-Everybody needs just a little love,
lots of hope and unshakable faith-
_____
Baju yang sudah siap dibasuh dialihkan dari dalam mesin basuh ke dalam bakul baju. Bakul baju tersebut diangkatnya lalu dibawa ke ampaian.
Iman meletakkan bakul baju tersebut di atas lantai lalu dia menyidai baju sekolahnya. Terakhir sekali adalah baju sejuk milik Arif.
Matanya merenung baju sejuk milik jejaka itu lalu dibawa rapat ke hidungnya. Bau minyak wangi milik Arif sudah hilang tetapi diganti dengan bau pewangi yang dipakainya untuk membasuh baju.
Senyuman dibibirnya ditarik mengingatkan Arif yang meminjamkan baju sejuk tersebut kepadanya. Dia menyidai baju sejuk tersebut. Bakul baju dibawa masuk ke dalam rumahrumah dan diletakkan di tempat asalnya.
Saat langkahnya ingin dibawa ke menaiki tangga, matanya menangkap dua sosok tubuh yang begitu dikenalinya berada di ruang tamu.
"Mommy. Daddy" tegur Iman perlahan. Dia terkejut apabila melihat kedua ibu bapanya yang berada di ruang tamu itu. Sedangkan kebiasaannya pada waktu tengah hari sebegitu, tidak pula mereka berdua pulang ke rumah.
Iman mendekati kedua ibu bapanya ingin menyalam. Walaupun salamnya disambut tetapi dia dapat merasakan satu aura yang tidak menyenangkan.
"Kami ada benda nak bincang dengan kamu. Ini demi masa depan kamu" ujar Encik Rizal kepada anak perempuannya itu.
Dalam diam Iman terguris mendengar gelaran yang diberikan Encik Rizal kepadanya itu. Kamu? Kedengaran begitu formal dan seperti berbicara dengan orang asing.
"Apa dia?" soal Iman cuba menolak rasa terguris hatinya menjauh. Dia cuba untuk memaniskan wajahnya dihadapan orang tuanya itu. Wajah Encik Rizal dan Puan Alina dipandang.
"Jangan membantah kerana ini keputusan kami. Kami nak kamu kahwin hujung bulan depan. Kami dah cari calon yang sesuai" ujar Encik Rizal dengan serius.
Begitu terpukul hati Iman apabila mendengar kata-kata Encik Rizal itu. Dia salah dengarkah? Kahwin? Disaat umurnya yang baru saja menginjak 17 tahun itu?
"Kahwin? Mommy dengan daddy hampir lupa ke yang Iman ini baru 17 tahun? Tahun ini Iman SPM. Iman masih muda lagi" bantah Iman keras.
Apa yang difikirkan kedua orang tuanya itu? Kahwin? Dia masih muda untuk berfikir tentang kahwin apatah lagi berkahwin. Jalan hidupnya bukanlah seperti di dalam sebuah novel.
"Ini demi masa depan kamu, Aulia. Kami dah berbincang dan ini keputusan kami. Hujung bulan depan kami akan balik ke Singapura semula" bicara Puan Alina pula yang sejak tadi hanya berdiam diri.
Sekali lagi Iman bagai terpukul mendengar kata-kata yang diutarakan ibu kandungnya itu. Jadi ini lah rupanya mengapa mereka berpindah ke Malaysia?
Iman menunduk dengan hati yang begitu remuk. Tangannya dikepal membentuk penumbuk. Sudah lama dia memendam perasaannya. Wajahnya diangkat memandang wajah kedua orang tuanya itu.
"Sebab ini ke kita pindah Malaysia? Mommy dengan daddy dah rancang semua ini dah lama ke? Benci sangat ke mommy dengan daddy dekat Iman sampai buat semua ini? Mommy dan daddy suruh Iman kahwin dan tinggalkan Iman dekat Malaysia ini supaya kau orang boleh balik semula ke sana? Supaya hidup kau orang tenang sebab tak payah hadap muka anak yang kau orang anggap pembunuh ini lagi? Macam itu?"
"Kadang-kadang Iman rasa macam orang luar. Iman tak pernah dapat perhatian dari mak ayah sendiri. Kadang-kadang rasa macam tak ada mak ayah pun ada" ujar Iman perlahan tetapi begitu sinis.
Pang!
"Jaga mulut kamu! Kami ini orang tua kamu, Aulia!" marah Encik Rizal memberi amaran. Tangannya menggigil perlahan menahan amarahnya.
Iman menyentuh perlahan pipinya yang menjadi mangsa tamparan ayahnya itu. Dia tergelak sinis. Dia menggelakkan dirinya kerana merasakan dirinya begitu menyedihkan.
Selama bertahun-tahun dia dicop pembunuh kakak kembarnya oleh kedua ibu bapanya. Sejak kecil dia tidak pernah diberi perhatian oleh kedua ibu bapanya. Dia begitu merasakan terasing.
