Share

BAB 6

"KAPTEN, err... selamat pagi, pax untuk flight pagi ini penuh..." Ezma Umaira berkata. Dia cuba menyembunyikan rasa malunya kepada Aryan Syah. Untuk empat penerbangan hari ini, dia diberi tanggungjawab sebagai ketua kru kabin.

Aryan Syah yang baru sahaja menapak masuk ke dalam kabin pesawat itu memberikan senyuman manis buat ketua pramugari, Ezma Umaira. "Assalamualaikum..."

Ezma Umaira tertunduk sebaik sahaja Aryan Syah membalas kata-katanya dengan memberi salam. Adoi dia ni... segan pulak aku. Oh... lupa pulak dia ni dulu kan pilot untuk Nour Airlines... Jadi mungkin dia dah biasa macam tu kot? Ezma Umaira mengerling Aryan Syah yang sedang menyimpan beg bagasinya di dalam ruangan penyimpanan compartment di ruangan atas tempat duduk kelas bisnes.

"Hai... saya bagi salam tak ada seorang pun nak jawab? Hmm... Good morning everyone... Sabah alkhyr jamienaan... Magandang umaga sa lahat... Sabai ike subha sakala... Goeie more almal." Bermacam-macam bahasa Aryan Syah gunakan semata-mata untuk menunggu respon dari keempat-empat pramugari yang kini sudah pun terlopong sambil merenung ke arahnya. Aryan Syah tersenyum. Punggungnya dilabuhkan di sisi passenger head rest sambil berpeluk tubuh. Keningnya dijongketkan ke atas. Pandangan matanya difokuskan kepada Ezma Umaira yang berdiri bersebelahan dengan dinding galley.

"Ohoi... Waalaikumsalam Kapten Aryan. Good morning for you too! Tomara jan'ya subha sakala... Magandang umaga para sa iyo din. Ha... aku cuma tahu maksud ucapan bahasa Bangladesh dan bahasa tagalog tu aje bro." Tiba-tiba sahaja C.O Pilot Kapten Nasrul Efendy mencelah. Dia ketawa sebaik sahaja dapat menjawab salam dari Aryan Syah dengan menggunakan dua bahasa itu.

"Ehem... Saya jugak tahu yang tu Kapten Nasrul. Dua hari lepas kan saya ditugaskan untuk flight 932 dan 933." Ezma Umaira cuba bersuara.

Aryan Syah tersengih mengerling Ezma Umaira. "Kalau Sabah alkhyr jamienaan?" Dia kembali berdiri tegak seraya mengatur langkah untuk masuk ke dalam kokpit pesawat.

"Yang itu selamat pagi semuanya jugak, kan kapten Aryan? Tapi dalam bahasa arab, maybe? Pramugari Syazwana mencelah mencuba nasib untuk menjawab.

"Yes! Tepat sekali. Pandainya dia."

"Yeah... Seronok pulak rasanya," ujar Syazwana seraya menyembur wangian lemon ke seluruh kabin. Dia sempat mengerling ke arah Ezma Umaira yang sedang memerhatikan dirinya. "Hai Maira... kalau dah suka dekat Kapten Aryan tu bagitahu ajelah... karang kau melepas."

"Hey! apa kau mengarut ni Wana? Dah... dah, tak adanya aku nak jatuh hati dekat dia tu la..."

"Alah... kan tadi kau asyik cakap pasal dia aje? Siap berlanggar pulak tu. Ada jodoh tau!" usik Syazwana lagi.

Pramugari Kavita dan Ashley tergelak mendengar kata-kata Syazwana itu.

Nasrul Effendy yang sedang sibuk menanggalkan butang coat hitamnya itu memasang telinga seraya menoleh ke arah Syazwana yang kini sedang berjalan menuju ke arah galey belakang. "Hai Wana... Jangan pulak lupakan kapten handsome yang sedang berdiri di sini!"

Beberapa saat selepas itu Aryan Syah menapak keluar semula dari perut kokpit. "Okey... Goeie more almal? Korang semua tahu tak?"

