Share

MP 1

Author: nurshaza
last update Last Updated: 2021-06-17 12:40:20

RAMAI tetamu sudah berkumpul di ruangan masjid. Tok kadi juga sudah lama sampai ketika aku sedang bersiap di dalam bilik khas. Ya, hari ini aku akan menamatkan zaman bujang aku bersama lelaki yang aku cintai. Dia juga telah menabur janji akan sehidup semati dengan aku. 

"Aara, mana Arif? Sampai sekarang tak sampai-sampai. Dah pukul berapa dah ni?" soal mak sambil menjengahkan kepalanya di sebalik pintu bilik. Aku terdiam sejenak sebelum mencapai telefon bimbitku yang terletak di atas meja. Jurusolek yang diupah meminta diri untuk keluar. 

"Tak sampai lagi? Biar betul. Patutnya sekarang dia dah ada kat depan tok kadi." Jantung aku mula berdegup kencang. Hati mula terasa tidak sedap.

"Aara, kamu call dia. Dah pukul berapa ni, semua orang dah tunggu dekat luar."

Aku sekadar menganggukkan kepala. Kenapa dengan Arif? Semalam dia elok aje waktu on call dengan aku. Kenapa hari ni tiba-tiba macam ni? Semalam dia dah berjanji nak datang awal. Tapi, sampai sekarang tak datang lagi. Ada apa-apa terjadi dengan Arif ke? 

The number you have call cannot be reach right now. Please try later. 

Aku menggenggam telefon bimbit aku kuat. Bibir diketap perlahan. Kenapa tak nak angkat call? Sungguh Arif buat aku rasa seram sejuk sekarang ni. Cuak. Takut. Semuanya ada. Hari ini hari raja sehari kami, kenapa dia buat perangai macam ni? Kalau betul-betul ada apa-apa yang berlaku dekat dia, mesti keluarga dia dah call aku. Tapi, ini langsung tak ada. Sepi!

"Aara, Arif dekat depan!" 

Aku menghembuskan nafas perlahan. Lega sangat. Bibir kembali mengukirkan senyuman. Cepat-cepat aku membelek-belek penampilanku sebelum melangkah keluar dari bilik. Tak sabar mahu melihat Arif mengenakan baju melayu yang aku pilih. Baju gaun yang tersarung pada tubuh aku ini pula dipilih olehnya.

"Arif... awak buat saya..." Percakapan aku terhenti saat semua orang memandang aku dengan pandangan hairan. Aneh. Perlahan aku mengalihkan bebola mata aku ke arah Arif yang berdiri di muka pintu. Dia... tak pakai baju melayu. Tak akan dia lupa nak pakai? Dia lupa ke yang hari ini hari akad nikah kami.

"Arif... awak..."

"Kita batalkan majlis pernikahan ni. Saya tak boleh nak teruskan, Aara. Saya minta maaf." 

Terpanar aku mendengar kata-katanya. Adakah aku bermimpi sekarang ni? Depan orang ramai, Arif membatalkan majlis pernikahan kami. Apa salah aku? 

"Arif, apa maksud awak? Saya... tak faham..." 

Arif menghampiri aku dengan pandangan serba-salah.

"Saya sebenarnya masih cintakan Laila. Cinta pertama saya." 

Aku terpempan. Laila. Bekas kekasih dia. Dan juga merupakan budak kelas sebelah aku dulu sewaktu di tingkatan dua. Aku memang tahu, dulu Arif bercinta dengan Laila. Tak lama itu, Arif sendiri mengadu dekat aku yang dia dah putus cinta dengan Laila. Sebabnya aku tak tahu kenapa. Aku kenal Arif hanya dua tahun sebelum aku terpaksa berhenti sekolah. Walaupun aku dah tak bersekolah, aku dengan Arif tetap berhubung sehingga kini. Tapi, sekarang... kenapa semua ni boleh terjadi? Dia masih cintakan Laila. Cinta pertama dia. Jadi, selama ini adakah aku syok sendiri? Ya Allah... peritnya hati ini.

"Kenapa awak sanggup buat saya macam ni? Awak cakap awak cintakan saya. Tapi, sekarang..."

"Cinta pertama tak sama macam cinta kedua, ketiga dan seterusnya. Hati saya kuat mengatakan yang saya masih cintakan Laila. Saya akan berkahwin dengan dia. Saya doakan awak dapat lelaki yang lebih layak lagi daripada saya. Saya minta maaf." 