"Auni dulu tak pernah melawan arahan kami! Tak pernah jadi kurang ajar! Tapi kamu? Selalu melawan! Kamu memang anak yang tak kenang budi orang tua!" tengking Puan Aulia dengan kesabaran yang semakin menipis.
"Berhenti bandingkan Iman dengan Auni. Mommy dan daddy tahu tak perasan dibeza-bezakan? Apa yang Iman buat semua benda salah. Apa yang Auni buat semunya betul"
"Bertahun-tahun Iman hidup cuba meraih simpati mak ayah sendiri. Dituduh atas kesalahan yang langsung Iman tak buat. Iman rasa macam orang luar. Hati Iman sakit sangat. Mommy dan daddy tahu? Tak. Kau orang tak pernah tahu. Apa yang kau orang tahu, Iman ini pembunuh kakak sendiri"
Matanya sudah kabur gara-gara air mata yang bertakung ditubir matanya. Dia dapat melihat wajah tegang kedua orang tuanya itu. Wajah itulah yang membencinya selama bertahun-tahun lamanya.
"Kamu..." Encik Rizal bagai tidak tahu mahu berkata apa-apa lagi.
"Tak ada ke sekelumit pun rasa kasihan untuk Iman? Sayang Iman macam mana mommy dan daddy sayang Auni. Tak ada ke? Iman cemburu sangat bila mommy dan daddy agung-agungkan Auni sedangkan Iman selalu diabaikan" kata Iman sambil air matanya yang mengalir disekanya.
"Kamu itu pembunuh Auni! Kalau bukan sebab kamu, Auni masih hidup sampai sekarang!" tengking Puan Aulia dengan penuh rasa benci melihat wajah yang begitu seiras dengan anaknya, Nurin Auni. Encik Rizal menggenggam pergelangan tangan Puan Aulia.
Dia begitu merindukan anaknya itu. Jika bukan disebabkan Iman, pasti anaknya masih lagi mampu dia dakap seperti dahulu.
"Walaupun mommy dan daddy sayang Auni tapi Iman tak pernah benci kau orang mahupun Auni. Berhenti panggil Iman sebagai Aulia lagi. Iman benci nama itu. Iman bukan lagi Aulia yang selalu meratapi nasib sendiri. Iman bukan lagi macam dulu"
"Boleh tak mommy dan daddy sayang Iman macam mana kau orang sayang Auni? Iman nak sangat rasa disayangi. Boleh tak?" soal Iman sayu.
Dia memandang wajah Encik Rizal dan Puan Aulia. Namun, suasana hanya sunyi. Dia masih dapat melihat pandangan kebencian itu daripada kedua orang tuanya.
Semakin laju air matanya mengalir. Tidak sepatutnya dia membuat permintaan seperti itu. Encik Rizal mahupun Puan Aulia tidak akan memaafkannya atas kesalahan yang tidak dia lakukan.
Dia melepaskan tawa kecil. Dia menggelakkan dirinya yang kelihatan begitu terdesak sehingga meminta simpati ke atas manusia yang tidak sudi.
"Benci lah Iman semahunya. Iman dah tak ambil peduli lagi. Iman setuju untuk berkahwin. Selepas semuanya selesai, mommy dan daddy boleh balik ke sana semula. Iman dah tak kisah kalau mak ayah sendiri nak buang Iman" tutur Iman dengan senyuman bersama pipi yang masih tersisa dengan air mata.
Iman berpaling ingin melangkah ke tangga tetapi pandangan matanya bertaut dengan Pak Mat dan Mak Mah, dua manusia yang begitu menyayanginya.
Dia dapat melihat riak wajah sedih gerangan yang sudah dianggap seperti ibu ayah kandungnya. Merekalah yang menatangnya dengan penuh kasih sayang sejak dia kecil lagi. Mereka berdualah yang memberi perhatian kepadanya.
Hatinya begitu sebak. Mengapa manusia yang langsung tidak mempunyai pertalian darah dengannya menyayangi dirinya bagaikan seorang anak sedangkan ibu dan ayah kandungnya sendiri membencinya?
Dengan rasa yang bercampur-baur, dia terus sahaja melangkah menaiki tangga meninggalkan ruang tamu itu. Dia sudah lelah dilayan bagaikan manusia yang tidak punya perasaan.
Pintu biliknya ditutup rapat dan dikunci dari dalam. Langkahnya begitu longlai sebelum dia terjelepok jatuh di tepi katil. Tanpa sengaja tangannya tertepis bingkai gambar yang terletak di atas meja kecil bersebelahan katil.
Bersama air mata yang mengalir, dia memandang sayu bingkai gambar yang sudah pun pecah. Dia membersihkan kaca-kaca yang berterabur di atas gambar itu.
