Haruskah
memaafkan kesilapan yang dilakukanberkali-kali? Sepertinyakemaafan itu cuma sebuah persinggahansemata-mata._________________
BELUM sempat Izmir membalas kata-kata Tini, telefon bimbit Tini Berdering.
Tini melihat telefon yang berada di tangannya. Nama Sukri terpapar di skrin telefon.
“Hello, abang!”
“Tini, ada apa?”
“Banyak kali Tini telefon abang.”
Jangan didustai kepercayaan seseorang kerana sekali didustai, tak mungkin lagi ada rasa percaya untuk kedua kalinya. Jika ada, tak mungkin sama dengan kepercayaan yang pertama.________________MUNDAR-MANDIR Tini di ruang tamu rumah menunggu kelibat Sukri tiba. Gelisah hatinya tidak menentu. Sejujurnya dia berasa bersalah dengan apa yang terjadi. Namun semuanya tidak dapat diputar kembali. Hanya kata maaf yang mampu Tini pohonkan kepada suaminya itu.Dia tahu kesalahannya telah membuatkan suaminya berjauh hati. Sukri wajar untuk cemburu. Lelaki itu berhak melarangnya menumpang kereta Izmir. Dia mengakui kebenaran itu.Namun kerana ben
Cinta yang sudah lama hilang mungkinkah akan tumbuh kembali? Di mana rasa bahagia itu lagi andai cuma rasa perit yang menghuni hati?____________________BEBERAPA hari selepas peristiwa pertengkaran Sukri dan Tini mengenai Izmir, Tini berusaha untuk tidak membuat Sukri marah lagi. Dia benar-benar ingin menjaga hubungannya dengan Sukri.Pulang dari kerja, Sukri bercakap dengan Tini dengan elok seperti hari sebelumnya. Sukri juga tidak bertanya lagi akan hal Izmir. Itu yang membuat Tini berasa lega.Tini sangat berharap sikap Sukri akan berterusan begitu, melayannya dengan baik. Dia gembira dengan kasih yang dicurahkan Sukri.Namun apakan daya. Walau macam mana Tini menjaga hati dan perasaa
Keinginan untuk mendekatinya, buatku nekad melakukan segalanya - Izmir____________“KAMU tumpang Izmir?” Mata Wan Saloma sedikit terbeliak, terkejut dengan penjelasan Tini.Aduh, Tini buat hal lagi! Wan Saloma menggeleng kepala tidak mengerti.“Ya, mak. Tini tak ada pilihan lain.” Tini memberi alasan. Tertunduk kepanya memandang tanah. Sungguh dia kesal dengan apa yang terjadi.“Takkan teksi pun tak ada, Tini?” Wan Saloma tidak puas hati dengan jawapan Tini.“Tak ada, mak.”“Tasha kenapa? Sampai sekarang Tini tak bagitahu mak pun kan?”
Walau apa badai melanda, aku tetap akan berjuang untuk mempertahankanmu. Sekali kamu menjadi milikku, selamanya tetap begitu - Sukri___________________SUDAH hampir satu jam Sukri menunggu. Bayang lelaki itu tak jua kunjung tiba. Entah kenapa, seakan mereka tidak akan dipertemukan hari ini. Geram pula dia kali ini.Sukri melurutkan rambutnya yang hampir mencecah bahu ke belakang. Serasa berat kepalanya. Adakah mereka tidak ada takdir untuk bertemu?Masih ramai orang yang berkumpul di warung Haji Lokman. Sukri menunggu dari jauh dengan harapan orang yang ditunggu ada di warung itu kerana pada firasatnya dia pasti akan datang tatkala Tini datang menghantar kuih dan nasi lemak kepada Haji Lokman.
Terkadang, semua kekurangan ini buatku terasa kerdil. Bisakah aku membahagiakannya dengan semua kekurangan ini? - Sukri_______________TANGAN Sukri diraih Tini. Sukri menahan rasa. Amarah yang membara tadi mulai reda.Melihat Izmir pergi dari pekarangan rumah mereka, Tini meraih tangan Sukri masuk ke rumah mereka. Sukri melabuhkan duduk di kerusi dan sekilas merenung Tini di hadapannya.“Abang dah okey ke? Tini ke dapur sekejap ambil air.”Lelaki itu mengangguk. “Okey, Tini.”
Kehilanganmu dari hidupku sama ertinya aku melupakan semua rasa yang pernah ada di hati ini - Tini_________________MENGINJAK ke pukul sembilan malam, Sukri masih tidak pulang. Tini mulai risau. Panggilan telefonnya tidak dijawab Sukri. Ke mana Sukri pergi, Tini tidak tahu.Dia tidak memberitahu akan pulang lewat atau akan ke mana-mana setelah habis waktu bekerja. Sepatutnya dia tiba di rumah sekitar pukul enam jika tidak ke mana-mana. Paling lewat pun jam lapan malam. Itu pun jika ada urusan lain di luar.Tapi kali ini perasaan Tini berlainan. Bimbang sesuatu yang berlaku kepada Sukri, Tini menelefon lagi. Masih tidak ada jawapan. Pertanyaan Natasha yang berulangkali tentang ke mana ayahnya pergi menambahkan lagi kerisauan Tini.Tini kemudiannya menelefon ibu mentuanya, jika Sukri ada di sana. Mak Cik Halimah terk
Berbuat baik belum tentu ada yang suka. Apa lagi berbuat jahat. Namun berusahalah jadi yang terbaik untuk orang tersayang.___________________“YA ALLAH! Siapalah yang busuk hati buat anak aku macam ni Tajol? Sukri, Sukri, bangun Sukri Ini ayah ni. Sukri.”Beberapa kali badan Sukri digoyangkan, dia masih belum sedarkan diri. Matanya tertutup rapat dengan tangan yang terkulai layu. Mak Cik Halimah di situ meraung kesedihan.“Macam mana ni Pak Cik Leman? Nak bawa dengan motosikal tak boleh ni. Jatuh nanti.” Tajol penasaran melihat Sukri yang masih tidak sedarkan diri.“Tajol... macam ni... pak cik minta tolong kamu pergi rumah Pak Cik Salihin bagitahu dia. Mint
Setiap orang takut untuk merasa kehilangan. Namun tidak salah untuk membina impian bersamanya...___________________DARI jauh Tini menyeka titisan bening yang menempel di pipinya. Menghapus sisa air mata agar tidak dilihat Sukri.Tini duduk di sebelah Sukri seraya menyentuh dan mengusap pipi Sukri yang lebam ditumbuk malam tadi.Hatinya meruntun hiba melihat Sukri begitu. Melihat kepala Sukri yang berbalut, serasa dia tidak kuat untuk berbuat seperti tidak ada apa yang berlaku. Dia tidak mahu Sukri terjadi apa-apa. Dia takut jika kehilangan lelaki ini