Aku jatuh terduduk. Air mata sudah mengalir lebat. Mak memeluk sisi tubuh aku erat. Apa salah aku? Kenapa Arif boleh berubah sekelip mata macam tu? Kerana cinta pertamanya muncul semula. Dan, angan-angan aku untuk mendirikan rumah tangga bersamanya musnah begitu saja. Betapa hebatnya kuasa cinta pertamanya itu.

"Aara..."

"Mak, apa salah Aara mak? Kenapa dia sanggup malukan Aara macam ni?" Terhinjut-hinjut bahu aku menangis. Sungguh, hati aku sakit. Bagaikan ditusuk dengan lembing berapi. Hati aku bagaikan terbelah dua. 

"Sabar, Aara. Mak ada dengan Aara..." 

Ya. Memang mak selalu ada dengan aku. Mak saja yang aku ada selepas ayah meninggal dunia lima tahun yang lalu. Mak saja tempat aku mengadu dan bermanja. Tapi, kejadian hari ini membuatkan diri aku lemah sepenuhnya. Begitu mudah sekali alasannya untuk membatalkan majlis pernikahan ini. Ayatnya tadi terus-menerus berlegar di dalam kotak fikiranku.

Ya Allah, kuatnya dugaan yang Kau berikan kepada aku ini... 

MALAM menjelma. Dan, aku masih lagi termenung memikirkan nasibku hari ini. Gambar yang diambil oleh saudara-maraku, diusap perlahan. Walaupun majlis pernikahan dibatalkan, mereka memberi aku semangat dengan mengajak aku untuk bergambar bersama-sama mereka. Semuanya sudah siap. Mereka dipilih oleh aku, menjadi bridemaids untuk majlis persandingan nanti. Tapi, semuanya musnah begitu saja. Angan-angan aku ini, bagaikan debu ditiup angin kencang. 

"Aara, sudah-sudahlah tu, nak. Jangan termenung macam tu. Tak elok. Lepaskanlah dia. Dia memang tak layak jadi suami Aara. Memang patutlah, awal-awal mak tak sedap hati. Rupanya ini yang terjadi. Ya Allah... sampai hati Arif. Mak ingat dia budak baik. Tapi, macam ni dia buat Aara dengan mak. Dia cakap dengan mak. Dia sayangkan mak macam mak dia sendiri."

Aku menggelengkan kepala perlahan. Benci. Aku cukup benci bila mak ulang semula apa yang pernah Arif janjikan.

"Mak, jangan sebut lagi nama dia. Aara benci dia. Dia buat Aara macam sampah." 

Aku menekup wajahku. Melepaskan tangisan yang masih lagi terbuku di dada. Orang kampung mula mengata aku dengan mak. Macam mana aku nak bersihkan nama aku? Ada aje cerita yang mereka tokok-tambahkan untuk memburukkan aku dan mak. Mentang-mentanglah aku dengan mak tinggal berdua. Hidup susah. Kerja pun tak tetap. Aku pun sekolah tak habis. Senang-senang saja mereka memfitnah kami. Bukan salah akulah. Semua salah Arif. Dasar lelaki tak guna!

"Sudahlah tu, Aara. Dah ini sebahagian daripada kita. Mak tahu, ni bukan kehendak Aara. Mak tahu anak mak teraniaya. Biarlah. Lupakan saja dia. Mak ada nak cakap sikit dengan kamu..."

Aku mendongakkan kepala ke arah mak. Anak matanya aku tenung dalam. Wajahnya sedikit serius. Aku menganggukkan kepala sekali.

"Mak rasa, dah sampai masanya kita keluar dari kampung ni. Tapi, rumah ni mak tak akan bagi sesiapa. Sebab ni rumah peninggalan arwah ayah kamu."

Aku terdiam seketika. Mak nak ajak duduk dekat mana pula? Duit bukannya ada pun nak keluar dari sini. Sekarang kos sara hidup dekat bandar tu bagaikan mencecah langit. Mana nak cari duit untuk mulakan hidup dekat bandar?

"Tapi, kita nak pergi mana? Duduk mana?"

Mak tersenyum kecil.

"Kalau kamu ingat lagi satu-satunya kawan baik mak tu, dia ada telefon mak beberapa hari yang lepas. Dah banyak kali dah dia suruh mak kerja pembantu rumah dekat rumah orang kaya. Dia kan kerja jadi ejen pencarian pembantu rumah. Mak dah fikir masak-masak mungkin dekat situ rezeki kita."

