로그인Kehidupan Aria Charissa yang dahulunya bahagia kini hancur apabila ibunya meninggal dunia. Tambah pula papanya berkahwin baru membuatkan hatinya bertambah sakit. Hubungan dia antara mama tirinya juga tidaklah begitu baik. Cukup sekadar meraih hati papa. Eiyad Lutfi yang entah dari mana datang mendekati Aria Charissa secara perlahan. Ada rahsia yang disimpannya. Tapi lama kelamaan hatinya tertaut kepada Aria Charissa. Gadis yang lain daripada perempuan lain yang dikenalinya. Bukan hanya Eiyad Lutfi yang menyukainya, Aysar Idlan juga turut menaruh rasa cinta semenjak pertemuan pertama mereka di universiti. Hari demi hari dia ganggu Aria Charissa. Walaupun dia tahu hati gadis itu keras. Tapi dia tak pernah putus semangat daripada mendapatkan cintanya. Tapi kenyataan yang disembunyikan oleh Eiyad amat menyedihkan. Setelah mencintai gadis itu, adakah dendam yang tersemat dalam hati akan dilupakan.
더 보기Selesai makan tadi, Aria minta diri ke tandas. Tak tahulah macam mana dia boleh habiskan satu cawan air yang besar tu, padahal sebelum ini dia liat sangat nak habiskan separuh cawan. Apa tidaknya, Eiyad kerap kali pandang dia sampaikan dia sendiri naik segan.Dia tak tahulah kenapa bila dengan Eiyad tu dia rasa lain sangat. Pipi ni asyik nak panas aje. Agaknya kalau dia tak bubuh make-up, memang pijar muka dia.Usai lepaskan hajat, dia membasuh tangan. Bahunya terlanggar seseorang.“Minta maaf, saya tak sengaja.” Aria tundukkan kepala sedikit.Tapi itu semua tak berakhir di situ. Aria dapat rasa tenungan mata seseorang. Matanya kembali memandang sosok yang dilanggarnya tadi.Ada apa-apa masalah ke? Kenapa pandang dia macam tu? Aria buat tak tahu. Tapi raut muka perempuan itu seperti teringat akan sesuatu.“You anak Dato’ Fahad, kan?” Jari perempuan itu berulang kali digoyangkan ke arah Aria. Matanya dipejam celik mengingati rupa lelaki itu.Aria tidak menjawab. Dia takut ada sesuatu y
Tak. Ini semua tak boleh jadi. Aria tak boleh tahu alasan sebenar di sebalik semunya. Sofia helus nafas kasar. Susahnya nak fikir! Kenapalah dia cuai? Aria itu bukannya bodoh. Dia tetap tak nak kalah dengan Aria. Benda macam ini tak sepatutnya habis macam itu saja.Tangannya mengetuk-ngetuk meja sehingga seluruh meja bergegar. Lelaki di hadapannya berkerut dahi. Baru lima minit panaskan punggung, dia lebih tak tenteram dengan Sofia yang dari tadi khuatir semacam.“Kenapa, Sofia? Apa yang ganggu Sofia sekarang ni? Bagi tahu abang. Kita settlekan masalah ni.”Sofia raup mukanya. Lelaki ini saja harapan dia untuk balas dendam. Dia cuma ada abang. Dia cuma ada seorang abang selepas adiknya… MATI! Dan dia harap sangat abang tak akan membelakangkan dia. Dia dah tak sanggup nak tengok kebahagiaan Aria! Perempuan itu patut mampus dari dulu!“Kita kena buat plan baru. Aku rasa kita akan kantoi nanti. Abang, kau ada plan lain tak? Something yang akan meruntuhkan dia? Aku suruh kau rapat dengan
