TUMPUAN Tia tidak lagi dipusatkan kepada wayang gambar. Adegan jelik Syamil dan pasangannya lebih menarik perhatian. Ternyata perancangan Allah itu lebih sempurna daripada segala-galanya. Buktinya ialah dengan apa yang terpampang di depan matanya kini. Sisi Syamil yang sebenar terbongkar pada masa yang tepat.
Dalam kegelapan itu, Erin langsung tidak menyedari bahawa emosi sahabatnya itu sedang kacau-bilau. Ditambah pula dengan latar suara dari filem yang begitu kuat, mana mungkin esak tangisnya dapat didengari oleh sesiapa. Selama dua jam di dalam panggung itu dadanya berasa sempit, nafasnya sesak. Tidak seincipun pandanganya beralih kepada mereka berdua
Beginikah rasanya bila diri dikhianati dan dicurangi? Air matanya umpama empangan pecah yang tidak henti-henti mengalir.
MOTOKAR Mitsubishi berwarna perak itu memecut laju sejurus keluar dari simpang rumah Tia. Haluannya hanya satu, iaitu ke Cheras di mana buah hatinya berada. Setelah meredah kesesakan lalu lintas di lebuh raya, Syamil memarkir keretanya di kotak parkir berhampiran laluan pejalan kaki. Jambangan bunga mawar merah dan juga coklat tidak lupa dibawa bersama. Dia tersenyum sendiri lantas menekan butang lif untuk ke tingkat 13.Siulan lagu mengiringi langkah Syamil ke rumah yang dituju. Kini, dia berdiri di depan pintu bernombor 4. Rambut disikat kasar dengan jari agar kekal rapi. Kesan darah di dahi telah dilap dengan bersih. Hanya tercalit sedikit darah beku pada luka itu. Senyuman yang paling manis dan menggoda diukir buat si jantung hati. Setelah menghela nafas panjang, pintunya diketuk beberapa kali. Tidak lama kemudian, keden
"OH! Awaklah gadis tu. Ada apa awak cari saya? Rasanya saya tak ada apa-apa hutang dengan awak," tempelak Tia sambil bercekak pinggang. Tudung bawal yang senget di kepalanya dibetulkan.Jika Fairuz boleh bersikap jengkel, dia juga boleh jadi seribu kali ganda menjengkelkan. Lagipun itu adalah kediamannya. Dan dia boleh menghalau Fairuz bila-bila masa sahaja yang dia suka. Fairuz telah memberikan gambaran buruk saat pertama kali mereka bertemu empat mata. Dan itu menyebabkan hatinya sakit serta-merta."Awak silap. Bukan awak seorang, tapi kita. Kita yang saling berhutang." Tegang suara Fairuz menyapa gegendang telinga Tia.Tia membiarkan Fairuz berdiri seperti tiang elektrik di luar rumah tanpa b
"TIA, ini Encik Zahrin, designer baru Juta Empire. Mula hari ni, Encik Zahrin akan bertanggungjawab dalam hal-hal rekaan corak terbaru untuk tekstil syarikat ini." Zahrin menghadiahkan satu senyuman manis buat Tia. Tangan dihulur sebagai salam perkenalan. Tia membalas senyuman itu dan tangannya dibawa ke dadanya sendiri sebagai tanda hormat. Berubah air muka Zahrin dan pantas tangannya ditarik. "Selamat datang ke Juta Empire, Encik Zahrin," ucap Tia sopan. Anak matanya dilarikan apabila dia sentiasa menjadi tatapan mata coklat Zahrin sedari tadi. "Boleh awak tunjukkan Encik Zahrin pejabat baru beliau?" Permintaan Uzayr mematikan resah di hati Tia. "Boleh. Silakan, Encik Zahrin."
