LOGINImanina Urwa, gadis berumur 20 tahun yang merasa dirinya sudah tidak berguna. Dia dirosakkan oleh keluarga sendiri dan mencari jalan untuk pergi dari dunia ini. Daniel Maulana, lelaki berumur 25 tahun yang bekerja sebagai headshot, pembunuh. Dia hanya membunuh apabila diupah namun semuanya berubah saat seorang gadis datang padanya dan mengupahnya untuk membunuh gadis itu sendiri. Hidup Headshot berubah sekelip mata, sentiasa mendengar peraturan dan berdisiplin sangat penting baginya namun di sebabkan seorang gadis yang hancur— Daniel langgar prinsip hidupnya sendiri. “Laugh,” Daniel menyebut saat mendengar gadis itu ketawa buat kali pertama. Imanina Urwa terdiam, memandang lelaki di depannya itu dengan tanda tanya. “Reason number TWO for you not to die is your laugh,” ujarnya membuatkan Imanina Urwa terpaku. Satu soalan melintas difikirannya— “What’s the first?” soal Imanina Urwa. “Me,”
View MoreDANIEL mengambil tempatnya di bumbung sebuah bangunan yang ditinggalkan lama. Dia duduk di dalam posisinya di bahagian selatan manakala Aaron pula sedang bersiap sedia di posisi utara. Alat pendengar di telinga Daniel berbunyi mendengar arahan daripada Megat dan Sam. Emma pula sedang bersiap untuk beraksi nanti. Daniel duduk melutut dengan satu lutut ke lantai, KS V Bullpup Sniper, pistol tembak dari jarak jauh itu di keluarkan dari bekasnya sendiri. Daniel mula membuat pengiraan dan target untuk dia lepaskan tembakan nanti. Walaupun sudah terbiasa dengan kerja headshot itu, dia tetap harus membuat persediaan yang lengkap. Daniel yakin dia dapat hapuskan Dato’ Hisham malam ini dari dunia ini. Rancangan kumpulan mereka sempurna dan berjalan dengan lancar sehingga sekarang. “They’re here,” Suara Megat kedengaran di telinga Daniel dan ahli pasukan yang lain. Sekarang mereka ada di sebuah kawasan sunyi yang selalu menj
DANIEL dan Megat yang sedang fokus berbincang tentang rancangan mereka itu terganggu saat Emma melangkah mendekati mereka. Emma letak satu pendrive di atas meja di tepi laptop Megat itu. Emma duduk di sebelah Daniel dengan riak wajah yang puas. Puas hatinya dapat luahkan semua pada gadis di rumah Daniel tadi. Imanina Urwa. “Urwa ada dekat rumah tak?” soal Daniel pada Emma, risau juga kalau gadis itu masih berdegil mahu keluar dari rumah. Emma menjeling menyampah. “Kenapa kau nak sangat perempuan tu tinggal dekat rumah kau? Dia tu masalah untuk kita, Dan. Just let her go,” kata Emma dengan riak yang tertekan, dia memandang wajah Daniel dengan tajam. “Tu rumah aku. Suka hati aku la.” balas Daniel selamba, dia abaikan Emma dan kembali berbincang dengan Megat. Emma menyumpah di dalam hati, dia tak tahu apa yang ada pada gadis lemah itu. &nb
PINTU lif yang hampir tertutup itu kembali terbuka saat satu tangan menahannya daripada tertutup, aku lihat Daniel melangkah masuk ke dalam lif itu dengan riak yang menyesal. Dia cuba mendekati aku namun laju aku berganjak menjauhinya. “Urwa, bukan tu maksud aku—” “You’re right, Daniel. Semua yang kau kata tu betul. Kau ingat lagi tak malam yang aku kena tikam? Kau nak tahu kenapa aku boleh ada dekat sana? Well, aku nak lari dari sini. Kau kata aku tak tahu apa tu cinta. Kau kata aku tak pernah rasa cinta or kasih sayang. You’re right. Aku lari sebab aku tak nak susahkan kau lagi. Aku sedar perjumpaan kita sebelum ni semuanya satu kesilapan. Everything is a mistake, Daniel. I shouldn’t have met you in the first place.” ujarku panjang lebar. Daniel menggeleng kecil. Dia cuma mendekati aku lagi namun aku tolak dadanya menjauhi aku. “I should have
DANIEL duduk di atas kerusinya bersama kawan sekerjanya yang lain. Di depannya ada bossnya yang sedang duduk sambil membaca sebuah file dengan tenang. Di sebelah kirinya ada Megat dan di sebelah Megat pula ada Emma manakala di sebelah kanan Daniel pula Sam dan di sebelah Sam ada Aaron. Sam merupakan ahli kedua yang sertai kumpulan itu. Kumpulan rahsia. Manakala Aaron pula ahli pertama yang dipilih untuk sertai kumpulan. Diikuti dengan Daniel, Megat dan akhirnya Emma. Hanya mereka berlima. Megat dan Sam bijak dengan komputer dan teknologi, Emma pandai dalam memerangkap mangsa dan menyeksa mangsa. Aaron dan Daniel pula pandai menembak dan berlawan. Sememangnya mereka berlima sudah dilatih dari awal. Mereka berlima agak rapat tapi tidak serapat Daniel dan Megat. Mereka berlima diletak di bawah secret agent X0-ASDME. Semuanya sulit untuk diterangkan dengan lebih mendalam.






Ratings
reviewsMore