Dia mengambil gambar tersebut dan direnungnya. Dua wajah kanak-kanak yang begitu seiras direnungnya. Itu adalah gambarnya bersama kakak kembarnya.
Matanya dipejam rapat membiarkan air mata yang mengalir membasahi pipinya. Lukanya semakin dalam tetapi dia memilih untuk membiarkan.
Kini, dia tidak ambil peduli lagi. Biarlah ibu dan ayahnya membencinya kerana dia tidak akan berpaling lagi demi merayu meminta sebuah simpati.
-Anything in life worth having is worth working for-____________"Pergi mana semalam?" tanya Hana dengan berwajah masam.Elis tidak kalah sama dengan ekspresi wajah yang dipamerkannya. Tangan disilangkan ke dada dan mata dipincingkan memandang Iman.Hanya Izatul tersenyum kecil. Terhibur dengan tingkah dua sahabatnya itu."Pergi mana?" Iman mengulang soalan. Dia bingung.Terhinjut bahunya saat Hana menepuk dinding di tepinya itu. Tangan gadis itu direhatkan di situ.Terkebil-kebil Iman dibuatnya melihat wajah bengis Hana dan Elis. Anak mata mengerling ke arah Izatul meminta pertolongan.Izatul mengangkat kedua belah bahunya."Kau kena buli dengan mak lampir, kan?" tanya Hana marah.Mata Iman bergerak memandang ke atas. Mengelak daripada bertentangan mata dengan Hana. Dia faham siapa yang Hana maksudkan. Siapa lagi kalau bukan Nellysha."Iman." panggil Hana meleret apabila Iman cuba mengelak.Iman mengeluh. Dia kembali menatap sahabat-sahabatnya itu."Macam mana tahu?" soal Iman perla
-When bad times and hard times are suddenly here, notice those that remain, and the ones that disappear-____________Langkah kaki Iman terhenti saat figura Nellysha menghalang jalannya. Air liur ditelan kesat apabila melihat wajah sinis itu. Apa yang Nellysha mahukan daripadanya?"Iman. Iman. Iman." Nellysha berjalan mengelilingi Iman sebelum berhenti betul-betul di hadapan gadis itu.Kedua belah tangannya disilangkan ke dada. Senyuman sinis itu masih lagi tidak lepas daripada terukir pada dua ulas bibirnya.Iman membalas sedikit gentar pandangan mata yang dilemparkan Nellysha buatnya itu. Mulutnya terkunci rapat."Makin aku tengok kau senyum, makin aku benci kau." bicara Nellysha dalam nada perlahan.Iman tersentak saat dirinya terdorong ke belakang dan belakang badannya dihentak ke dinding oleh Nellysha. Sungguh
-All the words ever spoken of love are but drops in the ocean of its feeling.-______________Buku-buku yang telah disusun ditepuk perlahan. Berkerut dahi Iman apabila mengingatkan tangannya yang masih berbalut. Bagaimana dia mahu membawa buku-buku tersebut turun ke tingkat bawah?Langkah disusun menuju ke arah bilik tidur Arif. Diketuk perlahan pintu bilik lelaki itu. Tidak sampai beberapa saat, terjengul wajah Arif di muka pintu."Kenapa?""Boleh tolong saya angkat buku-buku saya tak? Saya nak buat kerja sekolah dekat tingkat bawah." pinta Iman dengan sengihan.Arif menganggukan kepalanya bersetuju. Dia berjalan ke arah bilik Iman lalu mengambil buku-buku yang dimaksudkan gadis itu.Kemudian, buku-buku tersebut diletakkan di atas meja kopi. Iman mengucapkan terima kasih lalu mengambil tempat duduk di atas karpet.&nbs
-Some people dream of success, others make it happen-___________Jari-jemarinya merapikan rambutnya. Kaki panjang miliknya itu menapak laju menuruni tangga. Arif tersenyum kecil ke arah Kak Yati."Iman mana?" soal Arif ingin tahu apabila dia tidak melihat kelibat gadis itu di mana-mana. Sekeping roti dicapai lalu digigit sedikit dan dikunyah."Dah tunggu dekat luar. Semangat nak sekolah lah itu." balas Kak Yati dengan usikan. Arif tersenyum."Dia dah sarapan ke?" tanya Arif lagi. Kak Yati menggelengkan kepalanya."Iman terus keluar tadi. Katanya nak tunggu Arif dekat luar." jawab Kak Yati. Arif menoleh ke arah pintu rumah yang terbuka sekilas.Sekeping roti lagi dicapainya. Disapu dengan kaya lalu dilipat. Botol air Iman yang tertinggal di atas meja makan dicapai."Iman." panggil Arif. Dia tersenyum kecil melih
