Bukan aku berdendam. Bukan juga aku egois. Tapi sudah tiba
saatnya aku memperjuangkan rasa yang ada di hati ini. Biar tanpaatau kau tahu, aku sudah tidakpeduli lagi - TINIWAN SALOMA memerhatikan Tini yang menongkat dagu di pangkin depan rumahnya. Anak gadisnya itu sudah tidak ceria lagi. Tidak ada lagi senyum manis yang terukir di bibirnya. Tidak ada lagi gelak ketawa manjanya melayan kerenah Natasha.
Yang tinggal kini hanyalah sekujur tubuh yang seakan tidak bernyawa. Seulas bibir yang hanya berbicara apa adanya. Tubuh yang berisi dahulu kini mulai susut. Wajahnya muram mempamerkan fikirannya yang kusut.
Pandangannya yang sayu memperlihatkan hatinya yang telah dibawa pergi. Tiada siapa yang mampu merawat segala kekusutan hidupnya.
Peredaran waktu tahun demi tahun tidak juga mengurangi luka di hatinya. Malah kian parah. Kian meremuk redamkan jiwanya. Itulah yang terjadi kepada Tini. Tempias dari kedegilan orang tuanya sendiri.
"Tini..." Wan Saloma memegang bahu anak gadisnya yang termenung sejak dari tadi.
"Sampai bila Tini nak seksa diri Tini sendiri? Kenapa pilih jalan yang salah, Tini? Redha la, Tini. Mungkin ini yang terbaik untuk kita semua. Lepaskanlah Sukri. Dah tiga tahun. Mak tak tahan tengok Tini macam ni lagi. Berhentilah menyakiti diri sendiri, Tini."
Tini diam membisu. Tidak mengendahkan emaknya. Begitulah setiap hari Tini meneruskan hidupnya yang suram.
"Tini tak kasihankan mak ke? Mak dah tua, Tini! Janganlah Tini macam ni lagi. Tak ada kesudahannya. Kasihan Tasha, Tini. Fikirlah masa depan Natasha. Bukan begini caranya Tini menghukum ayah. Ayah dah tua. Maafkanlah dia. Maafkanlah semua kesilapan ayah."
Wan Saloma menggosok belakang Tini membuat gadis itu memandang emaknya dengan sayu.
"Senang kan mak? Setiap kesilapan dihapus dengan kata maaf. Tapi... yang menanggungnya, Tuhan je yang tahu. Walaupun beribu kata maaf diberi, sembuh ke luka yang ada? Kenapa ayah tak fikir macam ni masa Sukri minta maaf dengan ayah?" Tini menatap Wan Saloma dengan pandangan yang sedikit tajam.
"Atau maaf ayah tu pada Sukri langsung tak ada erti? Tak perlu pun. Bila dah kena pada diri sendiri, tahu pula fikir. Nak menyesal pun tak guna, mak. Nasi... kalau dah jadi bubur, mana mungkin akan jadi nasi balik, mak." Tini meluahkan kekesalannya.
"Tini..." Wan Saloma terpukul dengan kata-kata anak perempuannya itu. "Kenapa macam ni? Tak baik berdendam dengan ayah. Jangan, Tini! Mak tak pernah ajar Tini bersikap macam ni."
"Tini tak nak berdendam dengan ayah. Tak ada niat pun, mak. Tapi masa yang buat Tini macam ni. Tini berhak untuk bahagia, mak. Tapi ayah tak pernah pun bagi peluang itu pada Tini. Ayah rampas peluang tu dari Tini." Tini menghela nafas yang terasa berat.
"Sampai hati ayah kan buat Tini macam ni. Ayah tak kisah kan anak ayah hidupnya macam mana pun? Tak ada beza bagi ayah bahagia ke tidak. Sebab ayah pun buat benda yang sama pada arwah kakak." Dalam kata-kata yang dilontarkan Tini di pendengaran Wan Saloma.
"Kalau ayah ada hati dan perasaan, ayah takkan buat Tini macam apa yang ayah dah buat pada kakak. Dunia ni kejam kan mak? Penuh dengan kepura-puraan. Mengaku sayangkan anak. Tapi, dalam masa yang sama musnahkan impian anak!" Sinis Tini menempelak.