"Eh? Kita masih bincang pasal tu ke?" soal Ezma Umaira terkejut.

Aryan Syah yang sedang menyarung vest keselamatan untuk ke apron side itu tersenyum seraya mengangguk. "Ya. Tahu tak itu bahasa dari negara mana?"

Ezma Umaira menggeleng. Ashley juga turut menggeleng, manakala Nasrul Effendy pula sudah menggaru kepalanya yang tak gatal.

Aryan Syah tergelak. "Itu bahasa Afrika." Dia segera menapak keluar dari perut pesawat dan menuruni tangga di tepi jejantas PLB. Dia berjalan memerhati keadaan pesawat dari arah depan, bawah, sisi dan belakang. Enjin Pratt N Whitney 800 di sayap kanan diperhatinya dengan teliti. Hmm... aircraft dalam keadaan baik. Kemudian dia berjalan ke arah sayap kiri pula. All in good condition! Dia kembali semula ke dalam perut pesawat.

_____☁_____

"TUAN-tuan dan puan-puan... Selamat datang ke penerbangan Red Skyline OX2204 ke Kuching. Penerbangan ini diketuai oleh Kapten Aryan Syah Bin Hareez  dan dibantu oleh Co. Pilot Nasrul Effendy. Penerbangan ini akan mengambil masa selama satu jam dan empat puluh minit. Saya Ezma Umaira selaku ketua pramugari untuk penerbangan ini." Ezma Umaira yang berdiri di sudut bersebelah dengan pintu pesawat berkata dengan menggunakan interkom.

"Untuk keselamatan anda, kami akan menunjukkan cara-cara menggunakan peralatan keselamatan di dalam pesawat ini. Sila tumpukan perhatian kepada anak-anak kapal di hadapan kabin anda."

"Ini tali keledar anda, untuk memasangkannya, masukkan hujung logam ini ke dalam kepala tali keledar dan tarik hujung ikatan tali keledar untuk mengetatkannya. Untuk membukanya, lepaskan pelekup logam pada tali keledar anda." Senyuman manis diberikan kepada penumpang-penumpang yang majoriti memandang ke arah keempat-empat mereka.

"Jika corong oksigen seperti ini terkeluar dari unit di atas, serta-merta tarik corong tersebut, sengkupkan corong pada hidung dan mulut anda, pasangkan pengikat kepala dan bernafaslah seperti biasa. Anda mesti memakai corong terlebih dahulu sebelum membantu mereka yang di bawah jagaan anda."

"Jaket keselamatan ada di bawah tempat duduk anda. Untuk menggunakannya, sarungkan dari kepala seperti ini, sambungkan klip ini, dan tarik pita ini hingga ketat. Ketika di pintu pesawat, gelembungkan separuh jaket keselamatan dengan menyentap penarik sebelah kiri sahaja. Selepas meninggalkan pesawat, gelembungkan sepenuhnya dengan menyentap penarik sebelah kanan. Jika perlu, tiup dua corong ini untuk menambah angin. Lampu ini akan menyala apabila di dalam air dan tiup wisel ini untuk menarik perhatian."

"Tuan-tuan dan puan-puan, sila beri perhatian kepada pintu-pintu kecemasan yang berdekatan dengan anda. Jika dikehendaki keluar dalam kecemasan, sila tinggalkan barang-barang anda dan jika terdapat asap, sila tunduk dan anda dikehendaki menggunakan lampu di atas lantai sebagai panduan ke pintu yang terdekat. Risalah keselamatan ini terdapat di dalam saku tempat duduk di hadapan anda. Sila baca dengan teliti. Untuk makluman anda, penerbangan ini adalah dilarang merokok dan merokok di dalam tandas akan mengaktifkan penggera asap. Terima kasih di atas perhatian tuan-tuan dan puan-puan."

Nafas ditarik dalam seraya dihembuskan perlahan. Ezma Umaira memerhatikan Syazwana, Kavita dan Ashley sedang mendemonstrasikan apa yang baru sahaja dia ucapkan dari skrip yang disediakan. Dia mencapai semula alat interkom dan bersedia untuk membaca skrip yang sama dalam bahasa inggeris pula.

