Share

BAB 21

HUJUNG minggu begini, sudah menjadi kebiasaan ASP Jimmy untuk berada di pusat gimnasium. Si jejaka menjadikan aktiviti tersebut sebagai rutin harian semata-mata ingin memastikan tubuhnya sentiasa sihat dan sasa.

Pagi ini, suasana di gimnasium agak berbeza bila dia ditemani Ahmad yang buat pertama kalinya masuk ke pusat itu. ASP Jimmy beria-ia mengajak Ahmad bersamanya untuk menjalankan agenda yang dirancang.

“Kalau kau nak aku layan kau baik-baik, engkau ceritakan dekat aku pasal Ahmad.”

Terngiang-ngiang ungkapan kata Thufaila berbaur harapan. Kerana ujaran itu, ASP Jimmy menceritakan perihal Ahmad kepadanya. Setelah itu, mereka merancang sesuatu untuk memastikan Ahmad memberi kerjasama dan berterus terang tentang kes dua puluh tahun lalu agar kerja ASP Jimmy untuk menumpaskan dalang di sebalik kes Razlan Ishak menjadi lebih mudah.

Jauh di sudut hati, ASP Jimmy agak cemburu apabila Thufaila sanggup lakukan hal itu kerana Ahmad

Bab Terkunci
Membaca bab selanjutnya di APP

Bab terkait

Bab terbaru

DMCA.com Protection Status