Tak. Ini semua tak boleh jadi. Aria tak boleh tahu alasan sebenar di sebalik semunya. Sofia helus nafas kasar. Susahnya nak fikir! Kenapalah dia cuai? Aria itu bukannya bodoh. Dia tetap tak nak kalah dengan Aria. Benda macam ini tak sepatutnya habis macam itu saja.Tangannya mengetuk-ngetuk meja sehingga seluruh meja bergegar. Lelaki di hadapannya berkerut dahi. Baru lima minit panaskan punggung, dia lebih tak tenteram dengan Sofia yang dari tadi khuatir semacam.“Kenapa, Sofia? Apa yang ganggu Sofia sekarang ni? Bagi tahu abang. Kita settlekan masalah ni.”Sofia raup mukanya. Lelaki ini saja harapan dia untuk balas dendam. Dia cuma ada abang. Dia cuma ada seorang abang selepas adiknya… MATI! Dan dia harap sangat abang tak akan membelakangkan dia. Dia dah tak sanggup nak tengok kebahagiaan Aria! Perempuan itu patut mampus dari dulu!“Kita kena buat plan baru. Aku rasa kita akan kantoi nanti. Abang, kau ada plan lain tak? Something yang akan meruntuhkan dia? Aku suruh kau rapat dengan
Selesai makan tadi, Aria minta diri ke tandas. Tak tahulah macam mana dia boleh habiskan satu cawan air yang besar tu, padahal sebelum ini dia liat sangat nak habiskan separuh cawan. Apa tidaknya, Eiyad kerap kali pandang dia sampaikan dia sendiri naik segan.Dia tak tahulah kenapa bila dengan Eiyad tu dia rasa lain sangat. Pipi ni asyik nak panas aje. Agaknya kalau dia tak bubuh make-up, memang pijar muka dia.Usai lepaskan hajat, dia membasuh tangan. Bahunya terlanggar seseorang.“Minta maaf, saya tak sengaja.” Aria tundukkan kepala sedikit.Tapi itu semua tak berakhir di situ. Aria dapat rasa tenungan mata seseorang. Matanya kembali memandang sosok yang dilanggarnya tadi.Ada apa-apa masalah ke? Kenapa pandang dia macam tu? Aria buat tak tahu. Tapi raut muka perempuan itu seperti teringat akan sesuatu.“You anak Dato’ Fahad, kan?” Jari perempuan itu berulang kali digoyangkan ke arah Aria. Matanya dipejam celik mengingati rupa lelaki itu.Aria tidak menjawab. Dia takut ada sesuatu y
Lorong yang gelap. Ke mana- mana kaki melangkah hanyalah gelap. Tiada satu pun cahaya di sebalik kegelapan itu. Aria sekadar meraba-raba dinding. Kasut atau selipar langsung tidak dipakai. Tapi, aneh. Kakinya tidak rasa sakit. Mimpikah ini? Atau realiti?Mana manusia di sini? Kenapa hanya dia di sini?“Ari...”Seseorang memanggil. Aria menoleh. Tapi pemilik suara itu masih tidak dijumpai. Dia menoleh ke seluruh arah. Telinga aku tercari-cari suara itu.“Ari...”Dia dengar lagi. Kali ini dia pasti arah suara itu.“Tolong aku!”Tiba-tiba pandangannya bertukar. Tangan Aria menutupi mata kerana silau.“Hahaha... Kau nak ke mana?” bunyi sekumpulan gadis di suatu bilik.Dia dengar suara itu. Tapi satu susuk tubuh pun tidak kelihatan di mana-mana.Cahaya berkumpulan dari suatu tempat. Kakinya mengikut arah cahaya itu.Cahaya itu beransur-ansur hilang. D
“Hah?!” Aria menjerit. Telefon hampir jatuh mencecah lantai. Nasib sempat disambut. Dahlah mahal telefon ni. Nilah telefon yang arwah ibu pernah hadiahkan untuknya. Kata ibu mudah nak belajar nanti. Sedih pula kalau pecah nanti.Ini sangat tak masuk akal. Macam mana Aria boleh jadi presiden pula ni? Bukan ke dia dah tolak jawatan tu? Aduh...Dulu dia memang aktif dalam aktiviti kokurikulum. Tapi semenjak ibu meninggal tiga bulan yang lalu, dia memang dah tolak tepi dah perkara ni.Segala jenis jawatan dia lepaskan. Aria memang terkesan dengan pemergian ibu. Tapi dia gigihkan juga belajar sebab nak tinggalkan rumah ni. Bukan rumahku syurgaku. Tapi rumahku dah jadi neraka.Ibu hidup bermadu dengan Mama Fida sejak setahun yang lalu. Alasan papa kahwin dengan Mama Fida hanya sebab nak jaga dia. Sebab ibu ada tumor otak. Takut tak ada siapa yang akan menjaga dia lepas ni. Huh, sangat tak masuk akal.Sudahlah papa memilih yang sudah punya ana
