Stranger In My Heart (Bahasa Malaysia)

Stranger In My Heart (Bahasa Malaysia)

By:  Ruby RA  Ongoing
Language: Bahasa_melayu
goodnovel16goodnovel
10
2 ratings
14Chapters
2.8Kviews
Read
Add to library

Share:  

Report
Overview
Catalog
Leave your review on App

Kerana cinta Tia menjadi buta. Syamil mencipta neraka buat Tia sehingga gadis itu terseksa dan menderita. Dalam masa yang sama, Syamil ingin memiliki Fairuz kembali tetapi tidak ingin melepaskan Tia. “Kau boleh bersabar lagi dengan dia, Tia?” - Erin “Apa nak buat, aku dah terlanjur sayang.” - Tia Tia tekad untuk mengundur diri dan memulakan hidup baru di kampung. Di sana, Tia bertemu dengan Attar, lelaki pertama yang pernah bertakhta di hatinya. Syamil tiba-tiba hadir dengan satu permintaan gila. “Cuma awak yang layak untuk mengisi ruang itu, Tia.” - Syamil Mampukah Tia memenuhi permintaan lelaki neraka itu? Adakah cinta Tia dan Attar tidak akan pernah kesampaian, atau sememangya tidak pernah wujud dalam kamus hidup Tia?

View More
Stranger In My Heart (Bahasa Malaysia) Novels Online Free PDF Download

Latest chapter

Interesting books of the same period

Comments

user avatar
RED SCARLET
SYAMIL KAU KAN! KAU KAN! TAMPO NAK? TAMPO NAK? BENGKEK TOL LAH NGAN KAU NI SYAMIL ERGH!!!
2021-08-12 15:17:36
1
user avatar
RED SCARLET
up up .... best nk lgi
2021-07-28 17:30:22
1
14 Chapters

SIMH:1

 BIBIR mungil itu tersenyum mekar saat nama si buah hati tertera di skrin telefon pintarnya.   Jari runcing itu segera meleretkan butang hijau ke tepi.“Assalamualaikum," ucap Tia sejurus telefonnya melekap di cuping telinga.“Waalaikummusalam.  Jom, pergi makan!” Ceria suara Syamil mengajak.Tia menjeling pada jam tangan Fossil di pergelangan.  Sudah jam satu!  Patutlah perutnya berdangdut sakan.“Mil, bos Tia ada kat pejabat ni,” jawab Tia separuh berbisik.    “Awak ni, Tia… itu ajelah jawapan awak bagi. Bos adalah, banyak kerjalah.  Bila masa awak boleh bagi perhatian pada saya?  Saya rasa terabai, ta
Read more

SIMH:2

 'AKU benci kau, betina!  Mampus lagi baiklah!  Menyusahkan hidup aku saja!' Erin mengusap dadanya kerana terkejut.  Lafaz istighfar tidak henti-henti meluncur di bibirnya.  Dilihat Tia yang sudah berubah air muka.  Jika Erin rasa sakit hati dengan mesej tersebut, maka Tia lebih lagi.  Tubuh Tia yang terhinggut menangis didakap sepenuh hati.Titis-titis jernih mengalir di pipi mulus Tia.  Seleranya terbantut dengan emosi Syamil yang bergelora seperti ombak ganas.  Kini, pesanan mesej yang baru diterima merobek-robek hatinya yang sedia sakit.Setelah beberapa detik, keadaan Tia kembali tenang.  Keluhan panjang dilepaskan seolah-olah turut sama membuang segala beban yang terpikul di pundak.  Mat
Read more

SIMH:3

SYAMIL meraup mukanya beberapa kali.  Pandangan matanya merayap ke wajah Tia mengharapkan Tia sudi mendengar keluhan hatinya.  Tia sabar menanti penjelasan daripada Syamil yang zahirnya kelihatan tenang, sedangkan hatinya berserabut dengan masalah.“Mil ada masalah sikit.  Adik Mil nak sambung belajar, tapi tak cukup duit.  Perniagaan Mil pun sekarang ni jatuh merudum.  Mil Dah janji dengan mak akan selesaikan urusan pembelajaran adik, Linda.”“Duit simpanan Mil?” soal Tia laju.  Syamil tersenyum nipis.  Kepalanya digeleng berkali-kali.“Dah susut, Tia.  Hampir semuanya Mil laburkan dalam perniagaan.  Mil akan kumpul semula wang itu untuk pertunangan kita,” luah Syamil sebak.  Anak mata dilarikan dari tikaman mata
Read more

SIMH:4

“TERIMA kasih, bos.  Maaf, sebab menyusahkan bos  hantar saya ke klinik,” ucap Tia serba-salah.  Dengan bantuan Gina, Tia dipapah ke bilik rehat.  Setelah beberapa minit akhirnya Tia sedar dan diberikan minuman.  Uzayr berkeras mahu Tia memeriksa kesihatannya di klinik.  Berkali-kali Tia menolak kerana dia cuma mengalami sakit kepala biasa.  Apakan daya, Uzayr tetap mahu Tia diperiksa lebih lanjut oleh doktor.Tia terpaksa akur kerana tidak mahu dianggap sebagai pekerja yang kurang sopan.  Uzayr cuak apabila wajah Tia yang pucat itu kelihatan tidak bermaya dan kusut.  Mungkin Tia ada masalah peribadi dan terlalu banyak berfikir sehingga kesihatannya terjejas.“Jangan cakap begitu.  Saya ikhlas bantu awak.  Lagipun, kalau
Read more