"Ya Allah Tini! Mengucap, Tini. Jangan macam ni. Jangan salahkan takdir. Kita tak mampu nak melawan takdir, Tini." Kepala Wan digeleng. Jujurnya dia sedikit kesal dengan apa yang terjadi kepada Tini.
"Takdir yang ayah cipta mak! Tak siapa berani halang. Tak siapa berani bangkang. Ayah dah buktikan pun sekarang. Semua perkara di bawah telunjuk ayah. Mak yang lama hidup dengan ayah pun tak faham dengan sikap ayah, inikan pula Tini yang bodoh ni mak!" jawab Tini diselangi mata yang bergenangan. Ada rasa perit di pinggir hatinya.
"Sudahlah Tini! Jangan teruskan lagi," rayu Wan Saloma.
"Tini akan tunggu Sukri! Sampai dia balik. Kalau pun sampai Tini tua, Tini takkan berganjak. Kali ni, ayah tak boleh lagi halang Tini. Tini dah penat ikut telunjuk ayah." Tini membentak pula.
Wan Saloma mengetap bibir. Dia mengucap panjang. Risau dengan sikap aneh anak gadisnya itu. Tini sudah berubah daripada seorang anak yang taat pada ibu bapa kepada Tini yang degil. Tini yang memberontak. Tini yang celaru dengan sikapnya yang sebenar.
Wan Saloma berdoa agar Sukri cepat kembali. Hanya Sukri yang dapat memujuk Tini saat ini. Tetapi, akan kembalikah Sukri ke kampung ini lagi? Tiga tahun sudah memporak-perandakan hidup Tini, bagaimana andainya sepuluh tahun pun Sukri masih tidak pulang?
Apakah yang akan terjadi? Bagaimana dengan nasib Tini? Wan Saloma redha dan menyerahkan segalanya pada takdir Allah.
"Tini... mak dah pujuk ayah jumpa ayah Sukri. Mak harap sangat dua buah keluarga ni akan berdamai. Tini jangan macam ni lagi ya? Tini bagi ayah peluang untuk betulkan semuanya. Percayalah pada mak, Tini," pujuk Wan Saloma kemudiannya.
"Tini akan percaya bila ayah pergi jumpa dan bila keluarga ni berdamai semula. Sehingga itu belum terjadi, Tini takkan percayakan ayah! Mak jangan marahkan Tini. Tini dah penat dengan semua ni."
Wan Saloma terkedu dengan kata-kata Tini yang seperti sedikit mengancam.
"Tini... Tini tak sayangkan ayah ke?"
"Ayah pun tak sayang Tini, mak...
" jawab Tini spontan."Ya Allah Tini! Sudahlah. Ayah dah berubah. Tini janganlah buat ayah macam ni." Geleng Wan Saloma tidak mengerti.
"Buktikan pada Tini yang kata-kata mak tu benar." Tini bingkas bangun dari pangkin dan berjalan perlahan meninggalkan tempat itu.
Wan Saloma semakin tidak mengerti. Diketap bibirnya sambil menahan rasa sayu.
“Tini! Tini! Tunggu, Tini!”
Laju langkah wanita tua itu mengikuti Tini. Tini yang berada di hadapan tidak mengendahkan panggilan emaknya.
“Tini tak nak bincang apa-apa lagi, mak.” Berhenti langkah Tini saat berpaling kepada Wan Saloma.
“Bukan macam tu, Tini. Mak cuma nak Tini faham je. Cara Tini layan ayah macam tu salah.”
“Dahlah, mak. Tini tak nak dengar apa-apa lagi. Tini cuma nak tunggu Sukri balik je. Biar berapa tahun pun. Tini tak kira. Jangan larang Tini.”
“Mak bukan larang. Mak cuma tak mahu bagi harapan pada Tini. Kita tak tahu Sukri tu akan balik ke tidak. Cukuplah berharap lagi. Biarkan Sukri dengan hidup dia.”