-The secret to real happiness is progress-_________Sejak setengah jam yang lalu, Arif hanya diam melayan perasaan sendiri di meja belajarnya. Gambar ditangannya itu direnung tanpa lepas. Rindu. Dia sangat merindukan figura di dalam gambar tersebut."Bila kali terakhir kita jumpa? Aku rasa dah lama sangat kau pergi." monolognya sendirian.Diusap perlahan wajah di dalam gambar itu menggunakan ibu jarinya. Senyuman manis terbit di bibirnya.Direnung wajah itu. Senyuman yang menghiasi wajah itu kelihatan indah sekali untuk ditatap.Jika ingin diulang kembali kisah lalu, cukup menyayat hatinya. Tidak mampu dia ucapkan dengan kata-kata betapa pilunya hatinya.Saat kali terakhir dia melihat wajah manis itu, tak pernah terlintas di dalam benaknya itu merupakan pertemuan kali terakhir buat mereka berdua."A
-Life is about falling.Living is about getting back up-______Air yang berada di dalam gelas diteguk Iman sedikit rakus. Terlalu lama dia menghadap buku. Pinggangnya terasa lenguh.Gelas diletakkan semula di atas meja kopi itu. Badannya disandarkan pada penghadang sofa berdekatan."Iman!" laung Puan Farhana dari tingkat atas.Badan ditegakkan. Iman berpaling memandang ke arah tangga. Puan Farhana berjalan ke arah Iman dengan senyuman lebar."Kenapa, ma?" tanya Iman ingin tahu. Terkejut bukan main kepalang dia apabila Puan Farhana memanggil namanya separa kuat."Jom jemput Arif dekat sekolah," ajak Puan Farhana penuh bersemangat. Wanita yang berumur awal 40-an itu kelihatan comel di mata Iman.Iman memandang jam dinding. Jarum jam sudah menginjak ke angka 1. Sebentar lagi pa
-If you want a happy life, tie it to a goal, not to people or things-______________Rambut yang dibiar bebas disikat menggunakan sikat yang dipegang pada tangan kirinya. Iman mengerling ke arah tangannya yang berbalut."Cepat baik tahu. Tak sampai 24 jam lagi tapi aku dah rasa susah bila kau berbalut macam ini. Ini baru duduk rumah tahu. Belum lagi nanti dah naik sekolah. Nasib baik aku tak tulis guna kau. Aku guna kawan kau ini."Iman bebel sendirian dengan tangan kanannya. Kemudian, tangan kirinya diangkat rendah.Getah rambutnya yang berada di atas meja solek itu dicapai. Dia termenung seketika melihat tangannya."Sekarang ini macam mana aku nak ikat rambut?" omel Iman kepada dirinya."Kau termenung apa lagi ini? Cepatlah siap." tegur Arif yang menguak pintu biliknya.Kelihatan Arif sudahpu
-We become what we think about-_________Iman menepuk perlahan perutnya yang terasa sakit. Entah ke berapa kali hari ini dia sudah ke tandas.Beg sekolah yang disandarkan di dinding luar tandas dicapai lalu disandang ke bahunya. Jam di pergelangan tangannya dikerling sebentar. Jarum jam sudah menginjak ke angka 2. Cepat benar masa berlalu.Langkah diatur laju apabila melihat cuaca yang sudah pun mendung. Sudah lah dia balik jalan kaki. Boleh pula masa begini hendak hujan.Saat dia menuruni tangga, dia dapat merasakan ada tangan yang menolak belakang badannya. Iman tidak lagi dapat mengimbangkan diri lalu terjatuh dari 6 anak tangga terakhir itu."Argh!" Iman meringis kesakitan. Lengan kanannya yang menahan mukanya daripada tersembam ke lantai simen itu disentuhnya. Dia dapat merasakan begitu nyilu sekali lengannya.Waja
-No happiness before sadness.No sadness before happiness-___________"Kau serius?" soal Arif kepada Iman apabila gadis itu menyuruh dia pergi sahaja ke sekolah menaiki kereta yang dipandu Encik Razak. Manakala gadis itu memilih untuk berjalan kaki sahaja."Ya. Lagipun kalau pelajar lain nampak kita macam mana? Kita nak jawab apa?" balas Iman. Arif menganggukan-anggukan kepalanya. Ini kalau Puan Farhana tahu, habis dia nanti."Okey." balas Arif bersetuju. Dia memboloskan dirinya ke dalam kereta. Iman pula sekadar memerhati saja kereta tersebut yang mula dipandu pergi oleh Encik Razak.Langkah mula dihayun menuju ke sekolah. Hanya mengambil masa beberapa minit saja untuk sampai ke sekolah.Dia lebih selesa begitu dan tidak mahu Arif menjadi bahan gosip pelajar di sekolah gara-gara mereka berdua pergi ke sekolah menaiki kenderaan yang sama.&