"Aaaa. Saaakit."
"Tahan la sekejap. Saya buat slow-slow ni. Kata nak cantik macam Princess Anna?"
Amani sedang mendandan rambut Maya dengan berhati-hati sambil dipujuknya gadis itu dengan lembut.
"Ta-tapi. Sa-sakit."
Rengek Maya sedikit bila kulit kepalanya terasa perit akibat tocang rambutnya yang dirangkai oleh Amani."Memang lah sakit. Tapi sikit je. Kejap lagi cantik lah."
Perlahan-lahan Amani mula merangkai tocang pada rambut panjang Maya yang sedikit ikal dibahgian bawah. Cantik sekali rambutnya.Gadis berIQ rendah itu sudahpun siap mengenakan dress ala-ala Princess Anna kegemarannya. Selama ini, Mak Tom lah yang menjadi mengsa melayan kerenahnya. Kini semenjak kehadiran Amani, giliran gadis itulah yang terpaksa merelakan diri melayan segala kemahuan gadis itu.
Namun Amani tidak merungut akan hal itu. Baginya, tak salah jika diapun turut sama masuk kedalam dunia Maya. Meski sebelum ini dia tidak terbiasa de
FLASHBACK Sehari selepas Muaz membawa Amani pulang kerumahnya, Muaz kembali kelorong untuk bertemu Ramona bagi menanyakan tentang status lebih lanjut gadis yang telah dibawanya pulang itu.Puas Muaz berpusing-pusing di kawasan itu, namun tak juga dilihatnya kelibat Ramona.Akhirnya Muaz nekad bertanya pada penduduk di sekitar situ akan tempat tinggal wanita itu. Mujur Ramona merupakan seorang yang termasyur dikawasan lorong itu. Jadi, setiap penduduk disitu sudah tentu tahu akan tempat tinggalnya.Segera Muaz menuju flat dimana Ramona tinggal selepas mendapat maklumat. "Kau memang dasar sundal tak ada otak tahu tak. Bodoh punya perempuan. Kau bagi Amani macam tu je pada orang tua tu?"Sayup-sayup kedengaran oleh Muaz suara herdikan dan tengkingan dari tingkat tiga rumah flat yang didakwa sebagai tempat Ramona menyewa.Suara itu juga turut dilatar belakangi oleh rintihan seorang
Hampir setahun sudah Amani tinggal bersama keluarga Muazam. Amani semakin kelihatan lebih selesa. Penerimaan keluarga Muaz membuat Amani tidak lagi berduka meski kini dia hanya tinggal sebatang kara.Meski setiap hari Muaz sibuk dengan kerja, namun lelaki yang mula menginjak usia 49 tahun itu sering menyempatkan walau sedikit masa bersama keluarganya.Setiap hari Muaz tidak pernah terlepas saat saat makan bersama keluarga meski hanya sekadar makan malam.Seperti malam itu, Amani telah siap memasak makan malam untuk seluruh keluarga dibantu oleh Mak Tom yang masih belum pulang. Selalunya pembantu rumah Muaz itu akan pulang kerumah seusai menyiapkan makan malam. Namun kebiasaannya Muaz akan mengajak wanita berusia 55 tahun itu untuk makan malam sekali. Dan acara makan malam keluarga pun berlangsung rancak."Amani."Muaz menegur seketika.Semua mata kini tertuju pada Muaz, Amani tidak terkecuali. Meski
KLIA International departure hall.Pemuda itu melangkahkan kaki yang bersarung kasut berjenama dengan penuh bergaya. Bagasi ditangan ditarik sambil acah-acah membetulkan cermin mata hitam diwajahnya. Anak matanya meliar kesana kemari kearah kerumunan orang yang menunggu dibalai ketibaan.Pemuda itu gagal mengesan kelibat orang yang dikenali. Bahunya dijatuhkan bersama keluh kecewa. Segera tangannya menggagau poket blazer untuk mengeluarkan telifon bimbitnya.Iphone 11 ditekan pada skrin bagi mengenyah kunci peranti itu. Skrin yang sudah terbuka dipandang jengkel sebelum keluhnya kembali kedengaran.Data roaming. Huh..!Telifon kembali disumbat kedalam poket. Cermin mata hitam juga dilurut dari soket telinga lalu disangkut pada baju dibahgian dada.Matanya kini meliar kesana kemari. Dia perlu mendapatkan sim card baharu untuk digunanya segera. Jika tidak, bagaimana dia mahu menghubungi keluarganya?Kisah mencari sim
