Share

BAB 16 PT

SEJAK perkenalan Adrian dan Yana, hubungan mereka semakin lama semakin erat. Setiap kali sebelum masuk sekolah, memang tidak sah jika tidak bertemu di taman tasik, dah macam suami isteri! 

Sepanjang persahabatan mereka juga, corak kehidupannya semakin berubah. Adrian amat gembira. Dalam pada itu, Adrian dan Yana semakin ramai kawan, namun tugasnya sebagai seorang pelajar tetap dia utamakan demi cita-cita dan masa depan. 

Oh ya, juga untuk mengekalkan kedudukan nombor satu di peperiksaan akan datang untuk mengalahkan pesaing utamanya, Zain.

Sementara itu, Shah Huanran dan Faris pula terasa dipinggirkan sahabat sendiri. Kadang-kadang, rasa menyesal pun ada. Menyesal kerana mengajak Adrian untuk melepak di taman tasik itu. 

Namun, hubungan Adrian dan Yana tidak bertahan lama. Satu peristiwa duka berlaku dalam hidup mereka. 

Mereka ralit berbual sesama sendiri di bawah limbu pohon-pohon menghijau. Mereka tertawa dan bercanda bersama

Locked Chapter
Continue to read this book on the APP

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status