Share

BAB 53

WAKTU dan hari bergerak dengan pantas. Amir dan Syahir termenung. Hanya berbaki beberapa minggu sahaja lagi masa yang diberikan oleh samseng sindiket itu untuk menyediakan wang sebanyak RM1 juta.

Amir telah cuba membuat pinjaman atau meminjam dari mana-mana bank. Tetapi, mana mungkin mereka boleh meluluskan pinjaman peri-badi sebanyak itu. Syahir juga mengeluarkan semua wang simpanannya. Dicampur bersama wang simpanan Amir, jumlahnya hanya 15 ribu sahaja.

Meminjam dari Mr.Wong? Dari Amira? Dia berasa amat malu kerana mereka berdua sudah terlalu banyak berbudi padanya.

Meminjam dari ‘Along’? Anak mata Amir dan Syahir saling bertembung. Mereka sangat menge-nali prinsip pinjaman ‘Along’. Samalah seperti ‘sudah keluar dari mulut naga masuk pula ke mulut buaya’.

Kemelut mereka tidak akan selesai dengan mudah walaupun nyawa Syahir kononnya tersela-mat dari ugutan samseng dan berjaya membawa pulang Salina, tetapi prinsip pinjaman ‘Along’ yang mengenakan ‘bunga’ yang berlipat kali ganda akan
Bab Terkunci
Membaca bab selanjutnya di APP

Bab terkait

Bab terbaru

DMCA.com Protection Status