"Aku rasa aku nak cari dia balik. Aku nak betulkan semua ni. Aku sayangkan dia. Susah sangat aku nak buang perasaan aku ni." Ujar Riyad sambil tanggannya mengambil dan membaling batu-batu kecil yang terdapat di gigi air terjun tersebut.
"What? kau nak cari dia dekat mana. Dah 3 tahun dia tak ada dekat sini bukan kau tak tahu benda tu. Hari- hari kau duk melangut depan rumah dia. Bukan setakat bayang dia habuk dia pun tak ada." Balas Fariz sambil mengurut keningnya. Bukan dia tidak tahu apa yang berlaku selama tiga tahun ini. Dia yang sentiasa bersama dengan lelaki itu setiap masa. kehulur kehilir sehingga ada yang sudah salah anggap dengan hubungan mereka.
"Itu laa kau... Masa buat dulu tak nak pakai otak. Sekarang dah jadi macam baru kau tahu. kau rasa dia nak terima kau lagi ke. Silap- silap dia dah move on. kau tu ja yang macam pungguk rindukan bulan." sambungnya lagi. Itu laa sahabatnya masa buat tak nak fikir kesan dia. Sekarang nasi dah jadi bubur macam ni baru nak menyesal. Penat aku membebel sorang-sorang.
"Hmmmm....."
"Kau 'hmmmmm' ja? punya panjang aku membebel kau hmmm ja. Habis air liur aku, membazir je aku cakap dengan kau ni. Kau jangan....." kata-kata Fariz terhenti apabila di potong oleh Riyad.
"Kau ni mulut macam ayam tercabuk bulu dah aku dengar. Aku ajak kau datang sini temankan aku nak tenangkan fikiran aku, bukan nak dengar kau bebel macam nenek kau."
"Arghhh...tak kira, aku nak claim juga insuran untuk air liru aku yang kau dah bazirkan tadi." balas Fariz sambil menyilangkan kedua tangan di badannya.
"Suka hati kau lah. Malas aku layan." Riyad terus berdiri sambil kakinya melangkah meninggalkan kawasan itu.
Fikiran Riyad masih terganggu dengan perbualan dia bersama Faris semasa mereka berada di Lata Pelangi. Dia mengakui bukan mudah untuk dia terus membuang wanita itu dari hati dia. Wanita itu telah berjaya mencuri tempat di hati dia sehingga sekarang.
Namun takdir seakan tidak memihak kepadanya kerana selepas kejadian yang berlaku, wanita itu terus hilang tanpa kesan. Riyad sendiri buntu hendak mencari wanita itu di mana.
Tok... Tok... Tok...
Ketukan di pintu pejabat berjaya menghentikan Aisya dari terus melakukan kerjanya.
"Masuk..." kata Aisya sepatah kemudian dia meneruskan kembali kerjanya yang terhenti sebentar tadi.
Terjenggul wajah Hana di hadapan pintu pejabatnya bersama dengan sejambak gubahan tiga kuntum Bunga calla lily white yang mempunyai maksud yang tersirat.
"This is for you" kata hana bersama senyuman manis di bibirnya.
Aisya melihat bunga tersebut dengan satu senyuman bahagia. Mengerti akan makna dengan kehadiran bunga tersebut.
"Siapa yang bagi you ni" Aisya bertanya sambil tangannya sibuk mengambil kad yang terselit di dalam celahan bunga tersebut.
~hi love~
Aisya membaca kad itu sambil hatinya menjerit.
"Ada seorang laki tadi datang bagi dekat i tadi minta passing dekat cik Aisya. Dia ada dekat luar. Nak i panggilkan dia ke?" tanya Hana polos sambil tangan menunjukkan isyarat luar pintu pejabat.
Aisya hanya menggangguk sambil matanya masih memerhati bunga tersebut. Senyuman yang terukir di dua ulas bibirnya semakin mekar menatap bunga tersebut.
