Share

BAB 29

Author: Iqmal Izzat
last update Last Updated: 2022-03-12 01:10:19

DATUK ZAKI teringin masakan asam pedas mamanya. Datin Sarah menyarankan Sofea menemani papanya untuk mendapatkan pes asam pedas dan bahan-bahan lainnya di mini market makanan Asean yang berlokasi di pinggir bandar.  

Sofea hanya menurut permintaan neneknya. Pelik pula rasanya apabila papanya tiba-tiba berminat untuk ke market. Bagi Datuk Zaki pula, inilah peluangnya untuk rapat semula dengan anak kesayangannya.

Datuk Zaki menyetir kereta mamanya mengikut jalan yang ditunjukkan oleh Sofea. Gadis itu masih dingin dengannya. Bercakap hanya bila perlu tetapi Datuk Zaki tidak memaksa.

Apabila memasuki mini market, Datuk Zaki hanya mengekori anaknya memilih bahan masakan. Sebenarnya dia tidak tahu apa-apa pun tentang masakan dan inilah kali pertama dia memasuki market. Tercengang-cengang dia membaca nama-nama bahan masakan dan jenis-jenisnya. Ada bermacam-macam malah tidak pernah terfikir pun olehnya.

Sesekali Sofea terasa ingin ketawa melihat gelagat papa

Continue to read this book for free
Scan code to download App
Locked Chapter

Latest chapter

  • SEINDAH PELANGI SELEPAS HUJAN PANAS (BAHASA MALAYSIA)   EPILOG

    “MAMA dengan papa tak sayang kakak lagi ke? Asyik dengan baby je. Nanti bila adik dah keluar, mesti mama lagi sayangkan adik, kan?” Suara kecil yang pelat manja mengejutkan pasangan suami isteri Amir dan Sofea.Mereka meledak tawa kecil.“Mari sini, sayang.” Amir memanggil, kemudian didukungnya anak gadis yang baru pandai bertatih itu mendapatkan mamanya yang sedang mengusap perutnya di buaian yang terletak di taman yayasan.Tangan kecil itu dilekapkan atas perut Sofea yang sedang memboyot itu.“Ini adik kakak, ada dua tau. Mesti seronok kakak tak sunyi lagi selepas ni.” Amir memujuk anak gadisnya yang merajuk itu. Ubun-ubun itu kemudian diusap pula oleh Sofea.“Ada dua? Kembar? Sejak bila kita ada keturunan kembar?” Tiba-tiba suara Salmah mencelah dari tepi.“Yalah, sebelah mama pun tak ada.” Datin Maria pula menyampuk.Tertawa Amir dan Sofea, pecah pula rahsia mereka untuk buat kejutan.“Kalau macam tu, dari kamilah 
” Spontan Amir menjawab. Sofea sekadar menahan tawanya daripada te

  • SEINDAH PELANGI SELEPAS HUJAN PANAS (BAHASA MALAYSIA)   BAB 77

    SEBAGAI penyatuan dua cinta, kedua-dua keluarga tidak melupakan adat. Segalanya berjalan mengikut adat. Merisik, meminang, bertunang. Tidak perlu menunggu lama untuk bernikah, kedua-dua pihak bersetuju untuk melangsungkan perkahwinan tiga bulan dari tarikh bertunang.Segala persiapan perkahwinan tidaklah terlalu sukar untuk mereka kerana persiapan berupa kenduri dibuat oleh team syarikatnya sendiri manakala persiapan lain pula banyak dibantu dan disokong oleh rakan-rakan persatuan NGO.Pastinya insan yang paling sibuk ialah ibu Amir dan mama Sofea.Datin Maria amat cerewet dalam bab penjagaan kesihatan dan kecantikan Sofea. Dia akan memastikan Sofea benar-benar sihat. Makan pakainya, keselamatannya dipantau setiap masa. Sehingga hampir setiap detik Datin Maria berada di samping Sofea.“You are the only one my daughter, Sofea. Pertama dan terakhir. Mama tak akan ada detik-detik macam ni lagi selepas Sofea bernikah nanti. Dan 
 mama ingin pastikan yang kali ini tiada apa-apa yang buruk

  • SEINDAH PELANGI SELEPAS HUJAN PANAS (BAHASA MALAYSIA)   BAB 76

    AMIR kembali semula ke pejabatnya selepas begitu lama dia bercuti. Kasihan dia terhadap Ah Cheng kerana terpaksa meng-galas tugasnya ketika ketiadaannya.“Tak apa, Amir. Aku faham perasaan kau, bukan masalah yang kau cari pun. Nasib baik kita tak ada projek besar lagi. Mudahlah sikit,” ujar Ah Cheng apabila Amir berkali-kali memohon maaf.Sebelum menghidupkan komputer ribanya, Amir teringat semula gurauannya bersama ibu dan kakaknya malam tadi. Dia tersenyum sendiri. Teringat juga dia terhadap uncang berisi loket kristal yang diberikan oleh Amira tempoh hari.Uncang itu masih selamat dalam simpanan-nya.Selepas waktu pejabat, seperti biasa Sofea akan singgah di yayasan. Ketika tiba di sana, Salina sedang berkaraoke bersama penghuni yayasan yang lain. Ketibaannya tidak disedari kerana Sofea menyelinap masuk secara senyap melalui belakang tempat duduk.Dia mencuri dengar nyanyian Salina yang memukau bak bangsi buluh perindu. Sofea terpegun, benarlah cerita daripada Amir. Salina merupaka

