All Chapters of MY HEROINE TUANKU PUTERI: Chapter 11 - Chapter 20
34 Chapters
BAB 10
Ruang Legar, Istana Makmur Gelang Putih. "TUAN puteri, berhenti!" jerit beberapa orang pengawal istana sambil berlari-lari mengejar langkah kencang Wardah. "Jangan mimpilah..." Wardah berpaling ke belakang seraya menjelirkan lidahnya kepada para pengawal tersebut. "Tuanku. Kasihanilah patik semua," rayu pula para inang yang turut sama berusaha menangkapnya. "Memang taklah aku nak kesiankan kau orang. Siapa suruh ayahanda nak kahwinkan aku dengan sultan kasanova tu? Hell no!" balas Wardah dengan nada naik seoktaf. Lantas, dia menarik kain batik sarung yang dipakainya lalu melemparkannya ke muka ketua dayang. Melihatkan tindakan berani si puteri, para pengawal dan dayang-dayang terkesima. Kenapa puteri kerajaan Gelang Putih ini berkelakuan sangat pelik daripada kebiasaan dan tanpa ada rasa malu pula, bertindak memecat kainnya di hadapan orang ramai? Mereka buntu. "Yahoo! I'm free!" jeritnya pula puas ha
Read more
BAB 11
Taman Bunga Larangan, Istana Makmur Gelang Putih. "TUANKU puteri, tolonglah turun. Bahaya!" rayu Inang Sejahtera. Aduh, dia sudah pusing dengan ulah puteri asuhannya. Kenapa sejak kes hampir ditanduk oleh kerbau hari itu,  baginda puteri bertukar perangai seratus peratus berlainan daripada asal? Jika dahulunya Puteri Indah Kencana sangat sopan orangnya, kini berperangai mengalahkan mambang! "Eii, best apa duk atas pokok ni? Dapat udara segar... wohoo!" laung Wardah sambil mendepakan tangan. Wah, serius dia sudah lama tidak merasai bayu angin menampar lembut pipi mulusnya. Kali terakhir dia merasai dingin angin segar membelai wajah adalah ketika menjalankan ekspedisi di Gunung Tebu bersama rakan-rakan doktornya. Sumpah dia rindukan masa itu. "Tapi tuanku puteri, pokok tu banyak kerengga. Nanti kena gi..." "Aaaaaaa!" Tanpa sempat Inang Sejahtera menghabiskan ayatnya, Wardah terlebi
Read more
BAB 12
Taman Bunga Larangan, Istana Makmur Gelang Putih. WARDAH menjerit sekuat hati. Ngeri, ngeri, ngeri! Pengalaman patah kaki akibat jatuh pokok ketika berusia 10 tahun serta-merta menerpa memorinya. Dek kenakalannya mencuri buah mangga jirannya yang digelar Encik Yusri, dia mendapat balasan apabila terjatuh kerana digigit semut api di atas pokok. "Tuanku puteri... tak apa-apa?" Eh? Suara menenangkan jiwa milik seorang lelaki terus membuatkan Wardah berhenti menjerit lalu  membuka mata. Dengan fikiran masih berkelabut, dia berasa dirinya tidak jejak tanah tetapi terapung di udara.  Lalu, juga dengan fikiran masih tidak betul, pantas dia memusatkan fikiran ke arah wajah seorang lelaki yang begitu dekat dengannya. "Kazz..." tuturnya perlahan. Ya Allah, kacak betul wajah lelaki ini. Walaupun lelaki itu berpakaian lengkap dalam sepersalinan baju Melayu diraja dari jenis songket tenun dan figuranya kelihatan amat klas
Read more
BAB 13