Belum sempat Hana ingin memanggil, lelaki tersebut sudah memasuki pejabat bos nya sambil membuat isyarat supaya dia diam. Hana hanya mengangguk dan terus melangkah keluar dari bilik tersebut sambil menutup semula pintu pejabat itu.
Aisya yang sedang asyik membelek bunga tersebut masih tidak menyedari akan kehadiran jejaka tersebut. Apabila dia mengangkat muka matanya bertembung dengan sang jejaka. ternganga Aisya di buatnya akibat daripada kejutan itu. Nasib baik mulutnya sempat ditutup.
"Suprise" kata jejaka tersebut sambil membuka tangannya membuat gaya kejutan yang sering dilakukan oleh yang lain. senyuman yang paling berharga dihadiakan buat sang pencuru hati.
"Bila abang balik. Tak bagi tahu pun" Aisya dengan lenggok manjanya bersuara sambil berdiri menghampiri sang pujaan hati. Bunga yang diterima masih berada didalam dakapannya.
"Flight abang sampai semalam. Dalam pukul 2 pagi tadi abang touch down."
"Oooo... So, welcome back Dr. Syed Zafran. Akhirnya balik juga abang ke tanah air ya."
"mestilah abang balik. bunga abang ada dekat sini kan."ujar zafran sambil merenung segenap wajah Aisya bagi menghilangkan rasa rindu yang beraja di hatinya. Tangannya laju mencuit puncak hidung sang kekasih.
"Abang mesti rindu sangat kan dengan Malaysia. Ye laa dah lama tak balik kan." soal Aisya sambil mengangkat keningnya sebelah kanan berkali-kali.
"Nope! i miss you more."
"Arghhhh! melting nyaa suara dia..tak pernah tak buat aku jatuh cinta berkali-kali." jerit Aisya di dalam hatinya.
"So this white calla lily... Can you explain to me?" tanya Aisya sambil bunga itu di tayangkan ke hadapan zafran.
"You know better the meaning of that flower right?" sambil keningnya dijongketkan dia bersuara.
"Abang nak ajak sya kawen dalam diam ke ni. Hmmm" soal Aisya lembut.
"Are you sure?" soal zafran kembali. Sengaja mahu main tarik tali dengan wanitanya ini.
"Yup! I'm very sure. Bunga lily putih sangat popular dalam kalangan muda mudi yang sedang jatuh cinta. Maknanya, lily putih ini sangat laku dipasaran pada hari kekasih untuk di jadikan hadiah, selain bunga ros merah kerana lily putih melambangkan kesucian serta kejujuran dalam sebuah perhubungan. Selain itu, untuk pasangan yang akan menikah, biasanya seorang lelaki akan menggunakan bunga lily putih sebagai salah satu cara untuk menyatakan lamaran kepada wanitanya. Selain memberikan suasana romantis, lily putih ini melambangkan adanya perasaan yang tulus dan cinta suci yang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata namun dapat diwakili oleh kehadiran bunga lily putih tersebut." jelas Aisya dengan lenggok bahasanya yang tersendiri.
" it's true?"
“ Why you give me this white calla lily? With three lily buds. Are you going to propose me?” Soal Aisya dengan lenggok suara yang tidak percaya.
Zafran berjeda seketika sebelum dia melutut. Kotak cincin dari dalam kocek jaket dikeluarkan. Penutup di buka lalu bekas baldu bersama sebentuk cincin di hala ke arah Aisya.
“ Sudi tak bunga jadi bidadari abang? ” Biacara Zafran senafas. Sudah hampir seminggu dia berlatih untuk melamar Aisya sebelum dia pulang ke Malaysia.
“Abang...” Aisya terkedu bersama dengan mata yang bercahaya. Walaupun lamaran Zafran ringkas begini, tanpa candle light dinner seperti drama tv dia tetap merasa sangat bahagia.
