapa-siapa lagi selain dari suami sendiri," ujar Datin Safura sambil melabuhkan duduk di kerusi bersebelahan dengan katil. "Mama ni kenal sangat dengan Rayyan tu Zuriana, mama dah jaga dan besarkan dia dari usianya empat tahun, boleh dikatakan semua mengenai Rayyan, mama tahu...""Mam

  • Kekasih Hati Cik Dingin   BAB 40

    HARI ini Zuriana Imani menjalani rawatan kaki kirinya di Hospital Kuala Lumpur, Dia ditemani oleh suami dan anaknya."Encik Rayyan, isteri encik akan dimasukkan ke dalam wad hari ini, dia akan menjalani pembedahan sebelah malam nanti, takpe kan, Encik Rayyan?" soal Doktor Khairunnisa kepada Rayyan Zafrul.Pergelangan tangan isterinya digenggam dengan erat sambil merenung wajah isterinya. Sayang, kalaulah boleh dipindahkan kesakitan yang sayang alami tu dekat abang, abang sanggup menanggungnya. Abang tak sanggup melihat insan yang paling abang sayang di dunia ni menderita."Encik Rayyan?" Doktor Khairunnisa memanggil. Rayyan Zafrul mendiamkan diri sambil merenung lama isterinya itu."Tak... takpe doktor, asalkan isteri saya sembuh. Itu dah cukup bermakna bagi saya.""Baiklah, kalau macam itu, Encik Rayyan da

  • Kekasih Hati Cik Dingin   BAB 39

    "KEMALANGAN?"Bagaikan hendak tercabut jantung Rayyan Zafrul sebaik sahaja diberitahu oleh Dato' Azahari bahawa isteri kesayangannya itu terbabit dalam kemalangan. Dia memeluk Zuriana Imani dengan lebih erat lagi sambil mengerling tepat ke wajah pucat isterinya itu. "Kesiannya isteri abang."Matanya agak sembam, mungkin akibat menangis setiap hari. Saat ini pun dia masih menangis dalam pelukan Rayyan Zafrul. Manakala anaknya, Damian Mikhael pula berada di dalam pangkuan atoknya."Kenapa papa tak maklumkan pada Rayyan pasal isteri Rayyan kemalangan?" Rayyan Zafrul bertanya."Hmm... papa tak nak Rayyan risau... lagipun bukan ke Rayyan dah pesan dulu... Rayyan dah lupa ke?" jawab Dato' Azahari seraya bertanya pula kepada anaknya itu.Rayyan Zafrul terdiam sejenak. Hmm... Oh ya, baru aku teringat. Dulu aku

  • Kekasih Hati Cik Dingin   BAB 38

    ENAM bulan Rayyan Zafrul dan Damian Mikhael pergi meninggalkan dia seorang diri, keadaan Zuriana Imani sekarang sangat tidak stabil. Dia sangat rindukan suami dan anak lelakinya. Malah kesihatannya kini juga tidak menentu.Abang, bila abang nak balik? Saya rindu... sangat rindukan abang... rindukan Damian. Kenapa abang pergi lama sangat? Gambar suami dan anaknya yang disimpan di dalam galeri telefon bimbit direnungnya lama. Juraian air mata sememangnya sentiasa menemaninya setiap hari. Sedang dia duduk termenung di atas kerusi roda itu, Syamira menapak masuk ke dalam biliknya sambil membawa ubat. Dia terpaksa berjalan dengan menggunakan tongkat ataupun berkerusi roda, tulang kaki kirinya patah kerana terbabit dalam kemalangan jalan raya semasa balik dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur enam bulan yang lalu."Zuriana, kau fikirkan a

Jelajahi dan baca novel bagus secara gratis
Akses gratis ke berbagai novel bagus di aplikasi GoodNovel. Unduh buku yang kamu suka dan baca di mana saja & kapan saja.
Baca buku gratis di Aplikasi
Pindai kode untuk membaca di Aplikasi
DMCA.com Protection Status