"Hazel!" Semua mata di dalam kelas itu
memandang ke pintu belakang kelas. Pelajar perempuan sudah mula bersorak riang melihat jejaka idaman mereka itu.
'Malunya aku' gumam Hazel di dalam hati. Dia bangkit berdiri lalu berjalan ke arah 4 jejaka itu.
"Kau orang ini. Janganlah datang-datang terus jerit nama aku. Ketuklah pintu dulu. Selepas itu kata nak jumpa aku. Ha selepas itu lalu pintu depan. Bukan pintu belakang. Dah macam penyangak pun ada" marah Hazel.
"Bla bla bla bla" Lucas malas hendak mendengar gadis itu memarahi mereka berempat.
Lagi pula dia yang panggil Hazel tadi. Bukan Lucas Harvey kalau jadi baik. Kalau badboy mesti perangai ala ala penyangak sikit. Itulah yang dia fikirkan.
"Nak apa?" tanya Hazel malas. Dia memandang kiri dan kanan. Takut pelajar perempuan nampak.
Lagipun sepanjang 2 minggu dia sudah berkawan dengan mereka berempat, ramai yang mengutuknya dan tidak suka dengannya.
You know? Bila kau orang sebelum ini orang anggap sombong nak mati lepas itu tiba-tiba berkawan dengan orang famous mesti ramai yang cemburu dan tak suka.
"Jom hari ini rehat dengan kita orang" ajak Theo dengan ceria. Tangan Hazel dipegang dan digoyang-goyangkan.
"Malas aku. Aku rehat seorang saja dah okey" Hazel menolak. Dia sudah terbiasa rehat seorang diri.
"Alah kau ini. Dulu kau tak ada kawan boleh cerita lah. Sekarang kita orang dah jadi kawan kau. Boleh lah" pujuk Theo. Dia teringin rehat dengan gadis itu. Lagipun dia ingin melepak dengan gadis itu.
"Err"
"Jom saja lah weyh" celah Ethan. Akhirnya Hazel mengalah jua apabila dipujuk-pujuk sebegitu. Siap Theo melutut bagai. Biasalah kaki drama.
Jayden pula sejak tadi menghadap telefon sahaja. Lelaki itu sedang bermain game. Rupa-rupanya lelaki itu gamers teruk.
Dia ingat lelaki itu seperti Ethan. Rupanya tidak. Patutlah ramai mengatakan Jayden mysterious kerana mereka tidak tahu apa yang Jayden suka.
"Okey cun. Nanti aku call kau kalau dah sampai depan kelas kau" Hazel membuat muka. Apa benda nak call lagi? Boleh terus panggil kan? Dasar Lucas pemalas!
"Eh sekejap. Call?" kata Hazel. Lebih kepada sebuah pertanyaan. Lucas mengangguk.
"Ya lah call"
"Kau nak call aku guna apa?"
"Guna phone lah. Takkan guna kasut aku pula. Kau ini hari ini bodoh sangat kenapa? Mesti sebab makan ayam semalam kan?" sindir Lucas kepada Hazel.
Theo menjeling. Sibuk bangkitkan pasal ayam. Semalam dia yang belanja mereka makan McDonald's. Nak kata dia jampi Hazel jadi bodohlah itu. Terasa tahu!
"Benda tak ada kena mengena tahu" celah Ethan. Lucas membuat muka tidak kisah.
"Kau yang bodoh. Masalahnya kau mana ada nombor aku" Lucas menepuk dahinya. Masing-masing memandang Hazel. Betul juga! Baru mereka berempat perasan.
Mereka langsung tidak meminta nombor telefon Hazel. Masing-masing menghulur telefon ke arah Hazel.
"Seorang sudah lah" Hazel mencapai telefon Jayden yang berhampiran dengannya. Dia memasukkan nombor telefonnya. Tanpa kata dia terus masuk ke dalam kelas.
"Jangan lupa!" Terdengar jeritan Lucas dari luar kelas. Hazel memandang rakan sekelasnya. Ada yang menjeling. Ha nak mula lah itu sesi kutuk-mengutuk dia!
Hazel malas hendak melayan lalu dia membuang pandangannya ke luar tingkap. Tiba-tiba dia merasa telefonnya bergetar. Dia sudah silent sejak awal-awal.
