Share

Bab 26

SATU malam aku tidak dapat tidur lena kerana memikirkan sikapku yang mungkin keterlaluan terhadap suami sendiri. Walaupun begitu, dia masih mampu bersabar. Entah sampai bila dia dapat bertahan?

Nanti tak pasal-pasal aku kena tinggal. Mana tahu kalau hatinya tiba-tiba berubah dan berpaling pada wanita lain. Waktu itu kalau aku menyesal pun tak guna.

Hari ini Jumaat merupakan hari cuti. Awal-awal aku bangkit untuk menyediakan sarapan. Cikgu Safarin masih tidur di bilik sejurus pulang dari masjid yang terletak berhampiran tempat kediaman kami.

Aku memerhati jam dinding. Ia menunjukkan angka lapan lima belas minit pagi. Sarapan kini terhidang di atas meja. Hanya nasi goreng dan milo panas yang dapat aku sajikan. Nak masak hebat-hebat macam orang lain, aku tiada kemahiran lagi.

Aku berkira-kira mahu mengejutkan Cikgu Safarin. Pintu bilik kutolak dari luar dan perlahan-lahan aku menghampirinya y

Locked Chapter
Continue to read this book on the APP

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status