Kamar Peraduan Sultan, Istana Besar Sakti Kota. 'SIAPA Kazz? Puteri Indah Kencana pun sebut nama tu. Tapi, kenapa puteri tu nampak agak pelik? Setahu aku, seorang puteri diraja takkan berperangai gila macam tu.' Ahwaz merenung jauh ke langit. Gugusan bintang di malam hari memagari cahaya bulan nan purnama. Langit malam itu cerah bersinar dilimpahi cahaya nan terang. Jika diikutkan bulan Islam, malam ini adalah malam ke-15 takwim Hijri. Patutlah, sang rembulan kian memancarkan nur yang gilang gemilang. Namun, keindahan malam itu tetap gagal untuk melenyapkan gundah hatinya. Apabila bersetentangan mata dengan si puteri tadi, dia bagaikan mandi tak basah, tidur tak lena. Tetapi, bukanlah kecantikan Puteri Indah Kencana yang dirinduinya malah hanyalah resah akan nasib sang puteri. Pada hematnya, betullah puteri itu sangat cantik seperti yang dikhabarkan oleh orang ramai. Jika nak dibandingkan dengan 99 orang gundik Sultan Nadim Alam, tiad
Read more
BAB 14
Unit Kecemasan Khas, Malaysia Sport Centre Hospital. DUA tubuh kaku yang diletakkan bersebelahan antara satu sama lain di atas katil masing-masing dipandang dengan penuh gusar oleh Prof. Zhou. Turut bersama dengannya adalah Isbah, Hariri dan Aina. Seperti Prof. Zhou, mereka bertiga juga kelihatan tidak senang duduk menyaksikan rentak graf gelombang otak dan nadi Ahwaz dan Wardah. "Aina, boleh kamu cepatkan sikit timeline game ni? Maksud saya, terus langkaukan dia orang ke level seterusnya," tanya Prof. Zhou sambil mengusap dagu. "Sepatutnya, tak boleh. Kapten perlu kalahkan armada dari Sepanyol dulu barulah betul-betul dapat jumpa dengan Wardah," jawab Aina sambil menggigit bibir. Untuk permainan digital berasaskan latar tempat zaman kesultanan dahulu kala yang diciptanya, dia memang mengsetkan peraturannya begini. Langkah itu diambil setelah meneliti kondisi kesihatan Ahwaz. Lagipun, menurut doktor yang merawatnya,
Read more
BAB 15
Balairung Seri Istana Sukma, Negeri Sakti Kota. SANG mentari sudah menyinari tanah sebaik sahaja Ahwaz berlalu masuk ke balairung seri lalu duduk di atas singgahsana. Sejurus sahaja dia melabuhkan punggung, suara pengawal di muka pintu bergema memenuhi ruangan tersebut. "Keberangkatan tiba Saudagar Bai Yu dari China..." Namun, sebaik sahaja ayat tersebut sampai di telinganya, serta-merta Ahwaz berasa sesak nafas. Kepalanya juga turut berdenyut hebat dek sebaris nama yang singgah di gegendang telinganya. Ada apa dengan nama Bai Yu? Kenapa dia berasa sangat rapat dengan nama itu? "Tuanku." Panglima Tangkas yang berada di sisinya menegur gusar. Dia kemudiannya saling berpandangan dengan Hulubalang Kasturi yang turut sama kelihatan mengerutkan wajah melihat keadaan sultan mereka. Kenapa sultan ini kelihatan pelik sejak sembuh dari gering seminggu yang lalu? Sungguh mereka penasaran dengan keadaannya. "Jangan risau, beta ta
Read more
BAB 16
Kamar Peraduan Puteri, Istana Makmur Gelang Putih. PERASAANNYA untuk ke negeri Sakti Kota bagi bersemuka dengan Ahwaz secara langsung meluap-luap, tetapi dia ada masalah besar sekarang ini. Masalahnya adalah tak lain tak bukan, dia tidak tahu jalan untuk ke sana! Seketika, dia terpunduk sendirian mengenang nasib tidak baik yang menimpanya. "Inang, beta nak jumpa Kazz." Bagaikan anak kecil, Wardah menarik muncung lalu menarik-narik lengan Inang Sejahtera. Melihatkan itu, Inang Sejahtera menarik nafas panjang. Hailah tuan puteri, semakin hari semakin pelik. Ada-ada saja bahasa makhluk asing yang terbit dari mulutnya. Sekarang, siapa pulalah 'Kazz' yang disebut-sebutnya itu? Sungguh dia buntu dengan perangai baru puteri asuhannya ini. "Beta nak sangat jumpa dia. Beta rindu," pujuk Wardah lagi. Dia rindu? Ya. Dia bermuka tembok? Ya. Dia adalah perigi yang mencari timba? Ya. Semuanya ya jika perkara tersebut berkaitan dengan Ahwaz