Telefonnya dikeluarkan daripada poket blazer. Notifikasi dilihatnya. Semuanya daripada WhatsApp. Dia menekan aplikasi perbualan itu.
__________
PERSATUAN JANDA KEBABOM!
Today
You was added
🔒Messages to this group are now secured with end-to-end encryption.
Tap for more info.
__________
Berkerut dahi Hazel dibuatnya. Dia tersesat di dalam persatuan mana pula ini? Dia menekan info grup.
'Zaman bila aku jadi janda pula ini? Kahwin pun tak lagi' omelnya di dalam hati.
__________
PERSATUAN JANDA KEBABOM!
+73xxxxx
+Hoi! Hoi!
+Intro kit!
+Hoi!
+Palau!
+Kambing kau!
+Hoi!
+Kuaja!
+Anak tak kenang budi!
+74xxxxx
+Kau jangan tiber boleh tak?
+77xxxxx
+Diam
+72xxxxx
+Nampak benar kebodohan kau lucas!
+Hahahagagaga
+Bodoh single!
+Single layak kena palau!
__________
Tahulah dia bahawa itu grup mereka berlima. Dia ingat dia tersesat di dalam persatuan janda mana lah tadi. Nombor-nombor mereka di simpan di dalam kenalannya. Dia hentam sahaja. Dia meneka saja pemilik nombor tersebut.
__________
PERSATUAN JANDA KEBABOM!
LucasBebal
+Hazel mana hazel?!
+Hazel!
+Hei anak zach ini!
JaydenIce
+Diamlah
+Tak reti diam eh
+Macam monyet aar
EthanNerdy
+Aku nak belajar pun tak senang
+Bising lah kau ini
TheoSenget🙊
+Hazel!
+Woi hazel!
+On lah woi!
+Kurang ajar!
+Aku tahu kau on!
+Saja tak nak reply!
You
+Apa benda korang ini
+Bising banget
+Dah lah nama grup merepek
+Siapa buat duh?
JaydenIce
+Aku buat grup
+Tapi nama grup theo letak
TheoSenget
+Hoho
+Kreatif kan?
+Aku tahu
You
+Tak langsung
TheoSenget
+Sampai hati
+ :(
+Eh lucas mana lucas?
+Tadi meroyan
You changed PERSATUAN JANDA KEBABOM! to THE STUPIDOS💩
EthanNerd
+Setepek yall nama grup
LucasBebal
+Wuuu aku suka siot
+Sedap nama grup itu
+Sedap smpai menjilat jari
You
+Tiber
JaydenIce
+Tiber
EthanNerdy
+Tiber
TheoSenget
+Dah nampak kebodohan lucas
LucasBebal
+Kurang ajar masing masing
+Malas aku on
+Merajuk!
__________
Hazel tergelak kecil. Terhibur dengan keletah 4 jejaka itu.Hazel memandang sekeliling kelas yang agak bising itu. Kemudian, dia menunduk semula memandang telefonnya.
Madam Caren cuti sakit hari ini. Selamatlah dia daripada Madam Caren. Kalau tidak pasti dia dirotan lagi. Ada saja pelbagai cara rakan sekelasnya mengenakannya.
Hazel mengangkat wajahnya apabila terasa ada orang memerhatikannya. Beberapa pelajar perempuan memandang ke arahnya.
Kesemua mereka berbisik sesuatu. Kemudian, semua bangkit berdiri dan berjalan menuju ke arahnya.
Hazel memandang sekilas skrin telefonnya. Grup masih lagi bising. Terus dia off telefonnya. Disimpan ke dalam poket blazernya semula.
Mereka semua berdiri di hadapan meja Hazel. Beberapa lagi rakan sekelas mereka sekadar memandang sahaja. Ingin tahu apa yang bakal terjadi.
"Dulu bukan main sombong. Sekarang dah ada kawan. Sekali berkawan dengan budak famous" ujar pelajar perempuan yang berada di tengah, Lucy.
Hazel tidak berkata apa-apa. Hanya diam memekakkan telinga sahaja. Dia langsung tidak memandang wajah rakan sekelasnya itu.
"Aku rasakan. Dia ini pilih kawan. Nak yang paling kaya saja. Yang famous. Dia tak nak perempuan. Nak lelaki saja. So boleh minta harta dia orang" tambah Natalie.
