Tiada siapa siapa yang sudi menjadi isteri Megat Danish bila melihat dirinya seperti 60an dengan kulit muka berkedut jalan menggunakan tongkat semua perempuan yang dekat dengan dirinya pasti menggelarkan dirinya 'Pakcik tua' padahal umurnya baru 28tahun sehingga sekarang tiada perempuan yang berani dekatkan dirinya apatah lagi ingin dijadikan suaminya walaupun dia mempunyai harta berkoyan-koyan dan berkerjaya semua perempuan menghampirinya dirinya akan cabut lari apabila melihat keadaannya tua kerepot sudah puas dia pergi berubat dari perubatan tradisional hingga perubatan modern masih tiada penyelesaian mengenai penyakit misterinya yang dihadapinya membuatkan jiwanya tekanan dan hampir terjun bangunan mujur ada seorang gadis menarik lengannya daripada jatuh bawah. "Pakcik jangan terjun!banyak lagi cara lagi boleh hilangkan tekanan bukan dengan cara ini,pakcik tak sayang nyawa ke?tak sayang anak cucu pakcik?ramai dalam wad tu perlukan nyawa untuk teruskan hidup yang pakcik diberikan kesihatan yang baik pakcik nak sia-siakan"-Tiara "Awak ni siapa?saya tak kenal awak,dan saya tiada anak cucu awak tiada hak untuk menghalang saya!suka hati sayalah nak buat apa pun!saya dah lama menderita awak tahu apa?"-Megat Danish "Baiklah,kalau pakcik nak terjun jugak saya akan ikut pakcik terjun sekali biar kita sesama mati lepastu kita jadi hantu pun sesama jugak kat hospital ni jomlah saya tak sabar nak terjun ni boleh kita sama-sama jadi hantu"-Tiara Adakah Megat Danish rasa dirinya tercabar dengan permintaan seorang gadis?yang tidak dikenalinya atau mula timbul bimbit cinta bila berhadapan dengan gadis itu Dengan kehadiran Tiara dalam hidup Megat Danish ada sesuatu keajaiban yang berlaku dalam dirinya dapatkah Tiara menerima Megat Danish dengan rupa sebenarnya atau meninggalkannya?
View MorePAKSYED memberhentikan Toyota Vellfire berwarna hitam milik Megat Danish betul-betul di hadapan Farmasi Alpro. Dia,hairan melihat dua orang lelaki berbadan sasa sedang berdiri di sebalik dinding Farmasi sambil memerhatikan seorang gadis yang memakai coat berwarna putih itu."Tuan,kita dah sampai kat Farmasi kali pertama Cik Tiara merawat tuan mengenai masalah kulit tuan"terang PakSyed matanya masih memerhatikan gerak-geri lelaki bertubuh sasa itu yang masih memerhatikan gadis itu."Betul,PakSyed kat sinila Tiara bantu saya pilih ubat kat sini""Tuan,cuba tengok dua orang lelaki kat depan tu. Daripada tadi,PakSyed perhatikan dia macam ada tak kena je"arah PakSyed sambil menunding jari ke arah mereka berdua mujur tingkap keretannya memakai tinted hitam agar sukar orang luar untuk melihatnya."Diorang perhatikan siapa?"soal Megat Danish ingin kepastian."Perempuan tu bukan Cik Tiara ke?"Megat Danish melihatnya dengan lebih dekat untuk memastik
SALMAH bermundar-mandir di ruang tamu rumahnya sambil menanti kehadiran anak bujangnya Ikhwan. Genap, sebulan dia tidak nampak batang hidung Ikhwan di rumah tangannya menggigil memegang sepucuk surat yang diterimanya sebentar tadi."Mana Ikhwan ni? Sejak bila dia apply form sambung belajar? Sedarla diri tu,aku suruh cari Tiara bawa ke sini sampai ke sudah tak cari-carinya. Ada hati nak sambung belajar ingat aku nak tanggungla fikir sendirila" ngomel Salmah sambil mendail nombor Ikhwan malangnya masih tidak berangkat."Kau tunggu! Kau balik sini aku ajar kau cukup-cukup baru kau tahu tinggi ke rendah. Nak melawan aku sangatkan?"Sofiya terjaga dari lenanya,apabila dia bermimpi sepupu Tiara yang dibantunya tadi di deretan kedai-kedai bersebelahan dengan Kilangnya."Betul ke dia tak apa-apa? Kenapa aku mimpi pasal dia?" soal Sofiya seorang diri sambil mengesat peluh di dahinya yang mula merenek."Nak bagitau Tiara ke tak nak? Pasal Ikhwan? Mesti dia m
