Aria mendorong dirinya ke belakang. Nafasnya tersekat-sekat di kerongkong. Matanya membulat besar. Dia tidak mampu mengeluarkan kata-kata ketika ini. Sungguh dia terkejut dengan apa yang berada di hadapannya.“Aku buat apa dekat sini. Kenapa orang tu adalah aku? Kenapa aku sanggup biarkan kau dipukul? Aku memang kawan tak guna. Aku minta maaf, Arisya. Aku minta maaf.”Tubir mata yang bertakung sedari tadi, terlepas begitu sahaja. Tangannya menggigil kencang. Dia mendekatkan dirinya ke arah ‘dirinya’ yang terlentang berdarah di atas lantai.Dia cuba memegang “dirinya’ tapi gagal. Yang dia rasa cumalah angin. Kosong! Badannya terhenjut-henjut menangis. Hatinya sungguh hiba. Kenapa mesti macam ni berlaku? Kenapa susah sangat dia nak selamatkan kawan baik dia?Lututnya terketar-ketar mendekati Arisya. Sekali lagi dia cuba memegang, tapi hampa yang dia dapat. Dia betul-betul mahu selamatkan Arisya. “Arisya, kau kuat? Bangun, Arisya! Bangun!”Nafasnya tercungap-cungap. Air mata di pipi di
Air dihirup beberapa kali. Hatinya gelisah. Jam tangan dikerling beberapa kali. Matanya tidak tenang menanti di satu arah. Pintu masuk kafe direnung. Kehadiran gadis pujaan hati membuat dirinya tak tenang.Aria tiba-tiba menghantar mesej hendak bertemu. Itu pun Aria minta dia pergi ke kafe yang sedikit jauh dari kampus. Itu yang membuatkan Aysar risau. Bukannya dia tak gembira. Tapi dia rasa perasaan semacam yang tak kena. “Dah sampai…” ucapnya perlahan.Pintu kafe ditolak dari luar. Wajah ketat Aria terpampang membuatkan sesiapa yang melihatnya pasti akan merasa gerun.“Boleh tak kau jelaskan apa sebenarnya yang kau buat tu?” soal Aria. Dia merenung tajam mata Aysar. Tak sempat dia selarikan nafas, dia dah tanya soalan macam tu pada Aysar.“Aku buat apa? Aku tak fahamlah. Kau maksudkan apa sebenarnya?” soal Aysar semula. Terjongket bibir kiri Aria. Bibir bawahnya digigit. “Kau buat-buat tak faham pula. Kau sebenarnya tahukan aku bercakap pasal apa sekarang ni. Okeylah, kalau kau b
“So, nama penuh kau Eiyad Lutfi. Menarik.” Tangannya menguis-nguis rumput di tepi. Anak matanya sesekali memandang tepat wajah Eiyad. Bibir bawahnya dijilat. Dadanya masih rasa debaran berada di sebelah Eiyad.“Apa yang menariknya? Aku rasa biasa je. Kalau bandingkan nama aku dengan kau, nama kau lagi moden. Lebih menarik aku rasa. Aria Charissa. Sedap apa.” Eiyad menongkat dagu sambil matanya merenung Aria. Gadis itu sudah tidak tentu arah memandang tempat lain. “Nama aku memanglah sedap. Tapi nama kau menarik sebab… aku suka nama Lutfi.” Aria tertunduk ke bawah. “Kenapa?”“Tak tahu.” Aria menggeleng. Dia pun tidak tahu kenapa dia suka sangat nama Lutfi. Bila nama tu disebut rasa nak tersenyum sepanjang masa.Rumput di tepi ditarik satu per satu. Dah tak perlu orang yang mesin rumput untuk bekerja. Cukup Aria dah boleh gantikan. Habis lopong sehingga menampakkan tanah yang banyak. Bila dia perasan, barulah dia melepaskan tangannya.Eiyad tersengih. Dia terhibur dengan tingkah laku
Pen yang dipegang diketuk berkali-kali di atas meja. Bunyi ketukan itu menghilangkan kesunyian bilik. Berulang kali jugalah Sofia memandang Aria. Hatinya ragu-ragu sama ada perlu bercakap tentang sesuatu hal.“Aria, aku nak tanya kau something ni. Tapi kau jangan marah tau.” Bunyi ketukan pen mati. Kerusinya diangkat dan dirapatkan sedikit dengan meja belajar Aria. Suaranya begitu perlahan sekali.“Minta izin nampak. Selalu bukan kau main terjah je ke. Tanya apa?” Mata Aria masih fokus menghadap skrin komputer riba. Masih ada banyak yang perlu disiapkan.“Kau dengan Rania dan Laura tu dah tak rapat lagi ke?” Tiba-tiba saja soalan itu terkeluar daripada mulut Sofia. Dia takut juga Aria akan memarahinya.Aria mengangkat kening. Soalan So