Aku terdiam seketika. Lama aku renung wajah mak. Mampukah mak jadi seorang pembantu rumah? Dia semakin berusia. Selalu sakit-sakit. Patutnya aku yang bekerja. Tapi, dengan kelulusan tak ada. Apa tak ada. Macam mana aku nak cari kerja?

"Mak yakin ke, mak nak kerja sebagai pembantu rumah? Penat tau mak. Mak tu bukannya sihat sangat."

Mak menganggukkan kepalanya.

"Mak boleh. Memandangkan kamu tak jadi kahwin. Mak nak ajak kamu sekali kerja. Baru aje mak call kawan mak tu tadi. Kebetulan ada satu orang kaya ni perlukan dua pembantu rumah. Semua dah siap sedia. Kalau nak, esok pagi terus datang dan mulakan kerja."

Aku menganggukkan kepala. Syok pula bila dapat kerja dekat rumah orang kaya. Mesti cantik rumah dia orang. Mewah!

"Mak, gaji berapa mak?" soal aku sambil tersengih.

Pap!

"Aduh... sakitlah mak..." Aku mencebik. Tanya aje, pun tak boleh.

"Gaji mak tak tahu berapa. Yang penting dapat kerja. Hesy! Bertuah betul budak ni. Kerja pun tak lagi. Dah tanya gaji."

Aku memuncungkan bibirku. Baru nak bergurau. Saja nak lupakan hal tadi. Aku malas dah nak ingat. Bila dapat berita daripada mak pasal kerja. Terus teruja diri ini walaupun hanya bekerja sebagai seorang pembantu rumah. Rezeki dekat mana-mana aje.

Yang penting sekarang ni, aku dah tak kenal lelaki yang bernama Arif Halfi. Biarlah dia bahagia bersama pilihannya. Sekarang, dia hanya kisah silam aku saja.

Continue to read this book for free
Scan code to download App

Latest chapter

  • Mr Princeslon Si Jejaka Itali [Bahasa Malaysia]   EPILOGUE

    SUNGGUH meriah suasana rumahku hari ini dengan tetamu-tetamu yang dijemput hadir ke majlis hari kelahiran Noah yang ke-8 tahun. Staf-staf yang bekerja di Princeville Holdings turut hadir ke majlis hari kelahiran anak aku ini. Ini kali pertama mereka diundang ke rumah majikan sendiri. Jadi, muka masing-masing teruja dapat menjejakkan kaki di rumah keluarga Princeslon ini.Rae tidak mahu ketinggalan juga. Sanggup terbang dari Itali ke sini semata-mata mahu menyambut hari kelahiran Noah bersama-sama kami. Fazio diarahkan untuk menjaga syarikat di sana sementara Rae berada di sini. Mujur Fazio seorang wakil yang sangat boleh dipercayai. Dan ada satu berita gembira buat kami sekeluarga. Rae bakal melangsung perkahwinannya pertengahan tahun ini nanti. Julian orang yang paling bersorak sekali diikuti dengan Rery.Aku tak sangka. Akhirnya Rae akan berkahwin juga dengan gadis pilihannya yang merupakan anak jati Malaysia. Sekarang n

  • Mr Princeslon Si Jejaka Itali [Bahasa Malaysia]   MP 71

    PAGIini, aku hanya mengenakandresslabuh berwarnababy blue. Sehelai selendang berwarna krim yang aku beli bersama dengan Melina tempoh hari sudah terlilit cantik di kepalaku. Hari ini, aku akan menambahkan lagi kejutan buat si suami yang lagi membersihkan diri di dalam kamar mandi. Aku harap dia gembira akan perubahan aku pada hari ini. Semoga aku terus istiqamah untuk menutup aurat."Ho..."Aku memalingkan tubuh ke belakang apabila terdengar sepertinya Rery mahu memanggil aku tetapi panggilannya terbantut. Mungkin terkejut melihat penampilan aku."Ya, biy?" Aku tersenyum."Is that really you, honey?" soal Rery dengan riak wajahnya sangat terkejut.

