Share

BAB 4 PT

MASJID AT-TAUBAH,

ZAIN tercenung. Mindanya menerawang, mengimbau sejarah yang tidak pernah berlaku sepanjang hayatnya iaitu kehilangan seluar secara tiba-tiba dan dibelasah oleh ibu sendiri. Kisah yang mungkin lucu bagi pembaca tetapi tidak bagi Zain yang melaluinya.

Dia dipaksa pulang berjalan kaki dengan mengendong buku-buku teksnya. Sampai sahaja di rumah, kakaknya iaitu Ziana mengusiknya pula menambahkan rasa tidak puas hati terhadap apa yang telah terjadi padanya.

"Assalamualaikum Zain." Sapa satu suara, sekaligus mematikan lamunan Zain.

Zain memaling roman muka, melihat Pak Hassan yang sedang tersenyum padanya. Lelaki itu kemudian duduk di sebelah Zain.

"Waalaikumussalam, Pak Hassan," Zain menjawab salam. Mereka berjabat tangan.

"Lama tak nampak, mana pergi?" Pak Hassan memulakan kalam bicara. 

"Tak ada pergi mana. Adalah balik kampung sekejap tapi sebelum tu saya berpantang dulu kat rumah," balas Zain sambil tersenyum memandang Pak Hassan.

"Berpantang? Kamu bersunat ke?" Pak Hassan mengerutkan keningnya merenung Zain. 

"Haah. Kena sunat paksa, Pak Hassan ..." Zain berkata perlahan seperti orang meracau.

"La, kaki masjid macam kamu ni baru bersunat? Patutlah hari tu bila kami minta kamu gantikan tok imam, kamu tak nak," ujar Pak Hassan dikala teringat saat semua jemaah pada waktu itu meminta Zain untuk menggantikan Tok Imam yang tiba-tiba sakit perut pada waktu itu.

"Ya, Pak Hassan. Tak sahlah jadinya kalau saya yang gantikan Tok Imam masa tu," kata Zain bersahaja.

"Hmm, ini boleh beritahu orang lain ni," Pak Hassan berbisik sendiri. Lalu dengan pantas Pak Hassan berdiri, ingin menyebarkan hal itu pada jemaah lain.

Semerta Zain menjadi panik. Terus dia menahan bahu Pak Hassan dengan tangannya, menghalangnya daripada menyebarkan hal itu. Tenaga anak muda yang kuat ini menyebabkan Pak Abu sukar untuk melepaskan tangan yang menahan bahunya.

"Pak Hassan, jangan beritahu orang lain. Malulah saya nanti, Pak Hassan," Zain berbisik di telinga Pak Hassan. 

"Kalau Pak Hassan beritahu juga?" Pak Hassan menjeling Zain. 

"Kalau Pak Hassan beriitahu juga ... saya bagitahu orang masjid semua dalam telefon Pak Hassan tu ada gambar perempuan seksi menggoda," Zain berkata seolah-olah mengugut Pak Hassan.

Gesit Pak Hassan menoleh ke belakang lalu segera menekup mulut Zain. Zain meronta-ronta cuba melepaskan tangan yang menekup mulutnya.  Zain yang berada di belakangnya tadi kini berada di bawah 'penahanan'nya pula. 

"Mana kamu tahu ni, ha?" Pak Hassan bertanya. Tangannya yang menekup mulut Zain direntap. 

"Anak Pak Hassan yang beritahu," jawab Zain, kemudiannya melepaskan diri dari 'tahanan' lelaki separuh abad itu. 

Riak muka Pak Hassan serta-merta berubah. Rasa geram dan tidak puas hati terdetik dalam diri. Pandai pula anaknya membuka telefonnya walaupun tidak diberitahu kata laluannya. Pak Hassan terus khali.

Selesai menunaikan solat fardhu Isyak, Zain terus pulang ke rumah. Selalunya Encik Arsyad ada bersama tetapi kerana urusan kerja, hanya Zain sahajalah yang hadir ke masjid pada malam itu. 

Kunci basikalnya dibuka lalu dikayuh pulang ke rumah. Basikal Zain lengkap dipasang lampu di depan dan belakang, jadi risiko untuk mengayuh pada waktu malam adalah rendah. 

