Share

Part 2: Ijab & Qabul

   "Dah sedia, bro?"

Tegur Aryan dari arah belakang Maleek, yang mana sepupunya itu masih berdiri tegak melihat pantulan diri didalam cermin. 

Gemuruh didada cuba dikawal dengan menarik nafas dan dihembus perlahan. Dirinya yang sudah kemas mengenakan baju melayu berwarna putih lengkap dengan samping dan songkok dikepala ditenung sekali lagi. 

"Aku terima nikahnya Puteri Zaharah binti Baharudin dengan maskahwin se.... Aaaghh!"

Sudah masuk kali ke 10 rehearsal ijab qabul dilakukan dihadapan cermin. Nervous yang dirasakan membuat kalimatnya terputus-putus. Maleek mengerang kesal.

"Wei, relax. Jangan kelam kabut. Atur pernafasan kau. Kalau menggelabah macam ni, mau tak jadi-jadi ijab qabul kau nanti."

Aryan cuba memberi sokongan moral pada sepupunya sambil mengusap bahu lelaki itu perlahan. 

Seketika Maleek kembali tenang. Nafasnya dihembus beberapa kali sebelum kedengaran suara Aryan mengajaknya untuk segera pergi.

"Dah lah, jom. Lambat nanti. Zd dah call aku tadi, diorang dah gerak."

Beritahunya.

Maleek hanya termangut setuju. Kolar baju melayu sekali lagi dibetulkan, sebelum mereka berdua mula mengorak langkah keluar meninggalkan appartment tempat mereka menyewa, dan menuju kediaman Tan Sri Baharudin.

***

       Ruang tamu dirumah banglow tiga tingkat itu kini telah meriah oleh kehadiran tetamu-tetamu terdekat. Majlis tidaklah terlalu besar, namun masih kelihatan meriahnya.

Para hadirin pula kelihatan selesa meski dipersilakan duduk bersila dilantai beralaskan permaidani mewah yang dihamparkan khas untuk mereka.

Maleek telah kemas duduk ditengah-tengah didampingi kedua sepupunya yang akan bertindak sebagai saksi untuk hari bersejarahnya ini. Matanya masih tak henti melirik kearah tangga. Kemunculan sang mempelai wanita dinanti dengan penuh debar didada.

Tak lama selepas itu, Puspa muncul dari tangga memimpin Puteri menuruni anak tangga dengan hati-hati. Gadis itu begitu menawan mengenakan baju kurung moden putih bertahtakan labuci namun tidak terlalu sarat. Dipadankan bersama hijab dan kain velt yang senada dengan pakaiannya, dia terlihat begitu jelita. Wajah yang disolek dengan make-up natural look itu tertunduk malu. Dan ianya telah mencuri tumpuan Maleek. Senyum dibibir pemuda itu makin berseri-seri. Yang dinanti-nanti telah tiba kini. Membuatkan debar semakin menjadi-jadi mengetuk dadanya. 

     Didampingi Puspa dan momnynya, Puteri telah selamat duduk bersimpuh menanti acara ijab qabul dimulakan. Si kecil Norah juga tak ketinggalan mendampinginya. Tidak mahu terlepas menyaksikan hari bersejarah Kak Puteri dan Papa Mike disatukan.

    Sepasang mempelai sempat melempar lirikan sesama sendiri. Senyum malu-malu terukir dibibir keduanya. Masing-masing dilanda gemuruh didada, kerna dalam kiraan minit, status mereka akan berubah menjadi suami isteri.

   Tan Sri Baharudin telah bersila duduk berhadapan dengan Maleek, sedia untuk melakukan ikrar Ijab dan Qabul yang akan dilakukan oleh dirinya sendiri.

   Usai dipersilakan oleh Tuan Qadi, Tan Sri Baharudin langsung mentautkan salamnya dengan pemuda itu.

   "Bismillahirrohmanirrohim. Wahai Abdul Maleek bin Omer Al-Habsi."

Ucapan tegas lancar dari lisannya.

   "Saya."

Disambut lantang oleh Maleek. Meski peluh sudah mencurah dikepala, namun dia mesti memperlihatkan sikap tenangnya.

   "Aku nikahkan dan aku kahwinkan kamu dengan anak kandungku yang bernama Puteri Zaharah binti Baharudin, dengan maskahwin berupa wang sebanyak RM1000 Ringgit, dibayar tunai."

Tangan digerakkan oleh Tan Sri selepas menyelesaikan kalimatnya.

   Langsung Maleek membalas meski gemuruh kian menjadi-jadi.

"Aku terima nikahnya Puteri Zaharah binti Baharudin, dengan maskahwin.... Erkk. Aaahh!"

Maleek merapatkan kelopak mata erat. Rahangnya diketap kuat. Wajahnya ditunduk segan. Gigil dibadan semakin tak dapat dikawal.

   Kedengaran keluh kecewa oleh para hadirin apabila Maleek gagal melafaz ikrar akibat dilanda gugup. Malu tak payah cakap, serasa dia mahu membenamkan wajah dibantal bulat putih yang dia duduki saat ini. Wajah sang bakal isteri tidak berani dipandang. Malu!