"Kesiannya dia orang. Kena tipu hidup-hidup" Sabrina mula dengan sikap gediknya. Tangan Victoria dipegangnya lalu digoyang-goyangkan.
"Itu lah pasal" Victoria menyokong.
"Jahatnya perempuan ini" ujar Sabrina lagi.
"Kurang ajar lah perempuan ini tak layan. Aku rasa memang betul pun apa yang kau orang kata" kata Lucy. Meja Hazel dihentaknya.
Hazel masih diam. Dia terpaksa menadah telinga mendengar dirinya dikutuk. Tanpa Hazel jangka, Lucy mencapai beg sekolahnya yang digantung di tepi meja.
"Bagi balik lah" Hazel bangkit berdiri. Dia cuba mencapai beg sekolahnya tetapi Lucy mencampak beg sekolahnya ke arah Sabrina.
Hazel cuba mendapatkan beg sekolahnya semula tetapi Sabrina mencampak ke arah Victoria pula.
"Bagilah balik" Hazel masih cuba bersabar. Dia masih lagi cuba mendapatkan beg sekolahnya semula.
"Bagi balik"
Kini satu kelas bermain campak-mencampak beg sekolah milik Hazel. Hazel masih lagi bersabar untuk mendapatkan begnya.
"Sini kau orang!"
"Woi! Aku! Aku!"
"Nah!"
"Sini!"
"Ambil ini!"
"Hahaha!"
"Bagi baliklah!" jeritnya kuat. Kini dia berdiri di tengah-tengah kelas. Hilang sudah sabarnya.
"Dia marah guys!" usik Jamie, antara pelajar lelaki yang nakal di dalam kelasnya. Kini lelaki itu yang memegang begnya. Satu kelas mentertawakan Hazel.
"Aku tak kacau kau orang kan!" marah Hazel lagi. Langsung mereka tidak takut. Masih lagi tertawa.
"Okey guys! Stop!" Kelas menjadi sunyi mendengar jeritan si ketua kelas, Dexter. Dexter meminta beg tersebut kepada Jamie. Jamie mencampak ke arah Daxter.
"Kau nak?" tanya Dexter. Beg sekolah Hazel diangkat separa dadanya. Hazel tidak menjawab. Semua menunggu apa yang bakal dilakukan oleh Dexter.
Dexter melangkah ke pintu kelas. Pintu dibuka lalu beg sekolah Hazel dicampak ke koridor. Dexter membuat isyarat supaya Hazel mengambilnya di luar.
"Woo!" Kelas gamat dengan suara bersorak dan ketawa. Kesal Hazel dibuatnya dengan tingkah rakan sekelasnya itu.
Hazel terus melangkah keluar dari kelas. Dia terkejut apabila pintu terus ditutup daripada dalam. Dia cuba membukanya tetapi dikunci daripada dalam.
"Padan muka!"
"Baguslah kau Dexter!"
"Cun weyh!"
"Biar dia rasakan!"
Hazel mengeluh. Rakan sekelasnya betul-betul tidak menyukainya. Dia berjalan mendekati beg sekolahnya yang berada di atas lantai koridor itu.
Hazel tunduk mengambil begnya. Beg yang sedikit berdebu itu dibersihkan. Dia mengangkat kepalanya. Dia tergamam.
Kini matanya bertembung dengan 4 lelaki yang berdiri tidak jauh daripadanya. Kedua belah tangannya di bawa ke sisi. Dia mengukirkan senyuman menutup rasa kesal yang dirasainya.

