Share

NC 4

"Good Morning Engku."Aina berdiri menyapa bossnya sambil menundukkan sedikit kepala sebagai tanda hormat kepada lelaki itu. Dia terus sahaja mengikuti langkah lelaki itu ke dalam ruangan pejabat sambil membawa tab bersama untuk membacakan jadual lelaki tersebut.

"Thanks for the coffee." Riyad bersuara sambil menunjukkan mug tersebut kepada secretary dia. Tetapi ucapanya itu datar sahaja tanpa secalit senyuman.

'Naseb baik pandai juga nk ucap terima kasih. aku ingat hati dia tu kering kontang dah' omel Aina di dalam hati mengutuk bossnya yang seperti tidak mempunyai perasaan itu.Terkumat kamit hatinya berbicara.

"Aina!!!" dikuatkan sedikit suaranya untuk mengejutkan setiausahanya yang sedang mengelamun itu.

"arrrr..ye boss." terkejut aina dengan sergahan bossnya itu, lantas sebuah senyuman diberikan kepada boss atas kesalahan yang dilakukan tanpa sengaja itu.

"Awak kalau nak terus mengelamun boleh balik. Tapi sebelum tu jangan lupa hantar resignation letter atas meja saya." Riyad masih tekun memerhati komputer yang dihidupkan sebentar tadi untuk menyemak semua email yang diterima sejak dua hari lepas semasa dia sedang bercuti.

"ishhh boss ni...kalau saya resign sapa nak buatkan kopi tersedap di dunia ni untuk boss..."

"banyak bunyi laa awak ni.baca schedule saya cepat!" arah Riyad memintas celoteh Aina yang tidak tahu bila mahu berhenti itu.

"okok boss..." kalut Aina membuka tab untuk membacakan jadual lelaki itu.

*****************

"Cik Aisya Dato' nak jumpa" sopan Hana menyantuni majikannya itu selepas dia mendapat panggilan dari Nurin yang merupakan setiausaha Dato' Khairil, dia terus memaklumkan hal tersebut kepada Aisya.

Tanpa melenggahkan masa Aisya pantas bangun dan menuju ke bilik Papanya yang berada di bahagian hujung tingkat itu.

tok....tok...tok" ketukan di berikan sebelum dia melangkah memasuki ruang pejabat bapanya.Setelah mendapatkan keizinan Aisya terus melangkah memasuki ruang tersbut. Dia menarik kerusi yang terletak di situ sebelum bersuara.

"Ada hal apa papa nk jumpa Sha"tanpa basa-basi aisya terus menyoal bapanya.

"Tak boleh ke papa nak jumpa anak papa ni"

"Ishhh papa ni ke situ pula."sambil menayangkan muka merajuk manja nya Aisya terus kedepankan sedikit badannya memerhati sang bapa itu. "tak lawak laa papa.Sha ada buat salah ke? ada yang tak kena ke dengan kerja yang sha buat?" bertubi soalan yang di ajukan oleh Aisya.

"Papa nak minta tolong sha dan papa harap sha boleh tolong papa ya."kata dato' soalah berat untuk menyatakan perkara sebenar.

"Tolong apa papa?" tanya Aisya polos. Nampak seperti perkara yang penting sahaja. Masakkan tidak bapanya seakan merayu untuk dia terima tawaran tersebut.

"Papa bukan nk susahkan sha. Papa pun tak nak anak papa ni tertekan balik. But this time i really need your help." sambil menayangkan muka sedih Dato' Khairil bersuara lirih.

"Cuba papa cakap terus terang nak sha buat apa. Kalau sha mampu sha tolong papa laa."balas Aisya. Tiba-tiba dia merasakan tidak enak di hatinya. Mesti ada sesuatu yang sukar yang bakal di sampaikan oleh bapanya.

"Papa nk minta tolong sha gantikan tempat papa untuk lunch meeting sekejap lagi."senafas Dato' Khairil bersuara.

"Lahhh... Nak minta sha gantikan lunch meeting ja pun papa ni. Cakap je laa terus, tak perlu pun nak pusing cerita macam ni.Sha boleh laa gantikan....."

"R&Z Properties Land." pintas Dato' Khairil untuk melihat reaksi anaknya itu

Terbata Aisya mendengarkan sebaris nama yang sering kali dia cuba untuk lenyapkan dari fikirannya.

Aisya memandang wajah Dato' Khairil dengan pandangan yang tidak dapat di ertikan untuk meminta penjelasan. Mengapa dia dan bagaimana bisa takdir ingin menemukan mereka kembali.