Aria meluru masuk ke biliknya. Matanya penuh kemerahan. Mukanya basah dengan air mata. Tangannya memegang erat tombol pintu. Hampir tercabut tombol pintu akibat genggaman kuat tangannya. Lututnya jatuh ke bawah. Dia terduduk. Bahunya tidak berhenti terhenjut-henjut sejak dari tadi. Dia memang tak pernah sangka yang perkara macam ni akan berlaku. Selama ini, dia ingat mereka kawan baik. Kawan yang sentiasa akan menyokong dia. Kawan yang sentiasa ada pada waktu senang dan susah. Bukannya hanya pada waktu senang. Bukannya yang menggunakan dia hanya kerana dia anak dato’. Ramai dia jumpa kawan hanya menggunakan hanya untuk duit. Sejak dari itu, dia semakin rapat dengan mereka. Siapa sangka, hari ini dia dapat tahu apa yang terbuku di hati mereka. Tapi, dengan cara yang agak menyakitkan. Kenapa sebelum ini, Rania tak pernah bagitahu dia sedikit pun pasal perasaannya pada Aysar? Kenapa dia harus tahu daripada orang lain? Aria fikir, Rania dan Laura itu berbeza. Atau sebenarnya, mungkin d
Selepas kelas pagi tamat, Sofia berjalan-jalan di sebuah tasik yang tidak jauh dari kampus. Pada waktu ini, tak banyak angin yang dapat menyejukkan kulit. Cuaca terlalu panas. Tapi dia datang sini bukanlah suatu perkara yang menyia-nyiakan.Raut mukanya penuh dengan senyuman sinis. Hatinya rasa gembira sekali apabila dia teringatkan tangisan Aria yang berjela-jela malam tadi. Bagai apa yang dia mahukan hampir terlunas di malam hari.Punggungnya diletak di bangku yang betul-betul menghadap tasik. Selalunya para pemancing memang dah ada di situ. Tapi mungkin terlalu awal, jadi mereka belum sampai lagi. Dia mengeluarkan kipas elektronik dan dihalakan ke wajah. Sejuk sahaja. Aman damai rasanya.“Aku dengar pelan kita menjadi.” Seorang lelaki yang entah dari mana tiba-tiba datang duduk di sebelah Sofia. Pakaiannya hitam dan berspek mata hitam. Dia mengeluarkan sekotak rokok dari poket. Sepuntung rokok dihisap. Asap yang terkeluar dihalakan ke Sofia.Sofia mengibas tangannya ke udara. Dia c
Aria meregang badannya sejurus keluar dari kelas. Teruk juga dia kena marah dengan pensyarah tadi. Mana taknya, hampir separuh dari masa kelas tu dia terlambat.Sudahnya, dia dibebel lama di depan kelas. Mujur hatinya kental. Kalau tak, dah berjurai air mata jatuh.“Aria, kau nak nota yang aku sempat salin ni tak?” soal Irdina.Irdina menyelongkar isi dalam beg. Satu per satu buku dibelek. Jumpa saja buku yang nak diberi terus dihulur kepada Aria. Buku bertukar tangan.“Boleh juga. Thank you, Dina.” Aria meneliti isi dalam buku. Kemas. Memang perangai Irdina macam ni. Semuanya teratur. Dahlah baik hati pula tu. Kalau Irdina tak bagi, mesti susah dia nak belajar.“Welcome. Lagipun, kau bukan sengaja kan datang lambat. So, just in case, kalau kau tak datang tadi, aku memang dah siapkan nota nak bagi kau pinjam.” Irdina memegang bahu Aria.“Ya… aku tak sengaja tadi. Okey, nanti aku pu
Tangan memegang dua cawan air sejuk yang dibeli dari kafe. Kaki Laura berjalan ke arah Rania. Kepalanya pusing memikirkan apa yang berlaku tadi. Tak sangka pula Aria ada di perpustakaan. Kalau tak, mesti dia dah halang mereka dari bertembung.Punggungnya diletak di hadapan Rania. Satu cawan air ditolak ke depan.“Rania, kau okey?” Rania dari memicit pelipisnya. Langsung air yang dibeli diteguk laju membasahi tekak. Dapat dirasakan di lehernya halkum yang bergerak. Habis saja cawan diletak.“Ya, aku okey. Pasal tadi tu…” jari jemarinya bermain di bawah meja. Perasaannya kurang enak.“Apa pula alasan kau kali ni?” tiba-tiba Laura mencelah. Dia pun nakkan jawapan daripada Rania. Dia tahu Rania taklah sekejam tu. Tapi kenapa Rania sampai sanggup buat macam tu sekali kat Aria.Rania terdiam. Bibirnya dijilat sekilas. Rasa gelisah dengan peristiwa tadi. Hatinya tak tenang semenjak bergaduh dengan Aria.“Kau mesti tak faham kan kenapa aku buat semua ni?” kepala Rania ditunduk ke bawah.“Mem