Share

BAB 18 PT

"Kau orang tunggu sini, biar aku pergi dulu. Aku pasti dia ada di sekitar belakang semak ni," kata Zain pada rakan-rakannya. 

Rakan-rakannya hanya membalas dengan anggukkan kepala. Tetapi itu tidak memberi istilah 'relaks' kerana mereka perlu bersiap sedia dan bertindak jika berlaku apa-apa terhadap Zain. 

HARITH tidak mampu meloloskan diri. Dia yang terduduk di sebatang pokok sudah diikat kaki dan tangannya. 

"Kau ingat kau boleh senang-senang nak dapatkan Zain? Kalau kau nak tahu, dia pernah belajar silat kat kampung dia. Sekali dia sampai, jangan haraplah kau akan terlepas." Kata Harith pada Adrian yang tercegat tidak jauh darinya. 

Adrian berkalih, langkahnya diatur tenang menghampiri Harith. Wajah Harith dijenaki.

"Relaks, Zain kan profesional orangnya, tak akanlah dia nak pukul aku kalau nampak kau okey, tak ada cedera apa-apa. Aku cuma mahukan populariti dia saja, bukannya nak suruh dia berambus dari sekolah tu!"

Locked Chapter
Continue to read this book on the APP

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status