  • SEINDAH PELANGI SELEPAS HUJAN PANAS (BAHASA MALAYSIA)   BAB 75

    “AMIRA, kau tetap nak pergi?” Soalan Sofea menyentuh hatinya. Seraya mengangguk perlahan, dia mengukir senyuman simpul di bibir.“Aku ingatkan kedatangan kau kali ni adalah kepulangan kau untuk selamanya. Kau nak tinggalkan Amir lagi?” Buat kesekian kalinya Sofea bertanya.Hati Amira kian tersentuh. Digenggamnya jari-jemari Sofea dan merenung tepat ke dalam anak mata Sofea.“Pada perancangan asal. Ya, tetapi jawapan yang aku peroleh adalah sebaliknya. Aku dah pun dapat jawapan yang sebenarnya, Sofea. Jawapan yang pasti,” jawab Amira jujur.Sofea terpana seketika. Dia seolah-olah tidak faham atau enggan memahaminya. Amira mengerti akan reaksi yang dipamerkan oleh Sofea. Tetapi, dia hanya membiarkan masa dan takdir yang menentukan. Harap Sofea memahaminya.Selepas bersalaman dan saling berpelukan, Amira melambai ke arah Sofea sekeluarga sambil memacu langkah menuju ke teksi yang telah menantinya di luar pagar kediaman Sofea.Amira pergi sendiri. Dia tidak mahu sesiapa pun menghantarnya

  • SEINDAH PELANGI SELEPAS HUJAN PANAS (BAHASA MALAYSIA)   BAB 74

    AMIRA tiba di hadapan pintu kediaman Amir. Kelihatannya sunyi. ‘Mungkin dia orang kat yayasan. Tapi 
 masih terlalu awal.’ Fikir Amira.Baru sahaja dia ingin menghubungi Amir, tiba-tiba daun pintu itu terkuak. Salmah terkejut meli-hatkan susuk tubuh Amira yang tercegat di hadapan pintu sementara Amira tergamam melihatkan mereka sekeluarga berpakaian serba hitam dan sedang bersedih.Tanpa banyak bicara, Amira menyertai mereka mengiringi jenazah Zakuan ke tanah perkuburan.Keluangsa Zakuan apatah lagi. Kehilangan Zakuan secara tiba-tiba itu memberi tamparan hebat kepada mereka. Tetapi sebagai orang Islam yang beriman, mereka menerima takdir qada dan qadar yang telah ditentukan.Amir kelihatannya begitu sedih. Kehadiran Amira tanpa sebarang khabar mengejutkan Amir, tetapi dia tidak menebarkan sebarang reaksi.Amira mafhum, dia juga terkejut sebenarnya. Pelbagai peristiwa tragis telah berlaku dan dia mengetahuinya dengan menyaksikan sendiri di hadapan matanya.“Sofea 
 mengapa kau mesti l

  • SEINDAH PELANGI SELEPAS HUJAN PANAS (BAHASA MALAYSIA)   BAB 73

    SOFEA mengerling ke arah cermin pandang belakang keretanya, sesekali cermin sisi pula. Dia berasa tidak sedap hati. Mungkin sangkaannya sahaja gamaknya.Sejak beberapa hari ini, dia berasa seperti diekori. Kebimbangan yang merusuh disuarakan kepada Zakuan. Perjaka itu hanya memintanya berdoa dan berhati-hati. Jika perlu, dia akan menemani jika ada urusan yang memerlukan dia keluar kawasan.Zakuan juga terpaksa meminta bantuan Amir untuk mengawasi Sofea terutama sekali jika Sofea ke yayasan kerana dia juga selalu ke luar daerah.“Siapa pula yang ganggu Sofea? Sofea ada musuh ke?” Zakuan mengutarakan persoalan itu ketika mereka bertiga berkumpul di yayasan.Sofea dan Amir termenung sejenak.“Tak mungkin Haris. Aku tak rasa dia akan berdendam atas apa yang berlaku pada kami.” Sofea menyatakan pendapatnya.Gangguan-gangguan pelik seperti nota dan mesej misteri agak menganggu benak fikirannya. Entah apa motif pengirim berkenaan. Sofea sendiri tidak faham.Amir juga cuba mencari jawapan. Da

More Chapters
Explore and read good novels for free
Free access to a vast number of good novels on GoodNovel app. Download the books you like and read anywhere & anytime.
Read books for free on the app
SCAN CODE TO READ ON APP
DMCA.com Protection Status