Share

BAB 19

AHMAD memerhati riak wajah Athuf yang menyengih menatap wajahnya. Athuf berdiri sambil tangan sibuk menggenggam jeruji. Hairan melihat lelaki yang lelakI menatapnya sejak beberapa hari lepas, tetapi tidak berkata-kata melainkan dia menyebut nama Bima Sakti. Selepas nama itu terungkap di bibir, lelaki usia awal dua puluhan itu terus berlari masuk ke dalam rumah.

“Adik Faila ke?”

Kerana perasaan sangsi menyusup masuk ke dalam jiwa, Ahmad mulakan perbualan bersama Athuf. Dia menapak lebih dekat menghampiri Athuf.

“Encik kenal saya?” Athuf mengangguk. Matanya tidak berkelip memandang Ahmad yang tayang wajah musykil.

“Bima sakti…” nama itu terungkap lagi di bibirnya. Senyuman melebar dihadiahkan kepada Ahmad. Riak wajah Athuf jelas teruja memerhatikan si jejaka.

“Saya Ahmad.” Si jejaka memperkenalkan diri. Dahi berkerunyut.

“Ahmad dan Bima Sakti orang yang sama, kan?&rd

Locked Chapter
Continue to read this book on the APP

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status