Share

05

Author: Lucyana
last update Last Updated: 2021-08-19 11:19:19

Am segera menghidupkan enjin motornya, dia langsung tak menyangka lelaki yang dilanggarnya tadi adalah seorang manusia yang tak nomal. Bebelan lelaki itu membuatkan semua mata baik si penjalan kaki mahu pun yang menaiki kenderaan memandang ke arah mereka berdua.

"Ha kau nak pergi?" tanya lelaki itu sambil menahan motor skuter Am dari bergerak pergi. Am mengetap bibir bawahnya. Matilah dia kali ni, macam manalah dia boleh terjumpa pula dengan manusia tak normal tu.

"Nak baliklah..." jawab Am selamba membuatkan lelaki tadi menyepetkan matanya yang sememangnya sudah pun sepet.

"Apa? Balik? Habis barang-barang aku siapa nak ganti?" tanya lelaki itu lagi dengan wajah serius. Am memandang ke kiri dan ke kanan.

"Ada nampak aku yang rosakkan barang-barang kau ke? Tak kan? Aku cuma terlanggar kau, jadi barang-barang kau bukan tanggungjawab akulah!" jawab Am lagi tidak mahu bertanggungjawab. Lelaki dihadapannya mula berdecit panjang dan laju tangannya naik memukul topi keledar yang dipakai Am.

"Aku tak kira, kau ganti balik!" bentak lelaki itu dengan tegas. Am mencebik geram.

Sebaik saja lelaki itu leka sesaat, Am terus memecutkan motor skuternya laju ke hadapan sambil ketawa girang kerana berjaya meloloskan diri dari lelaki itu. Pandangannya ditolehkan ke belakang mahu melambai ke arah lelaki itu.

"Jaga-jaga!" jerit lelaki itu namun tidak pula Am dengarkan. Pandangan Am berpaling ke hadapan semula dan matanya dibesarkan.

Brek!

Bam!

"Tak guna!" letus Am kerana geram. Kini dia terguling jatuh dari motor skuter neneknya itu kerana nyaris-nyaris saja nak terlanggar lori yang lalu bertentangan dengan laluannya.

Lelaki tadi berlari untuk mendapatkan Am yang sudah merangkak ke bahu jalan. Nasib baik Am sempat melompat dari motor skuter tu sebelum motornya terlanggar lori tersebut.

"Hampeh punya motor! Brek tak makan! Siut je! Patut aku boleh terlanggar mamat sewel tu." Terjuih bibir Am membebel seorang diri.

"Kau okey tak?" soal lelaki yang digelarkan Am sebagai mamat sewel. Am menepis tangan lelaki itu yang cuba mahu melihat luka di tangannya.

"Jangan sentuhlah!" marah Am dengan lantang membuatkan lelaki itu perlahan-lahan menarik tangannya semula.

"Budak! You bawa motor macam mana? Ini siapa nak ganti lori saya sudah kemik!" sergah pemandu lori yang sudah bercekak pinggang sambil membebel di hadapan Am.

"Apa kemik-kemik? Motor saya jatuh bawah, bukan jatuh atas!" jawab Am tidak berpuas hati. Lori itu memang sudah tersedia kemik, nak salahkan dia pula. Am menjeling tajam ke arah pemandu lori itu.

"Tak apalah ahjusi, dia pun cedera juga. Janganlah minta ganti rugi, kami pelajar sekolah lagi." Sampuk lelaki tadi cuba membantu Am.

Mata Am terus memandangnya dengan pandangan tidak percaya. Mana lelaki itu tahu dia masih bersekolah? Bulu roma Am sudah meremang keseraman. Lelaki itu ada kuasa sihir ke apa sampai tahu dia masih bersekolah?

"Tak apalah. Lain kali you bawa motor elok-elok. Bahaya, lesen pun belum tentu ada lagi jadi jangan bawa masuk jalan orang. Jumpa polis nanti terus disenarai hitamkan tak boleh ambil lesen terus, baru you tahu!" Tegur pemandu lori itu sambil menarik keluar motor skuter Am yang berada di bawah lorinya. Namun, motor itu sudah pun punah.

"Okey ahjusi, thank you ahjusi." ucap lelaki itu sambil memberikan tunduk hormat. Setelah lori itu pergi, Am yang dari tadi hanya mendiamkan diri mula ditanya oleh lelaki itu.

"Aku Kasyaf Safwan. Panggil aku Syaf. Kau siapa? Dari mana kau datang?" Kasyaf memperkenalkan namanya kepada Am. Am mula mengerutkan dahi cuba mengingati sesuatu. Macam dia pernah dengar nama lelaki itu tetapi, di mana?

"Aku tak tanya nama kau pun, asal bagitahu aku?" tanya Am kehairanan sambil dahi masih berkerut. Wajah Kasyaf cuba diamati dan apabila sudah puas menilik. Barulah Am tersedar, lelaki itu rupanya adalah lelaki yang sama dia bergaduh di lapangan terbang pagi tadi!

