NUKILAN CINTA [BAHASA MALAYSIA]

NUKILAN CINTA [BAHASA MALAYSIA]

last updateTerakhir Diperbarui : 2022-02-05
Oleh:  NinieOn going
Bahasa: Bahasa_melayu
goodnovel16goodnovel
10
2 Peringkat. 2 Ulasan-ulasan
20Bab
4.2KDibaca
Baca
Tambahkan

Share:  

Lapor
Ringkasan
Katalog
Pindai kode untuk membaca di Aplikasi

Sinopsis

Angkara dendam lampau terhadap Abangnya, Aisya terpaksa menanggung akibatnya. Hubungan cinta dia dengan Riyad yang terbina hampir lima tahun musnah begitu sahaja akibat fitnah yang menimpa. Ketika dia menghilang hadir seorang jejaka kembali membuka pintu hatinya. Namun takdir seakan menghalang apabila berlaku satu insiden yang menyebabkan perkahwinan mereka tidak dapat diteruskan. Bunga lily putih sangat popular dikalangan muda mudi yang sedang jatuh cinta. Maknanya, lily putih ini sangat laku dipasaran pada hari kekasih selain dari bunga ros merah. Selain itu, untuk pasangan yang akan menikah, biasanya seorang lelaki akan menggunakan bunga lily putih sebagai salah satu cara untuk menyatakan lamaran kepada wanitanya. Selain memberikan suasana romantis, bunga lily putih ini juga melambangkan adanya perasaan yang tulus dan cinta suci yang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata namun dapat diwakili oleh kehadiran bunga lily putih tersebut.-Aisya Yanie Perkara paling mahal dalam hidup seseorang itu adalah "harga cinta yang setia".-Tengku Riyad Zulqarnain Seperti hujan, terkadang hadirku tidak kau inginkan, namun, yang harus kau fahami, aku adalah peneduhmu dia saat kau merasa sepi.-Syed Zafran Yang pasti BAHAGIA KITA RASA Meski jalan bahagia kita berliku Segala rintangan kita harungi bersama kerana kamu adalah 'NUKILAN CINTA'ku

Lihat lebih banyak

Bab 1

Prologue

''Arghhhhhh!!!.''Aisya menjerit bersama tangannya menolak segala perkakasan di atas meja solek. Habis bertaburan peralatan solek milik Aisya Yanie di atas lantai biliknya.

Aisya duduk disudut biliknya sambil memeluk lutut melepaskan tangisannya.Sungguh sakit apa yang dirasakannya sekarang.

Tok... Tok... Tok...

Ketukan dipintu dibiar sepi. Aisya tahu itu pasti mamanya, untung saja dia terlebih dahulu mengunci pintu biliknya kerana dia sudah sedia maklum akan apa yang bakal berlaku. Dia mahu bersendirian dan tidak mahu diganggu saat ini.

''Aisya. Sya ok ke sayang?'' Kedengaran suara Datin Sri Aida bertanya setelah ketukannya tadi di biar sepi. Dia yang kebetulan lalu di hadapan bilik Aisya terkejut apabila terdengar bunyi barang jatuh dari dalam bilik anak perempuan tunggalnya itu.

''Sya ok ma. Mama jangan risau laa.'' Balas Aisya dari dalam biliknya. Seadanya cuba ditahan tangisannya agar tidak didengari mamanya. Aisya tidak mahu mamanya risau akan dirinya.

"Ini mesti ada sesuatu yang berlaku." Ujar Datin Aida perlahan. Kalau tidak anak perempuannya itu tidak akan mengamuk sebegini. Bukan dia tidak dengar bunyi bising barang jatuh ke lantai tadi. Tetapi dia tidak mahu mendesak Aisya, kenal sangat perangai Aisya yang agak baran itu.

Dadanya diusap perlahan meredakan kegusaran di hati. Hati ibu mana yang tidak risau jika anak mereka sedang bersedih. Dia bukan tidak mengendahkan Aisya tetapi dia mahu biarkan anak perempuannya itu bertenang dahulu.

Kakinya diatur ke arah tangga. Anak tangga diturun satu persatu menuju ke ruang tamu rumah, ingin mencari kelibat suaminya.

Tampilkan Lebih Banyak
Bab Selanjutnya
Unduh

Bab terbaru

Bab Lainnya

Komen

user avatar
zaraa
next chapter pliss
2021-09-12 21:46:19
0
user avatar
zaraa
Nice story... tapi mcm sedih sikit jalan cerita ni. keep writing sis
2021-08-25 23:34:41
2
20 Bab
Jelajahi dan baca novel bagus secara gratis
Akses gratis ke berbagai novel bagus di aplikasi GoodNovel. Unduh buku yang kamu suka dan baca di mana saja & kapan saja.
Baca buku gratis di Aplikasi
Pindai kode untuk membaca di Aplikasi
DMCA.com Protection Status