TIARA menghentakkan tangannya ke arah stereng dengan geram. Mulutnya terkumat-kamit menyumpah seranah lelaki yang berani memegang tangannya tanpa segan gilu. Berani dia membuat demikian di tempat awam."Baru aku nak ngorat lelaki tadi dah buat perangai. Langsung turn off sedap gigi dia je nak pegang tangan aku lepastu mengaku aku anak buah dia pulak tu? Geram betulla! Dahla aku tak kenal dia yang awek dia pandang semacam je dengan aku. Dia,ingat aku nak ngorat lelaki tula? Piiidahh! ingat nak try jugak ngorat dah buat perangai lupakan ajelah"Tiara memberhentikan kereta Honda Jazz miliknya di hadapan lampu isyarat merah. Matanya meliar memandang kiri dan kanan sebelum lampu isyarat bertukar warna hijau matanya tertancap susuk tubuh lelaki yang amat dikenalinya sedang jalan terhincut-hincut seperti menahan kesakitan. Dia,membuat keputusan untuk menghampirinya setelah lampu isyarat bertukar warna hijau."Itu bukan Ikhwan ke?""Apa dia buat kat s
TIARA hairan melihat mereka berdua memandang ke arahnya tanpa berkedip terus dia melihat penampilan dirinya dari atas hingga bawah lalu mengemaskan blouse berenda krim itu dari berlipat. Maklumlah,dua jam dia tersekat di atas jalan raya ingin menuju ke sini. Dengan, lagak tenang dia bersuara kembali untuk menyedarkan mereka berdua yang masih merenung dirinya seperti tidak pernah melihat orang sebelum ni. Meremang bulu romanya apabila melihat gelagat mereka berdua dia dapat merasakan ada sesuatu yang aneh dalam dirinya. Dia,sendiri tidak mengenal pasti apakah maksud yang tersirat dalam dirinya."Ehemm..ehemm"Tiara berdehem sebanyak tiga kali dengan geram terus mati lamunan mereka yang sedang merenung dirinya dari tadi."Ehh!Tiara jemputla duduk"arah Aidil dengan ramah lalu menarik kerusi di sebelahnya dengan selamba Tiara menarik kerusi di sebelah Megat Danish yang masih menundukkan wajahnya selepas mendengar berdehem gadis itu.Tiara?nama perempuan kat sebelah a
TIARA melangkah laju menuju ke arah Farmasi tanpa menoleh kiri dan kanan dia tidak tahu mengapa hatinya berdebar-debar seperti ada sesuatu yang tidak kena di Farmasi. Tidak pernah Aina menghubunginya dengan nada suara sebegini sebelum ni. Tanpa dia, sedari ada sepasang mata sedang mengekorinya dari arah belakang Aidil hairan melihat gadis pujaan hatinya tergesa-gesa menuju ke arah Farmasi dalam fikirannya penuh dengan tanda tanya sambil memikirkan pekerjaan sebenarnya. Akhirnya,dia bersembunyi di sebalik tiang untuk memerhatikan gerak-geri Tiara yang telah masuk ke dalam Farmasi."Yang,kau blur lagi kat situ lagi kenapa?mana orang Farmasinya?kau ingat aku takde kerja ke nak terpacak kat sini ha?"tengking Tasya sekuat hati Tiara yang baru muncul terkejut mendengar nada suaranya."Maaf,puan saya dah hubungi dia. Dia, dalam perjalanan nak sampai sini"balas Aina dengan takut-takut dia tidak berani bertentang mata dengan wanita serupa singa jadiaan yang berada di hada