Kali ini, mata Tini tidak berkelip memandang emaknya. Sungguh dia berasa tertekan.
“Biarkan Tini tunggu, mak. Tini sanggup berapa lama pun. Mak jangan larang. Ayah pun jangan campur. Biarkan Tini buat keputusan untuk diri Tini sendiri kali ini, mak. Tolonglah jangan halang Tini.”
Kedua tangan Tini naik di bawah dagunya memohon Wan Saloma agar mengerti apa yang dia mahukan.
Wan Saloma tidak dapat berbuat apa lagi. Kali ini dia pasrah yang Tini benar-benar ingin menunggu Sukri.
arenayidin
22 Julai 2021Kata orang, seberapa berat ujian yang diterima, ganjarannya berlipat ganda, berapa banyak dugaan menimpa, akhirnya pasti kembali bahagia, yang pahit pasti akan manis akhirnya..._____________________“KALAU Tasha sudi, Izzat sepuluh kali sudi opah. Lagipun sebelum ni Izzat dah banyak kali minta maaf atas kesalahan Izzat, Opah. Tasha saja yang tak nak maafkan Izzat.”Itu kata-kata terakhir Izzat sejak pertemuan seluruh keluarga Tini dan Sukri di rumah emak lelaki itu.Natasha sudah berfikir masak-masak. Dia akan memaafkan Izzat sekaligus memberi peluang kepada lelaki itu untuk berubah serta membuktikan janji-janjinya untuk berjaya dalam pelajaran.Kini Izzat di bawah jagaan emak dan ayah Sukri memandangkan dia tiada siapa-siapa lagi untuk bergantung hidup. Sukri memantaunya saban waktu.Persengketaan bersama Izmir dilupakan dan Izzat menjadi sandaran untuk melupakan permusuhan itu. Sukri tidak mahu Izzat menerima nasib yang sama seperti Natasha di waktu kecilnya, hidup tanpa kasih saya
Walau penyesalan datang terlambat, aku tetap punya semangat, merubah hidup dari yang sesat, ke arah jalan yang lebih hebat - Natasha____________________EMPAT bulan sudah berlalu. Natasha yang bersedih dengan kematian ayah kandungnya sudah mula menunjukkan tanda-tanda dia reda dengan pemergian ayahnya.Kesilapannya dahulu tidak mahu menerima kewujudan ayah kandung telah membuatnya berduka selama beberapa bulan.Sukri yang bimbang dengan keadaan Natasha sudah hilang punca untuk mengembalikan keceriaan anak gadisnya itu.Begitu juga dengan Tini. Kegusaran Tini semakin bertambah apabila Natasha membenci Izzat pula pada saat ini. Bagi Natasha, ayah Izzatlah punca kenapa ayah kandungnya meninggal.Sedangkan pada waktu ini Sukri berusaha untuk melupakan apa yang berlaku antara Izzat, Natasha dan Izmir. Izzat yang selama ini tidak juga disukai Sukri kini mulai mendapat kemaafan daripasa Sukri memandangkan Izzat sudah tinggal bersama ayah dan ibunya.Namun berlainan dengan Natasha. Beberapa
Semua yang berlaku dalam hidup kita punya hikmahnya. Hanya kita yang tak pernah menyedarinya. Berlapang dada lah saat menerima.__________________________BERITA Abang Mail ditikam Izmir mengejutkan ramai pihak. Kematian Abang Mail menjadi tragedi berdarah. Izmir hilang entah ke mana bersama anak angkatnya Izzat semenjak peristiwa itu. Sukri yang terhutang nyawa dengan arwah Abang Mail tertunduk hiba saat mengunjungi kubur arwah Abang Mail.Kini, impiannya untuk menyatukan Natasha dengan Abang Mail hanya tinggal kenangan. Abang Mail telah pergi buat selamanya dengan mempertaruhkan nyawanya saat Izmir nekad untuk menikam perutnya dengan pisau tempoh hari.Jikalau Abang Mail tidak ada hari itu, Sukri tidak pasti dia akan ada untuk melihat dunia ini lagi. Dia berasa ngeri apabila mengenangkan itu semua. Abang Mail pergi di saat dia telah memaafkan lelaki itu. Di saat dia mula menghulurkan tangan persahabatan semula, Izmir campur tangan hingga menyebabkan tragedi berdarah yang meragut nya
