Share

Bab 23

WAKTU rehat, aku dan Diana mengulang kaji pelajaran di taman bacaan yang disediakan pihak sekolah. Ia terletak tidak jauh dari kantin.

Diana ketinggalan beberapa bab dalam subjek Sejarah kerana tidak hadir ke sekolah akibat demam panas. Dia meminjam nota yang aku catit untuk disalin.

"Anis, apa yang kau tulis ni? Aku tak fahamlah. Kau punya tulisan sebiji macam doktor. Berbelit-belit macam cakar ayam!" Diana mengomel.

"Amboi, sedapnya mulut kau. Kutuk tulisan aku pulak. Eh, memang betul la aku nak jadi doktor." Aku bergurau.

"Eleh, nak jadi doktor konon. Doktor apa? Doktor Falsafah ke Falsampah?" Diana ketawa.

Aku buat isyarat mahu mengetuk kepala Diana. Dahlah tiru nota aku, kutuk tulisan aku pulak.

"Ala... gurau sikit pun tak boleh ke, Cik Puan Safarin?" Diana memujuk sambil memaut erat bahuku.

"

Locked Chapter
Continue to read this book on the APP

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status