Share

Part 1: Teruja

Terkebil kebil matanya diatas pembaringan. Syiling putih ditatap bagai terlihat bayangan seseorang disitu. Tangannya lalu mencapai sebuah lagi bantal buat menekup mukanya. 

Dia melepaskan jeritan kuat-kuat dibalik bantal putih yang dicengkam kuat oleh tangannya.

Rasa teruja yang membuak-buak hampir membuat dia naik gila. Sekali lagi dia bertanya pada diri sendiri, nyatakah semua ini? Bagaimana jika ini hanyalah mimpi?

Selepas pelbagai cabaran dan dugaan selama ini menghalang perhubungannya dengan si dia. Dia sang Mr. Spy yang ditugaskan oleh Tan Sri Baharudin untuk mengawasi anak gadisnya, yang akhirnya kecundang kedalam lembah cinta. Hampir-hampir mati berdiri dia saat hubungan mereka dikantoi buta-buta oleh Tan Sri sendiri, yang akhirnya membawa kepada keputusan mengejut Tan Sri.

Sukar untuk dirinya percaya, bahawa besok dia akan menjadi suami kepada seorang wanita bernama Puteri Zaharah binti Baharudin. Gadis yang diangau-angaukan, gadis yang dirindu-rindukan olehnya siang dan malam.

Gadis yang pada mulanya seksi dan berkepala batu. Kini telah berubah 360° menjadi gadis ayu yang sopan berbudi bahasa. Bertelingkah dengannya adalah wajib setiap hari. Hati masing-masing yang keras pada awalnya, hari demi hari kian lentur apabila cinta mula menyapa. 

Dia membuang keluh saat mengenang semula perjalanan kisah cintanya dengan si dia. Mencipta perasaan teruja yang membuat hatinya tak berhenti berdebar. 

Dia lalu bangun menegakkan tubuh. Jam dimeja kecil dipandang. 11:30pm. Fikirannya kini adalah bilik Aryan. Agaknya sepupunya itu sudah tidur atau belum? Dia perlu berjumpa Aryan sekarang. Dia perlu meluah rasa gemuruh kepada seseorang supaya perasaan itu sedikit berkurangan.

Pintu bilik Aryan yang tidak berkunci ditolak kasar. Langsung saja dia meluru masuk dan menghenyak badan bersebelahan pemuda yang tidur tertiarap itu.

Langsung terkejut Aryan sebaik menyedari akan kehadiran seekor mahluk yang telah menghempas badan disebelahnya. Matanya yang hampir merangkai lena dicelik serta merta.

"Pahal kau ni? Kacau je aku nak tidur."

Getusnya begitu gusar sambil menoleh.

"Yan..."

Dia tidak peduli meski Aryan telah mengomelinya. Aryan si tukang pendengar dan pemberi nasihatnya itu perlu mendengar apa yang dia hendak ungkapkan meski dia tahu, sepupunya itu sudah tentu akan semakin gusar.

Aku tak pedulik!

"Aku tak boleh tidur Yan."

Ucapnya menyambung kata.

"Kau tak boleh tidur lepastu kau nak kacau aku tidur? Macam tu?"

Respon Aryan, bengang.

"Aku nervous, Yan. Berdebar gila rasa. Aku tak percaya esok aku dengan dia bakal disatukan."

Mulutnya berucap senada. Sementara matanya kekal dihadapkan pada syiling bilik itu.

Aryan kemudian mengubah posisinya. Hajad mahu melelepakan mata terbantut sudah.

"Wei. Tidur lah. Esok pagi kau nak salam tangan Tok Kadi. Karang kau tak cukup tidur, tak pasal-pasal pengsan pulak masa akad nikah. Haa, ada jugak aku yang tolong gantikan sesi akad nikah kau nanti. Kau nak macam tu?"

Ucapnya disertai dengan jelingan kesamping dimana Maleek sudah mencerlungkan mata mendengar ayat terakhirnya. 

Pahal? Nak gadoh?

"Ada hati rupanya kau dengan bakal bini aku eh?"

Suara bernada kesal oleh Maleek yang sudah berkerut dahi dan memandang Aryan tajam.

"Ala, kau kan asyik mintak tolong aku backupkan kau, coverline apa semua. Mana lah tahu kali ini kau minta tolong aku cover kau punya akad nikah pulak. Aku ok je. Hehehe!"

Maleek diam sejenak. Matanya masih ditenung pada Aryan. Kemudian laju-laju dia bingkas menegakkan tubuh, sebelum sikunya dilipat dan ditunjalkan pada kepala Aryan kuat-kuat.

Menjerit kesakitan lah Aryan dibuatnya. Meronta dia cuba melepaskan diri bila Maleek masih lagi menekan kepalanya dengan lengan kekar miliknya. 

"Wei, dah. Aku gurau je bodoh. Wei, sakit lah."

"Ada hati nak try Princess aku, kau memang tak sayang nyawa. Cari pasal kau dengan aku. Haa ni makan dia."

"Wei, lepaslah bangang. Aku nak tidur tahu tak. Kalau aku mati, siapa nak jadi saksi kau esok, bongok?" 

Selepas puas Maleek membelasah sepupunya, barulah dia melepaskan cengkaman dari kepala Aryan. Dapatlah Aryan bernafas lega kini. Hampir tak bernafas juga lah dia dikerjakan Maleek. 