Read more
BAB 17
Kamar Peraduan Sultan, Istana Besar Sakti Kota."MACAM mana dengan keadaan tuanku, saudagar?" tanya Panglima Tangkas dengan runsing. Sejenak, dia merenung dalam ke wajah pucat sultan itu.Apabila tiba-tiba tidak sedarkan diri tadi, Sultan Nadim Alam terus dibawa ke kamar peraduannya. Saudagar Bai Yu pula serta-merta melakukan tugasannya mengaplikasikan teknik akupunktur kepada sultan negeri itu. Padanya, sultan tersebut memang benar-benar gering.Dengan jarum yang pelbagai saiz kepanjangannya, ia nampak agak menyakitkan. Namun, teknik perubatan tradisional dari China ini sangat baik untuk mengubati aliran tenaga badan yang dipanggil ‘Chi’. Di negaranya, teknik ini jugalah yang digunakan untuk merawat maharaja mereka."Saya hanya mampu mencuba. Tapi, nampaknya baginda sultan semakin tenat," jelas Saudagar Bai Yu."Ya Tuhan..." Panglima Tangkas terhenyak mendengarkan berita tersebut."Betul-betul ke ni, saudagar? S
Read more
BAB 18
Kamar Peraduan Sultan, Istana Besar Sakti Kota. "KAPTEN, musuh menyerang!" Ahwaz membuka mata lalu memandang ke sekeliling. Kini, dia mendapati dirinya bukan lagi di dalam istana lama kesultanan Melayu, bahkan berada di kawasan yang dipenuhi batu-batan. Pada hematnya, ia adalah kawasan pembinaan dek di sini, terdapat juga cerucuk-cerucuk tajam yang tertanam di dalam simen. Bunyi tembakan pistol dan sesekali diselangi dengan mesingan turut membingitkan deria pendengarannya. Kini, turut terzahir jelas di matanya adalah figura beberapa orang pemuda berpakaian unit taktikal khas memecah masuk ke dalam sebuah bilik yang masih belum siap sepenuhnya. "Sila mereput dalam neraka sajalah, Kazz!" Tanpa Ahwaz sedari, dadanya terlebih dahulu ditembusi dengan besi panjang. Darah merah segar menitik-nitik ke lantai melalui besi yang terpacak kukuh di dadanya. Ketika ini, tiadalah yang dia fikirkan kecuali mati. Adakah ini pengakhiran hidupny
Read more
BAB 19
Kamar Peraduan Sultan, Istana Besar Sakti Kota. WARDAH meneliti lagi sosok tubuh Ahwaz yang masih berada di atas katil. Raut wajah itu nampak pucat, tetapi dia memahami kondisi tersebut. Ahwaz masih belum pulih sepenuhnya tetapi alhamdulillah, jejaka itu tidak terus 'tenggelam' di dalam tidurnya tadi. "Kau... okey?" tanya Wardah seraya mengheret kerusi lalu meletakkannya di tepi katil. Lantas, dia melabuhkan punggungnya. "Okey," jawab Ahwaz tenang. Mulut kata lain, hati kata lain. Itulah yang dilakukan oleh Ahwaz untuk mengelak daripada disoal siasat oleh si puteri. Walaupun hatinya sedang berperang hebat ketika ini, dia sengaja malas melayan. Lagipun, memang dia tidak kenal secara terperinci pun perangai Puteri Indah Kencana. "Kau nampak jari aku ada berapa?" Wardah mengangkat tangan lalu menunjukkan dua batang jarinya kepada Ahwaz. "Dua," jawab Ahwaz. "Good. Sekarang, ikut pula hala jari ni." Wardah
Read more
PREV
1234
DMCA.com Protection Status