"MIL ada nampak tak kad ATM sayang?" Puas Fairuz menyelongkar setiap inci ruang tas tangan miliknya mencari sekeping kad ATM berwarna merah hati. Itu sajalah satu-satunya kad yang dia ada. Setiap celah dan ruang juga diperiksa. Manalah tahu jika dia sendiri yang tersalah letak dan ada terselit di mana-mana lipatan. Kadang-kadang dia juga pelupa orangnya lantaran memori otaknya kian penuh. "Huh!" Terlepas satu keluhan kecil dari bibir berona merah jambu itu. Rasa sedih dan penat bercampur-baur menjadi satu. Sudahlah pagi itu dia agak lewat untuk ke kuliah. Wajah dipaling kepada Syamil yang terbaring terlentang membelek telefon pintarnya. "Mil…." "Hmmm…," jawab Syamil sepatah dan m
BIBIR mungil itu tersenyum mekar saat nama si buah hati tertera di skrin telefon pintarnya. Jari runcing itu segera meleretkan butang hijau ke tepi.“Assalamualaikum," ucap Tia sejurus telefonnya melekap di cuping telinga.“Waalaikummusalam. Jom, pergi makan!” Ceria suara Syamil mengajak.Tia menjeling pada jam tangan Fossil di pergelangan. Sudah jam satu! Patutlah perutnya berdangdut sakan.“Mil, bos Tia ada kat pejabat ni,” jawab Tia separuh berbisik.“Awak ni, Tia… itu ajelah jawapan awak bagi. Bos adalah, banyak kerjalah. Bila masa awak boleh bagi perhatian pada saya? Saya rasa terabai, ta
'AKU benci kau, betina! Mampus lagi baiklah! Menyusahkan hidup aku saja!'Erin mengusap dadanya kerana terkejut. Lafaz istighfar tidak henti-henti meluncur di bibirnya. Dilihat Tia yang sudah berubah air muka. Jika Erin rasa sakit hati dengan mesej tersebut, maka Tia lebih lagi. Tubuh Tia yang terhinggut menangis didakap sepenuh hati.Titis-titis jernih mengalir di pipi mulus Tia. Seleranya terbantut dengan emosi Syamil yang bergelora seperti ombak ganas. Kini, pesanan mesej yang baru diterima merobek-robek hatinya yang sedia sakit.Setelah beberapa detik, keadaan Tia kembali tenang. Keluhan panjang dilepaskan seolah-olah turut sama membuang segala beban yang terpikul di pundak. Mat
SYAMIL meraup mukanya beberapa kali. Pandangan matanya merayap ke wajah Tia mengharapkan Tia sudi mendengar keluhan hatinya. Tia sabar menanti penjelasan daripada Syamil yang zahirnya kelihatan tenang, sedangkan hatinya berserabut dengan masalah.“Mil ada masalah sikit. Adik Mil nak sambung belajar, tapi tak cukup duit. Perniagaan Mil pun sekarang ni jatuh merudum. Mil Dah janji dengan mak akan selesaikan urusan pembelajaran adik, Linda.”“Duit simpanan Mil?” soal Tia laju. Syamil tersenyum nipis. Kepalanya digeleng berkali-kali.“Dah susut, Tia. Hampir semuanya Mil laburkan dalam perniagaan. Mil akan kumpul semula wang itu untuk pertunangan kita,” luah Syamil sebak. Anak mata dilarikan dari tikaman mata
“TERIMA kasih, bos. Maaf, sebab menyusahkan bos hantar saya ke klinik,” ucap Tia serba-salah.Dengan bantuan Gina, Tia dipapah ke bilik rehat. Setelah beberapa minit akhirnya Tia sedar dan diberikan minuman. Uzayr berkeras mahu Tia memeriksa kesihatannya di klinik. Berkali-kali Tia menolak kerana dia cuma mengalami sakit kepala biasa. Apakan daya, Uzayr tetap mahu Tia diperiksa lebih lanjut oleh doktor.Tia terpaksa akur kerana tidak mahu dianggap sebagai pekerja yang kurang sopan. Uzayr cuak apabila wajah Tia yang pucat itu kelihatan tidak bermaya dan kusut. Mungkin Tia ada masalah peribadi dan terlalu banyak berfikir sehingga kesihatannya terjejas.“Jangan cakap begitu. Saya ikhlas bantu awak. Lagipun, kalau