Suara Aisya seakan tersekat dikerongkong, tidak tahu apa yang hendak dibalas. Sama ada mahu mengangguk atau mahu menjerit sekuat hati kerana terlalu gembira. Air mata yang mengalir sedikit di hujung mata, dia sapu menggunakan jari. Ingin sahaja dia merempuh memeluk tubuh lelaki itu. Perasaan yang sangat sukar dia gambarkan.
" Terima Kasih Tuhan untuk rasa bahagia ini." Aisya memanjatkan doa ringkas mensyukuri nikmat kepada tuhan yang satu. Sungguh perasaan tika ini begitu indah. Kalau bisa biarlah masa berhenti seketika. Wanita mana yang tidak bahagia apabila dirinya di lamar oleh lelaki yang dia cintai. Jika ada, mungkin wanita itu gila.
Terpisat-pisat mata Riyad cuba di celik kembali. Sekilas wajah yang sedang lena berbantalkan dada dia ditatap penuh kasih. Tidak pernah sedetik pun dia tidak mencintai wanita itu.Perlahan Riyad menolak kepala Aisya dan meletakkan wanita itu ke atas bantal secara perlahan. Dengan langkah yang berhati-hati tidak mahu mengejutkan wanita itu Riyad bangun.Telefon bimbit yang berada di atas meja sisi katil di capai. Dia berjalan ke balkoni bilik untuk menjawab panggilan yang mengganggu lenanya sebentar tadi." Kau tak ada hari lain ke nak call aku" ujar Riyad malas sambil melabuhkan punggung ke atas kerusi malas di balkoni tersebut." Info apa yang kau dapat kali ni? " Riyad menyoal kasar tetapi masih mengawal nada suara dia. Dia mengerling sekilas ke arah Aisya yang masih tidur di dalam bilik. Takut suara dia mengganggu tidur Aisya. Dia juga takut jika Aisya mendengar perbualan mereka."Terus perhatikan dia, jangan sampai dia terlepas." Arahan di beri
Lapangan Terbang Kota Kinabalu. Aisya mengeliat kelegaan setelah kaki berjaya menjejak tanah. Perjalan dari Kuala Lumpur mengambil masa hampir tiga jam untuk tiba di negeri di bawah bayu ini. Tidakah selama perjalanan dia ke London tetapi lenguh itu tetap terasa. " Jom" Riyad menarik tangan Aisya mengikuti dia. Tempat menuntut beg dituju. Lima belas minit menunggu akhirnya beg mereka selamat berada di atas troli. Troli ditolak menggunakan sebelah tangan manakala tangan kiri Riyad masih menggengam erat tangan Aisya. Luar lapangan terbang di tuju. Mata Riyad melilau mencari kelibat kereta yang sudah di sewa oleh Aina. Seketika dia melihat satu sosok berjalan menuju kearah mereka. " Encik Riyad?" Soal lelaki itu. " Ya saya" jawab Riyad menandang lelaki itu. " Mari ikut saya. Kereta dekat hujung sana" kata lelaki itu sambil jari menunjuk ke arah kereta yang terletak sedikit jauh dari tempat mereka berdiri. " Kita nak kemana
" Aku terima nikahnya Aisya Yanie Binti Khairil dengan mas kahwinnya tiga ratus ringgit dan senaskhah al-Quran di bayar tunai." Senafas lafaz akad dilafazkan oleh lelaki itu dengan lancar." Sah?" Soal Dato'Khairil kepada dua orang saksi yang berada di sebelah dia." Sah " jawab mereka berdua serentak. Nafas di hela perlahan oleh pengantin lelaki. Tok kadi yang berada di situ turut mengangguk kepala dia sebelum tangan di tadah bagi membacakan doa.Aisya yang berada dibelakang pengantin lelaki hanya kaku tanpa riak. Jiwa dia kosong. Pandangan di hala ke hadapan. Wajah kegembiraan yang meraikan hari bahagia ditatap dengan pandangan yang sayu. Mereka mungkin bahagia tetapi bahagiakah dia menghawini lelaki itu?Mata dia masih tunak memandang ke arah pengantin lelaki. Tingkah lelaki itu diperhati. Dia melihat Riyad berdiri menuju ke satu arah dan lelaki itu melakukan sujud. Sujud syukur mungkin.Setelah memberi salam Riyad melangkah ke arah dia ya
