Share

NC 15

Riyad melangkah perlahan menuju ke bahagian kecemasan hospital. Di tangan dia terdapat handbag dan juga telefon bimbit wanita itu. Setiba dia di hadapan bilik kecemasan hospital dia melihat Aisya seorang diri di bangku sambil berendam air mata. 

Kali kedua dia melihat wanita itu lemah!

"Ehemmm" Riyad berdehem bagi menyedarkan Aisya akan kehadirannya di situ.

Mendengar sahaja bunyi itu, Aisya terus memanggung kepala dia. Sungguh dia tidak perasan ada seseorang sedang berdiri di hadapan dia.

" Sorry. Saya cuma datang nak hantar handbag, handphone dan kunci kereta awak." Ujar Riyad apabila Aisya memandang dia pelik.

" Oh. Thanks" balas Aisya, dilarikan pandangan mata dia dari terus memandang Riyad. Bukan! Sebenarnya dia terkedu melihat tompokan darah yang terdapat di baju lelaki itu. Seketika baru dia teringat bahawa Riyad juga turut berada di tempat kejadian.

Dengan kudrat yang lemah Aisya berdiri ingin menyambut huluran handbag dia

Ninie

Happy reading.

| Like
Locked Chapter
Continue to read this book on the APP

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status