Aria sandarkan tubuhnya di balik dinding. Dia keluh kesah. Berat sangat semua ni berlaku. Dengan perangai Rania yang pelik-pelik. Dia tak faham. Kenapa Rania tak berterus terang dengan dia? Kenapa Rania marah sangat dengan dia? Kenapa Aysar adalah penyebab di sebalik semua tu? Huh. Sedikit sebanyak, dia rasa menyesal tak minta maaf awal-awal hari tu.Marah betul Rania pada dia. Salah besar ke apa yang dia buat tu? Kenapa Rania tak faham? Ada yang tak kena ni. Tapi apa? Dia pergi bilik Rania cuma nak tahu dari mulut Rania saja. Tapi gadis itu marah besar. Aria gelengkan kepalanya.Aria terpandangkan sesuatu. Anak matanya membesar dengan cepat. Macam mana dia boleh lupa kotak hadiah hari tu? Dia bongkokkan tubuh mengambil kotak itu di bawah katil. Tangannya menepuk habuk yang mengelilingi. Dia terbatuk-batuk.“Ini Airil yang bagi. Tapi bukan daripada dia. Habis tu, siapa yang bagi eh?” Aria tertanya sendiri. Kotak itu digoncangkan. Telinga dilekap. Nampak mencurigakan. Tapi tak akanlah
Tangan memegang dua cawan air sejuk yang dibeli dari kafe. Kaki Laura berjalan ke arah Rania. Kepalanya pusing memikirkan apa yang berlaku tadi. Tak sangka pula Aria ada di perpustakaan. Kalau tak, mesti dia dah halang mereka dari bertembung.Punggungnya diletak di hadapan Rania. Satu cawan air ditolak ke depan.“Rania, kau okey?” Rania dari memicit pelipisnya. Langsung air yang dibeli diteguk laju membasahi tekak. Dapat dirasakan di lehernya halkum yang bergerak. Habis saja cawan diletak.“Ya, aku okey. Pasal tadi tu…” jari jemarinya bermain di bawah meja. Perasaannya kurang enak.“Apa pula alasan kau kali ni?” tiba-tiba Laura mencelah. Dia pun nakkan jawapan daripada Rania. Dia tahu Rania taklah sekejam tu. Tapi kenapa Rania sampai sanggup buat macam tu sekali kat Aria.Rania terdiam. Bibirnya dijilat sekilas. Rasa gelisah dengan peristiwa tadi. Hatinya tak tenang semenjak bergaduh dengan Aria.“Kau mesti tak faham kan kenapa aku buat semua ni?” kepala Rania ditunduk ke bawah.“Mem
Aria berjumpa dengan Umai di kafe. Tak jauh pun kafe tu dari kolejnya. Tapi kalau jalan kaki memang basah baju. Memandangkan kelasnya dan kelas Umai pada hari itu sudah habis, jadi tiada masalah bagi mereka untuk berjumpa bersama-sama. Lagipun, Aria ada benda penting hendak dibicarakan dengan Uma
Sampai sahaja Aria dan Eiyad di hadapan gim, seseorang memunculkan dirinya. Siapa lagi kalau bukan Aysar. Dia yang mengajak Aria untuk berjumpa. Ingatkan dah lupa habis dah. Rupanya kuat juga ingatan dia.“Aria.” Nama Aria dipanggil. Rakan-rakan Aysar semua sudah pergi meningal
Perjumpaan kelab pada malam itu telah tamat. Kini masa untuk mengemas. Aria melihat sekeliling. Ada banyak yang kena dikemas. Sudahlah yang lain pergi meninggalkannya. Hanya ada tiga orang rakan sahaja yang ingin membantunya.Biasalah. Kalau sesi mengemas mana ada orang yang sanggup tolong
Telefon Aria berbunyi. Dia mendapat mesej. ‘Ah, dia lagi. Katanya dia akan menunggu aku selepas perjumpaan kelab malam nanti. Gila apa nak jumpa aku malam-malam!’ kata hatinya.Aria mencampakkan telefon ke tepi. Dia membuat riak muka geli. Dia baring. Mukanya ditekupkan ke atas


![Wanita Simpanan [Bahasa Malaysia]](https://www.goodnovel.com/pcdist/src/assets/images/book/43949cad-default_cover.png)


