Share

Bab 17

TAMAT waktu kelas tambahan Bahasa Melayu, aku bergegas pulang. Kalau boleh, aku tidak mahu terserempak dengan Cikgu Safarin di luar kelas sehari dua ini. Perasaanku sedikit tergores apabila mendengar kata-katanya semalam.

Hanya bapa Farah Adlynn saja yang dia segan. Ayahku bagaimana pula? Huh, manusia memang begitu. Apabila duit menjadi keutamaan, hal-hal yang lain senang saja diketepikan.

Dia sedia maklum Farah tidak suka dan sering menghinaku. Tapi, kenapa mudah dia memberi persetujuan? Aku sangsi dengan niat Farah. Kenapa begitu senang dia menerima syarat Cikgu Safarin?

Memang aku betul-betul berkecil hati dengan tindakan Cikgu Safarin. Hari ini, aku langsung tidak menjawab ketika dia menyapa saat kami berselisih di koridor menuju ke makmal sains. Aku buat-buat bodoh dan terus berjalan seperti orang yang tiada perasaan.

Sebelum masuk ke kelas tambahan tadi juga,

Locked Chapter
Continue to read this book on the APP

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status