Share

BAB 5

Suara ajakan Aina serta-merta mengembalikan Wardah ke alam realiti. Nampak sangatlah jauh benar fikirannya mengembara sehingga ke tiga tahun lepas. Ya, sudah tiga tahun dia memutuskan pertunangan dengan Ahwaz hanya disebabkan dia mahu menjaga kerjaya lelaki itu. Dalam masa tiga tahun itu jugalah, dia membawa diri ke Sweden dan menyambung pelajaran peringkat Master's di sana.

"Ha, yalah," jawab Wardah.

Ya, anggap saja pertolongannya kali ini hanyalah untuk membalas jasa Ahwaz 14 tahun yang lepas. Semoga ada sinar untuk Ahwaz pulih seperti sediakala dan meneruskan lagi e-sport yang dicintainya. Sudahnya, pantas dia berjalan keluar dari unit itu lalu membuntuti Aina ke makmal untuk membuat persediaan ke dunia digital.

Unit Kecemasan Khas, Malaysia Sport Centre Hospital.

"FUH, selamat!" Aina mengurut dada.

Hampir naik gila dia dan semua orang yang berada di situ tadi apabila melihat carta graf ritma jantung

Locked Chapter
Continue to read this book on the APP

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status