Mercedes-Benz GLC hitam itu tiba dihalaman rumah. Itulah kereta kebanggaannya yang kerap dia guna setiap hari untuk kemudahan transportasinya.Meski terdapat kereta-kereta mewah lainnya, namun lelaki yang hampir memasuki usia separuh abad itu lebih gemar memandu kereta itu berbanding yang lain. Dia juga lebih selesa memandu sendiri daripada menggunakan khidmad driver. Setakat ini, lelaki itu masih cukup segar berstamina, tidak kalah dari yang berusia 30an.Muaz melangkah keluar dari perut kereta. Pintu rumah dituju segera. Tidak sabar dia untuk berjumpa hero kebanggaannya yang mana mereka telah berjauhan selama empat tahun lamanya.Daun pintu ditolak selepas dia mengenyah kunci menggunakan sistem kawalan automatik. Muaz lalu meloloskan diri kedalam rumah. Matanya meliar mencari kelibat manusia diruang tamu yang mana masih belum dikesannya."Ayah..."Pandangan Muaz lalu berpaling kearah tangga dimana terdengar suara lelaki
Isnin pagi 10am.Suara telifon membingitkan telinga, serta mengusir segala mimpi-mimpi indah yang bermain-main diminda. Matanya terpisat-pisat cuba dibuka meski kantuk masih bersarang dikepala.Meja kecil sebelah katil diraba tanpa membuka mata sepenuhnya. Iphone 11 yang masih bercas dicapai segera. Skrin telifon disua ke muka, memaksa gam-gam yang melekat dimata enyah dengan segera.'My Dad'Nama itu sekali lagi memunculkan diri pada skrin. Keluhnya dilepaskan. "Apa yang orang tua ni nak pagi-pagi ni?" Dia menggerutu sendirian. Mahu tak mahu, panggilan dijawap juga."Hallo ayah." Sapanya dengan suara serak akibat bangun tidur tergesa-gesa."Morning, Baby Boy. Do you just a wake? Seriously?" Balas sang ayah.Kembali Fairuz membuang keluhnya. Celik mata je dah kena bebel. Masa kat UK tak ada pun orang call pagi-pagi dan membebel macam ni."Ermm. What do you want, ayah? Yuz ngantuk ni. Kalau nak membebel
Porche milik Fairuz telah tiba dihadapan university tempat Amani menuntut. Kereta itu diperlahankan sebelum ia berhenti sepenuhnya.Fairuz melepaskan tangan dari memegang stering, dan telah memeluk tubuhnya sendiri. Pandangannya kosong dibuang kehadapan, sebelum gumamnya kedengaran."Siapa kau ni sebenarnya?"Soalan itu dilontar tanpa mengubah pandangannya. Amani tersentak dan menoleh laju kearahnya. Wajah lugu gadis itu sedang tidak faham dengan apa yang Fairuz utarakan."Er,, apa maksud Yuz?" Perlahan Amani bertanya supaya lelaki itu memberinya sedikit pencerhan.Fairuz mengerling gusar kearah Amani. Wajah garangnya kelihatan sangat tidak berpuas hati."Yuz?" Sempat Fairuz sungging senyum sinis diantara kata-katanya."Siapa yang benarkan kau panggil aku Yuz? Kau bukan family aku, jadi jangan nak pandai-pandai kau panggil aku Yuz." Ucapannya diteruskan, kasar tanpa perasaan.Amani sudah terdiam ditempatnya. W
"A-awak. Ba-Baby nak ma-maggi boleh?"Amani paling pandangan sektika pada Maya, apabila kedengaran gadis OKU itu berkata demi kian. Ahh, sudah. Nak maggi la pulak!Amani membuang keluh sejenak. Jam dinding dikerling sebentar. 9:30pm. Awal lagi, boleh lah dia turun bawah sekejap. Bukan apa, kalau lambat-lambat dia pun sedikit seram dirumah itu. Maklumlah, ruangannya besar-besar. Bila seorang diri, serasa seperti ada sesuatu mengintai. Terus merinding bulu romanya."Emm, baiklah. Baby nak maggi apa?"Tanyanya kemudian."Nak, ma-maggi cup. Yang, pe-perisa, ayam!""Okey. Tunggu sekejap ya. Saya turun dulu. Nanti saya bawa naik kesini."Anggukan Maya dilihatnya. Amani kemudian mencapai kain tudung lagi sekali lalu dibalut buat menutupi kepala. Segera dia menuju pintu lalu menapak keluar. Satu persatu kitchen kabinet dibuka. Dia sudah terlupa dimana dia menyimpan stok ma
"Amani.."Mak Tom menegur dari belakang ketika gadis itu sedang ralit membasuh pinggan."Ya, Mak Tom."Hanya lehernya dipusing bagi menoleh pada Mak Tom dibelakang."Mak Tom nak balik dulu ya. Dah pukul 8 setengah ni. Ubat kencing manis mak Tom lupa pula nak bawak.""Oh. Baiklah Mak Tom. Mak Tom hati-hati ya.""Iyalah. Amani pun sudah-sudah la tu buat kerja. Kaki Amani kan masih sakit."Mak Tom melirik kebawah bagi melihat kaki Amani yang telah berbalut bandage."Dah okey dah ni Mak Tom. Lagipun Amani habiskan kerja sikit aje ni."Alasannya diberi supaya Mak Tom tidak risau."Emm, iyalah. Habis basuh pinggan ni terus naik bilik ya. Yang lain-lain tu biar besok Mak Tom uruskan.""Baik Mak Tom."Usai berpesan demikian, Mak Tom segera pamit meminta diri. Wanita pengidap kencing manis itu sudah berasa lain macam badannya kerna terlambat mengambil ubat untuk hari ini akibat terlupa membawa bek