“Aria, aku rindu kau. Dah sebulan lebih kita tak jumpa. Aku ajak kau keluar pun kau tak nak. Kau tak rindu aku ke?”Laura, kawan sekelas Aria semenjak semester pertama. Orangnya manja. Tapi perangainya akan berubah mengikut situasi.Laura tiba-tiba datang memeluk Aria. Tahulah dia ni kan rimas bila orang memeluk dia. Sengajalah tu mereka buat dia macam tu.Aria menghalang dengan tangan. Dia menolak tubuh Laura perlahan. Kalau tolak kuat-kuat nanti mati pula. Tak terdaya dia kalau semua orang nanti salahkan dirinya.“Ishhh, gelilah peluk-peluk ni. Rania tu kau bolehlah peluk sampai ke pagi. Ni aku. Ishhh, tak nak aku.”Rania, gadis paling estetik di dalam kampus. Sudah tentulah orangnya juga cantik. Dari hujung tudung hinggalah hujung stokin. Estetik.Antara mereka yang memakai tudung hanyalah Rania. Ranialah yang paling menjaga aurat. Jika ada kesalahan yang dilakukan, pasti akan ditegur.Aria menepuk-nepuk bad
Telefon Aria berbunyi. Dia mendapat mesej. ‘Ah, dia lagi. Katanya dia akan menunggu aku selepas perjumpaan kelab malam nanti. Gila apa nak jumpa aku malam-malam!’ kata hatinya.Aria mencampakkan telefon ke tepi. Dia membuat riak muka geli. Dia baring. Mukanya ditekupkan ke atas bantal. Ada jeritan kecil terkeluar sedikit. Lega.“Kau dah kenapa, Aria? Stress nampak.”Sofia menegur Aria. Dia sedang sibuk menyusun buku. Rak bukunya terlekap di dinding. Di bawah tu adalah meja belajar. Sebelah mejanya ada meja lagi satu milik Aria. Banyaknya buku dia bawa. Kelas belum pun bermula lagi.“Kau tahulah, bila someone yang kau tak suka keep texting you. Annoying tahu tak. Aku rimaslah kalau macam tu selalu. Kalau dia tu classmates aku tu bolehlah aku nak layan. Tapi ni tak.” Muka dan badan Aria automatik membuat riak geli.Sofia ketawa. Hei, lucu ke? Aria mengangkat sedikit kening. Nampak macam garang tak? Apa yang kelakar
Perjumpaan kelab pada malam itu telah tamat. Kini masa untuk mengemas. Aria melihat sekeliling. Ada banyak yang kena dikemas. Sudahlah yang lain pergi meninggalkannya. Hanya ada tiga orang rakan sahaja yang ingin membantunya.Biasalah. Kalau sesi mengemas mana ada orang yang sanggup tolong. Semua orang dah cabut awal-awal dulu. Akhirnya tinggal Si Aria seorang-seorang. Kalau yang mahu bantu pun setakat dua ke tiga orang. Itu pun orang yang sama saja. Dari awal sem sampailah hujung sem. Yang peliknya mana orang lain. Ghaib?Jawatan nak. Markah tinggi-tinggi nak. Tapi kalau tolong tak nak. Baik tak payah ambil jawatan tu semua. Bukan membantu sesama sendiri. Tapi tinggalkan asalkan tak penat. Sampai bilalah mereka ni nak buat perangai macam ni.Airil tadi pun bukannya nak membantu Aria. Sudahlah Si Airil berjawatan naib presiden. Tapi satu hapah pun dia tak tahu. Kerjanya nak membangkang saja. Tak memberikan kesenangan langsung. Bila ditanya apa idea yang dia ada.
Sampai sahaja Aria dan Eiyad di hadapan gim, seseorang memunculkan dirinya. Siapa lagi kalau bukan Aysar. Dia yang mengajak Aria untuk berjumpa. Ingatkan dah lupa habis dah. Rupanya kuat juga ingatan dia.“Aria.” Nama Aria dipanggil. Rakan-rakan Aysar semua sudah pergi meningalkannya. Mereka sempat mengucap ‘good luck’. Aysar hanya mengangguk dengan senyuman. Malu mungkin dengan usikan rakan-rakannya.Baru balik dari gim pun masih segak. Sebab tu ramai anak dara yang pergi gim tu sekali. Bukannya nak bersenam. Tapi nak cuci mata. Haram betul.Aria menoleh. Lelaki ini lagi. Aria sekadar memberikan senyuman. Bukan senyuman manis. Tapi senyuman ‘annoying’. Mesej Aysar tadi langsung tak dibalas. Ingatkan Aysar faham yang Aria ni tak mahu berjumpa dengannya. Rupanya dia tak faham bahasa. Bukan tak faham bahasa. Tak faham isyarat hati.“Ya Aysar. Nak apa?”Aysar memandang Eiyad. Dia memandang Aria semula. E