THE STUPIDOS"The friendship will never ends"_____"Ethan!" Hazel berlari anak menuju ke arah Ethan. Terkejut Ethan dibuatnya apabila Hazel memeluknya. Nasib sahaja tidak tertumpah air di dalam gelas ditangannya itu."Kau ini nasib tak tumpah air aku ini" kata Ethan. Hazel mendongak memandang Ethan dengan sengihan."Marah ke?" tanya Hazel ingin tahu. Ethan menunduk memandang gadis itu. Dia menjentik dahi Hazel perlahan."Tak" balas Ethan selamba. Hazel mencebik."Dah ke tepi. Aku nak minum air ini" Ethan menyuruh gadis itu melepaskan pelukan."No" balas Hazel. Dia mengetatkan pelukan. Ethan mengangkat sebelah keningnya."Hmm?" Hazel mengerdip-ngerdipkan matanya. Wajah comel ditayangkan."Kau nak apa ini? Cakap saja" ujar Ethan. Apabila Hazel sudah membuat perangai manja sebegitu, pasti ada yang gadis itu ing
THE STUPIDOS"The friendship will never ends"_____"Dah siap belum?" tanya Hazel kepada Theo. Kelihatan lelaki itu tergesa-gesa menyumbat barangnya ke dalam bagasi."Aku dah kata ambil flight seminggu ke 2 minggu awal. Tak ada lah rushing macam ini. Ini lusa kau nak kahwin baru malam ini sibuk nak balik London" bebel Hazel. Susah betul dapat kawan bebal macam ini."Alah sayang. Aku nak enjoy saat-saat terakhir aku jadi bujang" balas Theo tanpa rasa bersalah. Bagasinya dizip lalu ditarik keluar. Hazel mengikuti langkah lelaki itu."Banyaklah kau. Ini baju pengantin kau macam mana?" tanya Hazel. Theo tergelak kecil."Nanti sampai London aku beli saja baju lain. Pilih saja lah mana-mana. Pakai sehari saja pun" Membulat mata Hazel mendengarkan kata-kata lelaki itu."Habis itu yang siang tadi kau pergi butik itu buat apa
THE STUPIDOS"The friendship will never ends"____Theo menggoyang-goyangkan kakinya yang terletak elok di atas meja kopi. Mulutnya pula mengunyah makanan ringan. Matanya tidak lari daripada memandang kaca televisyen itu.Pap!"Sakit lah gila!" marah Theo apabila kakinya menjadi mangsa pukulan menggunakan alat kawalan jauh itu."Kau buat apa dekat sini?" tanya Theo kepada Natalie yang berdiri di tepinya. Alat kawalan jauh ditangan Natalie dirampas."Aku tunggu kau 2 jam tahu tak? Kata nak fitting baju!" marah Natalie. Theo tergelak sahaja tanpa rasa bersalah."Kau yang nak pakai baju itu. Fitting lah seorang-seorang. Lagipun aku sibuk""Sibuk kepala lutut atuk kau!""Eh atuk aku itu atuk kau juga tahu" balas Theo selamba. Natalie mengetap giginya.Natalie melabuhkan duduknya di sebelah
THE STUPIDOS"The friendship will never ends"____"Nak ke tak nak?" Lucas memandang siling biliknya. Pensel ditangannya dipusing-pusingkan."Nak ke tak nak?""Nak ke tak nak?"Lucas duduk tegak semula. Kerusinya dipusingkan menghadap meja kerjanya. Kertas A4 dicapai. Dia perlu membuat lirik lagu untuk lagu barunya."Haish!"Sesungguhnya tangannya tak menulis seperti apa yang difikirnya. Saat melihat nama Bella yang ditulisnya di atas kertas tadi, terus sahaja dia mencampak pensilnya. Dia menggelengkan kepalanya."Nak ke tak nak?" tanya Lucas lagi kepada diri sendiri."Apa aku buat ini? Serupa orang gila dah" Rambutnya diserabaikan. Dia merenung A4 di hadapannya itu. Pensil dicapai semula."Nak ke tak nak?" Tanpa sedar tangan Lucas bergerak menulis di atas A4 tadi.Bell
THE STUPIDOS"The friendship will never ends"_____"Woi! Kambing!" Tersedak Theo apabila mendengar jeritan Lucas itu."Mana kambing?" Theo bangkit berdiri. Sekelilingnya dipandang mencari haiwan itu."Kambing!""Mana kambingnya?" Theo berdiri di atas sofa. Matanya memandang sekeliling ruang tamu mencari keberadaan kambing yang dimaksudkan oleh Lucas itu."Kau kambing!""Mana? Macam mana kambing itu boleh masuk dalam rumah kita?" Theo masih mencari kambing tersebut."Kambing!" Lucas tertawa kecil melihat kebodohan Theo itu."Mana tak guna?" jerit Theo."Kau lah kambing itu!" Theo memandang Lucas tajam. Dia melompat turun dari sofa itu lalu mencapai bantal kecil dan dibaling ke arah Lucas tetapi Lucas sempat mengelak. Lucas tergelak kuat."Woi! Kau tunggu nasib kau