   Tan Sri menarik nafas perlahan. Tautan salam masih tak dilepaskan.

"Bertenang Maleek. Kawal gemuruh kamu. Tarik nafas, dan hembus perlahan."

Terdengar kata-kata semangat dari Tan sri yang membuat Maleek berasa sedikit tenang.

   Perlahan Maleek menghela nafas, dan menghembusnya pelan-pelan. Hati yang gemuruh cuba dipujuk supaya bertenang. Wajah diangkat untuk membertemukan pandangan dengan sang ayah mertua. Dia harus bersikap berani menatap wajah lelaki itu. Buang segala rasa segan buat ketika ini. Ijab Qabul, harus dilaksanakan.

   "Wahai Abdul Maleek bin Omer Al-Habsi."

Suara Tan Sri kali ini sedikit lantang.

   "Saya."

    "Aku nikahkan akan kamu dengan anak kandungku yang bernama Puteri Zaharah binti Baharudin, dengan maskahwin sebanyak RM1000 Ringgit, tunai."

   Nafas yang sudah sedia ditarik, langsung dilepaskan, bersamaan dengan kalimat yang telah dirankai oleh lidahnya.

"Aku terima nikahnya Puteri Zaharah binti Baharudin dengan maskahwin RM1000 Ringgit, tunai."

Kalimat senafas telah selesai diucap. Nafasnya kembali dihembus dimana ianya tertahan sedari tadi.

   Suasana agak hening seketika selepas mendengar lafaz ikrar barusan telah disempurnakan. Masing-masing yang berada disitu menunggu dengan wajah tegang. Tan sri menoleh kesamping, dimana Tuan Qadi berada disitu. Anggukan Tuan Qadi diberi pada Tan sri. Kemudian Tan sri mengalihkan pandangan pada Zd dan juga Aryan. 

"Macam mana saksi? Sah?"

  Zd dan Aryan berpandangan sesama sendiri. Zd jongkit kening memberi isyarat pada Aryan. Aryan yang faham telah melorek senyum sengetnya. 

Kedua mereka lalu memasang wajah kecewa dipamer dihadapan Maleek. Alangkah cuak Maleek dibuatnya. Air liur ditelan kasar. Hatinya sudah curiga melihat sikap kedua sepupunya begitu. Kena ulang ijab qabul lagi ke? Matilanak...!

  "SAAAAHHHH!"

Ayat itu lalu kedengaran, membuat Maleek terbeliak kaget.

Lantang mereka melaung ayat itu secara bersamaan. Suasana tegang diruangan itu serta merta bertukar ceria. Ucapan syukur dipanjat kehadapan Yang Esa kerna telah mempermudahkan proses Ijab Qabul barusan.

   "Alhamdulillah. Tahniah. Kamu telah sah menjadi menantu saya."

Salam oleh Tan Sri yang masih bertaut semakin dipererat untuk menzahir ucapan tahniah kepada Maleek yang telah sah menjadi menantu kepadanya.

  "Alhamdulillah. Terimakasih Tan Sri." Balas Maleek beserta senyum diwajah lega.

"Apa Tan sri pulak? Daddy lah."

Maleek hanya tersengih segan tidak membalas kata-kata Tan sri. Masih kekok dirinya untuk mengubah sebutan.

Lalu ucapan Tahniah dari Zd dan Aryan menyusul kemudian. Masing-masing menzahirkan rasa gembira tak terhingga kerna kedua mempelai telah selamat disatukan.

   Puteri disebelah sana juga tidak lupa mendapat peluk cium dari saudara mara dan sahabat karibnya yang turut hadir dimajlis itu. Wajah berseri gadis itu semakin bersinar oleh senyuman sebaik dirinya telah sah menjadi isteri kepada Mr. Mike si buta kayu itu. Alangkah gembira hatinya saat ini. Gelaran isteri telah disandangnya.

   Kedua mempelai lalu dipertemukan untuk menyerahkan maskahwin dan mengikat tanda. Wang tunai sejumlah RM1000 yang disusun kemas didalam frame lalu diserahkan kepada Puteri oleh Maleek. Menyusul kemudian acara menyarung cincin kejari masing-masing. 

Puteri tersipu-sipu terasa segan untuk memandang lelaki dihadapannya. Semakin berdebar jantungnya saat cincin perkahwinan disemat dengan lembut oleh Maleek pada jari manisnya. 

Perkara yang sama lalu lakukan pada jari lelaki itu. Cincin disemat dijari Maleek, sebelum tangan kasar lelaki itu dibawa mendekat kewajah dan dikucup lembut. 

Tersenyum melihat perlakuan gadis itu, Maleek lalu menyentuh kepala beralas hijab milik Puteri, sebelum kepala itu dibawa mendekat buat melepaskan sebuah kucupan pada dahi Puteri.

   Acara pembatalan air sembahyang itu disaksikan dengan penuh meriah oleh para hadirin. Flash kamera bertepiaran disana sini dilakukan oleh juru gambar pribadi keluarga Tan Sri. Moment-moment bermakna itu sesaatpun tiada yang terlepas dari dirakam oleh kamera sang juru gambar buat mengabadikan saat-saat bahagia itu.

TBC

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status