"Nak suruh kau ingat, hutang kau dengan aku belum bayar lagi." Jawab lelaki itu selamba membuatkan Am mula berdecit geram.

"Aku hutang kau apa? Mangkuk hayunlah kau ni, aku tak kenal kau siapa tiba-tiba datang cakap aku berhutang bagai. Kau ni memang tak ada kerja lain ke?" omel Am walaupun sedang menahan sakit di tangan dan kakinya. Sempat lagi dia membebel kegeraman di situ.

Am segera bangun mahu meninggalkan kawasan tersebut. Sebelum lelaki itu tahu dia siapa. Naya! Kalau lelaki itu perasan mereka adalah orang yang sama bergaduh pagi tadi.

"Kau dah langgar aku! Kau biarkan barang-barang aku hancur! Kau tanya aku hutang apa? Kau ni memang buta ke buat-buat buta! Aduh! Ni nak pergi klinik ke tak? Hoi nak pergi mana?" jawab Kasyaf diakhiri dengan pertanyaan apabila melihat Am sudah menjengket laju mahu beredar dari situ.

"YAHHH!" tanpa menunggu sebarang jawapan daripada Am. Kasyaf terus mendekati Am lalu menarik tangan gadis itu. "Kau nak pergi mana?" soal Kasyaf tidak berpuas hati.

Kepala Am yang masih memakai topi keledar terus menunduk ke bawah. Tidak berani mahu melihat wajah lelaki itu. Bibir bawah diketap geram. Kenapalah lelaki ini suka sangat muncul dalam hidupnya? Sudah dua kali mereka bertemu dan kali ni jika lelaki itu tahu siapa dirinya masaklah jawabnya!

Disebabkan Am langsung tidak menjawab soalan Kasyaf. Lelaki itu terus menarik tangan kiri Am meletakkan tangan itu ke bahunya. Am yang terkejut terus menolak Kasyaf sehingga terjatuh.

"Aduh! Kau ni dah gila ke apa?" tanya Kasyaf yang nyaris-nyaris nak terjatuh ke jalan raya kerana Am menolaknya agak kuat.

"Kau tu yang gila! Nak bawa aku pergi mana?" jerkah Am sambil merenung tajam ke arah Kasyaf.

"Aku nak bawa kau pergi klinik depan tu ha! Takkan nak biar je luka kau tu? Aduh orang dah tolong pun banyak songeh. Nanti aku biar kau mati katak kena langgar baru kau tahu!" Kasyaf menjeling tajam sambil mulutnya masih terkumat-kamit membebel sendirian.

"Tak payah baik hati sangatlah! Nanti kau suruh aku bayar pula pertolongan yang kau bagi tu. Eee tak kuasalah aku!" bidas Am main serkap jarang sambil jalan terhincut-hincut ke arah motor skuter neneknya semula.

Am cuba menghidupkan enjin motor tersebut dan berjaya dihidupkan. Am tersenyum puas, walaupun kemalangan berlaku secara mengejut dan motor tu pun sudah separuh punah, tetapi Am tak menyangka motor itu masih boleh berfungsi. Am mula menaiki motor skuternya itu.

Tangan Am sudah sedia untuk memulaskan minyak, sebaik saja motor itu bergerak. Am merasa motor itu tiba-tiba berat semacam. Am menoleh ke belakang dan terkejut besar.

"Hoi!" jerkah Am.

Continue to read this book for free
Scan code to download App

Latest chapter

  • The First Snow (Bahasa Malaysia)   56

    "Mama apa dia buat dekat sini ma?" soal Am sambil mengoncang tangan Puan Amiran dengan laju. Pening ibunya makin menjadi-jadi dengan perangai dia. Akhirnya, Puan Amiran menepis tangan Am kasar lantas tersenyum mesra kepada tetamu tersebut."Sabarlah dulu Am..." pujuk Puan Amiran manakala Puan Kemelia atau lebih mesra dipanggil Puan Lia itu hanya tersenyum melihat kekraban keluarga sahabatnya di hadapan mata. Terlihat begitu menyenangkan walaupun Am sebenarnya berperangai tidak sepatutnya ketika di hadapan tetamu."Am, mama dengan Aunty Lia ni dah lama dah cadang benda ni," kata Puan Amiran sambil menarik Am untuk duduk di sofa. Am hanya menurut kerana dari tadi tangan Puan Amiran asyik mencubit pinggangnya saja.Setelah Am melabuhkan punggung, Puan Amiran mula tersenyum lebar.