"Please sayang.kali ni ja papa minta tolong dengan Sha."

"But why sha? tak ada orang lain ke yang boleh gantikan papa."Aisya masih ingin mendapatkan jawapan yang dia mahukan.

"You know him well right? Dia tak akan mudah percaya orang lain berurusan dengan dia."

Aisya mengangguk nipis memahami kecerewetkan lelaki tersebut yang tidak mudah percaya orang lain. Lelaki itu lebih selesa untuk berurusan dengan boss besar berbanding dengan pekerja lain.

"please Sha. kali ni je. Papa tak boleh cancel meeting dengan Mega Holding."Dato' Khairil masih lagi berusaha memujuk anak perempuan nya itu. "Ok macam ni.Papa call zaf minta dia teman Sha." cadang Dato' Khairil setelah melihat anaknya yang masih membisu.

Melihat kesungguhan bapanya Aisya jadi tidak sampai hati untuk menolak permintaan bapanya. Apa salahnya jika dia membantu bapanya.jika mahu di bandingkan dengan apa yang telah bapanya lakukan kepada dia selama ini tidak terhitung budi bapanya.

Perlahan Aisya mengangguk mensetujui untuk bertemu dengan lelaki tersebut. "But you promise me this is first and last i meet him." 

"Ye... Papa janji ini first and last sha jumpa dia. Lepas ni papa yang akan jumpa dia sendiri." kata Dato' Khairil

"Mana fail projek. Sha nk study dulu."

"Ni... Nanti papa call Zaf minta dia teman Sha" ujar Dato' Khairil sambil menghulurkan sebuah fail hitam kepada anaknya.

"No need Pa. I can handle it myself." Aisya berkata sambil memberikan sebuah senyuman kepada bapanya. Dia yakin dapat mengatasi semua ini sendiri.

"Up to you. Kalau Sha ok papa ikut je."balas Dato' Khairil.

*********

"Arrr... Engku " takut-takut Aina ingin menyampaikan hal tersebut kepada Boss A.B nya.Takut tiba-tiba mood lelaki itu berubah dan tsunami bakal melanda.

"Apa Aina. Cakap je lah." Riyad masih lagi meneruskan langkah sambil memerhati Telefon bimbit menghantar pesanan kepada sahabatnya Faris.

" Airil Interior hantar wakil untuk lunch meeting ni.but no worries sebab Dato' Khairil hantar Anak perempuan dia Cik Aisya. Dato' Khairil tak dapat nak attend meeting ni sebab dia ada hal. Disebabkan syarikat kita tak nak tangguhkan meeting, Airil Interior terpaksa hantar wakil dari pihak syarikat mereka. Lagipun meeting haritu pihak kita dah tangguhkan sebab Engku cuti." Lancar Aina bersuara menyampaikan pesanan tersebut. Sekali dengan alasan dia bagi. Takut juga andai dia di marahi boss nya itu. Bukannya dia tidak tahu kepala angin boss dia sekarang. Pantang salah sedikit pasti ada sahaja yang hendak di marahnya.

Riyad memandang ke arah Aina sekilas sebelum menatap kembali Telefon bimbitnya. "ok" sepatah di jawab Riyad tanpa disangka oleh Aina bahawa bossnya akan menjawab sedemikian.

"ok." Aina kembali mengikuti langkah lelaki itu menuju ke kereta yang sudah di sediakan oleh pemandu syarikat.

***********

Zafran meneliti gambar Aisya yang diambilnya secara sembunyi semasa mereka berada di London Bridge itu, selepas memerima panggilan dari Dato' Khairil sebentar tadi.

Zafran tersenyum sendiri mengingati kecekalan gadis itu untuk terus bangkit berdiri seperti sedia kala.Sungguh sayu hatinya apabila pertama kali berjumpa dengan gadis itu.Pasti hatinya sangat hancur ketika itu. Kalau tidak mengapa gadis itu bisa jadi seperti itu.

"Apa pun yang akan berlaku, saya takkan biarkan awak terluka lagi Yanie." ujar Syed zafran sebelum dia bingkas bangun untuk bersiap. 

Seperti yang diminta Dato' Khairil. Zafran menuju ke destinasi yang diberi tahu kepada dia.

***********

Seperti hujan, 

terkadang hadirku tidak kau inginkan,

namun, yang harus kau fahami,

aku adalah peneduhmu dia saat kau merasa sakit.

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status