Gurau sikit pun tak boleh. Apelah!

***

      Puan Sri Zakiah melangkah memasuki bilik tidurnya sambil menongkat pinggang dengan tangan kiri. Langkahnya longlai keletihan menuju pembaringan.

Tan sri Baharudin yang sedang duduk bersandar pada kepala katil sambil membelek smartphone ditangan menoleh isterinya sekejap bila keluhan wanita itu mula kedengaran ditelinganya.

"Adoi, sakitnya pinggang. Haih, penat-penat."

Keluhnya kedengaran lagi.

"Aih, letih sangat nampak?"

Tan sri bertanya begitu santai.

Jelingan jengkel dilirik pada suaminya sambil mula merebahkan badan diatas tilam bersebelahan lelaki itu.

"Letihlah. Baru siap masak untuk kenduri besok la, apa lagi. Abang apa tahu?"

Gerutunya kedengaran sambil menarik selimut buat menutupi separuh badan.

Tan sri mengoyak senyum sedikit melihat isterinya merengut. 

"Awak yang beriya nak masak. Saya cakap order je. Kenduri doa selamat aje kan."

"Mana sempat nak tempah abang oi? Kalau nak tempah, sekurang-kurangnya sebulan lebih awal. Ini buat kenduri mengejut, siapa yang sanggup?"

Dia menyambung gerutunya. Tidak puas hati dia akan keputusan si suami yang tiba-tiba menagadakan majlis akad nikah secara mendadak. Apa pun tak prepare. Tiba-tiba buat majlis mengejut. Siapa tak penat?

Tan sri hanya menanggapinya dengan senyum diwajah tuanya yang kini sarat akan kebahagiaan  itu. Semua yang dilakukannya bukan tanpa sebab. Ianya adalah untuk kebaikan anak dan juga Spy kepercayaan yang bakal menjadi menantunya itu.

"Saya cakap buat doa selamat sikit-sikit je. Jemput sedara mara terdekat. Majlis akad nikah je kan. Awak yang beriya nak masak banyak-banyak."

"Abang bukan tak tahu. Saya ni kalau buat kenduri, tak suka main-main. Masak biar masak betul-betul. Macam kenduri Puspa dengan Zd dulu. Semua orang suka masakan saya tau."

"Iya lah tu. Sempat angkat bakul sendiri."

Seloroh Tan Sri membuat isterinya menjeling tak puas hati.

"Ni, saya nak tanya abang ni..."

Pn. Sri membetulkan kedudukannya sebentar bagi menghadap wajah suaminya untuk mengajukan satu soalan.

"Kenapa abang tiba-tiba nak kahwin kan diorang secara mendadak? Kot iya pun bagi lah masa diorang bersuai kenal dulu."

Tan sri menghela nafas seketika. Kedudukan yang sedikit bersandar lalu ditegakkan. Anak matanya menghantar tenungan tepat kemata sang isteri yang sedang menagih jawapan darinya.

"Sebab itulah abang bercadang nak gantungkan dahulu perkahwinan mereka tu. Yang penting mereka sudah sah menikah, sebulan selepas itu barulah wedding. Dalam tempoh sebulan itu biarlah mereka bersuai kenal dulu satu sama lain. Bukan awak ke yang berkenan benar dengan si budak Maleek tu? Menentang keras-keras masa Jaafar melamar Puteri untuk Riz, sebab awak nak bermenantukan Spy saya tu lah."

Jawap Tan Sri panjang lebar dengan lancarnya. Sempat menyelitkan kata-kata mengungkit kisah silam. Terkedu Pn Sri dibuatnya.

"Kalau macam tu kenapa tak ditunangkan aje?"

Usul Pn. Sri.

"Tak boleh, Kiah. Awak tak tengok ke macam mana mereka tu? Berkepit macam belangkas. Pantang berjumpa, terus melekat. Saya pun naik rimas menengok tau. Nah, kalau dah sah menjadi suami isteri ni, nak melekat ke, nak bertepuk tampar ke, nak berpegang-pegang apa semua tak kesah dah. Mereka dah halal sebagai suami isteri. Cumanya, mereka masih tak dibenarkan melakukan hubungan dulu sehinggalah habis wedding nanti."

"Kalau diorang langgar pantang macam mana?"

"Kalau langgar pantang, pandai-pandai jelah. Dah namapun suami isteri. Cuma kalau boleh, kita kawal lah diorang, elakkan dahulu dari mereka melanggar pantang itu."

"Humm. Tengok la macam mana bang. Saya tengok, anak abang tu senang-senang menyerah diri. Yang si Maleek apa lagi, ikut aje."

"Hahaha. Namapun orang muda, Kiah. Macamlah awak tu tak pernah muda. Sebab itulah abang nak halalkan cepat-cepat hubungan mereka tu, supaya terhindar dari dosa."

"Emm. Apa-apa jelah. Saya nak tidur. Penat ni tahu tak?"

Kalah berdebat dengan suami, Pn sri Zakiah akhirnya memutuskan untuk segera tidur. Disaksikan oleh suaminya yang tergeleng-geleng kepala melihat wanita itu sudah memejamkan mata dan mula merangkai lena.

TBC

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status