Zain terasa ingin bersiar-siar sebentar. Semasa dia melalui kawasan Sekolah Menengah Taman Unggul, tiba-tiba dia terasa ingin masuk semula ke tandas tempat dia membuang air tempoh hari. 

Hari ini 30 Desember, beberapa hari sahaja lagi dia akan menjejakkan kaki ke sekolah itu untuk sesi persekolahan tahun baru. Zain meminggirkan basikalnya di satu tempat tersorok, kemudiannya masuk ke dalam kawasan sekolah itu melalui satu pagar berdawai yang berlubang besar disyaki digunakan oleh pelajar untuk ponteng sekolah.

Berbekalkan lampu suluh, mulut Zain terkumat-kamit membacakan sesuatu. Sama ada ayat kursi ataupun doa memohon perlindungan. Dia melangkah menuju ke tandas itu. Dia sendiri tidak pasti mengapa keinginan hatinya begitu kuat untuk memasuki tandas itu sekali lagi.

Zain memetik suis di luar tandas itu, tetapi lampu kalimantang yang menyala amatlah malap dan berkelip-kelip. Pasti tandas ini sudah ditinggalkan dalam jangka masa yang lama. Tetapi jika tidak boleh digunakan, kenapa pihak sekolah tidak meletakkan sahaja notis supaya jangan memasuki tandas ini? 

Sekali lagi Zain melangkah masuk ke tandas itu lalu dia melakukan hal sama seperti sebelumnya. Persekitaran sekeliling sedikit gelap, hanya dilimpahi cahaya lampu yang malap dan berkelip-kelip. Zain membuang air sambil anak matanya mengitari sekeliling. 

Tanpa Zain menyedari, perkara yang sama berlaku sekali lagi. Tetapi dalam kesamaran tersebut, Zain hanya merasai ada sesuatu yang bergerak. Zain terendap-endap mencapai getah paip air untuk mencuci, tetapi tiada air pula. 

"Alamak ... Tak ada airlah pula. Macam mana nak cuci ni," Zain bermonolog sendiri lalu mengambil keputusan untuk mencucinya di rumah sahaja serta menukar seluar dalam. Seluarnya hilang sekali lagi. Dia sudah agak. 

Zain melangkah keluar untuk mencarinya di tandas bersebelahan, tiada, tiada dan tiada. Nasib baiklah dia memakai kurta pada malam itu, kerana labuhnya kurta itu sehingga paras peha. Pulang nanti dia perlu terus memasukkannya ke dalam mesin basuh kerana kurta itu sudah terkena tempiasan air kencingnya.

Dia mahu keluar untuk mencarinya di tempat lain pula, tiba-tiba Zain terasa ada seseorang di belakangnya. Perasaan takut mula menghantui diri, tubuhnya mula menggeletar, ditambah pula apabila ada seseorang menyentuh lengannya.

"Tolong ... tolong lepaskan saya! Jangan apa-apakan saya!" Zain merintih ketakutan. 

"Shhhh ..." suara itu meminta Zain senyap. 

"Adik jangan takut. Akak bukannya nak makan adik, tapi nak pulangkan seluar adik ni. Akak ada botol air, bolehlah adik cuci dulu," kata suara seakan wanita itu.

Zain menyambut seluarnya lalu disangkut di bahu. Setelah mengambil botol air itu, Zain segera membelakangi wanita itu, mencuci di situ juga.

Zain masih terketar-ketar tetapi diberanikan dirinya untuk berhadapan dengan seseorang yang tidak dipastikan sama ada manusia, roh mahupun hantu itu. Apa yang pasti, niatnya mesti baik. Zain menyarung seluarnya semula. 

"Kau ni siapa? Apa yang kau nak sebenarnya dengan aku?" Zain memberanikan diri untuk bertanya. 

"Akak orang yang telah disakiti oleh pelajar-pelajar lelaki jahat dekat sekolah ni," jawabnya. 

"Disakiti? Maksudnya?" Zain ingin tahu lagi. 

"Akak selalu jadi mangsa cabulan, rogol dan diperkosa. Dia orang selalu jadikan akak sebagai pelepas nafsu sampaikan batin akak rosak disebabkan dia orang. Jadi, akak berdendam dan pinjam satu jin daripada seorang bomoh untuk bantu akak balas dendam," wanita itu bercerita. Keras nada suaranya.