Sudah tiga hari berlalu setelah pemergian Zafran. Keluarga Zafran semua bersetuju untuk tidak menggunakan alat bantuan pernafasan itu kerana ia tidak menjamin bahawa Zafran akan kembali pulih. Mereka menerima takdir tuhan yang sudah tertulis buat mereka. Jika sudah tiba waktunya untuk pergi mengapa harus kita menjadi penghalang perjalanan dia ke alam seterusnya. Malam ini merupakan malam yang ketiga berturut-turut mereka mengadakan bacaan yasin dan tahlil buat arwah Zafran. Aisya sendiri turut berada di rumah keluarga Zafran bersama kedua orang tua dia. Dia tidak tahu bagaimana ingin menggambarkan perasaan dia ketika ini. Bohonglah jika dia mengatakan bahawa dia tidak sedih dengan kehilangan Zafran, tapi dia tahu dia harus tetap kuat di hadapan keluarga dia dan keluarga Zafran. Sampai bila dia mahu menjadi wanita yang lemah. Satu helaan nafas dilepaskan untuk kali ke berapa dia sendiri juga tidak tahu. " Sya..." Panggil Puan Ainun sambil menyentuh sedikit bah
Riyad melangkah perlahan menuju ke bahagian kecemasan hospital. Di tangan dia terdapat handbag dan juga telefon bimbit wanita itu. Setiba dia di hadapan bilik kecemasan hospital dia melihat Aisya seorang diri di bangku sambil berendam air mata. Kali kedua dia melihat wanita itu lemah! "Ehemmm" Riyad berdehem bagi menyedarkan Aisya akan kehadirannya di situ. Mendengar sahaja bunyi itu, Aisya terus memanggung kepala dia. Sungguh dia tidak perasan ada seseorang sedang berdiri di hadapan dia. " Sorry. Saya cuma datang nak hantar handbag, handphone dan kunci kereta awak." Ujar Riyad apabila Aisya memandang dia pelik. " Oh. Thanks" balas Aisya, dilarikan pandangan mata dia dari terus memandang Riyad. Bukan! Sebenarnya dia terkedu melihat tompokan darah yang terdapat di baju lelaki itu. Seketika baru dia teringat bahawa Riyad juga turut berada di tempat kejadian. Dengan kudrat yang lemah Aisya berdiri ingin menyambut huluran handbag dia
" Assalamualaikum." Sapa Zafran sebaik sahaja Aisya melangkah memasuki kereta itu. Hari ini dia dan Aisya akan ke Adila Collection yang merupakan butik pilihan mereka untuk persiapan baju pernikahan mereka. Fitting terakhir akan di lakukan hari ini sebelum baju itu benar benar sepadan dengan tubuh mereka. Barangan hantaran mereka sudah siap sepenuhnya seminggu lalu cuma tinggal untuk memasang pelamin dan ucapan akad sahaja bagi mengesahkan status terbaharu mereka berdua. " Waalaikum salam. " Jawab Aisya sepatah. " Sihat?" " Sihat." Sepatah lagi! " Dah breakfeast? " Soal Zafran lagi. " Dah." Berkerut dahi Zafran mendengar jawapan Aisya sepatah sepatah itu. Jarang Aisya tidak banyak mulut apabila bersama dengan dia. Kadang dia sendiri buntu dari mana datang idea Aisya untuk bebicara sebanyak itu setiap kali mereka berjumpa. " Are you okay? " Aisya pantas menoleh kearah Zafran sebaik sahaja mendengar soalan yang keluar dari mu