  • The First Snow (Bahasa Malaysia)   55

    Beberapa hari kemudian...Kini, tibalah waktunya Am untuk pulang ke rumah. Setelah beberapa hari dia menghabiskan masa di rumah tumpangan di Itaewon. Dia memberitahu kepada Puan Amiran dan Encik Murshid yang dia pergi becuti sekejap untuk mengambil angin dan hilangkan stress menghempas pulas belajar.Puan Amiran tahu Am pandai menjaga diri jadi kedua ibu bapanya memberi izin walaupun anak mereka baru mencecah 16 tahun dan tidak lama lagi akan menjadi seorang remaja berumur 17 tahun! Tetapi, kepercayaan keluarganya teramat tinggi menyebabkan Am tidak berani melakukan perkara lain selain bergaduh dan berlawan dengan orang yang cuba mencari masalah dengan dirinya.Perlawanan bola keranjang Kasyaf juga tidak dihadiri kerana tidak mahu menunjukkan diri kepada khalayak pelajar di sekolahnya

  • The First Snow (Bahasa Malaysia)   54

    "Kay mana?" soal Am. Bercakap tentang Kasyaf, sejak awal pagi tadi dia tidak bertemu dengan lelaki itu. Am jadi tertanya-tanya pula, ke mana lelaki itu pergi. Pandangan matanya kini meliar mencari di mana kelibat rakan sebiliknya itu."Kay terpaksa balik awal. Hari ni dia tak ambil exam. Eh! kau tak tahu ke?" kata Suho, terkejut."Tak. Aku bangun-bangun dia dah tak ada, kenapa dia tak ambil exam pula. Habis tu, lusa perlawanan dia macam mana?" Am turut terkejut lantas mencebik bibir sambil menyumpah rakan sebiliknya itu di dalam hati.'Kata aku ada masalah tak nak cerita, dia pun sampai. Eh! Tapi... aku kan perempuan, dia lelaki... mesti dia kekok dengan aku. Adui Am apa la masalah kau ni!'"Dia ada kecemasan hari ni, esok baru dia am

  • The First Snow (Bahasa Malaysia)   53

    "Sampai bila nak sorok semya ni? Aku penat la!" Am menolak Kasyaf dengan kasar. Dia melarikan diri keluar dari asrama sambil menangis kuat. Ya! Hari ini adalah hari paling teruk untuk Am lalui.Tiba-tiba Am ternampak seorang lelaki yang pernah dia nampak sebelum ini. Ya! Lelaki yang cuba membunuh diri dengan duduk di tengah jalan raya, lelaki itu juga yang dia nampak mahu terjun dari dorm asramanya dan lelaki itu jugalah yang dikejar sampai ke belakang belukar.Lelaki itu hanya tersenyum ke arah Am. Tanpa berkata apa-apa, dia terus menghilangkan diri seperti dibawa arus angin. Am terkejut, mungkin lelaki itu ada sesuatu yang cuba hendak disampaikan kepada Am namun, Am tidak pasti apa perkara tersebut.Am mengusap kasar wajahnya. Perlahan-lahan dia melangkah masuk semula ke dalam asrama

  • The First Snow (Bahasa Malaysia)   52

    "Eh! Eh! Kalau rindu mak ayah kau, pergi jelah balik sana." Kasyaf bangun dari katil dan menuju ke almari untuk mengapai tuala. Badannya yang terasa melekit harus dibersihkan terlebih dahulu sebelum dia menyambung study untuk exam terakhir mereka esok."Rindu memanglah rindu tapi entahlah. Bukan itu," jawab Am mendatar.Kasyaf mula mengerut dahi."Tak apalah, kalau rasa nak kongsikan apa-apa dengan aku. Cakap jelah. Lagipun aku bukannya patung dalam bilik ni," balas Kasyaf. Dia tidak mahu memaksa Am untuk bercerita. Dia tahu yang dia bukanlah siapa-siapa, tetapi ketika melihat Am menangis. Perasaan ingin tahu tentang mengapa gadis itu menangis membuak-buak pula.Dia tidak sukakan Am sepenuhnya lagi kerana dia masih dalam proses untuk

  • The First Snow (Bahasa Malaysia)   51

    Am bangun dari pembaringan, sudah dua minggu dia terpaksa menghadap peperiksaan dengan perasaan bercampur baur. Ketika keluar dari hospital, Puan Amiran dan Encik Murshid tidak benarkan dia pulang ke rumah jadi terpaksalah dia pulang ke asrama dengan hati yang berat."Habiskan exam kamu, dah akhir tahun dah pun. Lepas tu baru balik ke rumah." ujar Puan Amiran.Am mencebik.Encik Murshid yang sedang memegang beg pakaian anaknya itu menoleh ke arah Am."Jangan macam tu, kalau nak hadiah balik ke rumah lepas exam." Encik Murshid cuba memujuk. Pandangan Am mula menoleh ke arah Encik Murshid pula."Hadiah apa?" tanya Am teruja sungguh dibuatnya. Siapa tak sukakan hadiah? Pasti semua orang

More Chapters
Explore and read good novels for free
Free access to a vast number of good novels on GoodNovel app. Download the books you like and read anywhere & anytime.
Read books for free on the app
SCAN CODE TO READ ON APP
DMCA.com Protection Status