GENAP sebulan, Megat Danish tidak melangkahkan kakinya di Syarikat Saphire Holding milik arwah ayahnya. Dalam,masa sebulan ini juga dia tidak putus berdoa agar bertemu kembali gadis itu semula dalam keadaan tidak sengaja malangnya sehingga hari ini,dia tidak bertemu .Dia,telah maklumkan pada Razia dia akan masuk semula ke pejabat pada bila-bila masa untuk memerhatikan gerak-geri perkerjanya yang lain. Hanya,Razia seorang sahaja yang mengetahui penampilan dirinya yang sebenar. Pada mulanya,dia tidak percaya setelah Zuraina memberikan penjelasan padanya baru dia mempercayainya. Dia, terkejut mempunyai majikan sekacak ini dengan memiliki kulit cerah dan memiliki rambut bewarna coklat tidak ketinggalan juga dia, memiliki sepasang mata berbentuk almond berwarna coklat membuatkan semua wanita tergila-gila ingin mendampingi dirinya.Dia, sengaja mengenakan dress berwarna merah jambu dan wajahnya disolek ala-ala smokey rambutnya yang diperangkan sengaja dilepaskan. Semua, haira
MEREKA,tergamam melihat susuk tubuh seorang lelaki di belakangnya dengan berpakaian kasual t-shirt berlengan pendek berjenama Lee's berwarna hitam dipadankan dengan seluar jeans berwarna hitam terserlah ketampanannya seperti jejaka idaman wanita di luar sana. Rambutnya,yang berwarna coklat kehitaman disisir rapi ke belakang supaya tampak bergaya dan kemas. Dia, juga memiliki sepasang mata berbentuk almond berwarna coklat yang diwarisi oleh arwah ayahnya terserlah seperti jejaka dari luar negara. Dia,hanya mengukirkan senyuman ke arah mereka berdua yang sedang merenung dirinya tidak berkedip-kedip.Abang,kenapa abang ada kat sini?gumam Zuraina dalam hati sambil merenung sayu ke arah lelaki muda di hadapannya wajahnya mirip arwah suaminya."Encik,ni siapa?macam-mana boleh sampai sini?"soal Mak Munah dengan menggarukan kepalanya yang tidak gatal. Matanya,meliar mencari kelibat Rahman untuk mengetahui siapa lelaki di hadapannya? wajahnya iras-iras seperti dari negara barat
TIARA melemparkan pemandangan di luar tingkap,sebaik sahaja kakinya melangkah keluar dari rumah Megat Danish grab sudah tiba di hadapan rumahnya. Tanpa,membuang masa dia berjalan terhincut-hincut masuk ke dalam perut kereta itu lalu beredar dari rumah yang agam itu. Hatinya,masih tertanya-tanya Siapa lelaki tua yang berada dalam rumah itu? Mengapa dia sembunyikan identiti sebenarnya darinya atau dia malu untuk berterus-terang dengan dirinya tentang latar belakangnya. Pelbagai tanda tanya dalam fikirannya tanpa disedari ada sebuah kereta Toyota Alphard berwarna putih sedang mengekorinya dari arah belakang."Kenapa,tuan suruh aku ikut Cik Tiara dari arah belakang ea?"soal PakSyed seorang diri dengan memfokuskan pemanduannya."Takkan,diorang berdua bergaduh?""Aku,tengok Cik Tiara,peramah je tak macam Cik Tasya,sombong sehingga hilang hormat dengan orang tua. Nasib baikla,tuan putuskan hubungan dengan dia kalau tidak merana hidup tuan Danish"Telefon T
MEGAT DANISH menghempaskan tubuhnya di atas sofa miliknya. Selepas, menyerahkan telefon Samsung Galaxy Z Flip milik gadis itu kepada Mak Munah pembantu rumahnya sebelum dia melangkah masuk ke dalam biliknya dengan melepaskan keluhan yang panjang.Dia,hairan melihat keadaan dirinya tiba-tiba kedua belah tangannya timbul bintik-bintik merah dan gatal teramat selepas bertemu dengan gadis itu. Wajahnya,juga turut merasai kegatalan itu puas dia memikir dimanakah silapnya?kerana sehingga sekarang dia tidak menjamah apa-apa untuk mengisi perutnya hanya segelas jus oren dia menikmatinya milik gadis itu."Mak Munah buat apa tu?"soal Tiara dengan mesra lalu menghampiri perempuan yang sudah berusia itu untuk menanyakan lebih lanjut mengenai Megat Danish."Cik Tiara,nak apa-apa ke?air ke makanan ke?boleh Mak Munah buatkan?"Mak Munah tergesa-gesa mencapai gelas berhampiran sinki untuk memberikan minuman pada gadis itu."Ehh..takpayahla Mak Munah,saya baru lepas minum
Comments