Share

Bab 27

TIBA hari yang dinantikan, aku menyiapkan pakaian ke dalam beg untuk bekalan mencukupi ketika berada di Pulau Kapas selama satu minggu. Itu satu tempoh percutian yang agak lama.

Alangkah seronok jika keluargaku turut serta dalam percutian ini. Malam tadi aku ingin menyuarakan kehendakku pada Cikgu Safarin. Tapi, niat itu terpaksa aku batalkan. Kalau hendak membawa ramai orang, tentu perbelanjaannya tinggi. Aku tidak mahu menyusahkan Cikgu Safarin pula.

Tak apalah. Mungkin lain kali saja. Kalau aku bekerja nanti, jangan kata nak pergi Pulau Kapas, New York pun aku boleh bawakan mereka.

Aku mencebik sendiri. Result SPM pun belum keluar, ada hati nak kerja. Lagipun, bukannya mudah dapat kerja hanya berbekalkan SPM. Sedangkan mereka yang mempunyai ijazah, belum tentu dapat memiliki satu pekerjaan dengan mudah. Masih ramai yang menganggur.

"Apa yang Anis menung lagi? Dah siap? Abang na

Locked Chapter
Continue to read this book on the APP

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status