Aku buka mataku saat terdengar bisikan seseorang dekat denganku. Benda pertama aku nampak ialah laptop aku yang menyala dan satu susuk tubuh sedang menggunakannya.
Aku lihat Daniel sedang membaca sesuatu kerana mulutnya terkumat-kamit di depanku. Aku buka mataku lebih luas, dia sedang baca apa yang aku tulis dan apa yang pernah aku tulis di dalam laptop itu—
"Daniel?" Aku bangun dari baringan, Daniel duduk di lantai masih membaca di laptopku yang berada di atas meja. Dia habis membaca dan menoleh melihat aku.
"Kau pandai buat puisi. This is beautiful tapi aku akan pastikan lepas ni, kau akan tulis puisi yang happy-happy pulak." ujar Daniel, lalu dia tutup laptop itu. Aku lihat dia, rambutnya masih basah menandakan dia baru habis mandi. Tuala masih ada di lehernya.
Dia pandang aku lama buatkan aku rasa tidak selesa.
"Puisi terakhir kau. Kau rindu mak kau dan kau sunggup gantikan dia untuk pergi dari dunia ni. Why?" Setelah dia mencerna puisi itu, dia menyoal kenapa pula.
"Aku nak ubah apa yang berlaku sebelum dia mati. What happened was wrong. Dia overdose sebab aku. Kalau aku boleh kawal diri masa tu, aku akan bersama dia tapi—" Aku mengeluh kecil, aku bersandar di sofa itu semula.
"Never mind. It doesn't matter anymore," bisikku kecil lalu mengurut dahiku yang tiba-tiba rasa pening. Aku pejam mataku lembut—
I hate you!!
Kalaulah aku tahu mama akan buat macam tu, aku tak akan sebut perkataan tu.
Selepas mama mati, aku salahkan diri sendiri. Tapi selepas masuk rehab dan keluar dari sana, aku mula terima yang mama pergi kerana ajalnya sudah tiba.
Aku sentiasa mimpi buruk setahun selepas mama pergi, walaupun waktu tu aku ambil barang.
Seketika aku rasa ada tangan lain memicit dahiku, aku larikan tanganku dan biarkan tangan hangat itu meneruskan picitan.
"You know, Urwa. I just killed someone today." Daniel tiba-tiba bersuara, aku buka mata dan mata aku terus jumpa wajahnya yang sudah ada di depan wajahku.
Oh my god.
"I got half million for did that. I don't regret what i did. Wanna know why?" Aku angguk kecil, Daniel tersenyum kecil.
"Sebab lelaki tu ada rekod rogol kanak-kanak dan jual organ. Dia tak layak hidup, kau nak tahu apa yang dia kata sebelum aku bunuh dia?"
Aku angguk lagi.
"He said 'Don't kill me. I have kids and wife. I can pay you any amount you want'" Daniel ketawa kecil, dia pejam matanya sekilas.
"Dia rogol kanak-kanak. Dia jual organ budak-budak yang dia culik. Dan dia ada anak. How ironic is that?" Daniel lepaskan kepalaku, aku berdiri tegak, aku duduk tegak di atas sofa, dia di belakang sofa aku.
"Aku tak menyesal sebab bunuh dia. Memang dia layak dibunuh. Aku tak akan bunuh orang tanpa sebab, Urwa." kata Daniel lagi, aku diam lama sebelum menoleh melihatnya. Dia sudah memandang ke arah aku.
"Apa yang kau cuba sampaikan?"
"What I'm trying to say is— Urwa, everything happened has a reason. Semua yang berlaku ada sebab, mak kau pergi ada sebabnya." Daniel mendekati aku, dia tunduk menyamai ketinggian wajah kami. Jarak kami hanya dihalang penyandar sofa.
"Apa sebabnya?" soalku kecil, Daniel tersengih kecil.
"This's when you need to be patient for the answer to show up," bisiknya di depan wajahku, bauan tubuhnya segar di dalam rongga hidungku.
"What if it will never show up?"
"Then you need to move on," bisiknya dan hidung kami bersentuhan. Keliru dengan perasaan sendiri, aku berdiri dari sofa dan berlalu masuk ke dalam tandas.
~ ~ ~
Kami duduk makan malam di meja makan, Daniel yang masak. Not bad untuk dia sebagai seorang lelaki. Dia boleh memasak. Masakannya boleh tahan sedap juga.
Aku teguk air sirap yang terakhir di dalam gelas aku. Usai itu aku bangun dan berlalu ke singki untuk cuci pinggan dan gelas yang aku guna.