SIMH:5

"SAYANG… sayang buat apa kat sini?"Terbejat langkah Tia tatkala suara yang amat dia kenali itu menyapa telinganya.  Tertoleh-toleh kepalanya mencari sosok empunya suara itu.  Kemudian bola matanya melekat pada seorang pemuda yang kemas berkemeja dan berseluar panjang."Mil… Tia ada kerja sikit kat sini."  Dahi Tia dibasahi manik-manik jernih.  "Seorang?"  Syamil merapati Tia yang kelihatan gelisah.  Ligat bola mata Tia mengitari sekeliling.  Syamil memerhati ulah Tia tanpa sedar.  Kenapa Tia harus gelisah?"Tia tengok siapa?"  Mendatar suara Syamil bertanya.  Namun cuping telinganya sudah panas membahang.  Ada sesuatu yang Tia c
Read more

SIMH:6

ERIN mengetuk pintu bilik Tia dari luar.  Setelah apa yang Tia lalui semalam, dia perlu memastikan keadaan Tia pada  pagi itu. "Tia… kau dah bangun?" tanya Erin apabila Tia tidak menyahut seperti selalu.Bunyi derap tapak kaki kian menghampiri pintu.  Wajah Tia yang terjengul di muka pintu dengan telekung merah jambu.  "Aku dah bangun.  Maaflah, aku baru selesai solat Subuh.  Ada apa kau cari aku?"  Berlapis dahi Tia melihat Erin sudah terpacak di depan biliknya pagi-pagi buta begini.Erin serba-salah. Risau pula takut dicop sebagai penyibuk.  Ya, dia memang penyibuk.  Dia jadi begitu kerana terlalu sayangkan Tia.  Dia tidak mahu jiwa dan perasaan Tia sakit.  Dia juga tidak takut akan tiap ugutan d
Read more

SIMH:7

"APA dia?  Tia dah lambat ni."   Beberapa kali muka jam tangannya dikerling.Hujung lengan baju Tia ditarik, menghalang gadis itu dari melangkah pergi.  Hajatnya yang satu itu belum lagi tertunai.  Tia tenung wajah sayu Syamil dengan penuh tanda-tanya."Kalau Tia tak keberatan, boleh tak Tia pinjamkan Mil duit?  Mil tengah sesak ni." Jawapan Tia dinanti dengan sabar.  Air muka Tia sukar ditebak saat ini. Umpama bak air tasik yang tenang.  Namun siapa tahu, dasarnya bergelora hebat.  Syamil yakin, Tia tidak sanggup menolak permintaannya.  Dia kenal benar  hati budi Tia yang tidak betah melihat dirinya berada dalam kesusahan."Duit apa lagi ni?  Mana Tia ada
Read more

SIMH:8

AIR mata yang deras mengalir  diseka dengan hujung jari.  Posisi tubuh diubah, lantas Tia melihat semula nama yang terpapar di skrin."Bos?" panggil Tia serba-salah.  Malunya!  Bagaimanalah dia boleh tersilap orang.  Itulah, fikirkan sangat tentang Syamil.  Sampai terigau-igau dalam lenanya yang sebentar itu. "Siapa Syamil, Tia?" tanya Uzayr di corong telefon."Oh!  Itu nama mamat penghantar piza.  Dia selalu hantar piza ke sini."  Tia cuba berdalih.  Seboleh-bolehnya dia tidak mahu Uzayr tahu kewujudan Syamil dalam hidupnya.  Cukuplah sekali Syamil tersalah anggap hubungannya dengan Uzayr.  Dia takut sekiranya Syamil bertindak di l
Read more

SIMH:9

"KENAPA awak tak jawab panggilan tu?" soal Uzayr pelik.  Tia sekadar melihat sekilas telefonnya pintarnya yang bergetar di atas meja."Tak penting," balas Tia selamba.  Hanya Tuhan saja yang tahu betapa jiwanya sedang berantakan.  Dia kembali ke dapur, mencapai senduk lalu mengacau bubur yang mula membentuk gelembung-gelembung kecil."Tia… nak saya tolong jawabkan?"  Telefon Tia sudah berada di genggaman Uzayr dan bersedia menekan butang hijau sekiranya mendapat kebenaran Tia."Jangan!"  Sepantas kilat Tia meluru ke arah Uzayr lalu merampas telefon itu dan laju memasukkannya k
Read more

SIMH:10

TUMPUAN Tia tidak lagi dipusatkan kepada wayang gambar.  Adegan jelik Syamil dan pasangannya lebih menarik perhatian.  Ternyata perancangan Allah itu lebih sempurna daripada segala-galanya.  Buktinya ialah dengan apa yang terpampang di depan matanya kini.  Sisi Syamil yang sebenar terbongkar pada masa yang tepat.  Dalam kegelapan itu, Erin langsung tidak menyedari bahawa emosi sahabatnya itu sedang kacau-bilau.  Ditambah pula dengan latar suara dari filem yang begitu kuat, mana mungkin esak tangisnya dapat didengari oleh sesiapa.  Selama dua jam di dalam panggung itu dadanya berasa sempit, nafasnya sesak.  Tidak seincipun pandanganya beralih kepada mereka berdua Beginikah rasanya bila diri dikhianati dan dicurangi?  Air matanya umpama empangan pecah yang tidak henti-henti mengalir. 
Read more
DMCA.com Protection Status