LUCAS HARVEY"Weyh tengok itu Lucas""Hensemnya""Betul itu"Lucas hanya meneruskan langkahnya ke dalam perkarangan sekolah. Banyak mata yang memandang ke arahnya. Dia sudah biasa dengan situasi itu."Lucas!"Lucas tersenyum lebar melihat gadis itu. Gadis itu berdiri bersama 3 jejaka yang lain. Dia melambai ke arah gadis itu lalu berlari anak ke arah mereka._____"Minggu depan kita akan adakan konsert dekat London. Esok kita akan fly ke sana. Tak ada apa lagi. Itu saja lah" ujar Mark sambil matanya beberapa kali melihat helaian kertas ditangannya. Takut dia tertinggal apa-apa maklumat penting.Lucas memandang Mark. Lamunannya terhenti apabila mendengar kata-kata Mark. Tiba-tiba sahaja dia teringat kisah zaman sekolahnya."Itu saja kan?" Mark mengangguk sebagai jawapan.Lucas bangkit berdiri l
-Your problem is my problem too-____"Ethan. Ethan. Ethan" Hazel berlari masuk ke dalam villa setingkat itu. Diterjah sahaja rumah itu sebaik sahaja dia keluar dari perut teksi tadi."Ethan!" Hazel masih mencari-cari manusia bernama Ethan Einsteirn itu. Mana lelaki itu pergi? Main sorok-sorok ke? Kenapa tak bagitahu dulu nak main sorok-sorok?"Suzen. Oh Suzen. Ada nampak pakcik Hazel tak?" Hazel mengangkat kucing berwarna kelabu itu dan bercakap dengannya. Suzen cuba melepaskan diri.Jangan tanya mengapa nama kucing itu seperti nama perempuan. Itu semua disebabkan dua orang manusia bernama Theo Zander dan Lucas Harvey. Berebut mahu meletakkan nama sedangkan itu kucing Ethan.Meow!"Alah. Pakcik Ethan"Meow! Meow! Meow!Kelihatan kucing betina itu seperti memarahinya. Hazel mencebik. Dia meletakkan Suzen di atas lantai
-They are always with me when Ineed them, I just hope they will stayby my side until my last breath-_____"Nef! Oh my gosh! We meet again!" ujar Sophia teruja. Kali ini gadis itu berpakaian kasual sahaja. Skirt jeans paras lutut dan baju tshirt lengan panjang.Jayden yang sedang menunggu Theo mengeluh. Boleh pula terjumpa dengan gadis ini. Elok saja selama dia tengah bercuti ini tidak berjumpa, tiba-tiba dia yang baru balik dari Jepun ini terserempak dengan Sophia."Nef! You look so handsome. Awak pilot rupanya" puji Sophia dengan senyuman manis. Jayden hanya buat tidak dengar sahaja. Matanya melilau mencari Theo. Katanya mahu menjemput dia pulang."Nef...""I'm not Nef" ujar Jayden apabila gadis itu asyik memanggil dirinya sebagai Nef. Entah nama siapa gadis itu gunakan."Habis itu awak tak nak bagitahu nama awak. Saya panggil saja
-To love is nothing. To be loved issomething. But to love andbe loved, that's everything-_____Hazel memuncungkan bibirnya apabila melihat Ethan yang sibuk dengan iPadnya. Sejak tadi lelaki itu sibuk dengan kerjanya."Aku haus""Pergilah minum""Aku lapar""Masaklah sana" balas Ethan yang masih memandang iPadnya. Hazel mencebik."Aku bosan""Diam saja""Masakkan untuk aku. Kau masak sedap" pinta Hazel. Lengan baju Ethan ditarik-tarik. Ethan memandang Hazel. Dia menggelengkan kepalanya."Aku tengah busy ini" Jarinya bergerak-gerak di atas skrin iPadnya itu. Hazel mengembungkan pipinya.Dia duduk menghadap Ethan dari tepi. Kakinya diletakkan di atas riba Ethan. Bahunya disandarkan di sofa. Kakinya dihentak-hentak di atas peha Ethan. Rasakan."Sakitlah