Daniel sedang kemaskan meja makan, pinggannya dibiarkan ke dalam singki. Aku melihatnya yang masih fokus mengelap meja makannya. Memang pembersih betul dia ni. Tak boleh ada comot sikit pun.
"Nak aku basuhkan ke pinggan kau tu?" soalku senada, Daniel mengangkat wajah memandang aku.
"Kalau kau rajin, tolong la basuhkan." balasnya, aku mengangguk saja. Tidak membuang masa aku. Basuh juga pinggannya dan mangkuk-mangkuk lauk yang digunakan tadi.
Usai mencuci, aku lap pinggan mangkuk sehingga kering sebelum aku letakkan di atas rak. Selepas menyusun pinggan mangkuk, aku berlalu ke sofa bersama laptop aku semula.
Jujur aku tak tahu nak buat apa.
Tidak lama kemudian, Daniel datang duduk di sebelah aku. Dia buka TV di depan kami yang tergantung bangga di dinding itu. Air kopi di dalam gelasnya diletakkan di atas meja di depan sofa yang kami duduk.
Aku abaikan kehadiran dia di sebelah aku, tangan mula menaip puisi baru. Aku tulis apa yang aku dengar dan apa yang aku rasa.
Aku tak ada tempat untuk mengadu, jadi aku memilih untuk menulis saja.
Weird.
Sometimes this feeling feels strange.
Where no one knows.
It slowly slipped in.
Sometimes it just happens.
I don't understand what the reason is.
Confusion comes and doesn't go.
Aku diam membaca semula puisi itu, tanganku naik menyentuh dada sendiri. Laju, degupanku laju. Tapi kenapa? Apa sebabnya?
Keliru dan pelik rasanya.
"Daniel," panggilku perlahan, mata aku masih pada skrin laptop. Aku dengar dia menyahut lembut di sebelah aku. Aku menarik nafas panjang dan lepaskan perlahan-lahan, kenapa aku semakin berdebar?
"What happened to me?" soalku dengan nada yang keliru. Aku mengangkat wajah melihatnya, Daniel memandang aku dengan tanda tanya. Matanya turun di tanganku yang ada i dada.
"Apa? Kau sakit dada ke?" soalnya kelihatan risau pula, aku ketap bibirku rapat. Aku letak laptopku di atas meja itu dan aku berdiri.
Daniel kini semakin keliru.
Aku berdiri dan berganjak menjauhi dia. Aku berdiri berdekatan dengan TV. Lebih kurang enam kaki jauh dari dia, bersamaan dengan dua meter. Aku sentuh dadaku semula, kurang laju degupannya.
Mataku terbuka luas, jadi— jadi aku rasa macam ni kerana Daniel. Aku lihat Daniel, dia masih keliru dengan apa yang aku sedang lakukan.
"Kenapa aku berdebar bila dekat dengan kau? Tapi bila jauh macam ni, takde pula nak berdebar macam tadi." kata aku dengan nada tidak puas hati. Aku sukakan dia ke? Tapi macam tak mungkin, aku baru kenal dia.
Daniel terkedu dengan soalan aku, seketika dia tersenyum nakal. Dia berdiri dari sofa, TV ditutup olehnya. Dia melangkah mendekati aku dan berdiri di depan aku. Hanya beberapa inci daripada aku.
Jantung aku kembali berdegup kecang. Aku sentuh lagi dada aku, aku tak suka perasaan ni. Dia buat aku rasa gementar.
"Kau suka aku kot," jawabnya selamba. Aku terkebil-kebil di depannya, seperti yang aku sangka, mungkin aku sukakan dia?
"Mana boleh!" balasku logik akal bagiku. Daniel pula terkelip-kelip mendengar jawapan aku.
"Apa pula mana boleh? Kenapa tak boleh?" soalnya kini berpeluk tubuh di depan aku. Riaknya serius.
"Aku baru kenal kau. Takde sebab aku nak suka kau."
"Takde sebab?!" Daniel bersuara kuat dengan riak terkejut membuatkan aku tersentak dengan nada suaranya. Dia tunding jari pada diri sendiri dan berkata—
"Lelaki hensem macam aku ni kau cakap takde sebab? Aku yang sado ni kau cakap takde sebab? Kau tak nampak ke tubuh aku ni? Ramai perempuan nak sentuh tubuh macam ni tau!" balasnya bersungguh-sungguh, melihat reaksinya buatkan aku tersenyum kecil sebelum ketawa perlahan.