  • Mr Princeslon Si Jejaka Itali [Bahasa Malaysia]   MP 70

    SEPERTI yang aku katakan, malam ini adalah malam perbincangan kami sekeluarga. Rery sudah dapat kesan keadaan Noah yang sepertinya lemah saja. Reaksi anak lelakinya hari ini tidak terlalu ceria seperti sesebelum ini. Rery yang ingin mendukung tubuh Noah, laju saja Noah menggelengkan kepala. Itu yang membuatkan Rery bertambah pelik. Bila aku menceritakan tentang kejadian di sekolah tadi secara ringkas. Terus saja senyumannya mati. Diganti dengan kerutan seribu di dahi. Itu sudah cukup membuatkan aku tahu yang emosi Rery sudah berubah. Sudahlah baru balik dari kerja. Agak lambat juga sampai ke rumah. Tepat jam 10 malam. Terus saja dia meminta diri untuk membersihkan tubuhnya.Tak lama itu, Julian dan Melina datang bersama dengan Eusoff. Eusoff terus saja duduk di sebelah Noah yang sedang menonton televisyen bersama dengan si kembar. Suasana sepi saja memandangkan mereka tahu, emosi papa kesayangan mereka ketika ini dalam keadaan tidak baik.

  • Mr Princeslon Si Jejaka Itali [Bahasa Malaysia]   MP 69

    JAM tangan yang terbelit pada pergelangan tanganku dikerling sekilas. Masa masih lagi berbaki satu jam lagi sebelum anak-anak menamatkan sesi persekolahan mereka pada hari ini. Sungguh pantas masa berlalu. Pejam celik, pejam celik saja dah nak masuk waktu tengah hari. Tak ada apa sangat yang kami buat pada hari ini. Sekadar berjalan sambil bercerita sesama sendiri."Tekak ni terasa pulak nak makan susyi. Kita singgah Sushi King sekejap awak," ajak Melina.Aku hanya menganggukkan kepala. Tangannya aku kembali genggam kemudian kami bersama-sama menuju ke Sushi King yang tidak jauh dari situ. Aku pun tiba-tiba saja terasa mahu makan Sushi King. Jarang-jarang aku nak mengidam makanan macam ni. Biasanya kalau keluar makan bersama Rery, dia yang paling kuat sangat mengidam macam-macam makanan. Aku pun bedal sajalah."Kita bungkus sajalah. Lepas tu, kita terus ambil dia orang dekat sekolah. Takut sesak pulak wakt

  • Mr Princeslon Si Jejaka Itali [Bahasa Malaysia]   MP 68

    BIBIR melengkung senyum. Sedar tak sedar, malam ini malam terakhir aku di Pulau Langkawi ini. Dan malam ini juga, Rery membawa aku mengambil angin di Pantai Cenang. Boleh dikatakan ramai juga pengunjung yang hadir pada malam ini. Ada yang sedang berkumpul bersama ahli keluarga dan ada juga yang sedang menjamu selera di gerai-gerai makanan kecil yang dibuka di tepi pantai."Aara Malika..."Mata aku terpejam seketika. Sudah bertahun-tahun lamanya aku dah lama tak dengar orang memanggil aku dengan nama itu. Secara automatik, aku teringatkan arwah ayah dan ibu yang berada di kampung. Memori-memori ketika aku kecil bermain-main di dalam kotak fikiran. Perasaan rindu mula terpasak di dalam hati. Ya Allah... rindunya aku pada mereka. Terutama sekali arwah ayah yang sangat menyayangi aku. Menatang aku dengan minyak yang penuh. Sedangkan aku bukanlah anak kandungnya."Arif..." Aku hanya tersenyum kecil sebaik saja

  • Mr Princeslon Si Jejaka Itali [Bahasa Malaysia]   MP 67

    Di Pulau Langkawi, Malaysia.AKU tersenyum memerhatikan Rery dan Julian sedang melayani anak-anak bermandi-manda di dalam kolam renang. Melina turut tersenyum memerhati gelagat mereka. Kami berdua hanya duduk di bibir kolam renang sambil menepis-nepis air menggunakan kaki. Kuat betul tawa Ryana dan Ryan memeriahkan suasana kolam renang itu. Suka sangat dapat bermain air."Adra... apa yang awak rasa sekarang ini?" soal Melina sambil memeluk bahuku."Saya rasa bahagia. Dan saya harap sangat yang tiada lagi konflik akan timbul lagi. Biarlah kebahagiaan ini kekal buat selamanya sehingga kali terakhir saya bernafas. Saya tak nak tengok anak-anak saya terkena tempias lagi. Sakitnya hanya Allah saja yang tahu. Keadaan Noah tu pun sampai sekarang saya rasa sedih dan terkilan." Bibirku menguntumkan senyuman kecil. Anak mata terpaku pada Noah yang sedang menyelam bersama Eusoff."Ya. Saya f

More Chapters
Explore and read good novels for free
Free access to a vast number of good novels on GoodNovel app. Download the books you like and read anywhere & anytime.
Read books for free on the app
SCAN CODE TO READ ON APP
DMCA.com Protection Status