Jika dengan begini buat kamu mahu menerimaku kembali, aku rela disakiti, jika begini buat aku bahagia walau seinci, aku sanggup di'jemput' pergi. - Abang Mail_______________________TANPA sengaja Izmir menolak Sukri. Sukri jatuh tergolek ke tanah. Tini, Wan Saloma dan Natasha terkedu melihat Sukri.“Abang!”“Ayah!”Sukri bingkas bangun dibantu Tini dan Natasha.“Papa, sudahlah. Marilah kita balik, papa.” Izzat pula yang berdiam diri dari tadi bersuara, berusaha untuk meredakan ketegangan.“Uncle jangan pukul semua orang lagi.” Natasha menjerit kepada Izmir apabila melihat lelaki itu sudah hilang pertimbangan.Izmir masih ingin menumbuk Abang Mail tetapi dihalang Sukri semula. Sukri menarik tangan Izmir kasar. Begitu juga dengan Izzat.“Cukup Izmir! Jangan teruskan lagi,” larang sukri dan masih menarik tangan Izmir.“Biarkan aku Sukri. Kalau kau halang aku, aku takkan teragak-agak untuk belasah kau juga,” ancam Izmir cuba memancing reaksi Sukri pula.“Izmir!” Kali ini Sukri pula yang
Rasa marah yang menguasai diri, cuma salah satu jalan menuju kehancuran. Tanpa dapat mengawal hati, pasti ada sebuah penyesalan._________________________“ADA apa ni? Apa kau buat kat sini Izmir?”“Sukri... aku bukan datang untuk cari gaduh. Aku datang nak minta tolong dengan baik. Tolonglah Sukri. Benarkan Izzat jumpa Tasha.”“Sudahlah Izmir, bawa anak kau balik.”“Please Sukri. Percayalah, aku takkan lama.”“Macam mana aku nak percayakan kau lagi Izmir? Kau tu tahu berjanji saja. Tapi kau tak buat pun. Kau janji takkan ganggu Tini, takkan ganggu Tasha lagi. Tapi kau buat juga lagi kan?” balas Sukri, jengkel dengan janji yang ditabur Izmir selama ini.“Apa kau cakap ni?”“Kau jangan ingat aku tak tahu kau tunggu kat sekolah untuk tengok Tasha kan? Aku ingat, bila Tasha dah pindah sekolah, benda macam ni takkan jadi lagi. Tapi kau masih buat kan? Kau nak buat apa sebenarnya hah?” Geram pula Sukri kali ini.“Sukri...”“Janganlah buat macam ni lagi Izmir. Anak aku nak belajar dengan te
Kita tidak pasti seseorang itu berubah untuk apa. Semoga ia berubah kerana khilaf, namun kalau ada rencana disebaliknya, masihkah ada maaf untuknya?__________________________“ABANG Mail ada apa cari saya?”“Abang ada hal sikit Sukri.”“Kalau Abang Mail tak kisah, boleh saya tahu kenapa dengan muka Abang Mail? Kata Abang Minhad tadi, mulut Abang Mail berdarah. Abang Mail kena pukul?” tanya Sukri sebaik sahaja melihat lebam di tepi mulut Abang Mail.“Abang bertumbuk dengan Izmir, Sukri.”“Apa? Abang Mail tak bergurau kan? Abang Mail ada masalah apa dengan Izmir?” Tercengang Sukri mendengar penjelasan Abang Mail. Matanya terjegil memandang lelaki itu.“Masalah apa lagi Sukri kalau melibatkan Izmir. Masalah Tasha la. Sebab inilah abang cari kau. Kau tahu tak Sukri, Izmir dah banyak kali cari Tasha dekat sekolah baru dia. Abang dapat tahu ni pun secara tak sengaja. Satu hari abang terserempak Izmir di hadapan sekolah. Masa tu abang ke sekolah tu atas urusan kerja. Abang ada minta kerja