Aku tutup mulutku mahu mengawal tawa namun teringatkan riaknya tadi, aku kalah dengan diri sendiri. Aku ketawa di depannya sekuat hati, aku sentuh pipiku yang terasa hangat itu.
Daniel terpinga-pinga. Aku berhenti ketawa dan tersenyum lebar padanya. "Lawak muka kau tadi. Kalau sempat rakam tadi, boleh la aku tunjuk." kata aku perlahan. Daniel diam masih memandang ke arah aku.
Aku tersengih kecil, ketawaku masih tersisa, tiba-tiba Daniel bertindak diluar jangkaan aku. Dia perangkap aku di dinding sebelah TV. Kedua-dua belah tangannya naik menahan di antara kepalaku.
Tubuhnya dekat, sangat dekat, aku dapat rasa kehangatan tubuhnya dan hembusan nafasnya menampar wajahku lembut. Sisa tawaku mati sekelip mata, senyuman dibibirku hilang serta-merta.
"Dengar kau gelak dah buat aku lega, Urwa. Dengar kau gelak dah buat aku rasa happy. Gelak kau tadi tu beritahu aku yang aku masih ada masa untuk bahagia macam orang lain." bisiknya di depan wajahku.
Aku telan liurku perit, anak mata kami bertemu. Aku lihat mata biru dan hitamnya itu. Unik dan menawan.
"Jangan give up, kay? Aku percaya kau boleh bahagia dan happy satu hari nanti. Faham?"
Aku mahu menangis, indah ucapannya. Indah nasihatnya—
"Kau tak nampak geli pun kasi nasihat cliche tu," kata aku tiba-tiba, serentak itu Daniel mengeluh kecil.
"Potong mood la kau ni," ujarnya buatkan aku ketawa kecil. Aku tak bermaksud nak potong mood dia, apa yang aku sebut tu keluar dengan tiba-tiba sebenarnya.
"Sorry," bisikku kecil.
Daniel memandang aku lama, keluhannya dilepaskan perlahan. Anak matanya di mataku turun ke bibirku, dadaku semakin laju berdegup. Tangan kanannya bergerak menyentuh pipiku, ibu jarinya turun mengusap hujung bibirku sekilas.
"You know, Urwa. I'm attracted to you. Kau cantik, sangat cantik. Kau perempuan dan aku lelaki yang straight." ujarnya perlahan. Ibu jarinya kembali mengusap bibir bawahku.
"Aku nak cium kau, Urwa. Kalau kau cakap 'no' aku akan stop. Tapi kalau kau tak nak stop, aku nak kau sebut nama aku."
DANIEL mengambil tempatnya di bumbung sebuah bangunan yang ditinggalkan lama. Dia duduk di dalam posisinya di bahagian selatan manakala Aaron pula sedang bersiap sedia di posisi utara. Alat pendengar di telinga Daniel berbunyi mendengar arahan daripada Megat dan Sam. Emma pula sedang bersiap untuk beraksi nanti. Daniel duduk melutut dengan satu lutut ke lantai, KS V Bullpup Sniper, pistol tembak dari jarak jauh itu di keluarkan dari bekasnya sendiri. Daniel mula membuat pengiraan dan target untuk dia lepaskan tembakan nanti. Walaupun sudah terbiasa dengan kerja headshot itu, dia tetap harus membuat persediaan yang lengkap. Daniel yakin dia dapat hapuskan Dato’ Hisham malam ini dari dunia ini. Rancangan kumpulan mereka sempurna dan berjalan dengan lancar sehingga sekarang. “They’re here,” Suara Megat kedengaran di telinga Daniel dan ahli pasukan yang lain. Sekarang mereka ada di sebuah kawasan sunyi yang selalu menj
DANIEL dan Megat yang sedang fokus berbincang tentang rancangan mereka itu terganggu saat Emma melangkah mendekati mereka. Emma letak satu pendrive di atas meja di tepi laptop Megat itu. Emma duduk di sebelah Daniel dengan riak wajah yang puas. Puas hatinya dapat luahkan semua pada gadis di rumah Daniel tadi. Imanina Urwa. “Urwa ada dekat rumah tak?” soal Daniel pada Emma, risau juga kalau gadis itu masih berdegil mahu keluar dari rumah. Emma menjeling menyampah. “Kenapa kau nak sangat perempuan tu tinggal dekat rumah kau? Dia tu masalah untuk kita, Dan. Just let her go,” kata Emma dengan riak yang tertekan, dia memandang wajah Daniel dengan tajam. “Tu rumah aku. Suka hati aku la.” balas Daniel selamba, dia abaikan Emma dan kembali berbincang dengan Megat. Emma menyumpah di dalam hati, dia tak tahu apa yang ada pada gadis lemah itu. &nb