"Jadi ... akak ni bukan hantulah?" Zain ingin memastikan bahawa dia sedang berhadapan dengan seorang manusia ketika itu.

"Ya, akak bukannya hantu. Akak cuma manusia biasa saja," kata wanita itu. Zain menarik nafas lega.

"Kak, apa kata kita sambung bersembang kat luar? Takutlah saya gelap-gelap macam ini," ujar Zain. 

"Yalah dik," katanya ringkas. 

Mereka keluar dari tandas itu. Zain membawa wanita itu ke rumahnya. Dia pasti wanita itu tidak akan menggunakan jinnya untuk mengganggu keluarganya pula. Kata wanita itu, jinnya itu telah dia simpan di dalam botol dan pulangkannya tempoh hari. Bertambah lega Zain mendengarnya. 

Mereka duduk di pangkin rumah sambil-sambil Puan Siti dan Ziana turut ada bersama. Zain menceritakan apa yang terjadi sebenarnya pada Puan Siti. Pada awalnya Puan Siti agak terkesima tetapi apabila mendengar penjelasan lebih mendalam, barulah dia faham.

Wanita itu namanya Anggun, sangat cantik rupanya bak bidadari, tetapi diuji pula dengan ujian yang berat begini. 

"MasyaAllah, cantik rupanya kak ni. Saya sendiri hampir cair tengok akak," Zain berkata apabila dilihatnya Anggun sungguh cantik.

"Akak memang cantik tapi batin akak dah rosak," Anggun tertunduk. 

"Sabarlah Anggun. Mak cik faham perasaan kamu. Lagipun bukan hanya kamu seorang sahaja yang diuji begini, ada ramai lagi. Sabarlah ya," Puan Siti mengusap lembut belakang Anggun. 

"Betul tu. Walaupun batin akak dah dirosakkan, tetapi pasti akan ada yang mahu dengan akak. Mungkin lelaki yang senasib dengan akak? Jodoh kan ditangan Allah, kita tak tahu," sambuk Ziana pula. 

"Tapi kan, kalau ya pun berdendam dengan pelajar yang rosakkan akak tu, kenapa akak perlu libatkan pelajar lain dengan menggunakan jin untuk hilangkan seluar dia orang? Pembaca pun mesti hairan dengan tindakan pelik macam ini," Zain bertanya.

"Yalah, bukan setakat pelajar lain  tapi anak mak cik pun turut terlibat sekali," lanjut Puan Siti pula.

"Adik, maafkan akak ya. Disebabkan akak, habis adik dibelasah hari tu. Sebenarnya akak nak minta tolong dengan adik, sebab itu akak buat macam ni, tapi tak sempat bila mak adik dah masuk," jelas Anggun. 

"Tak apalah kak. Saya maafkan akak, tetapi syaratnya nanti akak kena jumpa pihak sekolah dan minta maaf kemudian minta maaf juga pada pelajar lain yang pernah terlibat bila sekolah sudah mula nanti," kata Zain serius. 

SESI PERSEKOLAHAN sudahpun bermula. Hari pertama persekolahan pasti tidak lengkap tanpa sesi perhimpunan. Selepas nyanyian lagu Negaraku dan lagu sekolah. Selepas itu dengan segala hormatnya, pengetua dijemput memberi ucapan. 

Para pelajar diberitahu bahwa misteri di tandas lelaki blok B telah terjawab dan diselesaikan oleh seorang pelajar tingkatan satu. Para pelajar tingkatan tiga hingga lima tidak dapat berjumpa dengan pelajar itu kerana Zain berada di tingkatan satu. Ini kerana tingkatan satu dan tingkatan dua bersekolah di sesi petang. 

Walaupun begitu, tandas yang pelajar takut untuk jejaki itu kini sudah boleh dijejaki semula. 

Semua pelajar termasuk guru-guru amatlah menghargai keberanian Zain dalam menghadapi misteri tersebut. Pelajar tingkatan satu yang lain tidak tahu berkenaan misteri tersebut tetapi hanya berbangga jika dapat berkawan dengan Zain.

Meskipun disanjung oleh para pelajar yang lain, tetapi Zain tetap akan mengikut resmi padi iaitu semakin berisi, semakin menunduk. Walaupun begitu, tetap ada yang cemburu padanya.

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status