PADA waktu rehat hari ini, aku tidak ke perpustakaan. Cikgu Safarin memanggilku masuk ke bilik guru. Ada hal penting katanya. Penting apalah sangat agaknya tu.
Entah-entah saja nak tengok muka aku. Maklum sajalah, sejak akhir-akhir ini, dia tidak dapat menemani aku ke perpustakaan memandangkan kami diberikan teguran oleh Puan Sharifah tempoh hari.
Sewaktu ingin masuk ke bilik guru, aku bertembung dengan Khairul Azwandi. Dia merupakan ketua pengawas dan selaku ketua murid di sekolah. Khairul yang berwajah seakan-akan pelakon Korea itu sering menjadi perhatian. Adik-adik angkat perempuannya keliling pinggang.
Tapi, apa aku nak hairan dengan wajah Khairul itu? Aku lebih suka pada wajah-wajah Melayu. Cikgu Safarin contohnya. Bagi aku, dialah lelaki Melayu terakhir.
Matanya polos, keningnya agak lebat, ada misai jarang-jarang dan ada janggut sejemput. Senyuman yang tampa
PETANG ini Cikgu Safarin membawa aku dan Diana ke taman rekreasi. Alasannya untuk bersenam. Aku tahu dia tidak berpuas hati dengan pertemuan singkat kami di bilik guru pada waktu persekolahan tadi.Aku pula akan mengambil peluang ini untuk bertanya mengenai kelas tuisyen yang diminta Farah Adlynn."Tadi masa saya bertembung dengan Farah kat luar sekolah, saya tengok muka Farah happy je. Tentu cikgu setuju nak buat kelas tuisyen kat rumah dia."Aku memandang serius ke arah Cikgu Safarin yang berdiri di hadapan. Diana pula hanya mencebik apabila aku menyebut nama Farah."Ya. Saya setuju dengan syarat Anis ada sama.""Apa maksud cikgu dengan syarat macam tu?"Entah apa muslihat Farah sehingga kelas tuisyen yang akan dibuat Cikgu Safarin di rumah Farah nanti, terpaksa pula aku turut serta."Saya akan buat kelas
TAMAT waktu kelas tambahan Bahasa Melayu, aku bergegas pulang. Kalau boleh, aku tidak mahu terserempak dengan Cikgu Safarin di luar kelas sehari dua ini. Perasaanku sedikit tergores apabila mendengar kata-katanya semalam.Hanya bapa Farah Adlynn saja yang dia segan. Ayahku bagaimana pula? Huh, manusia memang begitu. Apabila duit menjadi keutamaan, hal-hal yang lain senang saja diketepikan.Dia sedia maklum Farah tidak suka dan sering menghinaku. Tapi, kenapa mudah dia memberi persetujuan? Aku sangsi dengan niat Farah. Kenapa begitu senang dia menerima syarat Cikgu Safarin?Memang aku betul-betul berkecil hati dengan tindakan Cikgu Safarin. Hari ini, aku langsung tidak menjawab ketika dia menyapa saat kami berselisih di koridor menuju ke makmal sains. Aku buat-buat bodoh dan terus berjalan seperti orang yang tiada perasaan.Sebelum masuk ke kelas tambahan tadi juga,
PATUTLAH Cikgu Safarin bergurau nak bawa aku lari. Rupanya, kereta dah terlajak sampai ke Kuala Berang. Entah apa tujuannya membawa aku ke sini?Apabila aku menyatakan kebimbangan jika dimarahi ayah kalau masih tidak pulang, katanya aku tidak perlu risau kerana waktu rehat di sekolah pagi tadi, dia keluar berjumpa ayah di tempat kerja dan meminta izin membawaku ke sini.Pandai betul dia. Sebelum mengumpan aku, dia siap sedia memancing hati ayah terlebih dahulu.Cikgu Safarin berhentikan kereta di hadapan kedai menjual telefon bimbit."Kita keluar jom..."Belum sempat aku bertanya soalan, dia terus menanggalkan tali pinggang keledar yang aku pakai.Sejurus keluar dari kenderaan, aku mengekorinya hingga ke dalam kedai tersebut."Anis tahu tak, hampir setiap hari saya rindukan Anis. Kalau boleh, hari-hari saya nak berb