PINTU lif yang hampir tertutup itu kembali terbuka saat satu tangan menahannya daripada tertutup, aku lihat Daniel melangkah masuk ke dalam lif itu dengan riak yang menyesal. Dia cuba mendekati aku namun laju aku berganjak menjauhinya. “Urwa, bukan tu maksud aku—” “You’re right, Daniel. Semua yang kau kata tu betul. Kau ingat lagi tak malam yang aku kena tikam? Kau nak tahu kenapa aku boleh ada dekat sana? Well, aku nak lari dari sini. Kau kata aku tak tahu apa tu cinta. Kau kata aku tak pernah rasa cinta or kasih sayang. You’re right. Aku lari sebab aku tak nak susahkan kau lagi. Aku sedar perjumpaan kita sebelum ni semuanya satu kesilapan. Everything is a mistake, Daniel. I shouldn’t have met you in the first place.” ujarku panjang lebar. Daniel menggeleng kecil. Dia cuma mendekati aku lagi namun aku tolak dadanya menjauhi aku. “I should have
DANIEL duduk di atas kerusinya bersama kawan sekerjanya yang lain. Di depannya ada bossnya yang sedang duduk sambil membaca sebuah file dengan tenang. Di sebelah kirinya ada Megat dan di sebelah Megat pula ada Emma manakala di sebelah kanan Daniel pula Sam dan di sebelah Sam ada Aaron. Sam merupakan ahli kedua yang sertai kumpulan itu. Kumpulan rahsia. Manakala Aaron pula ahli pertama yang dipilih untuk sertai kumpulan. Diikuti dengan Daniel, Megat dan akhirnya Emma. Hanya mereka berlima. Megat dan Sam bijak dengan komputer dan teknologi, Emma pandai dalam memerangkap mangsa dan menyeksa mangsa. Aaron dan Daniel pula pandai menembak dan berlawan. Sememangnya mereka berlima sudah dilatih dari awal. Mereka berlima agak rapat tapi tidak serapat Daniel dan Megat. Mereka berlima diletak di bawah secret agent X0-ASDME. Semuanya sulit untuk diterangkan dengan lebih mendalam.
DANIELkelihatan terkejut dengan soalanku, matanya terbuka luas tanda dia tidak sangka dengan soalanku itu. Aku memandangnya dengan harapan mendapat jawapannya. Sejak Megat kata Daniel merana, i can’t help but feel curious. Merana satu perkataan yang sangat besar untuk aku. Merana satu perkataan dan situasi yang perit untuk di gambarkan. Aku tertanya-tanya, kenapa merana? Kenapa Daniel merana? “He said that?” soal Daniel masih dengan riak yang terkejut, aku mengangguk saja. Daniel mengeluh perlahan. “I don’t trust your father, Urwa. Dia ada rekod yang buruk dalam kerja aku. Bila aku tahu aku tak boleh buat apa-apa untuk selamatkan kau, aku rasa sakit hati dan tertekan. Aku nak bawa kau pergi dari situ tapi papa kau ugut nak bawa ke mahkamah. I don’t have a choice but leave you there with him.” jawabnya dengan mudah, aku di
SATU soalan muncul di kepalaku. Bibirku terbuka mengaturkan soalan itu keluar. “Kenapa susah sangat aku nak mati?” Bernada bisikkan ianya keluar dan aku dengar Daniel mendengus kasar. “Don’t— don’t you dare, Urwa. Don’t you fucking dare to think that way.” ujar Daniel dengan nada yang menahan amarah, aku menoleh ke arahnya. Dia memandang aku dengan pandangan yang tajam. “Kau selamat sebab kau kuat. Kau selamat sebab Tuhan masih beri kau peluang untuk hidup normal. Untuk rasa gembira. So, don’t you dare to ask that shit again.” Suara Daniel kali ini kedengaran kasar. Aku mengeluh kecil, tanganku naik menyentuh perutku yang berbalut itu. “It’s easy for you to say.” bisikku dengan tawa kecil sekilas. “It’s never easy for me to face everything. Kau pernah rasa sesak? Macam kau ada dalam air, kau lemas and trying to find some air but you’re too deep. Itu apa yang aku rasa