"Ladies and gentlemen, we will now demonstrate the use of safety equipment carried onboard this aircraft. Please give your full attention to the cabin crew infront of you."

"This is your seat belt. To fasten, insert the metal clip into the buckle and pull on the buckle strap to tighten the belt. To unfasten, lift the metal flap."

"Should the oxygen masks like these appear from the compartment above you, immediately pull the mask firmly towards you, place the mask over your nose and mouth, with the headband tightly around your head and breathe normally. You must place the mask onto yourselves before attending those under your care."

"Your life jacket is in under your seat. To use it, slip it over your head like this. Clip on the waistbands, and pull them tight. While exiting the aircraft, half inflate the life jecket by pulling the left tag. Fully inflate the life jacket by pulling on the right tag only you have exit the aircraft. To further inflate your life jacket, blow into these two mouthpieces. This light will come on automatically when the battery is immerse in the water and here is a whistle to attract attention."

"Emergency exits and escape slides are located on both sides of the aircraft. Please take note of the emergency doors and windows exit nearest to you. During evacuation, please leave all your hand luggage and if there is smoke present, please keep low and follow the floor light to the nearest exit as indicated. This safety information card is located in the seat pocket in front of you. Please read though it carefully. For your information, this is a non-smoking flight and smoking in the toilet will trigger the smoke alarm. Thank you for your attention."

Alat interkom diletakkan semula di tempatnya. Ezma Umaira melabuhkan duduk di tempat duduk yang dikhaskan untuk cabin crew yang bersebelahan dengan pintu hadapan.

"This is flight 2204 requesting for take off." Aryan Syah yang sudahpun bersedia untuk menarik gear tujahan itu meminta kebenaran dari pengawal trafik udara. Dia sangat teruja. Ini juga merupakan kali ketiga dia mengendalikan pesawat boeing B737 siri 8FZ.

Nasrul Effendy di sebelahnya kini juga sudah bersedia untuk menikmati penerbangan yang dikendalikan oleh sahabat barunya ini.

"Flight 2204, you can now take off through runway 36R."

Sebaik sahaja mendapat maklum balas dari pegawai trafik udara itu, Aryan Syah segera menghidupkan microphonenya. "Flight 2204 runway 36R roger." Dia menghidupkan sekali lagi microphone untuk berhubung dengan penumpang di dalam kabin. "Cabin crew be seated for take off."

Setelah tiga puluh minit penerbangan, butang autopilot sudahpun diaktifkan. Aryan Syah dan Nasrul Effendy kini sedang menikmati menu nasi lemak dan minuman hot chocolate serta puding strawberi.

"Bro, aku dengar... kau ni anak pemilik syarikat hartanah di Kuala Lumpur, betul ke? Tapi kenapa aku tengok rupa paras kau tak ada macam Melayu pun?" Nasrul Effendy memulakan sesi soal jawabnya.

Aryan Syah tersenyum seraya mengerling pembantunya itu. "Papa aku melayu dan arwah mama aku arab UAE." Ringkas saja jawapan yang diberikan oleh Aryan Syah. Dia menghidupkan microphone untuk berhubung dengan penumpang di dalam kabin pesawat.

"Assalamualaikum dan salam sejahtera, saya Kapten Aryan Syah. Err... kita sekarang sedang menyeberangi laut cina selatan pada ketinggian 37,000 kaki dari aras laut... dengan kelajuan sekitar 850 kilometer sejam. Keadaan cuaca ketika ini... agak berawan. Cuaca di Kuching pula ketika ini adalah hujan. Kita akan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dalam anggaran masa satu jam dari sekarang. Terima kasih. Assalamualaikum and good morning. This is Captain Aryan Syah. We are now crossing the southern china sea at an altitude of 37,000 feet above sea level at a speed of about 850 kilometers per hour. Current weather conditions err... cloudy. The weather in Kuching is currently raining. And we will landing at Kuching International Airport in approximately an hour from now. Thank you."

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status