WAKTU kelas tambahan kini tamat. Aku bergegas mahu berjumpa Farah Adlynn bagi menuntut penjelasan.Laju aku melangkah menyusuri koridor. Untung-untung dia masih berada dalam kelasnya.Aku terlihat Farah yang baru muncul di muka pintu. "Farah!"Farah berhenti sambil membetulkan beg sekolah di bahunya.Aku mendekati Farah sambil melempar senyum. Tapi macam biasalah, senyumku langsung tidak dibalas. Renungannya tajam dengan gaya berpeluk tubuh."Saya nak tanya sikit, boleh?""Awak nak tanya apa? Boleh tolong cepat tak? Driver saya dah lama tunggu dalam kereta. Awak tak apalah, tak ada siapa nak tunggu. Balik pun jalan kaki aje." Farah membalas sinis.Aku tahu dia menyindir tapi aku tidak ambil hati. "Awak jangan risau. Saya takkan ambil masa lama pun.""Cakap ajelah. Lambat betul. Terhegeh-heg
AKU dah agak, kejadian semalam sampai juga ke pengetahuan Puan Sharifah. Entah siapa yang maklumkan padanya?Aku dipanggil Puan Sharifah masuk ke biliknya melalui pesanan ketua pengawas. Aku yakin, dalam bilik Puan Sharifah sekarang, Farah Adlynn dan Cikgu Safarin turut berada di situ.Sebelum sampai ke bilik pengetua, aku terpaksa melewati bilik guru dan kesempatan itu aku ambil untuk meninjau keadaan di dalam bilik itu jika Cikgu Safarin masih berada di tempatnya.Sah. Dia tidak ada!Jantungku berdegup kencang. Aku boleh bayangkan bagaimana suasana dalam bilik pengetua itu nanti.Laju aku mengatur langkah tanpa membuang waktu. Sebaik tiba di hadapan bilik pengetua, aku mengetuk pintu seraya memberi salam.Salamku dijawab oleh beberapa suara di dalam. Daun pintu aku tolak perlahan-lahan dan aku tutup semula dengan jantung berdetak
MALAM ini aku tak dapat tidur nyenyak kerana sering memikirkan keputusan ayah.Sampai hati ayah buat aku begini. Membuat keputusan sewenang-wenang tanpa maklumkan pada aku terlebih dahulu hanya kerana mahu menjaga maruah keluarga.Apa, jahat sangatkah aku? Kenapa dengan hanya mendengar cerita yang tidak benar, ayah terus berfikiran negatif?Aku yang semuda ini disuruhnya berkahwin? Mustahil aku akan bersetuju. Aku ada pendirian dan haluan hidup sendiri. Mana boleh aku mendirikan rumah tangga dalam usia begini? Tak mungkin!Ini semua tentu berpunca dari Cikgu Safarin. Barang kali dia yang memujuk ayah. Nantilah dia!Segera aku bangun lalu bersila atas tilam. Telefon bimbit yang dibelikan Cikgu Safarin, aku ambil dari bawah bantal. Jam yang tertera di atas skrin menunjukkan pukul dua pagi. Tentu Cikgu Safarin dah tidur nyenyak ketika ini.
PAGI ini Cikgu Safarin datang ke rumah dan meminta izin ayah untuk membawaku keluar berbincang. Tetapi, ayah tidak mengizinkan aku keluar seorang diri. Lalu, ayah meminta Afida temankan.Pada mulanya, aku keberatan mahu keluar dengan Cikgu Safarin memandangkan cerita-cerita yang tidak enak dua hari lepas masih meletup di sekolah. Tempiasnya sedikit sebanyak kedengaran juga dalam kampung ini.Tapi, ayah mengambil sikap terbuka dan dia sendiri yang meminta aku keluar berbincang dengan Cikgu Safarin. Namun, sedikit sebanyak aku tidak berpuas hati dengan cara ayah. Seolah-olah, dia melebih-lebihkan Cikgu Safarin dari anaknya sendiri.Semasa dalam perjalanan, suasana dalam kereta agak sunyi. Afida tidak lagi mengusik Cikgu Safarin seperti apa yang pernah dia buat sebelum ini. Dia hanya diam dan membatukan diri di tempat duduk belakang.Aku tahu, Afida sudah tidak senang
WAKTU rehat, aku dan Diana mengulang kaji pelajaran di taman bacaan yang disediakan pihak sekolah. Ia terletak tidak jauh dari kantin.Diana ketinggalan beberapa bab dalam subjek Sejarah kerana tidak hadir ke sekolah akibat demam panas. Dia meminjam nota yang aku catit untuk disalin."Anis, apa yang kau tulis ni? Aku tak fahamlah. Kau punya tulisan sebiji macam doktor. Berbelit-belit macam cakar ayam!" Diana mengomel."Amboi, sedapnya mulut kau. Kutuk tulisan aku pulak. Eh, memang betul la aku nak jadi doktor." Aku bergurau."Eleh, nak jadi doktor konon. Doktor apa? Doktor Falsafah ke Falsampah?" Diana ketawa.Aku buat isyarat mahu mengetuk kepala Diana. Dahlah tiru nota aku, kutuk tulisan aku pulak."Ala... gurau sikit pun tak boleh ke, Cik Puan Safarin?" Diana memujuk sambil memaut erat bahuku."